Kisah benar ini diceritakan semula oleh abang sulungku bernama Hafiz. Ianya masih segar dalam ingatan beliau hingga ke hari ini.
Cerita bermula begini..
Ketika dalam lingkungan umurnya 17 tahun, masih bersekolah di tingkatan 5, seperti biasa dia selalu tidur lewat malam. Darah remaja, katanya malam masih muda. Rugi kalau tidur awal. Lalu menjadi kebiasaan bagi Hafiz berjaga sampai lewat malam. Jam menunjukkan sudah pukul 1 pagi.
Aku dan Hafiz tidur di bilik yang berasingan kerana pakcik kami, Padil, tinggal bersama.
Padil menumpang di rumah kami untuk beberapa tempoh yang agak lama sementara ingin bekerja di kota sambil mencari jodoh. Jadi, dia berkongsi bilik bersama Hafiz.
Padil bekerja di syarikat kilang di area Nilai, Negeri Sembilan. Dia bekerja shift hour. Kadang-kala shift pagi, kadang-kala berubah ke shift malam. Jadual shift kerja beliau berubah setiap minggu.
Sudah menjadi kebiasaan kepada Hafiz, apabila Padil pulang dari tempat kerja, pasti hidungnya akan disajikan aroma bau busuk stokin yang terhasil dari peluh kaki si Padil. Baunya sangat menusuk kalbu seperti susu basi yang dibiarkan dalam botol selama sebulan!
Nak dijadikan cerita, minggu itu Padil ditugaskan pada shift petang. Waktu shift petang ialah mula bekerja pada jam 4 petang, dan pulang pada jam 12 malam.
Tetapi malam itu Padil telah diarahkan oleh bosnya untuk membuat overtime. Jadi dia akan pulang pada jam 6 pagi.
Malam itu Hafiz tidak mengetahui Padil akan pulang lewat. Dalam pkul 1 lebih, Hafiz pun berasa mengantuk dan terlelap dibuai mimpi.
Katil bilik mereka ialah jenis double decker. Hafiz tidur di tingkat atas, Padil pula akan tidur di tingkat bawah.
Kedudukan bilik mereka pula adalah di bilik belakang, iaitu bersebelahan dengan dapur yang di luarnya menghadap bukit dan hutan. Pada hutan tersebut boleh kelihatan terdapat 1 pokok besar yang agak seram kalau dibuat tenungan pada waktu malam.
Pernah juga Hafiz bercerita pada kami, kadang kala kedengaran bunyi seakan orang membaling batu pada tingkap. Ataupun bunyi ketukan tangan di cermin tingkap. Malah terdapat juga bunyi guli dan larian anak-anak kecil di siling.
Tetapi bunyi-bunyian itu langsung tak merubah kejantanan Hafiz yang sememangnya seorang lelaki yang berhati batu. Dia seorang yang tidak tertarik pada perkara mistik. Bagi dia selagi tak nampak, selagi tu dia takkan percaya.
Jam menunjukkan sudah pukul 2 pagi. Dalam nyenyak tidur, secara tiba-tiba Hafiz terhidu bau busuk seakan bau stokin Padil. Dalam keadaan mamai, Hafiz menyangkakan pasti Padil baru balik dari kerja. Tetapi lama kelamaan baunya semakin kuat dan bertukar seakan bau bangkai.
“Busuk gila bawu stokin kau ni Dil!”, bisik Hafiz dalam hati. Dalam keadaan menyirap, Hafiz terus tercelik mata. Keadaan agak gelap di dalam bilik dan hanya mengharapkan samar-samar cahaya bulan yang membuatkan mata Hafiz terkebil-kebil untuk menjenguk ke bawah katil.
Dalam pencahayaan yang agak kusam dan samar, Hafiz terlihat satu susuk tubuh ‘seakan’ Padil sudah tidur di katil bawah. Dalam fikirannya, “lewat pulak Padil balik malam ni?”
Ketika menjenguk dalam beberapa saat, Hafiz berasa agak pelik. ‘Padil’ kelihatan berbeza malam itu. Rambutnya panjang menutupi muka. Bajunya pula bukan t-shirt biasa yang dipakai, sebaliknya berwarna putih, dan tidur dalam keadaan kaku. Tetapi dalam keadaan mamai, kewarasan manusia kadang-kala lambat tercetus.
“Ahhh..lantak la kau Dil. Asalkan kau selamat balik rumah..”, tegur Hafiz dalam hati. Tetapi aroma bau busuk yang disangka stokin, tetap terhidu. Sehingga dirasakan baunya bertukar seakan bau hanyir ikan. Hafiz hanya menutup mukanya dengan selimut supaya dapat mengelakkan bau tersebut.
Hafiz tetap dengan kedegilannya dengan tidak mengendahkan keadaan malam itu. Sedangkan waktu itu dengkuran ‘Padil’ sangat berbeza. Sangat kuat, tidak seperti hari biasa. Tetapi Hafiz tetap teruskan tidur. Mungkin disebabkan terlalu mengantuk, dia malas untuk bersuara.
Lama kelamaan dengkuran kuat tidak lagi bermain di telinga Hafiz. Dia terus tertidur semula dan dibuai mimpi indah. Hinggalah jam alarm berbunyi menandakan sudah pukul 6 pagi.
Hafiz terus bangun untuk bersiap ke sekolah. Dia pun melihat ke katil bawah, tetapi pelik kelihatan tiada orang.
“Aik, Padil keluar balik ke? Tadi tidur bukan main kuat berdengkur mengalahkan bunyi gajah!”, hatinya terdetik.
Hafiz tidak berfikir panjang dan terus mencapai tuala untuk mandi.
Setelah selesai bersiap, ketika ingin keluar dari pintu bilik, tiba-tiba muncul si Padil memberi salam yang menandakan dia baru pulang dari tempat kerja.
Hafiz yang dalam keadaan bingung, terus bertanya, “Paman baru balik ke ni? Habis yg tidur bawah malam tadi siapa??”
Padil yang dalam keadaan penat, terus membalas, “Eh, Paman baru balik ni! Malam tadi overtime!”.
Hafiz pada ketika itu terus berasa seram dan menggigil bila terkenang kejadian malam itu. Segala persoalan terus bermain di fikiran. Siapa pulak yang tidur bawah malam tadi kalau bukan Padil?
“Fuhh..selamat tak kena kacau kalau betul ‘benda tu’ malam tadi”, bisik Hafiz dalam hati.
Sejak dari peristiwa itu, sudah menjadi kebiasaan kepada Hafiz, untuk tidak mematikan lampu ketika tidur. Dan sehingga ke hari ini Hafiz yakin, wajah misteri yang kelihatan dalam keadaan samar di bilik itu ialah pernampakan puntianak! Cuma nasib menyebelahinya, puntianak itu tidak mengganggu ketika dia tidur.
Itulah pengalaman seram Hafiz yang masih segar diingatan.
Tamat.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
seram
takuttttt…..
serammm…. nasib dia tak kacau…
Seramnya…so far aku x pernh lg nmpk makhluk entiti ni
Dalam hati cik ponti ni ” dia buat tak tau jer ngan kau, hati batu betol mamat ni, penat jer aku menyelinap masuk bilik dia”… kesian cik ponti. 😂😂😂
Tumpang tido kt umah org lg x senonoh cik pon nie, brdengkuq gajah pn kalah! Haha! 😂
Kak pon ni pun.. kalau nk mnumpang, buat la cara menumpang.. dh la tk cuci kaki.. bau busuk plk tu.. tdo pun tk mntak izin.. main redah jer.. bedengkor bkn main bising lg.. lain kali tk yh dtg lg la.. tk ucap terima kasih plk tu..
Memang bagos la abg ko..betul2 x amik port,bunyi mcm gajah bedengkur bau lebih dari bangkai pun dy wt donno yg penting tido hahaha,aq pun x penah taw cik ponti tahu tido mlm.siap landing atas katil owg yg stokin bau mcm dy.pandai cik ponti pilih tmpt 😂😂😂😂
wow…pontianak pon tido berdengkur ke
Seram…..
Kalau aku kat tempat hafiz,confirm terbuang air kecil.
seram ngn lawak..lawak sbb hafiz tu bt derk je kt akak ponti..cian dia xdpt respon drpd hafiz tu..
Ait abg ko dah boleh perasan “Rambutnya panjang menutupi muka. Bajunya pula bukan t-shirt biasa yang dipakai, sebaliknya berwarna putih”.. boleh pulak sambung tidor.. hahaha adoyai..
Hati kental tu… Jarang2 berlaku pada org lain.
Bru taw hantoooopon tdo brdengkur
Sungguh kurang sopan itu Kuntilanak. Dah la tumpang katil org. Tido berdengkur kuat. At least say ‘thank you’ la… Apa da…….
bau stoking tu lagi seram pada aku.. hihi
Bau ponti tu sama dgn bau stokin padil? Haha. Seram btl bau stokin tu. 4/5
aku baca komen ko pun seram gakk hahahaha
Haha..pengalaman aku masuk fiksyen ni laa woww..giler ko kalau aku sedar malam tuu mau cik ponti ajak aku terbang bersama..tapi mmg lain mcm lepas dah tau tuu cik ponti..sampai aku tak boleh tutup lampu tidoo waktu malam..