Siapa…???

Assalamualaikum, salam Ramadhan dan salam sejahtera kepada semua readers FS. Aku Mel G. Terpanggil untuk kongsi beberapa pengalaman seram yang aku dapat sepanjang aku dan keluarga berpindah ke rumah yang kami duduk sekarang. Aku akan kongsikan beberapa kejadian misteri @seram @ pelik yang berasingan dengan para pembaca.

Antara kejadian misteri @ seram masa awal-awal aku pindah ke rumah ni adalah aku asyik terdengar bunyi seperti orang menendang/menumbuk punching bag. Siapa yang masuk martial arts akan sangat familiar dengan bunyi tu. Ya, memang aku ada beli satu punching bag yang sebesar satu pemeluk dewasa, dan tinggi separas dada aku. Tinggi aku 155.5 cm, jadi korang agak-agak lah saiz punching bag tu. Aku tak gantung lagi punching bag (even sampai sekarang tak gantung lagi) sebab mak aku bising tak bagi aku training dan katanya taka da tempat nak gantung. Takpe lah, kita sandarkan pada dinding je.

Bunyi tu aku selalu dengar kalau aku duduk atau lepak-lepak dekat ruang tamu, sedangkan punching bag tu aku letak dekat tingkat atas sekali. Dan dengan maksud atas sekali tu adalah di tingkat tiga (rumah three-storey). Memang jelas bunyi orang menendang tu. Selalu aku dengar waktu malam. Dan bukan aku sorang je, adik bongsu aku pun selalu juga dengar. Tapi alhamdulillah, makin lama makin lali dengan bunyi tu dan akhirnya sehingga hari ni dah takde bunyi punching bag ditendang.

Walau bagaimanapun, itu tak bermakna usikan-usikan manja dah hilang. Pada masa yang sama dengan kejadian punching bag, aku sering diganggu dengan bunyi ketukan dari dalam wardrobe. Tak kira pada siang atau malam hari. Bunyi ketukan tu dalam dua tiga kali ketuk, lepas tu takde dah. Tuk, tuk, tuk. Lepas tu, hilang. Dua tiga hari lepas tu pulak, adik aku pulak kena (adik yang sama macam dalam situasi punching bag tu). Dan sama macam punching bag, gangguan bunyi-bunyian berkurang dan langsung hilang begitu sahaja.

Kejadian lain pula, mak dan adik bongsu sering terdengar nama dipanggil, walhal tiada seorang dari kami pun yang memanggil. Dan situasi terbaru adalah semalam (aku tulis cerita ni pada 5 Mei, kejadian tu pada petang 4 Mei). Aku tertidur kerana kepenatan pulang dari outstation dan baru sahaja tamat kelas tuisyen di rumah. Lepas bangun tidur dalam jam 6.45 petang, mak memberitahu aku dan adik dia terdengar suara aku memanggil mak dari halaman rumah lebih kurang jam 6 petang. Ketika itu, mak sedang membaca thesis pelajar untuk viva di ruang tamu. Mana mungkin aku yang memanggil sedangkan aku sedang nyenyak tidur di dalam bilik. Adik aku juga masih di dalam bilik ketika kejadian. Ada juga ahli keluarga lain mengalami kejadian yang sama, namun kami sudah lali dan tidak mengendahkan sekiranya tiada ‘orang sebenar’ yang memanggil kami.

Oh ya, kebanyakan perkara di atas berlaku pada diri aku dahulu sebelum ahli keluarga lain. Bila aku ceritakan setiap kejadian yang berlaku pada mak, mak pasti tidak endahkan aku. Bagi mak, pasti ada scientific reasons disebalik semua yang berlaku. Ya, jujur aku katakana aku geram kerana tidak diendahkan. Aku cuma mampu berdoa dan sering kali memasang ayar ruqyah dan surah al-Baqarah sekuat mungkin bagi menghalau mana-mana entity halus yang berpenghuni dalam rumah kami.

Aku terlupa satu kejadian yang memberikan impak besar terhadap pendirian aku pada makhluk halus ini. Tiga empat tahun lepas, ada seorang sahabat baik semasa di sekolah menengah dulu datang dari Klang dan bermalam di rumah aku. Mari namakan dia sebagai Mayra. Mayra menginap di bilik adik lelaki aku di tingkat atas sekali (yang ada punching bag tu). Bilik tu memang kosong memandangkan adik lelaki aku masih belajar di KL. Mayra ceritakan apa yang terjadi pada malam pertama dia tidur di situ. Kata Mayra, katilnya digegarkan dengan sangat kuat sehinggakan dia tidak boleh tidur sepanjang malam. Kalau tidur pun, Cuma tidur-tidur ayam sahaja. Aku kasihankan Mayra diganggu seteruk itu, dan aku terus mengajak Mayra tidur bersama aku di bilik. Mungkin para pembaca terfikir kenapa aku memberikan bilik adik lelaki aku pada Mayra jika mengetahui ada sesuatu di bilik itu? Aku tahu memang ada sesuatu di tingkat atas sekali sejak kejadian punching bag tersebut. Kami jarang ke tingkat atas. Kalau ada pun hanya untuk membuka pintu sliding dan tingkap pada siang hari dan tutup sebelum senja. Itu pun bukan setiap hari kerana tiada orang di rumah pada waktu bekerja. Ataupun kalau aku rajin untuk workout, tingkat atas adalah tempat aku mengeluarkan peluh.

Malam hari di bilik aku, Mayra diganggu lagi. Ketika aku sudah lena, Mayra merasakan ada seseorang dibelakangnya. Bukan aku. Aku tidur membelakangi Mayra dan sudah terbang ke alam mimpi. Mayra pula, aku tidak pasti posisi tidurnya. Cuma yang diceritakan Mayra, ketika dia mengiring dan hampir terlelap, dia merasakan ada seseorang sedang mengusap badannya dari kepala ke bahu dan lengannya. Dan seseorang itu adalah lelaki/jantan/male. Juga dalam bilikku ada sebuah rak buku yang menghadap katil. Mayra juga ternampak sesuatu seperti hantu Ju-On sedang memerhatikan kami berdua dari atas rak buku itu. Gayanya mencangkung siap pakej rambut menggerbang. Meremang bulu roma dan hampir menangis aku ketika mendengar setiap cerita Mayra.

Aku yakin Mayra tidak menipu kerana pengalaman-pengalaman aku diganggu dengan bunyi-bunyian (seperti kejadian-kejadian di atas) menguatkan lagi gerak hati aku tentang makhluk- makhluk tak diundang dalam rumah ini. Sebelum Mayra mengatakan ada sesuatu yang berjantinakan jantan/lelaki/male dalam bilik aku ni, aku terlebih dahulu mempunyai gerak hati seperti itu, yang mengatakan terdapat sesuatu dalam bilik yang berjantinakan lelaki/jantan/male. Sebab aku rasa sering diperhatikan oleh sesuatu, terutama ketika sedang menukarkan pakaian. Haish. Dasar gatal!

Tahun lepas, mak ayah aku berpeluang mengerjakan ibadah haji. Jadi, adik-adik aku, Kin, Ya dan Sya bersama dua orang anak perempuan Kin dan seorang pembantu rumah tinggal di rumah ini selama hampir sebulan. Suatu petang, Kin, anak-anak dan pembantu rumah keluar ke suatu tempat dalam jam 10 pagi. Lebih kurang jam 3-4 petang, mereka pulang ke rumah. Kin naik ke bilik mak ayah aku untuk mengambil barang yang tertinggal dalam bilik air dan mendapati ada satu pad wanita yang di atasnya ada segumpal d***h / daging (Kin kata macam lebih kepada ketulan merah d***h, macam orang keguguran pun ada). Dia cuak. Kin panggil pembantu rumah dan tanya ada sesiapa yang datang bulan kah? Ada tertinggal pad kah? Tong sampah kecil dalam bilik air kosong tak? Ada sesiapa guna tandas tersebut kah? Dan semua jawapan adalah TIDAK. Kin juga pelik kerana semenjak mak ayah aku ke Makkah, hampir 3 minggu tandas itu kering dan tidak digunakan.

Kin agak lemah semangat, jadi dia menyuruh Ya untuk memeriksa semula tandas tersebut. Ya dan pembantu rumah memeriksa tandas dan keseluruhan bilik namun mereka tidak menemukan benda lain yang lebih aneh selain pad berdarah. Pembantu rumah terus membuang pad tersebut. Ya pula memeriksa segenap penjuru bilik mak ayah aku buat kali kedua dan menemukan satu bau yang sangat busuk/hanyir berlegar-legar dalam ruang udara bilik mak ayah sahaja. Yang peliknya, tiada bau busuk pun di luar bilik serta penjuru rumah yang lain. Kami semua pelik. Selepas seketika dalam 5-10 minit, bau tersebut hilang begitu sahaja.

Aku menceritkan kejadian tersebut selepas mak dan ayah pulang dari Makkah. Aku suarakan kebimbangan aku kerana takut ada sesiapa yang menghantar santau/sihir kepada kami sekeluarga. Mak memarahi aku kerana tidak memberitahu dia lebih awal lagi, sewaktu mak masih di Makkah/Madinah. Mak mengatakan bahawa di Madinah (sebelum penerbangan balik mereka ke Malaysia), ada satu malam tu, mak bermimpikan rumah kami ini dan terus terjaga dari tidur dan secara automatiknya terlintas ayat pematah sihir dari al-quran. Aku mempunyai gerak hati yang kuat bahawa ada seseorang mungkin sedang cuba menghantar santau/sihir kepada keluarga aku. Cuma aku tidak diizinkan Allah lagi untuk tahu angkara siapa. Alhamdulillah, tiada sesiapa yang tercedera secara zahir/batin disebabkan perkara misteri itu.

Semalam (4 Mei), berlaku satu lagi kejadian aneh pada aku. Ingat tak mak aku terdengar suara aku memanggil dari halaman rumah pada petang harinya? Giliran aku pula yang kena pada jam 7.44 pm. Kenapa aku kata 7.44 pm? Mak aku meminta pertolongan aku untuk sediakan makan malam (aku baru berniat nak turun ke dapur dan sediakan makan malam selepas selesai solat maghrib). Aku baru lepas menutup aplikasi Whatsapp dan sleepkan handphone aku bila dengar suara mak meminta tolong. Aku terus letak handphone di atas katil dan bercakap dengan mak sebelum mencapai semula handphone dan turun ke dapur. Aku ada habit yang mana suka buka handphone sambil menunggu makan siap masak. Aku saja-saja buka bahagian Call dan terus direct pada call log. Aku terkejut. Ada outgoing call pada jam 7.44 pm yang mana waktu itu aku sedang bercakap dengan mak tanpa menyentuh handphone. Aku kaget! Siapa saja tidak cuak kan kalau tiba-tiba ada outgoing call pada masa kau tak pegang handphone. Aku terus menghantar pesanan pada nombor kawan aku, Am (yang seseorang/sesuatu buat outgoing call padanya).

Am kata, memang ada call dari aku. Siap dengar aku bercakap dengan mak lagi. Aku double cuak! Siapakah gerangan yang guna handphone aku pada masa tiada siapa yang menyentuhnya? Dan itu adalah sesuatu yang tiada scientific explanation untuk aku buktikan. Mak juga sudah mula percaya tentang perkara-perkara mistik/seram/pelik yang berlaku dirumah ini sejak dari 3-4 tahun lepas.

Alhamdulillah, usikan manja mengada ini cuma pada tahap ini sahaja. Aku dalam perancangan untuk memanggil seseorang yang dapat membantu ‘membersihkan’ rumah ini dari penghuni bukan keluarga kami. Aku tidak mahu ada sesiapa dicederakan oleh tetamu tidak diundang ini. Semoga pagar yang kami bina sendiri bagi menghalang makhluk-makhluk ini berleluasa dapat bertahan dengan baik. Semuanya dengan izin Allah. Ahli keluarga aku juga ada yang masih dalam proses rawatan Islam. Doakan aku sekeluarga kuat ya.

Sekian dari aku Mel G. Terima kasih readers.

Mel G
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

2 thoughts on “Siapa…???”

  1. Mayra mengatakan ada sesuatu yang berjantinakan jantan/lelaki/male dalam bilik aku ni,

    Kalau tulis lelaki saja pun rasanya kitorang paham dah.. x pyh ulang smpai 2,3x… lepas ayat tu,ada lagi pengulangam ayat jantan/lelaki/male… adoi… peninn…🙄🙄

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.