Siapa Dia?

assalamualaikum FS….

saya pernah berkali-kali karang cerita yang pernah terjadi pada saya….

setiap kali saya karang cerita…

telefon yang masih penuh bateri boleh terpadam tiba-tiba….

bila dah masuk bab kena gangguan dari si dia…tiba-tiba telefon beralih ke app lain….

tapi….

saya tak pernah putus asa ..nk juga share cerita saya….cerita yang ditulis atas kertas dengan pen berwarna hitam….tiba-tiba blackout….lepas tu dapat merasa kehadiran si dia…

Siapa dia???

Saya pun tak tahu…

Seingat saya…perkara nih terjadi masa saya berumur 9 tahun….

Masa tu saya dengan keluarga tidur di kampung tok belah mak…dah jadi rutin…hujung minggu mesti mak ayah dengan adik-adik tidur dekat sana…ruang tamu menjadi port untuk kami semua tidur….tok dengan tokwan dah tahu…bila hujung minggu kami mesti tidur dekat sana….bantal, toto, selimut semua kami dah spare dalam kereta…takut nanti ada ahli keluarga lain pun turut serta untuk memeriahkan rumah tok dengan tokwan…

Pada waktu pagi….sejuk mencucuk sampai ke tulang…maklum la..rumah papan….tapi rumah bawah….bilik air pun msih lagi diluar….jamban pun diluar…agak jauh dari perkarangan rumah….dekat rumah tok ada telaga….air dia jernih sangat-sangat…sememangnya jauh dari rumah….terpaksa melalui kebun tokwan yang ada pokok cempedak, jering, pokok terap, pokok rambai….walaupun kebun tokwan ada pelbagai jenis pokok , tapi kawasan tu bersih sangat-sangat….kiranya…walaupun kita mandi di telaga , kita masih nampak rumah tokwan…

Kawasan rumah tokwan kiri dan kanan hutan….maklum laaa….tanah yang berhutan tebal tu ada tuan dia…kalau dapat dekat tokwan habis tokwan kerjakan…tokwan memang rajin jaga sekeliling rumah….waktu pagi dah jadi rutin untuk tokwan cabut rumput dengan sapu sampah….tok pulak kerja dia dalam rumah….mengemas, menyapu, memasak dll….

Tokwan merujuk kepada ayah kepada mak…
Tok pulak merujuk kepada ibu kepada mak…

Suatu pagi yang dingin…

Tak semena-mena…perut rasa memulas teramat sangat….terus saya bangun dan nampak tok dekat dapur…jam lebih kurang dekat pukul 5 pagi…saya terus maklumkan dekat tok bahawa saya hendak ke tandas untuk membuang air besar…..tok pun ikut teman sambil memegang lampu suluh tokwan….

Lama juga saya dalam tu…sampai dengar tok tanya tak sudah lagi ka….bila ingat balik, memang lawak…tandas yg berdindingkan zink…disiang hari boleh pulak menghendap sepupu yang lain dalam tu….

Sesudah melepaskan hajat….saya terus masuk kedalam rumah diikuti dengan tok…..tanpa membuang masa saya pun terus sambung tidur….

Pagi yang cerah dah pun menjelma…bunyi kokokan ayam bertalu-talu….

Lusa saya dengan adik dah hendak mula sekolah…oleh itu, petang itu juga kami berangkat pulang ke rumah…walaupun rumah tok dengan rumah kami tidak jauh mana…
perjalanan hanya mengambil msa kira-kira
40minit / 90km sejam…tiap hujung minggu kami takkan terlepas untuk pulang dan tidur di sana…

Disini lah cerita pun bermula…..

Suatu malam….sedang asyik tidur bertemankan mak menakan bongsu yang sebaya dengan saya….tak semena- mena perkara itu terjadi…seperti mimpi tapi saya sedar…dia datang berupa sebiji tayar yang turun dari penjuru dinding dalam bilik….semakin lama semakin besar…apa dia saya tak tahu…lalu saya bangun sambil menjerit-jerit atas katil….kebetulan malam tu ayah tidur diruang tamu dengan mak….ayah pun bergegas masuk dalam bilik terus petik suis lampu…ayah bertanya kenapa….sambil tunjuk dekat dinding…saya berkata dia dah Mai ayah…sambil menangis meraung-raung macam bayi…..ayah dukung saya sambil bawa tidur dengan mak ayah….

Ingatkan dah selesai….

Malam keesokannya pula….

Perkara sama terjadi…tapi bukan tayar…dia datang tapi tapi Tak berupa…kehadiran dia saya rasa….sekali lagi saya menangis meraung-raung Macam histeria….ayah sememangnya dah standby tidur diluar…. berkali-kali mak Tanya…Ada apa….perkara sama yang saya ulang…dia Mai dah..dia Mai dah….sambil pejamkan mata…..bayangkan lah….rumah tokwan (ayah kepada ayah) yg duduk depan rumah kami pun boleh dengar suara saya nangis sambil terjerit-jerit….tokwan sampai datang ketuk pintu rumah…Dan bertanya Ada apa…Lalu ayah jelaskan pada tokwan…bahawa malam ni adalah malam ke dua terjadi macam ni dekat saya….tokwan kata sat,dia nak balik rumah sat….untuk pengetahuan korang.. tokwan saya boleh juga serba sedikit dalam perubatan tradisional….

Setibanya tokwan dimuka pintu….dia membawa semangkuk beras dicampur kunyit dan garam….sambil terkumat-kamit dia menabur beras kunyit penuh ruang lantai rumah…..sesudah habis ditabur….tokwan kata…dah Tak Ada apa….

Lega rasa….

Malam berikutnya alhamdulilah dah tak nangis-nangis Macam Dua malam berikut…

Tapi….

Sampai sekarang kehadiran dia saya dapat rasa….
Malam apabila hendak tidur kena tindih pun dapat rasa…
Kalau ada sesuatu yang hendak terjadi pun dapat rasa….

Yang jadi persoalan apa Dan siapa dia???

Banyak lagi kisah-kisah yang hendak di ceritakan…nanti apabila saya kelapangan…cerita Demi cerita akan saya sampaikan melalui penulisan…

Insyallah….

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Yana Samsudin

2 thoughts on “Siapa Dia?”

  1. kau tak salah page kan? ape benda yang kau cite ni??? kaitan kau pegi jamban pagi2 buta dgn cite kau ni ape???? kaitan tok tokwan kau rajin mengemas pun ape???

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.