SIAPA TU??

Salam semua pembaca FS. Terima kasih pada admin yang telah publish beberapa cerita yang ditulis oleh Nur Iman sebelum ni. So kali ini Iman nak ceritakan tiga kisah yang berlaku pada Iman sendiri pada 15 tahun lepas semasa Iman menyambung pelajaran di salah satu Matrikulasi di semenanjung Malaysia. Matriks yang mana satu tu biarlah rahsia. Cuma nak ingatkan cerita ini tidaklah seseram mana tapi lebih kepada kemusykilan. Soalan yang tiada jawapan sampai sekarang. SIAPA TU??

KISAH PERTAMA

Masa mula-mula masuk matriks tu takdelah seram sampai meriding bulu roma bagai cumanya suasana dalam bilik tu agak kelam sikit. Macam takde seri langsung. Nak described sikit pasal blok and bilik Iman ni. Blok ni ada 4 tingkat terbahagi pada wing kiri dan wing kanan. Bilik Iman pulak terletak di wing kiri tingkat atas sekali. Selang satu bilik dari bilik Iman ada toilet. Toilet setiap aras ada dua jer satu kat wing kiri satu kat wing kanan. Bilik Iman plak boleh diduduki oleh 4 orang student. Masa tu Iman sampai lambat sikit. Dapatla katil berdekatan dengan tingkap sebab semua taknak dekat tingkap. Takut katanya. Jadi Iman layankan jela.

Basically, matriks ni setiap khamis malam jumaat semua student dikehendaki solat berjemaah di surau kolej. Dan satu hari tu selepas solat Isyak, ustaz ada buat satu pengumuman dimana beberapa pelajar telah ‘diganggu oleh sesuatu’. Gangguan tu takdelah extreme sangat cuma pelajar yang selalu stay up ulangkaji malam-malam sering terdengar orang memberi salam ‘Assalamualaikum….’ dengan nada yang halus tapi tajam. Padahal bila bukak pintu takde orang pon kat luar. Tak tahu nak described macam mana tapi kalau dengar memang akan terus meremang bulu roma. Jadi masa ustaz tu cerita Iman takdela amik port sangat sebab memang perkara biasa. Mana-mana tempat pon ‘benda’ tu memang ada.

Tup-tup ada satu malam tu, minggu ulangkaji. Iman ni jenis lepas Isyak tido dulu. Pukul 12 malam baru bangun buat ulangkaji sebab time ni dah sunyi, ramai student dah tido. Barulah boleh fokus baca buku. Masa tu jam dah pukul 12.30 malam. Kedudukan meja study Iman ni membelakangkan pintu masuk bilik. Kira kalau orang masuk memang Iman takkan nampak la kan. Jadi Iman bangun-bangun terus duduk dekat meja study. Roommate yang lain dah lama membuta dah. Jadi Iman sorang jela yang stay up malam tu.

Baca punya baca, Iman tengok jam dah pukul 4.20 pagi. Menggeliat sekejap sebelum sambung baca buku. Tetiba Iman dengar sayup-sayup orang bagi salam ‘Assalamualaikum….’. Halus tapi tajam. Dan ya suara perempuan. Masa tu bulu roma Iman tetiba meriding. Jantung tetiba rasa berdebar. Sebab Iman pelik. Siapa pulak yang datang bilik pepagi buta ni? Lagi satu bila Iman toleh dan tengok bawah pintu tu takde nampak bayang kaki sesiapa pon. Bunyi tapak kaki pon takde sebelum tu. Allah! Mungkin ni la cerita ustaz tempoh hari pasal gangguan orang bagi salam tu. Lagi satu orang tua-tua ada cakap kalau ada orang bagi salam tapi sekali jer, jangan jawab sebab sebenarnya ‘benda’ tu yang bagi salam. Dan kalau kita jawab salam tu bermakna kita menjemput ‘dia’ masuk. Allahualam. Iman pon ape lagi melompatla naik katil selubung. Menggeletar satu badan kau! Tup-tup bila Iman tetido pon tak sedar. Tau-tau dah pagi jer.

KISAH KEDUA

Kisah ni terjadi masa sem kedua matriks. Masa yang sama minggu study week. Masa tu Iman stay up dengan roommate Iman, Irina namanya. Tapi yang peliknya kejadian ni terjadi pada waktu yang sama dengan kisah pertama tadi, pukul 4.20 PAGI! Time tengah khusyuk study tu, tetiba Iman terdengar orang basuh baju dekat toilet. Kan tadi Iman terangkan bilik Iman ni jaraknya selang satu bilik dengan toilet kan. Jadi kalau orang tengah mandi ke flush toilet ke ape ke memang boleh dengar dari bilik ni. Bunyi tu bunyi orang basuh baju guna berus tangan kuat sangat. Yang peliknya tetiba pintu toilet pon umpama dihempas-hempas macam orang tengah marah. Iman pelikla orang ni basuh baju ke mengamuk kat toilet tu. Lagi satu takkan pukul 4.20 pagi basuh baju. Selama ni tak pernah pon budak wing ni basuh baju sebelum subuh. Iman tanyala Irina “eh ko tak dengar ape-ape ke?” Irina pon jawab “dengar ape?”. Nampaknya Iman sorang jela yang dengar bunyi ni. Masa tu dah fikir dah kena game lagi ke ni. Lama jugak bunyi tu. Adalah dekat 15 minit. Tak lama lepas tu senyap tetiba.

Esok pagi tu Iman tak puas hati Iman pergi tanya bebudak setiap bilik “siapa yang rajin sangat basuh baju pukul 4 pagi semalam?”. Semua tak mengaku. Haishhhh nampaknya memang benda nak menyakatla tu.

KISAH KETIGA

Cerita ni terjadi masa sem kedua jugak. Blok Iman ni berdepan dengan satu blok lain. Tengah-tengah tu ada kawasan lapang. Jarak blok tu dari blok Iman adala dalam 100m. Tapi yang peliknya blok depan ni boleh diduduki student sampat level 2 jer. Level 3 dan 4 dibiarkan kosong. Tiada siapa yang tahu kenapa dibiarkan kosong. Kalau malam memang gelap gelitala dua aras tu. Nak dijadikan cerita satu malam tu rasa maca panas sangat. Jadi Iman pon bukala tingkap bagi angin luar masuk. Masa ni takde buat ape-ape pon. Tengah layan movie dekat labtop. Tetiba entah macam mana mata ni rasa nak tengok jer tingkat blok depan tu.Jadi sekali pandang jer Iman nampak ada bayangan perempuan sedang berdiri dekat balkoni bilik tingkat 4 tu sambil melambai-lambai ke arah Iman! Iman pon gosokla mata banyak kali nak pastikan betul ke ape yang Iman nampak tu. Lama jugakla ‘benda’ tu melambai. Masa tengah khusyuk tengok ‘benda’ tu tetiba roommate tepuk bahu Iman “hoi, ko tengok ape tu. Khusyuk sangat!”. Masa terkejut tu Iman toleh balik dekat blok depan tu. Tup-tup bayangan tu dah takde. Tak boleh jadi ni.

Esok pagi tu lepas sarapan Iman terus naik blok depan tu. Tapi sampai level dua jer sebab tangga nak ke level 3 tu dah dikunci oleh pihak matriks. Memang tiada siapa dapat masuk. Masa tengah tengok kunci tu ada seorang student ni tegur Iman “nak naik atas ke? Selama ni memang takde siapa dibenarkan naik atas tu. Atas tu pon kosong jer. Takde ape pon”. Kalau tak boleh naik atas tu then siapa yang melambai kat Iman semalam??

Itulah antara kemusykilan yang Iman rasa sampai ke harini. Persoalan SIAPA TU tiada jawapan sampai sekarang. Mengikut kata warden asrama, ‘benda’ tu memang ada. Ramai yang dah terkena. Mungkin ada roh-roh yang tidak tenteram berkeliaran dekat kawasan matriks tu. Almaklumla dulu kat situ kawasan hutan. Allahualam.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nur Iman

1 thought on “SIAPA TU??”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.