Siapa Yang Menghantar?

Assalamu’alaikum kepada Team FS dan pembaca setia sekalian. Terima kasih kepada admin dan petugas kerana telah menyiarkan cerita yang aku hantarkan dulu di laman ini yang bertajuk “Pelesit Dikala Maghrib” dan “Siapakah Gerangan Nenek Itu?”. Ada yang bertanyakan adakah cerita yang ditulis ini betul? Jawapan saya, ya! Cerita yang ditulis adalah dari pengalaman saya sendiri, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekitar, cuma ia diolah sedikit dari kisah asal. Isinya masih tetap sama. Olahan tersebut adalah dari segi penggunaan bahasa bagi menyedapkan lagi kisah yang bakal dikongsikan. Oke, saya terima kasih sekali lagi kepada Team FS dan para pembaca sekalian. Jom ikuti kisah selanjutnya.

Apa maksud amaran yang dilemparkan oleh Nenek Kebayan tempoh hari? Kadang terngiang juga ditelinga aku kata-kata yang dilontarkan olehnya. Tiba – tiba;

Ibu : Kaaaaaay, hang siap dak lagi? Sat lagi ayah hang balik kita nak bertolak dah oiii!
Kay : Sat maaakkk…sat, duk tunggu Chot habih mandi ni! Dia duk kelebek apa tak tau lama sangat ni!
(Walaupun tandas rumah mak dan ayahku ada dua, kami sekeluarga dah tak berani nak mandi kat tandas kedua lepas kes nenek kebayan bagi salam tempoh hari. Kecuali ayahku. Askar punya berani lain macam beb!)
Ibu : Hang ketuk laa pintu bilik aiq nuuu…dia pengsan pa?
Dum…Dum…Dum! Pintu diketuk mengikut arahan. Pintu bilik air terbuka sedikit. Kelihatan Chot tersengih-sengih.
Kay : Hang buat apa lama sangat Chot oi? Aiq apa pun tak bunyi. Cruumm…cruuummm tak dengaq pun.
Chot : Hehehe…aku berendam dalam kolah! Hang nak join?
Kay : Deyyyyyy!!! Nindia perangai depa!!!Oiii…ramai orang nak guna aiq kolah tuh hang tau dak?! Aku habaq kat mak aihh…
Chot : Alooohh…tak payah laa report…aku tak mau mandi dah…habih dah…habih dah…
Kay : Maaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkk!!! Chot kan….dia kan…berendam dalam kolaaaaaaaaah!!!
Ibu : Apaaaaaaaaaaaaaaa?????!!! Dia nak kena kot?? Abang-abang hang nak mandi lagu mana oi???

Piiiuuuuuuu~ dengan lincah Chot berlari didepanku dengan bertelanjang bulat. Tuala hanya menutupi bahagian depan badannya menampakkan buntut berkilat seperti roti bun yang disapu mentega.

“Mana dia…mana dia??!! Melampau sangat dah ni!”, kata ibuku sambil memegang penyangkut baju! “Dia lari masuk bilik tengah mak!”, kata abangku Pian yang duduk menunggu giliran mandi didapur bersama abangku yang ketiga Din. Mereka seperti terhibur memerhatikan adikku Chot yang bakal dirotan. Aku terus masuk kedalam bilik air untuk mencuci kolah dan menunaikan hajatku untuk mandi. Tiba-tiba…

“Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! Mak…cheq tak buat dah…tak buat dah….Uwaaaaaaaaaaa!,” teriak Chot dibilik tengah. “Aku tak ampunkan hang Kay!!Hang buat aku jadi macam ni!”, sambung Chot yang masih dalam amarah bercampur sedih. “ Ooooo…hang nak tala salah hang kat orang lain?”, kata ibuku yang sedikit kuat. Piiiiiiiiaaaaaaaaaaaaappppppp!!! “Haaaa…tuh, haaaa…nak lagi buat laa kelaku yang tak berapa nak elok tuh!”, sambung ibuku. Abang-abangku yang berada didapur hanya ketawa terbahak-bahak sambil menggigit kuih karipap dibawah tudung.

Bruuuuummmm~Bruuuummmm~kedengaran bunyi enjin moto C70 kepunyaan ayahku dari bahagian luar rumah.

Adikku bingkas lari dari bilik tengah dan memeluk kaki ayahku yang baru sahaja sudah bersembahyang secara berjemaah dimasjid.

“Ayooooohhhhh….ayoooohhhh….tolonggggg…mak rotan!!”, tangis adikku yang memeluk separa pinggang ayahku. Ibuku keluar dari bilik mengejar adikku sambil tangan memegang penyangkut baju. “Ehhh…abang dah balik? Abang nak minum dulu?”, kata ibuku yang spontan menukar kelaku dan emosinya. “Hahahaha…ni awat yang hang duk ligan-ligan anak macam ni? Dah laa kawan dok tayang habih teloq2 dia ni. Peluk pulak aku, batai aiq semayang aku.”, kata ayahku sambil tergelak sinis. “Dakk…buaih sangat. Ada p berendam dalam kolah? Haa…tuh yg boleh habuan tuh.”, kata ibuku menjawab pertanyaan ayahku. “Dah…dah, Chot p masuk bilik pakai baju naa…siap comey-comey…satgi kita nak p rumah tok nih…tau?”, pujuk ayahku. “Emmmm….ayah….isk3…Kay mengacom….tuh yang ceq kena tibai….isk3….”, Chot pula mengacum kepada ayahku. “Daaaah…pakai baju tau?”, balas ayahku ringkas. Chot mengangguk perlahan. Suasana petang itu meriah sekali dengan gelagat kami semua adik beradik.

Setelah ayahku menikmati juadah minum petang, dia bingkas bangun lalu menghidupkan enjin kereta Sunny berwarna putih. Sambil-sambil itu kakinya memijak padel minyak. Bruuummmmmm…Bruuuummmmmm…asap putih berkepol-kepol memenuhi kawasan laman rumah.

Setelah semua telah siap. Ayahku meletakkan tangannya dipintu rumah yang ditutup sambil mulut terkumat-kamit bagai membaca sesuatu. Setelah habis, beliau melangkah perlahan kearah kereta. Pintu dibuka perlahan, “Bang Mat, nak kemana tu?”, soal jiran sebelah rumah ayahku yang juga seorang askar. Langkah ayahku terhenti seketika. “Jali!!Anjat boboi!!Dak ni, nak bawak budak-budak balik kampong. Mak Cik depa nak kawin, tuh yang semua aku sumbat dalam kereta”, balas ayahku. “Oooooo…lama ka balik kesana Bang Mat?”, tanya jiran ayahku. “Lebih kurang 4-5 hari macam tuh la…alang-alang hang kat sini, hang tengok-tengokkan rumah aku boleh?”, pinta ayahku. “Ehhh, untuk Bang Mat apa salahnya…kita dua kan jiran? Lagipun sama-sama askar.”, sambung Jali. “Terima kasih Jali. Aku gerak dulu laa nohh?”, balas ayahku.

Perjalanan pulang ke kampung belah ibuku mengambil masa lebih kurang sejam lebih. Kampung belah ibuku berada dipertengahan antara kawasan Pulau Pinang dan Perak. (Agak-agak hangpa kat mana?Haha) Sepanjang perjalanan itu kami adik beradik yang berada di belakang kebanyakan sudah enak dibuai mimpi. Cuma kadang-kadang tersentak ketika ayah aku layan ‘drift’ disusur keluar lebuh raya.

Sesampainya kami di rumah arwah tok, gamatnya suasana yang menyambut kami. Ramai sanak saudara yang berkumpul. Mak cik – mak cik yang berkumpul sudah memulakan operasi membawang sambil menyediakan kelengkapan makanan untuk kegunaan kenduri. Mulut dan tangan sama naik lajunya. Golongan pak cik – pak cik dengan rokok daun dimulut dan bertungkus lumus menaikkan khemah dan operasi menyembelih lembu. Para remaja pula sibuk berebut nak menjadi bentara yang akan mengagihkan ‘goodies’ kepada tetamu. Zaman sekarang dah tak guna bentara, tukar jadi bridesmaid. Apa ‘function’ pun aku tak tau. Yang lagi sayang zaman sekarang semua katering, dah tak macam dulu, lauk berhidang. Hilang sudah peluang untuk berkumpul sebegitu.

Setelah kami adik beradik meletakkan beg masing-masing, mulalah bertempiaran ke serata penjuru kampung. Macam biasa, aku dan adikku Chot, abangku yang sulung Dol baring melayan penat berhimpit didalam kereta, manakala Pian dan Din pergi ke padang bola yang berhampiran bagi melihat lembu yang bakal dijadikan lauk kenduri. Ketika aku dan Chot berjalan menuju ke rumah sepupuku yang terletak tidak jauh dengan rumah arwah tok aku, aku terpandang ke satu lorong di belakang rumah tok ku. Dihujung lorong tersebut terdapat sebuah rumah kampung dengan binaan kayu dibahagian atas dan batu-bata dibahagian bawah. Terdapat seorang pak cik tua yang duduk bersandar dimuka pintu dan memandang kearah kami. Aku dan Chot hanya menunduk dan senyum sebelum berlalu pergi.

Sampainya dirumah Mak Lang, aku dan Chot bersama dengan sepupuku Sarah yang muda setahun dari aku mulakan operasi pengembaraan kami. Sarah ni perempuan, tapi kahaq dia kalah aku oo…bayangkan jatuh dari bukit yang setinggi aras tingkat 1 kepala dahulu. Diulang kepala dahulu yang mencecah bumi. Dia boleh bangun, terhuyung hayang sebentar, duduk dan menyambung semula memanjat bukit. Aku dan adikku terkesima. Kalau aku memang gheyau sampai subuh, tapi dia hanya usap-usap kepala sambil mengerut muka sahaja. Hahahaha! Comel si Sarah ni, muka nak iras-iras Sofea Jane cuma dia nih ‘papan’ dan macam tomboy sikit. Hahahaha! Siang tuh bermacam aktiviti yang kami lakukan. Terjun sungai, tangkap ikan kecik, bila petang sikit baru kami menghantar Sarah pulang. Sedang kami dimuka pintu, Mak Lang aku menjemput kami untuk menjamu selera dahulu. Laksa yang dimasak untuk menjamu ahli keluarga dan sahabat handai yang penat bergotong royong dihidangkan dihadapan kami. Selalunya begitulah, apa-apa kenduri untuk keluarga belah ibuku, rumah Mak Lang akan dijadikan ‘kantin’. Laksa Mak Lang aku dia punya pergi lain macam sikit. Padu beb! Taruk kicap sikit…syahduuuu~ Sambil menyuap makanan, sepupu sepapat lain turut serta menikmati juadah yang terhidang. Semua masih sekolah rendah, hanya ada beberapa sepupuku yang bersekolah menengah.

Tengah asyik menyuap laksa, abang-abangku yang lain datang bertandang. Malam pun berlabuh. Meriah! Mak Lang hanya tersenyum melihat kami yang berebut botol kicap. Bila aku teringat balik, rasa rindu sangat suasana macam tu. Setelah semua sudah kenyang, entah macam mana boleh pula terkeluar topik cerita hantu! Adoi! Pelbagai cerita yang dilontarkan dari mulut masing-masing. Cuma kisah keluarga kami dikacau sahaja dirahsiakan dan tak diceritakan. Ada yang cerita misteri lebuh raya karak, hantu Volkswagen kuning, misteri penanggal di Jambatan Pulau Pinang dan bermacam lagi.

Jam menunjukkan pukul 11malam, aku mengajak adikku untuk balik ke rumah tok. “Hang balik laa dulu…sat lagi aku balik dengan Din”, balasnya kepadaku. Berat jugak hati ini untuk bergerak pulang seorang diri. Tapi segala baju persalinan semua diletakkan di rumah tok, bukan disini. Dengan main seharian, mandinya belum, badanku dah bau semacam. Jadi aku gagahkan jua langkah kaki menapak pulang ke rumah tok dengan berbekalkan lampu picit yang aku pinjam dari sepupuku. Tiba-tiba hatiku berdegup kencang. Hujung mata tertangkap akan satu kelibat yang bagai berlari kearah ku! Langkah dipercepatkan!

“Kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!Tungguuuuuu!!!Tunggu aku!!!!”, jerit Chot yang mengejar langkahku dari belakang. “Pokemon punya digimon, hang rupanya Chot…aku dah nak pecut serupa Watson Nyambek dah tadi hang taw?”, kataku kepadanya. “Hehehehe”, dia hanya membalas dengan ketawa kecil. “Dah la jom, satgi habih pulak bateri lampu suluh ni”, balasku kepadanya.

Perjalanan diteruskan. Cahaya malap-malap menerangi jalan kampung yang hanya boleh memuatkan sebiji kereta sedan. Sepanjang perjalanan, kami tidak bercakap apa-apa. Chot membuntuti aku. Sehinggalah kami tiba diperkarangan rumah arwah tok aku. Pintu pagar kecil yang berada dihadapan tangga untuk ke pintu utama aku buka. Baru hendak melangkah kaki memijak anak tangga, aku hairan. “Senyap benar budak nih, ada ke tidak kat belakangku?”, getus aku dalam hati. Bila aku toleh kebelakang, tarraaaa~ tiada siapa! “Punggahhh, dia ni pi mana pulak dah malam-malam. Tadi dok ada kat belakang…haquuuuu macam ni”, kata aku sedikit kuat. Pintu utama rumah tok dibuka dari dalam. Terpampang wajah tok aku yang bagai menjemput cucunya. “Tok, sat tok…Chot tertinggai kat mana taktau nih! Tadi duk ada ikut kot belakang ceq!”, kataku kepada tokku.

Aku keluar dari kawasan rumah tok aku dan menapak laju mencari Chot yang entah kemana menghilang. Setelah 5 minit pusing-pusing dikawasan berhampiran, aku putus asa, dengan gelap malam apatah lagi aku ni tak dak laa berani mana jadi aku buat keputusan untuk patah balik dan naik ke rumah tok. Tuala dicapai dan aku terus mandi kerbau. Setelah selesai, aku terdengar suara Chot diruang tamu rumah tok. “Hang pi mana tadi Chot?”, tanyaku. “Pi mana apa? Aku dok kata dah tadi aku balik dengan Din.”, balas Chot. Bagai panahan petir menghinggap tepat ke hatiku. Darah seakan hilang dari wajahku. “Habis…siapa…yang ikut aku balik tadi?”, balas aku. “Mana aku nak tau kat hang!”, balas Chot dengan nada sedikit tinggi. Tok aku bagai perasan ada sesuatu yang tak kena terus menghampiriku dan membawa aku mengenakan pakaian dahulu. “Nah, Kay minum aiq nih. Lepas ni jangan jalan ikut belakang rumah tok tau, jalan kot depan nuh yang ada surau nuh…takpun kalau lewat sangat dah tidoq jaa rumah Mak Lang.,” kata tok kepadaku. Aku mengangguk perlahan.

Setelah usai sudah majlis perkahwinan mak cik aku dengan pasangannya. Bilangan hari untuk kami berada di kampung masih berbaki lagi dua hari. Aku, dan Chot manfaatkan waktu yang ada dengan bermain disekitar kawasan kampung sepuas-puasnya. Lupa sudah apa yang berlaku tempoh hari. Sehinggalah bila malam terakhir sebelum kami bertolak.

Setelah menghantar Sarah pulang, aku dan Chot melepak dahulu di rumah Mak Lang kerana waktu hendak maghrib. (Dah tak berapa berani cari pasai maghrib-maghrib ni..hehe). Setelah selepas Isya’ kami mula bertolak pulang ke rumah tok. Tapi aku terlupa pesanan tok “jangan ikut jalan belakang rumah tok”. Dalam pekat malam, dan berbekalkan lampu picit kami menapak perlahan ke destinasi. Semasa dalam perjalanan pulang aku terpandang dilorong yang terdapat di belakang rumah tok aku. Pak cik tua hari tuh. Dia memandang tepat kepada kami cuma fizikalnya sedikit berlainan. Badannya yang aku ingat siang hari itu sedikit berisi, tidak kurus tidak gemuk. Rambut putih sikat tepi dengan rapi. Badan tidak bongkok. Tapi kali ini, badan bongkok, rambut putih kerinting sedikit panjang dan jarang-jarang. Badannya kurus sehingga menampakkan tulang rusuknya. Aku dan Chot seperti biasa tunduk dan berjalan hormat (ala tunduk orang melayu bila jalan depan orang..taukan?) tapi apabila kami hampir melepasi lorong tersebut, kami toleh sekali lagi. Alangkah terperanjatnya. Matanya merah padam dengan senyuman menyeringai dengan kepalanya sedikit lentok kearah kiri. Terus kami berlari seakan tak cukup tanah.

Sampai sahaja di rumah tok, pintunya kami ketuk bagai nak pecah. Ayahku membuka daun pintu dari dalam. Setelah melihat keadaan kami yang tercungap dan pucat. Terus dia tarik kami masuk ke dalam rumah. “Pi mandi, amik aiq semayang dan tidoq!”, kata ayahku. “Ayah…kami….”, belum sempat aku habiskan kata-kata ayahku mencelah. “Tak payah cakap apa, amik aiq semayang dan tidoq kalau tak mau mandi!”. Kami hanya menurut sambil dibawa ke tandas oleh abangku Pian. Lalu terus tertidur keletihan di bilik dibahagian atas.

Pukul 3 pagi. Tangisan anak Mak Su yang masih bayi memecahkan keheningan malam. Tangisan yang cukup merisaukan. Bayangkan bagai nak putus nyawa budak tu gheyau! Lain macam dari biasa. Aku ketika itu masih mamai.

Tap!Tap!Tap!Tap!Tap!

Bunyi bagai ada yang melompat-lompat turun naik tangga utama dirumah tok. (Agak-agak maklhuk apa yang suka duk meloncat-loncat nih?Hehehe..) Aku yang sedari tadi mamai terus celik dan terbangun duduk. Abangku yang tidur dibilik yang sama tapi dibawah,(kami diatas katil) memberi isyarat senyap. Anak Mak Su masih menangis dibawah.

Skreeeeeeeeeeeeekkk~

Bunyi cakaran didinding papan rumah tok. Masing-masing cuak dan memandang antara satu sama lain. “Kami tak kacau hang, hang jangan kacau kami!”, bentak ayahku dari bawah rumah. Anak Mak Su masih lagi teriak. (Kalau hangpa dengaq mesti hangpa pun kesian dengan dia). Kami yang tadi berada diatas meluru laju turun kebawah. Tok terus menuju kearah kami. “Hangpa balik tadi ikut jalan mana?”, suara tok sedikit keras. “Kami…kami ikut jalan belakang rumah tok!”, balas aku sedikit gagap. “Aduh…kan tok dah kata, ikut jalan tepi surau? Hangpa dah tumpangkan ‘dia’ hangpa tau dak? Pagi-pagi ni ustaz mana bangun.”, marah tok kepada kami. Aku dan Chot hanya tertunduk dengan rasa bersalah. “Mana maksu dia? Suruh amik anak nih…baca apa yang patut!” sambung tok. “Dia duk ada dalam jamban nuh mak. Amik aiq semayang kot.”, balas ibuku.

Tiba-tiba terdengar suara batuk yang cukup keras dari arah tandas. Bunyi batuk bagaikan dicekik kuat. Ayahku mengetuk pintu dari luar. “Gayah, Gayah…awat tuh kat dalam? Buka pintu nih Gayah.”, kata ayahku. Masih tiada jawapan selain bunyi batuk. “Bang Mat macam mana ni?” tanya Pak Su kerisauan. “Aku terajang pintu ni, hang masuk amik bini hang. Aku masuk satgi jadi cerita lain!”, balas ayahku. Pak su mengangguk tanda setuju. Kuda-kuda dipasang. Terjahan kuat membuka pintu tandas. Engsel terpelanting entah kemana. Pak su terus meluru masuk dan menutup mak su dengan kain pelikat. Tidak lama mana Pak Su meluru keluar. “Bini aku kena rasuk! Bini aku Bang Mat!!!”, kata pak su kepada ayahku. “Aduh, lain macam gangguan kali nih…teruk dah ni,”jawab ayahku. “Yang hang lari keluaq pasaipa? Pegang laa bini hang, tutup apa yang patut. Satgi kita ikhtiaq.”, ayahku meninggikan suara. (Pak su aku jenis sembang kemaih, tapi teloq kecik! Dari dulu sampai sekarang!Hahahaha!) “Takpa, biaq kami buat”, celah ibuku. Ibuku yang dalam berani dan ketakutan membawa mak su keluar dari dalam toilet. Wajah mak su ketika itu cukup menyeramkan. Mata merah, sambil mulut tersenyum menyeringai! Ibuku memang muka nampak takut sangat. Tapi adik sendiri dia gagahkan jua.

Nak minta tolong ustaz atau orang yang pandai memang taklah. Pukul 3 pagi pulak. Jadi ahli keluarga dan sanak saudara yang ada hanya membaca ayat suci al-Qur’an. ‘Mak su’ hanya tersenyum dan mulutnya terkumat kamit. Makhluk yang menumpang bagai tidak merasa apa-apa walaupun pelbagai ayat ruqyah dibaca. Sama ada berlakon tak sakit atau betul-betul tak sakit. Setelah beberapa ketika, Subuh pun makin mendekati. Ayahku memberanikan diri bertanya apa yang dikumat-kamitkan tuh? Suara mak su sedikit serak dan garau. “Aku….takkan biarkan hidup kamu semua semua aman…hahahahahahaha!”, makhluk yang merasuk mak su membalas. “Aku akan pastikan hidup kamu sekeluarga porak peranda! Aku akan ganggu kamu semua sanak saudara!!! Itu yang ditugaskan kepadaku!!!”, sambungnya lagi. Setelah habis ucapannya, mak su terjelepuk diatas lantai. Azan subuh berkumandang tidak berapa lama selepas itu. Ibuku menyuruh pak su angkat mak su dan letakkan sahaja dahulu dibilik bawah.

Kami sekeluarga keletihan. Hanya ayahku, pak su, Pian dan Din pergi solat berjemaah di surau bagi menunaikan kewajipan dan meminta tolong ustaz yang pandai. Aku ketika itu memang dah ternganga tidur diatas kerusi kayu dilapik kusyen. Chot pulang baring disebelah ibuku. Usai sudah ayahku solat, dia tiba dengan Imam surau dan beberapa orang anak muda yang kukira pandai dan arif dengan perkara-perkara mistik. Dari cerita abang-abangku, mereka memulakan dengan membaca ayat suci al-Qur’an dan memagar kawasan sekeliling rumah. Mak su aku tiada apa-apa, keletihan selepas dirasuk. Bila aku terjaga dari enaknya tidur, penuh ahli keluarga datang kerumah tok. Padat. Tapi yang tak best, semua salahkan aku kerana seolah-olah aku yang menjadi punca. Sebenarnya memang santau/jin yang dihantar berniat untuk memporak perandakan keluarga sebelah ibuku. Senang cerita aku ‘at the wrong time and wrong place’. Ayah sedikit terasa apabila sanak saudara lain mengatakan aku punca dan sebagainya.

Ustaz yang dijemput meredakan situasi yang agak tegang. Dipulihkan semula keadaan dengan cerita sebenar. Masing-masing malu dengan tohmahan tanpa usul periksa. Aku hanya mampu menangis disisi ibuku ketika itu. Sentap bak hang…budak lagi kena tuduh macam tu. Memang sentap teruk laa. Aku masih ingat sampai sekarang apa depa kata. Depa ingat hantu tak tau rumah yang dia nak pi ka? Huhuhu…

Aku tamatkan dahulu cerita ini setakat ini. Rasuk mak su tak habis disitu. Tambahan pula ada berbaur dendam dalam percakapan jin/hantu yang dihantar. Siapa pula yang bakal kena? Teruk jugak keadaan keluarga kami ketika itu. Jika ada kelapangan nanti aku sambung balik kisah ini.
Yang baik itu dari Allah s.w.t, yang buruk semua datang dari aku. Kalau ada kesilapan bahasa dan ejaan aku mohon maaf dan terima kasih kerana sudi luang masa untuk membaca kisah tak seberapa ini. Terima kasih juga kepada admin F.S.

Kisah dari
-Kay-

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

9 thoughts on “Siapa Yang Menghantar?”

  1. Chot ni saheh macam budak yg qeyau main jutariya sbb abg2 dia main kecoh..yg part 2 pulak qeyau kena tibai sbb tuang skolah

    Reply
  2. sorry aku tak suka betul baca dok compare zaman dulu dgn sekarang bab guna katering ka, rewang ka. zaman pun dah beza. org pun beza la juga. zaman dulu mana ada menda2 katering tu. nak taknak kena rewang la. zaman skrg ni, rumah makin banyak, kawasan makin kecik, nk rewang kot mana? kena jugak fikir org yg family tak ramai, mak pak tok nenek jiran tetangga kat kampung dulu pun semua dah jalan dulu. anak2 cucu balik pun bknnya kenai anak cucu jiran tu jugak. setiap benda tu ada la zaman dia. kalau takdak demand, takdak la supply. dah zaman sekarang ni kekangan masa, ruang, tenaga.. kita ambiklah mana yg mudahkan kita. adoiii. mmg berdosa ka kalau tak rewang? kalau tak rewang ni kira takdak family ka? silaturrahim tak terjaga ka? haihhh

    Reply
    • Bukan macam tu ,sebenarnya kalau x guna katering lebih mengeratkan silaturrahim sama-sama buat kerja kan seronok.Bukan bermaksud guna katering x erat silaturrahim .Cuma memang xdinafikan zaman dulu lagi seronok dari zaman sekarang walaupun tiada internet bagai.

      Reply
  3. Annoying jugak cara hang bercerita ni, banyak sangat nak buat lawak bodoh…duk teloq sana teloq sini, pokemon la apa… sumpah annoying…cite seram xpayah buat lawak sangat la

    Reply

Leave a Comment