Assalamualaikum wbt kepada team FS dan pembaca setia sekalian. Syukur ke hadrrat Ilahi kerana diberi kesempatan dan kelapangan menzahirkan pengalaman yang sedikit ini ke ruang penulisan. Semoga semua dalam kerahmatan dan keberkatan Allah swt.Kejadian berlaku pada tahun 2003 ketika ini sedang menadah ilmu di negeri Melakau,tengok ulau di atas pagau(gurau2), tahun itu juga sesat di Gunung Ledang,x silap saya,tapi cerita tu kisah lain ye.
Time tu popular dengan kisah seram di THR oleh brader Ismahalil. Memang jadi pendengar setia setiap kali My Friend muncul. Tapi ini bukan nak cerita kisah My friend, tapi yang datang ni sama ada betul-betul my friend atau misteri friend? Time ni saya masih belum masuk lagi dalam dunia rawatan, masih alang-alang sengal fikir seronok dunia yang fana. Solat pun tunggang-langgang ke laut, begini kisahnya…
Kami ditempatkan di satu dorm seramai 40 orang duduk atas 20 biji katil double decker.Memang meriah dan havoc sebab kawan semua dari latar belakang dan negeri yang berbeza. Saya ada seorang kawan namanya Samad. Kami berlainan kos namun sama dowm.Makan,tidur dan beriadah semua sekali sama-sama. Ponteng kelas pun sekali jugu, ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa.
Malam itu malam merdeka dan Samad yang juga berasal dari melaka sedang bersiap petang tu nak balik ke rumahnya. Tapi dia ada plan nak lepak kat bandau melaka dengan kawannya sebab malam merdeka.Tengok awek dan overnight la tu.
Petang tu Samad excited sangat sebab nak naik 125 biru yang baru tukau cover set dan aloi siap baru basuh.Dulu Samad bawa motor yamaha super sukan signal berbunyi arwah bapanya tapi semenjak beli 125 biru ni, boleh la dia cepatkan perjalanan balik ke rumah dengan melaram sekali.
Lepas maghrib Samad pun gerak ke bandau melaka untuk agenda seterusnya. Malam tu yang tinggal di dorm ada lebih kurang dalam 11 orang tak silap saya.Nama saya tak ingat dah sebab lama lost contact. Jadi lepas isyak, kami pun lepak ramai-ramai tengah dorm sambil dengau kisah seram di THR seram yang telah di record minggu lepas punya. Al maklumlah sebab exam jadi postpone nak dengau sama-sama(ada yang repeat paper jadi jadual exam lain nak dengar live)
Sedang layan kopi panas, surya 16 dan kerepek pedas yang beli semalam sambil-sambil dengar THR seram, tiba-tiba daun pintu dorm ditolak dan Samad pun masuk terus ke loker dia. Saya perasan jam di dinding menunjukkan pukul 1.29 pagi. Kami semua nampak Samad balik dan buka loker dia.Lalu salah seorang dari kami jerit dari jauh..”Weh Samad, kata overnight kat bandau malam ni, asal balik sini pula? kata nak balik rumah terus. Samad diam je sambil diri depan lokernya dan termenung, saya pula tanya pada Samad namun hanya diam 1000 bahasa juga dia. Waktu tu kisah seram di kaset player masih bermain lagi, kisahnya agak seram dan menakutkan, tapi sebab 11 orang dengar seklai,masing-masing control penakut(saya pun sama)
Lebih kurang dalam 10 minit jugaah Samad berdiri depan loker dan baru dia beredar, kami ingat mungkin dia tertinggal barang kot. Xpelah janji dia bahgia. Samad pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal, dia hanya lemparkan pandangan ke arah kami sambil memakai helmet.
Tiba-tiba, satu kejadian pelik berlaku… Isa(sepupu samad) salah seorang rakan kami di dorm sebelah yang sama kursus dengan Samad datang menerpa bilik kami sambil tercungap-cungap tendang pintu. Memang kena maki dengan kami yang tengah layan stim cerita seram sebab terkejut takut.Melayang surya di tangan woooo…
Isa memberitahu satu berita yang buat kami semua terdiam seketika. Isa beritahu mak Samad baru call sebab nak info, lepas maghrib tadi pkul 8 malam. Samad terbabit dalam suatu kemalangan kena langgar lari semasa menuju ke Hang Tuah Walk naik motor. Samad meninggal di tempat kejadian,kepalanya dan helmet pecah sama sekali. Kami pandang sesama sendiri dan terdiam, seperti tidak percaya bahawa beberapa minit tadi kami nampak Samad balik ambil barang di lokernya. Saya dengan terketar-ketar cuak pergi ke hujung dorm dan lihat loker Samad, memang berkunci namun saya perasaan ada kesan tapak kasut bertanah merah depan locker Samad. Isa beritahu arwah baru selamat dikebumikan pukul 1pagi tadi.
Kami semua beritahu kejadian yang kami nampak kepada Isa. Pucat muka kami semua dan terus tutup radio kesah seram. Kami pindah tidur ke dorm Isa sebab semua takut jika ada nanti yang dtg jenguk dorm pula malam-malam ni.Persoalannya siapa yang balik tadi,sehingga kini saya tiada jawapan. Moga-moga roh Samad dicucuri rahmat oleh Allah swt dan ahli keluarganya di beri kesabaran dan kekuatan. Al-Fatihah
sekian,
Wallahua’lam
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Duk baca FS ni saya tengok banyak betul kiriman tuan Syed. Macam mana ya perasaan orang hidup boleh nampak alam ghaib?
saya x kasyaf tuan cuma kadang ternampak dengan izin Dia
nice
Mindblowing la pengalaman ni…
Sedih pun ada baca kat ‘Samad pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal, dia hanya lemparkan pandangan ke arah kami sambil memakai helmet’. Seolah ucap selamat tinggal juga tu, ya?
Moga rohnya tenang di sana.
Yang dtg tu mayb qarin dia kot.. bila kita meninggal, qarin kita x meninggal..
Allahu. seram pulak. semoga arwah tenang di sana.
Cerita seram campur sedih. Mesti semua yang nampak Samad tak boleh lupa kisah ni sampai mati.
qorin dia tu
semoga roh samad dicucuri rahmat
Awalnya kebumi. Pukul 8 malam kemalangan, pukul 1 pagi dah kebumi. Itulah seafdhalnya. Cuma tak dapatlah kawan2 turut serta waktu pengebumian.
assalamualaikum wbt..Roh itu rahsia Allah swt dan hanya sedikit yang dirakam kan Allah swt untuk pengetahuan kita. memang bila si arwah dah meninggal, roh x akan kembali..Namun siapalah kita nak judge kuasa Allah swt yang x terbatas dan bersempadan..Mungkin qorin,mungkin jelmaan lain, mungkin roh atau macam2 lagi apa yang kita x tahu..wAllahua’lam
Manalah kak yulie menghilang dari komen2 ni. Ku seru dikau KY
salam.. tuan syed.. saya bg cadangan buat #syed assiddiq.. sbb sy suka baca hasil penulisan dari tuan.. terima kasih..
sorry.. nk tambah sikit.. #syed assiddiq ni letak sebelum tulis tajuk.. jadi senang nak cari kalau ada hashtag ni..
wassalamualaikum wbt tuan/puan.. terima kasih atas pandangan dan cadangan yang diberi..inshaa Allah akan diperrtimbangkan..saya cuma menulis atas pengalaman yang sedikit ini, takut rasanya nak letak #tag sebab saya ni nobody..walaubagaimanapun inshaa Allah saya akan terus berkongsi kisah2 benar yang saya lalui di platform ini….terima kasih sekali lagi..
Aduh sedihnya😢 semoga arwah samad di tempatkan dikalangan org² yg beriman.
Best..selalu follow cite tuan syed ni, xprnh mengecewakn..serammm,al-fatihah utk arwah
terima kasih kerana hadiahkan Al Fatihah untuk arwah kawan saya..
Awalnya kebumi. Pukul 8 malam kemalangan, pukul 1 pagi dah kebumi. Itulah seafdhalnya. Cuma tak dapatlah kawan2 turut serta waktu pengebumian.
Slalu dgr kjadian mcmni..slalunya yg mati secara mngejut..orgtua ckp roh xsmpat msuk dlm jasad sbb mati mngejut..wallahualam
wallahua’lam
kemen ke doh?
mcm be sek lok hek?
Memng misteri crita ni…x try check locker Samad ka mna thu arwah tertinggal sesuatu…bole jadi dia nk bgitau sesuatu mngkin ad surat ke…
memang ada check..tp aib arwah, elok saya tutup
Seram
seram dan sedih..