Siapa Rose Sebenarnya

Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga fiksyen shasha. Terlebih dahulu biarlah aku kenalkan diri aku, aku Poh bukan nama sebenar dan berusia 21 tahun. Aku adalah salah satu peminat tegar dengan cerita-cerita seram yang fiksyen shasha kongsikan. Pada mulanya aku memang dah lama nak kongsikan cerita seram aku, cuma aku susah nak karang ayat-ayat panjang ni. Tapi kali ini aku cuba nak kongsikan dengan penceritaan aku yang tak seberapa. Harap korang enjoy dengan cerita yang aku kongsikan.

Sesetengah orang akan suka bersendirian apabila sedih atau dikecewakan. Dan tidak semua orang juga akan berbuat sebegitu. Ada juga sesetengah orang lebih suka meluahkan perasaan apa yang telah berlaku kepada dirinya. Jadi aku adalah orang yang suka bersendirian dan pendiam apabila sesuatu perkara yang tak baik menimpah diriku,

Bermula satu cerita episod cinta, yang mana aku telah mengenali satu gadis yang aku minat, soal cantik itu, memang cantik dipandanganku, soal orang nak kata tu aku tak kesah, sebab aku yang ingin mengenalinya. Orang kata “Indah dipandangan kita, tak semua indah dipandangan mereka”.

Rose ” – Indah bukan nama dia, apatah lagi orangnya. Aku berkenalan dengan Rose bermula dari masa aku telangar dia atau dia yang melanggar aku. Mungkin sebab dia tergesa-gesa atau mungkin juga sebab aku memang tak nampak dia lalu pada masa tu. Aku terus berkata dengan dia “Maaf tak sengaja”. Lembut, Halus dan merdu suara Rose yang aku dengar pertama kali pada waktu itu. ” Tidak apa, minta maaf juga.”

Pada masa tu juga, Aku cuba mengikuti dia dari belakang, dan rupanya dia menyedari aku mengikutinya. Rose berhentikan langkah dan aku juga turut serta menghentikan langkah ku. Rose melangkah mendekatiku dan Rose bertanya pada ku, ” Kenapa ikut aku dari belakang, ada apa-apa masalah tak? dengan nada yang agak lembut. Aku terdiam seketika, Rose pada masa itu melihat ku dengan pandangan yang begitu indah sehinggakan seakan aku berada dalam khayalan ku sendiri.

Aku menyahut pertanyaan Rose dengan hati yang terbuka dan jujur dari mulut seorang yang tersa jatuh hati terhadapnya pada masa itu. ” Tiada apa-apa masalah, cuma boleh tak aku nak kenal kau dengan lebih rapat.” Rose menjawab terus pertanyaan ku ” Boleh apa salahnya.

Sejak dari situ aku kerap bertemu dengan Rose, dan pertemuaan kami selalunya di waktu petang dan akan balik di waktu senja. Aku yang sebelumnya kerap melepak seketika dengan kawan-kawan di waktu petang, namun pada masa tu aku lebih luangkan masa di waktu petang dengan bersama Rose. Kami akan bercerita mengenai soal hati dan perasaan. Al maklumlah orang dilamun cinta, semua terasa indah pada masa tu.

Ada satu hari aku tergesa-gesa nak jumpa Rose sebab masa tu aku rasa memang dah lewat nak jumpa Rose. Sebelum tu aku ada singgah sekejap dengan kawan-kawan untuk bercerita. Aku kata dengan kawan aku seorang iaitu Rahim (bukan nama sebenar ) ” Him aku gerak dulu ar, sebab nak jumpa Rose. Kawan aku pada masa tu terkejut. “Sejak bila lagi, asal tak bagi tahu bro” kata Rahim padaku. Aku senyum dan jawab dengan Rahim “Baru 1 minggu Him” sambil ketawa…. Aku teruskan perjalanan aku nak jumpa Rose pada masa tu. Alhamdulillah masa tu Rose masih lagi menanti kehadiranku. Aku berborak panjang dengan Rose dan bergelak ketawa.

Pada masa tu aku tak tahu pun Rahim mengikuti aku dari belakang semasa berjumpa Rose. Senja pun tiba dan aku pun balik ke rumah dan Rose pun balik. Seperti biasa kami akan membawa haluan masing-masing. Dalam perjalanan aku balik tu, aku di sapah oleh Rahim, ” Poh siapa kau jumpa dan dengan siapa kau bercakap tadi?”. Aku masa tu senyum-senyum ” Alahhh kau pun satu Rahim, yang kau ikut aku ni apa hal. Aku jumpa Rose tadi.”

Rahim pada masa tu terkejut selepas aku jawab pertanyaannya. Rahim kata dengan aku yang di mengikuti aku saja nak tahu kononnya siapa awek aku tu. Rahim terus ajak aku balik sama-sama.

Sampai dekat rumah Rahim terus buka cerita yang dia nampak aku hanya bersendirian dan bercakap sendirian ketika berjumpa dengan Rose. Aku pada masa tu terasa sangat terkejut. ” Kau biar betul Him” jangan kau nak takut takutkan aku pula. ” Sumpah memang aku nampak kau seorang je masa tu, takda orang lain pun”. Aku masa tu memang tak percaya, mustahil sangat dalam satu minggu tu aku sering saja jumpa Rose. Dan kali ni Rahim kata aku sendirian. Aku memang sangat tak percaya, sebab dengan mata aku sendiri jumpa Rose. Aku kata dengan Rahim, yang esok “Biar aku, kau dan Aiman sama-sama pergi jumpa Rose. Aku nak kamu tengok betul-betul.

Semalaman aku tak tidur masa tu, sebab fikir apa yang Rahim kata dengan aku mengenai Rose. Sebenarnya aku sangat keliru dengan apa yang terjadi.

Keesokan harinya, pada waktu petang aku bawa Rahim dan Aiman pergi jumpa Rose sendiri. Aku kata dengan Rahim, kalau takda Rose betul lah mungkin kau cakap dan mungkin semua imiginasi aku atau pun wanita yang aku jumpa tu wanita dari alam lain . Yaaa… betul kata Rahim, petang tu aku tak nampak pun Rose apatah lagi bayang-bayangnya. Sebab selalunya pada waktu petang aku akan jumpa Rose.. Masa tu mungkin khayalan ku melihat Rose sudah hilang.

Selepas dari kejadian tu, aku sudah tidak lagi melihat Rose yang mana aku kenali dulu. Pernah juga aku ke tempat yang selalu kami jumpa di waktu petang.. Tapi hasilnya tetap sama, Rose memang tidak wujud atau mungkin Rose dari alam lain.

Aku rasa bersyukur tiada apa-apa yang terjadi menimpah aku dan aku juga berterima kasih dengan Rose yang pernah singgah seketika untuk menyinari hidupku walaupun semua itu hanya khayalan. Tidak lupa juga terima kasih dengan Rahim, sebab kalau bukan dia mungkin aku akan terus menerus dengan khayalan aku bersama Rose yang tak pasti ada. Sehingga kini kejadian itu Masih segar diingatan tentang dia yang bernama Rose. Sekian…

Hantar kisah nanda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

8 thoughts on “Siapa Rose Sebenarnya”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.