Siapa Yang Kacau Aku

Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau
kisah aku disiarkan.

Ini kali pertama menulis
dalam FS, sebelum ni jadi cctv berjaya je hahaha. Maaf kerana menggunakan “kau aku” dalam kisah ni, untuk biasakan diri je. Hye warga FS aku Rul. So awal² aku cakap cerita ni tak tau la seram ke tak tapi disebabkan aku yg kena kacau dengan benda alah tu, memang seram jugak la. Jom….

Kisah ni berlaku time aku form 1 dimana masa tu sekolah aku membuat kem perkhemahan di satu PLKN. Kitorang semua dibenarkan bawak telefon tapi boleh guna dekat dalam dorm je la , time buat aktiviti ke pergi kantin ke memang tak boleh. Hari pertama dengan hari kedua elok je , sampai hari ketiga ehh malam ketiga.

Haaaaa berlakulah keseraman yang selama ni membelenggu diri aku yang membuatkan aku trauma nak pergi kem. Seram kan hahahah. Tapi bukan aku sorang je yang kena kacau, bff forever aku pon kena. Aku gelarkan dia Syuk sbb aku panggil die Syuk. Aku sorang je yang boleh panggil die macam tu kawan² lain tak boleh hhaaha. Ok sambung cerita.

Lepas habis semua aktiviti kitorang disuruh mandi dan balik dorm masing². Time tu dalam pukul 9:30 malam kawan² aku yg satu dorm ngan aku sume tak tido lagi. Bagi kitorang masih awal untuk tido. Sampai la sorang mamat ni kata ” wey korang jom cite hantu nak” semua pon angguk kepala termasuk aku then kitorang berkumpul buat bulatan dengar la cite seram masing².

Bodohkan aku pergi dengar cerita diorang. Dalam pukul 11:43 malam sume dah ngantok kecuali aku ngan Syuk ni. Bile dah tak bole tido mesti la kite scroll fon kan. Aku amik fon then baring kat katil sambil tarik selimut sampai paras dada. Syuk katil die berjiran je kat sebelah aku ni haaa , die pon tengah busy scroll fon. TINGG. Notification wasap muncul kat skrin telefon aku.

Chat dari Wan dalam group kawan² aku yang satu dorm . Wan katil dia dekat dengn pintu , jenuh jugak la kalau nak pergi dekat dia. Mana taknya jauh siott sebab dorm aku panjang. Bawah ni dialog aku Syuk dengan Wan dalam group wasap tu.

Wan: korang dah tido ke..

Aku: belom..

Syuk: belom, kenapa Wan..

Wan: wahhhh bukan main rancak kau orang
cerita pasal aku..

Syuk: kau dah kenapa, demam ehh..

Aku: kau ni baru lepas minum ketum ke..

Aku: Wan..

Aku: Wan??

Brape minit lepastu si Syuk chat aku personal…

Syuk: wey Rul…

Aku: apeee..

Syuk: Wan dah tido tau..

Aku: dah tu ape kene mengena ngan aku…

Syuk: Habis sape yang tengah typing dalam group…kau tengok group..

Aku: Haaaa…

Aku bukak group tu dan…… terkejut gileeee dooo time tuu, aku pandang katil wan memang die dah tido telefon die letak dekat sebelah bantal. Habis sape yang tengah typing, kat situ tulis” wan is typing” haaa sudahhh . Seriously memang aku meremang time tu. Otak aku dah fikir yg bukan². Aku memang dh tak sedap hati then aku chat Wan dalam group tu aku type..

Aku: Wey Wan Syuk…aku nak tido la..ngantokk byee..

Syuk: okk..

Wan: Hmmmmmm..

Aku tutup fon terus selubung ngan selimut. Pastu fon aku bergegar ada notification masok la. Chat daripada group tadi… dengan mengigil segigil gigilnya aku nk baca chat tu..

Wan: nak tido ke dah tau tu…

Wan: (sticker hantu)..

Aku terus tutup fon. Aku terus tido. Aku sempat pandang Syuk menggigil terok dia macam dah tahap gaban dah. Tah jam brape aku terlelap. Boom ! . Aku tersedar sebab dengar bunyi benda yang berat jatuh atas lantai. Kuat tau bunyi dia. Aku pandang jam kat dinding lagi 14 minit nak pukul 3 pagi. Aku baru perasan yang pintu dorm aku terbukak. Ada orang keluar ke. Aku kira budak dorm aku cukup je takde pulak yang kurang. Aku positif angin yang tolak sebab kuat jugak angin kat luar.

Pastu aku sambung la tido balik. Then aku baru teringat yang betul-betul ingat , sebelom tido memang aku dh kunci pintu tu. Sape yang bukak pintu tu. Terus aku fikir bukan-bukan. Then aku terbau 2 bau. Bau kapur barus dengan tanah. Aku tak tau tu bau tanah pasir ke tanah liat ke yang pastinya bau tanah tu macam tanah basah mungkin la. Pastu aku bangun nak check bau tu datang daripada mana.

Aku pandang sana pandang sini pastu aku pandang pintu dorm yang terbukak tu , pintu tu dekat sebelah katil Wan. Pastu dekat sebelah pintu tu kan aku nampak macam ada figure warna putih panjang pulak tu. Aku nampak melalui bawah katil Wan means figure tu dekat sebelah Wan tapi dekat lantai. Aku baca ayatul Qursi dengan Al-Fatihah. Nak baca ayat penghalau syaitan huh memang haramm aku nak baca sebab aku tak tau hehehhe.

Lepas aku baca surah-surah tu benda tu bergerak lepastu die boleh bergolek kat bawah katil kawan² aku , sampai kat hujung die utern bergolek kat bawah katil barisan aku pulak. Lepas tu katil aku bergerak ketepi macam ada benda langgar. Then die senyap. Kejap je die senyap.

Pastu katil aku bergegar macam dah takde penghujung. Sampai lah azan subuh berkumandang baru benda tu berhenti kacau aku. Aku bangun dalam jam 7 pagi , tak solat subuh sebab aku tertido lepas azan subuh. Pastu aku decide nak mandi , dah amik barang ape semua alang² tu aku pergi la dekat katil wan. Memang ada kesan tanah yang baru nak kering dekat lantai sebelah katil Wan.

Tu la kisah aku kene kacau dengan momok masa pergi perkhemahan. Kalau ada masa aku akan share kisah aku yg seterusnya , dah macam episod dah haahha. Terima kasih sebab sudi baca sampai habis. Byee.

Hantar kisah anda : Fiksyenshasha.com/submit

Amyrul
Rating Pembaca
[Total: 28 Average: 4.4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.