SI PO Di Utara Tanah Air

Assalamualaikum dan selamat pagi. Ini kali pertama aku masuk FS ni. Minta maaf yer kalau penulisan aku ni tak berapa ok. Aku merupakan graduan salah sebuah universiti di utara tanah air. Korang boleh agak kot universiti mana kan. Aku pun ada jugak alami peristiwa seram masa study dulu. Baca sampai habis tau.

KISAH SATU : MINGGU ORIENTASI
Aku masuk Universiti pada september 2012. Aku dapat DPP di laluan A, blok yang paling tinggi atas bukit sana. Bilik aku berada di tingkat 3 tengah-tengah antara wing A & wing B. Biasa la kan mula-mula masuk ni kawan pun tak dak lagi. Semua baru nak kenai masa minggu orientasi tu. Roommate aku pulak senior, so dia masuk lewat sikit la. Aku kalau tempat baru memang susah nak tido tambah-tambah alone pulak dalam bilik kan. Cerita seram aku bermula pada hari ketiga orientasi rasanya, masa tu roommate aku dah balik. Malam hari kejadian tu macam biasa la aku ni still tak boleh tido jugak even ada roomate masa tu.

Malam tu aku rasa macam nak demam, seram sejuk satu badan tak tau kenapa. Seingat aku jam hampir menunjukkan pukul 3 pagi masa tu, aku pejam mata nak tido dah tapi still tak mau lena. Setiap kali aku pejam mata ja, automatik ada bayangan seorang perempuan muncul. Tak boleh jadi ni apa-apa pun aku kena tido jugak, esok kena bangun awal. Akhirnya aku bangun ambil al-quran, aku tido sambil peluk al-quran tu. Esok tu apalagi aku bangun lambat laa pukui 7 baru sedar. Orang lain semua dah berkumpul kat foyer. Kelam kabut gak la.

Malam esoknya aku up status kat fb aku tulis lebih kurang macam ni, “malam ni aku tak mau tido lambat dah takut jadi macam semalam”. Aku tak cerita pun kat roommate aku. Then bila roommate aku balik dia buka cerita, dia tanya aku nape semalam tak boleh tido ke? Dia ada baca status kat fb aku. Yang aku terkejut beruk sangat bila dia cakap semalam dia nampak si pocong sedang menghadap katil aku sambil tengok aku nak tido. Tapi dia tak sure dia mimpi atau betul-betul real? Korang boleh relate sendiri kan nape aku tak boleh malam tu? aku agak mesti si po ni jantina dia perempuan n perempuan yang sama yang muncul dalam mata aku bila nak tido. Demam jugak la aku minggu orientasi tu.

KISAH DUA : MATA TERBELIAK
Kisah seram ni jadi masa aku sem 4, aku turun satul level duduk tingkat dua, bilik ni special sikit, yang mana kawan baik aku jadi PV (Penghulu Vila), so dia ada keistimewaan boleh pilih siapa roommate dia. Masa tu aku excited suruh dia pilih aku jadi roommate dia sebab aku tak yah risau dah sem depan confirm tak kena pindah bilik or apung DPP sebab bilik PV kekal tak berubah. Ada satu malam tu, kawan kami, si A, dia datang bilik nak tumpang tido skali, roommate dia balik kampung.

Kawan kami si A ni tiap-tiap malam suka tido lambat, layan KPOP dia tu. Si A jenis berani sikit bukan penakut macam aku ni. Malam tu, antara kami bertiga si A nilah yang paling lambat tido. Aku tido hujung menghadap dinding, si A tengah, kawan aku yang PV ni hujung katil. Nak dijadikan cerita, on the way si A ni pejam mata nak tido, dia baring menghadap kawan aku yang tido hujung katil tu, tetibe jer kawan aku yang tido hujung katil tu berpaling muka menghadap si A sambil matanya terbeliak.

Si A ni pun apalagi terus berpaling menghadap ke arah aku sambil tutup muka dengan bantal busuk dia tu. Keesokannya si A ni pun cerita la kat kami apa jadi dekat dia semalam. Kalau si A ni tak cita tak wujud ler entry seram ni. Kawan aku yang tido hujung katil (PV) yang mata terbeliak malam tu, dia tak sedar pun apa yang jadi kat diri dia malam tu. Aku lagi laa tido mati terus hahaa

Ada lagi cita seram yang aku nak share tapi nanti-nanti la dulu yerrr. Next time share lagi. Terima Kasih kerana sudi baca yerrr.

Loading...

11 comments

  1. Wahai pencerita, tajuk kamu SI PO….
    Tapi mata tua aku ni baca, C3PO…
    Dalam hati dah terbelalak, waaaaaa kat FS pon ada Star Wars…
    Belik-belik mata lagi sekali, owhhhh SI PO…
    Bagus-bagus. Teruskan sambungan seterusnya.

        1. Done kisah seram next episode. nanti baca la yerrr… tak keluar lagi….
          Bawah pokok jangan ditunggu yerr nanti benda lain yang menyusul keluar… hehehe

  2. Tak dicerita plak apsal member tu mata terbeliak? A nampak apa…nampak member tu buat mata cmtu je me ada benda lain..tergantung je aku rasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *