Siapa Dia?

Assalammualaikum semuaa, selamat sejahtera pembaca-pembaca FS sekalian. Terima kasih sebab sudi baca cerita aku (angkara sihir) yg lepas. Nama aku Ira, kali ni aku nak kongsi cerita masa aku dah di alam menengah. Cerita aku kali ni tak kan separuh jalan lagi, takut ada yang kecewa plak nanti kalo aku terhenti separuh cerita so enjoy! Aku ada baca kat komen ada yang request aku untuk ceritakan tentang kisah aku yang tersalah kira tu, so itu laa tujuan aku. Aku tak pasti cerita ni seramnya tahap yang macam mana, tapi kalau bagi aku yang mengalami kejadian ni fuhh sungguh aku rasa seram yang amat.

Selepas ayah aku meninggal, aku aktifkan diri dalam aktiviti sekolah. Aku sengaja sibukkan diri sebab bila aku di rumah, aku akan jadi sunyi lagi. Aku bukan tak redha, tapi itulah… rasa kosong jugak bila tengok bilik tamu tu dah tak berpenghuni, bunyi-bunyian dekat tingkat atas pun dah takde. Mak aku pun sama, rasa sunyi sebab dekat rumah cuma ada aku dan dia. Bila aku aktif sukan, aku jarang ada masa di rumah. Lagilah mak aku sunyi. So, akhirnya kitorang decide untuk pindah ke kampung and sewakan rumah tu. Thanks buat korang yang doakan aku tabah, yang sedekahkan al-fatihah buat arwah ayah aku, kita tak kenal pun tapi korang sudi kirimkan doa tu betul-betul buatkan aku rasa aku tak pernah berseorangan untuk hadapi semua ni.

Okay, berbalik kepada cerita ni…

Bila aku dah melangkah masuk ke tingkatan 1, aku mula tak nak join sukan dah sebab sambutan terhadap sukan badminton agak kuranglah dekat sekolah menengah aku ni. Sukan yang famous dekat sekolah masa tu adalah softball, futsal dan bola sepak. Aku tak minat, so aku join kelab kebudayaan. Selepas uji bakat untuk persembahan sekolah, aku terpilih untuk jadi penari sekolah terus. So, kalau ada event sekolah, kitorang biasanya akan berlatih sampai lewat petang.

Satu hari tu, kitorang diminta untuk berlatih pada waktu malam sebab tarian masih serabu. Padahal hari untuk pertandingan ada tiga hari jer lagi. So terpaksalah kitorang dikerah untuk berlatih lebih masa. Latihan dijalankan di dewan makan asrama. Untuk pengetahuan korang, sebelah sekolah aku ni ade kawasan kubur cina. Sekolah aku dengan kubur tu cuma dipisahkan dengan pagar dawai jer.

Kawasan kubur ni besar jugalah. Kalau nak lalu ke kawasan dewan makan asrama tu, belah kanan kita ni memang masih tanah kubur cina yang kita boleh nampak dengan jelas kubur-kubur cina tu.

Malam tu kitorang berkumpul dalam jam 7:30 malam. Aku dah lepas maghrib masa ni, sebab dekat Sarawak waktu maghrib awal sikit berbanding di semenanjung. Kitorang semua ada 10 orang; 5 lelaki, 5 perempuan. Bila dah cukup ahli, kitorang pun bergerak secara berkumpulan ke dewan makan asrama. Boleh tahan jauh jugalah. Tengah kitorang lalu dekat kawasan kubur tu, tiba-tiba kawan aku sorang ni, Ziman, pura-pura nampak something. Alah, niatnya nak bergurau, tapi tak kena tempat.

“Weh, korang nampak tak, ade perempuan cina dok lambai-lambai kat atas kubur sana?”

Serta-merta mata kitorang tengok ke arah yang dia tunjuk. Hampeh, gelak sakan dia bila kitorang serentak menoleh ke arah yang dia tunjuk tu. Seram memang takde langsung masa tu. Mungkin sebab dah biasa dengan adanya kubur tu kot. Tapi untuk kitorang yang semuanya pelajar harian masa tu, itulah kali pertama kitorang memasuki kawasan asrama.

“Bertuah punye kawan. Lain kali kalau ada yang melambai, kau pergi laa lambai balik sambil kata bye bye kat dia,” balas sepupu aku.

Mula dari itulah diorang usik-mengusik. Kami yang perempuan semua senyap. Aku dah warning sepupu aku mulut jangan celupar. Karang betul-betul ada karang, hah! Barulah kaki tak cukup tanah nak lari. Tapi itulah, telinga tak berfungsi kot masa tu. Diorang makin galak mengusik sampailah mula tolak-menolak.

Sepupu aku tertolak Ziman sampai ke pagar. Diorang gelak-gelak. Pelajar lelaki yang lagi 3 orang tu pun dah join sama tolak-menolak. Tiba-tiba ada bunyi benda jatuh. Serta-merta diorang berhenti. Kami yang perempuan ni pun berhenti sama. Keadaan tiba-tiba jadi sunyi. Sangat sunyi. Kitorang langsung tak bergerak. Sorang tengok sorang. Masing-masing menghantar isyarat mata, tertanya-tanya apa benda yang jatuh. Tiba-tiba terdengar jeritan panjang yang sangat nyaring. Seolah-olah ada sesuatu yang menjerit betul-betul dekat telinga.

“Aaaaaaaaaaaaaaaaa!!!”

Ahh sudah, kelam-kabut kami lari. Ada yang terjatuh, ada yang putus selipar jepun malah ada yang tertinggal selipar.

“Hah, kau Saiful… dah kenapa tinggal selipar? Siapa nak ambik nanti?” Marah aku kat sepupu aku masa kitorang dah sampai kat dewan makan asrama.

“Aku tak sempat nak ambik tadi. Lari kaki ayam lagi laju sebab tu aku bukak selipar,” tercungap-cungap sepupu aku tu menjawab. Dalam takut aku boleh tergelak, padahal sepupu aku tengah serius. Hah, pasal bukak selipar lari laju nih sampai sekarang kitorang masih ingat.

Kitorang tak cerita dekat cikgu kejadian malam tu sebab kitorang tahu, memang kitorang yang salah. Kitorang yang nakal. So, latihan berjalan seperti biasa. Tiba waktu rehat dalam pukul 9:00 malam tu, aku dengan kawan-kawan perempuan aku ni ambil gambar… nak buat kenanganlah konon. Alah, kalau bahasa orang sekarang tu kira selfie lah. Masa tu tak ada lagi istilah selfie lagi. Kamera handphone masa tu takde kamera depan pun. Pandai sendiri adjust kamera belakang untuk ambil gambar kalau takde yang sudi tolong ambilkan.

Bila aku dengan sorang kawan aku, Mira nama dia, tengok balik gambar tu, serta-merta kami delete. Gambar yang kami ambil tu bukan muka kami, sebaliknya muka perempuan rambut perang, mata biru, ala-ala mat salleh, tapi bentuk mata macam mata cina. Pakai kebaya hijau ngan selendang biru. Cantik, tapi kami tak berani nak simpan gambar tu sebab masa ambil gambar tadi perempuan tu tak ada pun. Siapa dia, kami tak tahu. Hantu ke bukan, kami tak pasti.

Kami senyap je sampai habis latihan pukul 10:00 malam. Sebaik saja cikgu bagi arahan bersurai, kami satu kumpulan teringat semula kejadian suara perempuan menjerit tadi. Kalau nak balik kena lalu jalan tu.

“Geng, korang baliklah dulu. Aku balik tumpang cikgu Man.” Alahai, untungnya Mira masa tu. Sekali lagi kami yang hanya tinggal sembilan orang tu decide untuk bergerak secara berkumpulan. Masing-masing diam je sepanjang perjalanan tu. Sebaik saja tiba di kawasan kejadian, masing-masing transform jadi pelari pecut.

“Weh, jap korang! Tali kasut aku terbukak!” Sebaik saja terdengar laungan kawan kitorang tu, kitorang pun berhenti berlari. Tambahan jarak kitorang dengan kawasan kejadiaan tu agak jauh dah. So, kitorang pun tunggulah kawan sorang ni betulkan tali kasut dia.

Dalam masa tu lah aku gatal pergi kira kawan-kawan aku, kononnya takut ada yang tertinggal. “Okay, takde yang tertinggal. Cukup 10 orang.” Serta-merta kawan-kawan aku yang lain tu tengok aku. Masing-masing muka cuak. Aku masa ni tak paham lagi. Aku tak ingat yang Mira tumpang cikgu, jadi jumlah kami sepatutnya 9 orang dan bukannya 10.

“Kau nampak benda tu ke? Kenapa kau kira dia sekali? Kenapa tegur?” bisik sepupu aku. Hah, masa ni baru aku ingat jumlah kami yang terlebih seorang. Serta-merta mata aku memandang ke arah susuk pelajar perempuan yang sedang duduk mencangkung yang macam kita nak ikat tali kasut tu. Kepala dia tunduk, rambut yang separas bahu menyukarkan kami untuk mengenalpasti siapa gerangan pelajar tersebut.

“Ira, tu sape?” kali ni Ayu pulak yang tegur. Ahh, sudah. Kalau itu bukan manusia, maknanya benda tu dah memunculkan diri dia. Kawan-kawan yang lain pun boleh nampak dia dah. Aku tak tahu kenapa kami tak lari sebaliknya pandang je pelajar perempuan yang tengah ikat tali kasut tu. Seketika kemudian baru aku perasan, kasut yang dia pakai bukan jenis kasut yang bertali. Kasut tu yang jenis ada benda lekat-lekat tu. Siapa dia ni? Hantu ke? Kalau hantu kenapa pakai kasut? Gayanya betul-betul macam pelajar biasa tapi…

“Korang nampak aku ke? Hahahahah!”

Allahu, bergetar lutut sebaik saja benda tu bersuara. Sah bukan orang! Tawanya seolah-olah bergema. Senyum meleret panjang hingga ke telinga. Tiada anak mata hitam, hanya putih mata yang kelihatan. Dalam keadaan mencangkung tu dia ketawa sambil terliuk-lentok tubuh sama macam api lilin yang kena tiup angin.

Masa ni, kitorang masing-masing lari menyelamatkan diri. Takde makna dah nak tunggu kawan masa ni. Gilalah! Kalau ada yang tertinggal, lantaklah depa yang penting aku selamat. Kawan tak kawan nanti dah selamat baru fikir. Kitorang lari sampai ke depan pagar utama sekolah. Kat situ je kami rasa paling selamat sebab ada pak guard.

“kenapa lari? Jumpa hantu?” tanya pak guard selamba. Kami semuanya mengangguk laju. Pak guard gelak je. Katanya itu baru sikit kami kena. Dia meronda malam-malam lagi selalu kena usik. Macam-macam cara benda tu mengusik. Tiba-tiba muka pak guard yang mesra berubah cuak. Serta-merta kami diarahnya keluar dari kawasan sekolah. “Benda tu dah datang. Pergi!” lebih kurang macam tu laha arahan pak guard. Kami pun keluar tanpa banyak soal. Esoknya, aku demam. Terkejut agaknya. Empat hari aku demam tak larat nak bangun. Bila dah ke sekolah, baru aku tahu bukan aku sorang jer yang demam, kawan-kawan aku yang lain tu pun sama. Masa aku dah kebah tu, ada lagi yang masih demam.

Sepupu aku pun demam tapi tak lama. Dua hari je, lepas tu dia okay. Dia pun macam aku susah nak lupa kejadian tu. Tambahan lagi malam tu dia terpaksa balik dengan kaki ayam, so lagilah dia takkan lupa kejadian tu. Itu kali pertama dan kali terakhir kami masuk ke kawasan asrama sekolah. Bila cikgu kata nak buat latihan dekat dewan makan asrama lagi, serta-merta kami membantah dan lebih memilih untuk berlatih di gelanggang badminton.

Sekian, itu saja kisah aku kali ni. InsyaAllah ada waktu ada kelapangan, aku kongsikan kisah si dia berbungkus putih dan kisah kawan aku yang kena rasuk tu. Kisah kawan aku kena rasuk tu betul-betul beri kesan dekat hubungan persahabatan kami, memandangkan kami macam tak kenal antara satu sama lain. Okay bye, jumpa di lain masa.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Ira Irae'
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

49 comments

  1. Pertandingan tu jadi ke?? Dah demam 3,4 hari tu.

    Cerita dn gaya bahasa yang bagus.
    Cuma kalau boleh gantikan kubur kepada jirat cina

    1. Pertandingan diteruskan tp dengan penari gantian, tapi tak dapat nombor laa walaupun saguhati sebab penari gantian berlatih last minute…

    1. Penari gantian yg ganti tenpat kitorg tapi xde nombor laa…saguhati pun tak dpt 😅 penari gantian last minute berlatih…hehe

  2. Best, saya dapat imagine. Muka pun dapat. Srs seram. Keep it up .tapi saya nak cerita yg kawan akak kene rasuk tuu. Macam best je. Lagi satu, saya tak suka bnde berbungkus. Sbb. Ez la katakan

  3. Korang ramai, kenapa korang tak cepuk dan pukul ramai2 je hantu tu bagi mampus. Geram pulak aku dengar cerita ni

    1. Hahaha..ko brani ko cuba la p cepuk dia klu dpt..pstu dia ajak ko main kejar kat jirat cina tu.hehe..syukur xda yg tersampuk

    2. Kalo dah jumpa depan2 macamtu takde nyer fikir nak hentam hantu dah, memang automatik fikir nak selamatkan diri je 😅 even kawan pon bleh lari tinggal kwn…hahaha

  4. Cita ni best..tp bab pak guard tu arahkn korg kluar dr kwsn sklh lagi lh seram…sian pak guard tu..mmg hati kental btul..giler x seram..haha…8/10

    1. Betull. Pak guard tu memula siap ajak gurau. Pastu ttibe srs duruh lari kan. Yg tu ttibe lak bulu roma ni boleh naik

  5. dye gelak pulak korg boleh nampak dye..ape2 pon cite best…yg part pak guard suruh korg keluar tu mmg terbaik…benda tu kejar korg erk?hahhaha

  6. Keep it up buat lg citer2 cmni, ramai peminta Ooo.. Aku lg la minat, x kira la rekaan atau kisah benar janji jalan cerita real & masuk akal serta ada unsur2 suspen yg menakutkan aku layan, teruskan karya anda yg best ini.. Tahniah..

  7. Seronok baca! Kongsi lagi nanti. Gambar sikebaya hijau tu gambar dia seorang ke menyelit dengan semua orang?

    1. Gambar dia sorang je, latar belakang memang kat kawasan kami duduk tu..tapi gambar kami takda langsung

      1. Ish rugi betul dah padam, masuk YouTube boleh viral ow…wajah dia tak sama ke macam yang tunduk konon nak ikat tali kasut tapi kasut jenis tak bertali tuuu?

    1. Rasanya admin sibuk beramal tu. Kan bulan puasa ni. Dengan nak baca, nak tapis cerita-cerita orang lagi semua.

  8. Keesokan harinya tak tanya pakcik tu ke apa yang jadi lepas tu? Saya tunggu cerita seterusnya! Nak baca cerita kawan yang kena rasuk tu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.