Assalammualaikum Admin Fiksyen Shasha dan pembaca setia dan budiman sekalian. Aku Puteri Bunian Sepatu Emas…dan ini adalah cerita akhir dari aku.
https://fiksyenshasha.com/keturunan-raja-dan-keris-emas/ – PERMULAAN CERITA
https://fiksyenshasha.com/keris-dan-berjumpa-pocong/ – KISAH 2
https://fiksyenshasha.com/harimau-jadian-dan-histeria/ – KISAH 3
https://fiksyenshasha.com/training-di-pulau-pangkor/ – KISAH 4
https://fiksyenshasha.com/gangguan-di-melaka/ – KISAH 5
https://fiksyenshasha.com/saka-harimau-dan-raja-bunian-1/ – KISAH 6
Macam mana yer aku dapat nama ni, ini bukan sekadar nama pena biasa. Tapi ianya berdasarkan pengalaman yang aku tempuh. Kali pertama aku jejakkan kaki ke alam bunian aku diberi sepatu emas oleh Puteri Fatimah di pintu gerbang masuk ke alam mereka.
Banyak cerita yang aku dengar pasal bunian ni, ada yang betul, ada yang tak kena, ada yang tertipu dengan jin kafir dan sebagainya. Namun setiap pengalaman itu memberikan ilmu yang tak ternilai untuk aku tempuhi sepanjang hidup aku di dunia yang fana ini.
Kali pertama aku masuk alam bunian adalah apabila aku masuk belajar di salah sebuah pondok di Kelantan. Madrasah di pondok tu ada bertahap tahap. Madrasah Tengah, Madrasah Tinggi, Madrasah Kubur, Madrasah Masjid dan beberapa madrasah berdasarkan nama tok guru yang mengajar disitu. Pondok ini sangat besar. Mempunyai pelajar yang sangat ramai. Pondok Lelaki dan perempuan diasingkan dan menjadi kawasan larangan untuk setiap jantina memasuki pondok yang bukan untuk mereka. Kawasan pondok lelaki adalah haram di masuki perempuan dan sebaliknya. Aku ditempatkan disalah sebuah pondok yang terletak berhampiran rumah tok guru dan belakang pondok terdapat tanah perkuburan yang sangat besar.
Bila kau bukak tingkap dapur nak buang tulang ikan, kau akan buang ke atas kubur yang betul betul terletak ditepi pondok berkenaan. Jadi kebersihan memang kena jaga. Pondok kami pelajar perempuan ada beberapa buah, ada yang bentuk macam rumah panjang, ada yang sebuah sebuah macam rumah kampong biasa dan ada juga yang berbatu. Tapi keadaan pondok memang kecil. Macam pondok aku tu, ada sebuah bilik, dapur yang boleh muat 3 org sekali masak, dan sebuah loteng kayu yang tidak digunakan. Pondok kami memang nampak daif sngat. Tapi itu bukan menghalang kami untuk terus menimba ilmu. Sebuah pondok akan ditempatkan seramai 20-25 orang pelajar. Boleh bayangkanlah betapa padatnya pondok tu.
Kami hanya boleh masak, makan minum, membasuh dan membersihkan diri saja di pondok, manakala waktu malam kami wajib mengosongkan pondok dan tidur di madrasah tengah yang bersambung dengan rumah Tok guru. Kami dilarang sama sekali bermalam di pondok. Aku hairan jugalah kenapa, pernah juga aku tanyakan pada pelajar senior di situ dan seorang pun tidak tahu jawapannya, sehinggalah pada suatu hari. Aku balik ke pondok awal, jam 10 pagi aku sudah terbaring berdekatan tangga yang menuju ke loteng pondok. Kebetulan hari tu aku tidak sihat sangat dan tak larat untuk meneruskan pengajian. Sudah seminggu aku di pondok ini, hanya hari jumaat kami tiada pengajian kitab. Setiap hari penuh dengan kelas kelas kitab dan alquran. Waktu rehat kami hanya masa qailullah sebelum zohor dan waktu sebentar sebelum maghrib. Waktu tu jugalah kami punya masa untuk masak sendiri dan menguruskan hal hal peribadi yang lain.
Tengah leka termenung sambil ekor mata ku melihat ke loteng, aku mendengar suara seperti orang sedang membasuh baju di tandas. Eh bukan aku sorang je ker yang balik tadi. Pondok memang kosong, siapa pulak yang membasuh tu. Sedang aku ralit mendengar perbualan mereka yang membasuh tu, tiba tiba badan ku ditindih oleh sesuatu di sebelah kanan, kebetulan di waktu itu aku sedang baring mengiring, aku tolak benda berkenaan dan benda tu jatuh tergolek sambil ketawa kecil. Berderau d***h aku dibuatnya…sekelip mata keadaan pondok berubah rupa, cuaca yang panas berubah mendung, keadaan pondok nampak suram….”kau siapa??….sesuka hati melendeh badan saya??”… “maafkan ana anur, ana nak main main jer…” kata seorang gadis yang lengkap berjubah hitam dan berpurdah, seperti uniform yang kami wajib pakai dipondok atau kami berjalan diluar.
Aku bingkas bangun…disisi aku terdapat lagi 2 orang perempuan, seorang agak berumur dan seorang lagi kelihatan seperti sakit. Aku hulurkan tangan untuk bersalaman. Gadis berjubah hitam memperkenalkan dirinya dan kawan-kawannya kepada ku. Dia bernama ummieathirah, yang berumur sikit bernama zainab, yang kelihatan sakit bernama khaditjah. Khaditjah tidak mahu bersalam dengan aku, dia segan kerana tangannya penuh dengan luka kudis, namun aku pegang juga tangan nya dengan lembut. Dia tersenyum. Tiba tiba tersembul seorang lelaki berjubah putih berserban di pintu dapur pondok.. “Miraaaa…kenapa kau tolak pinangan aku??!!”..”Baliklah, aku taknak kawen, aku nak belajar lagi..” kedengaran suara mira dari dalam bilik di pondok itu. “balik lah dulu…terima ajelah, mira tak sedia lagi”..sambung ummieathirah.
Mira seorang gadis yang sangat cantik, kulitnya umpama isi telur putihnya…boleh nampak urat hijau dan perjalanan d***h…macam transparent. Mata yang bundar dan bulu mata yang melentik boleh membuatkan ramai jejaka gila bayang. Serban pun boleh jatuh kalau mira jalan melenggok depan mereka. Mira keluar bilik dan duduk didepan aku. Mereka berempat mengelilingi aku. Menurut kata mereka, aku kini berada di dalam alam mereka, masih lagi dipondok cuma berbeza dimensi, mereka juga adalah pelajar pondok itu. Rupanya bukan manusia saja yang datang belajar dipondok itu, kaum jin islam juga ada datang belajar sama, cuma manusia saja yang tidak nampak kehadiran mereka. Setiap pondok pelajar perempuan di madrasah ni didiami oleh jin wanita islam dari berbilang suku dan waktu malam adalah waktu mereka untuk menggunakan pondok untuk berehat, menelaah kitab, makan dan sebagainya. Patutlah tok guru melarang kami tidur dan berada di pondok pada waktu malam.
Mata aku tertumpu pada keadaan luar pondok, aku bangun dan berjalan menuju ke pintu dapur. Lain benar keadaan nya di dunia nyata. Kawasan kubur yang luas di belakang pondok adalah hanya sebuah padang rumput yang hijau terbentang. Indah sungguh. Dengan angin yang bertiup sepoi sepoi bahasa, udara yang nyaman dan permandangan yang indah tu membuat aku berasa kagum dengan penciptaan Allah swt.Aku ingin keluar tetapi dilarang oleh ummieathirah. “Jangan keluar anur, kat sini baru saja hujan, sekarang musim tengkujuh, tanah kat belakang tu selut tinggi, nanti kotor baju anti”..
Sebelum aku pulang semula ke dunia nyata. Mereka kata mahu berkawan dengan ku, dan memberitahu yang mereka sentiasa ada disitu jikalau aku memerlukan mereka. Mereka juga meminta agar pelajar perempuan yang tinggal di pondok agar selalu menjaga kebersihan.
AKu dikejutkan oleh bunyi pintu depan yang ditolak oleh asni, salah seorang adik yang tinggal bersama aku dipondok tu. “Eh kak, buat apa tu termenung??…patutlah tak nampak akak, rupanya kat sini”…4 sekawan itu hilang dari pandangan ku dengan senyuman. Aku bingkas bangun dan menyarung jubah dan niqab terus keluar menuju ke rumah Tuan Guru. “Ummie…”, panggilan ku pada ustazah anak tuan guru yang mengajar ku al quran. Aku ceritakan semua yang terjadi pada ku tadi dengan ummie. Aku juga ceritakan yang memang selama aku berada di pondok tu aku selalu nampak lelaki-lelaki berjubah hijau yang bercahaya wajahnya, gadis gadis beralis tebal berjubah putih dan hitam di dalam kelas kitab yang kami hadiri, padahal kalau kami berada di kelas, kami wajib membuka jubah dan niqab dan berbaju kurung saja memandangkan semua kami adalah pelajar perempuan dan kelas kitab kami tertutup di madrasah. Ummie mengakui memang di madrasah tu bukan saja manusia yang datang belajar, jin juga ada sama. Jadi kenalah jaga kebersihan dan menghormati privasi mereka juga.
Pembelajaran aku berjalan seperti biasa. Banyak benda yang aku belajar, fardhu ain, tauhid, fekah dan yang paling aku suka adalah kitab tasawuff. Setelah beberapa bulan berlalu aku berpindah pondok di hadapan rumah Ummie, tok guru aku. Dipondok itu aku dibenarkan untuk tidur diwaktu malam oleh ummie kerana aku sering sakit. Lepas satu, satu penyakit yang menimpa aku. Sekejap demam, sekejap bengkak gusi, sekejap sakit kaki. Ummie kata itu adalah ujian bagi pelajar baru yang nak istiqomah dalam pengajian agama. Aku kena kuat dan tabah dengan ujian ini. Pondok yang aku tinggal ini dua tingkat, aku menyewa bilik di tepi pondok yang bertentangan dengan kedai kecil ummie di madrasah. Jadi senang aku nak panggil ummie jika aku tak larat untuk ke madrasah. Aku memang rapat dan manja dengan ummie. Terubat rindu aku pada wan dengan kehadiran ummie dalam hidup aku. Ramai jugalah adik adik pelajar yang cemburu dengan aku sebab aku dibenarkan tidur seorang di pondok sedangkan mereka terpaksa tidur di madrasah tengah. Mungkin sebab kelebihan yang aku ada, ummie percaya aku selamat walau aku sendiri. Ummie selalu berpesan agar aku sentiasa yakin dengan kuasa Allah swt. Kena takut Allah dari takut makhlus halus. Bila kita takut Allah, makhlus halus yang nakal ini akan secara automatiknya akan takutkan kita. Mereka tidak punya kuasa untuk mencederakan kita melainkan hanya dengan izin Allah.
Pada suatu hari, rakan rakan jin islam ku ini menemui ku untuk menyampaikan amaran pada pelajar pelajar yang duduk sekali dipondok mereka. Ada dua pelajar dewasa yang melanggar peraturan pondok dan tidur di pondok itu pada waktu malam dan membuat bising. Mereka amat marah kerana terganggu dengan perbuatan dua pelajar ini. Mereka mengancam untuk merasuk setiap pelajar yang lemah jika perkara itu berlarutan. Aku sampaikan perkara itu pada ummie. Ummie dan ustaz menghalau pelajar dewasa berkenaan kerana degil untuk mematuhi peraturan pondok. Bukan kita saja yang hidup di dunia ni dan setiap larangan peraturan itu ada sebabnya. Agar kita semua sentiasa beringat.
Histeria dan kelebihan mengubat
Suatu hari, ketika itu sedang berlangsung pengajian kitab muhemmah, kitab yang menceritakan akan tanggungjawab suami, isteri dan adat adat dalam berumahtangga. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Aku sibuk mendobek kitab sambil memerhatikan ustazah sue di depan ku. Pelajar yang lain juga sedang ralit mendengar penjelasan ustazah dari sehelai demi sehelai kitab yang kami tebuk. Tiba tiba pandangan ku beralih pada tingkap sebesar pintu yang berpalang separuh sejauh 3 depa dibelakang ustazah. Berdiri tegak si pocong sambil memerhati liar pelajar yang sedang leka mendengar syarah. Sekejapan dengan itu terdengar jeritan nyaring dari pelajar yang duduk di sudut dinding..lepas seorang, seorang menjerit. Pelajar lain yang ketakutan berlari duduk berdekatan ustazah. Pelajar senior memimpin ustazah turun ke tingkat bawah dan terus menghantar ustazah pulang ke rumah kerana mereka tidak mahu ustazah yang sarat mengandung itu terganggu. Manakala pelajar senior yang lain berusaha membaca ruqyah untuk menyedarkan pelajar yang terkena gangguan. Aku hanya memerhati dari jauh sambil mulut ku membaca ayat pendinding dari surah At Taubah….
Lama juga mereka berusaha untuk mengawal gangguan, pelajar senior sudah keletihan pelajar yang kerasukan tinggal dua orang saja yang masih menjerit dan gelak kesukaan. Dua pelajar ini yang paling degil nampaknya. Aku mara ke depan, mengambil posisi disisi pelajar yang paling kuat jeritannya. Aku letakkan tasbih kayu koka ku di dadanya…dia seperti tercekik. Aku bagi salam padanya, tapi yang menjawab salam pelajar kedua kerasukan yang duduk 5 depa di belakang kami. Padahal salam yang aku beri itu hanya boleh kedengaran di telinganya saja. Pelajar yang aku namakan nadia ini tersenyum sinis. Aku bacakan surah nabi musa ketika tongkat nabi musa berubah jadi ular, aku bacakan beberapa zikir tertentu lalu meletakkan tanganku di dadanya. Dia menjerit kepanasan.Tasbih kayu koka itu aku sapukan perlahan ke atas rongga tekaknya. “Kau keluar ikut tasbih ni, keluar ikut mulut, masuk dalam botol yang aku letak tepi mulut nadia”..aku memberi arahan. Nadia mengangguk. Nadia seperti termuntah ke dalam botol dan aku tutup botol itu dengan penutupnya. Botol tu kelihatan berasap didalamnya. Seperti ada benda yang bernafas didalam botol itu.
Nadia dan rakannya kembali pulih dan aku kunci sendi mereka agar tidak lagi benda itu kembali masuk ke badan. Sebenarnya aku tidak belajar pun mengubat orang. Aku bertindak secara spontan, aku hanya mengikut arahan yang terdengar jelas di telinga ku. Apa yang perlu aku buat. Sejak itu, ummie sering meminta aku menasihati pelajar pelajar yang bermasalah dan pelajar yang memang mempunyai semangat yang lemah. Gangguan makhluk halus memang hebat di pondok. Kadangkala ada orang sengaja menghantar gangguan untuk menguji ilmu hitam mereka. Kami kat pondok ni nak belajar bukan nak menunjuk pandai. Ummie kata, mana ada orang hysteria di disko dan pasar pasar malam, sebab tempat itu kesukaan syaitan. Syaitan takan ganggu geng mereka. Mestilah mereka menggangu umat nabi Muhammad SAW yang mahu mengenal Allah. Betul jugak cakap ummie.
Sejak dari itu aku lebih tekun belajar, aku banyak bertanya, banyak menghafal surah surah, banyak berzikir. Malah aku juga berbai’ah tarikat naqsyabandiah. Aku sering mengamalkan puasa putih dan bersuluk dalam bilik di pondok ku. Makin kuat ibadah ku makin jelas penglihatan ke 6 ku. Sehingga kadangkala aku boleh melihat perlakuan buruk manusia yang berdiri didepan ku. Macam tengok tayangan gambar. Tok tok guru yang aku jumpa sering menasihati ku agar jangan terpedaya dengan jin dan mainannya agar disebabkan itu nanti aku boleh terhijab dengan Allah swt.. Aku sentiasa pegang pesanan tok guru ku. Aku diganggu banyak kali sewaktu bersuluk dipondok. Ada manusia yang menghantar nenek tua untuk menduga. Nenek tua itu tiba tiba muncul didepan mata dan ingin melihat kehebatan aku. Apa yang aku ada?..tak ada apa..ilmu cuma setitik. Nenek tua itu berang apabila aku tidak melayannya, dia berlari dan cuba menerkam aku. Aku menjerit kalimat Allah….Allah Hu Akbar, sejurus itu nenek tua terpelanting ke dinding dan lenyap. Ada juga yang menghantar langsuir.
Aku dengar seperti orang mandi di bilik air. Padahal hanya aku sorang di pondok waktu itu. Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Sapa pula menyelusup masuk mandi kat pondok aku ni??..aku capai pisau di sinki, aku berjalan perlahan menuju pintu bilik air dan terus menendang pintu bilik air itu. Ada seorang perempuan berbogel berambut panjang, muka hitam bertaring, sedang seronok mandi dalam bilik air aku. Aku tikam perempuan itu bertalu talu. Dia menjerit kesakitan. Tapi tiada d***h yang keluar dari lubang tikaman pisau di badan nya. Sambil menjerit sambil dia berlari keluar. Aku Tanya berkali kali…”siapa hantar kau haaa setannn…ko cakap ngan tuan ko, dengan dia nanti aku tikam.., kuang ajar mandi tak mintak izin..” perempuan tu lari menembus dinding, aku bukak pintu pondok sambil menjerit. “kau datang lagi skali, aku b***h kau!!..Bila aku marah..aku tak kira dah setan ker apa. Kuat betul panas baran aku ni. Ada juga aku minta penawar dari tok guru. Ummie hanya senyum memandang ku..ummie kata, nak bagi tak panas…”Selawat banyak banyak la anurr”…malu aku.
Orang hakikat
Mereka ini sebahagian dari orang awam yang kononnya menemui jalan singkat untuk mencapai makrifat Allah. Tak perlu syariat, tak perlu tarikat terus melangkah ke ilmu makrifat. Salah seorang yang aku kenal, mempunyai kenalan di pondok itu. Melalui pelajar itulah dia mengenali aku. Dia nampak aku ketika dia datang melawat menemani kawan melawat anaknya di pondok itu. Pada suatu hari anak kepada kawannya itu pelawa aku untuk keluar makan bersama keluarga nya. Aku tidak menolak. Dah lama rasanya tak makan daging merah. Dikesempatan itu boleh lah aku order lamb chop nanti. Rupanya disebalik ajakan itu, aku diperkenalkan kepada jejaka ini. Dia berusaha untuk memujuk ku keluar pondok untuk berguru dengan guru hakikatnya. Pelbagai cara yang dia gunakan, namun Allah Maha Melindungi. Aku selamat dari permainan syaitannya. Aku pelik dengan tindak tanduknya..dia mengaku dia imam mahadi…mana mungkin imam mahadi. Imam mahadi keturunan Rasullullah SAW..berwajah indah dan tampan. Imam mahadi tak isap rokok. Tapi anta tu berkepul asap diudara, telan pil kuda dan main perempuan. Malah anta masih lagi bagi nafkah batin pada janda anta…IMAM MAHDI la sangat.
Aku juga diizinkan oleh Allah swt untuk jumpa seorang penduduk kampong yang berdekataan dengan pondok aku itu datang merayu untuk menarik harta karun di belakang rumahnya. Pakcik tu beriya mengatakan yang kelebihan keturunan aku adalah boleh menarik harta karun kepunyaan alam bunian.Ntah bagaimana dia tahu tentang itu semua. Puas aku memujuk tapi dia tidak mahu menceritakan dari mana sumber maklumat yang dia dapat mengenai aku. Aku penuhi permintaannya. Aku pergi kebelakang rumah pakcik itu pada waktu malam seorang diri dan dapat meilhat dengan jelas satu tempayan besar berisi emas yang dijaga oleh seorang panglima perang yang bermuka ganas. Panglima yang aku lupa namanya itu tidak menbenarkan aku mengambil emas untuk pakcik tadi. Bukan miliknya kata panglima. Emas itu adalah milik kepada Tuan guru yang mula mula membuka pondok ini. Panglima juga berkata, disatu hari nanti, dia akan datang menyerahkan kalung berlian pada ku, kerana kalung itu milik keturunan aku. Iskh, naperlah dia tak bagi masa tu. Dapat kalung tu, boleh aku jual dan lanjutkan pelajaran aku ke tarim…hehehe.
Alam Bunian
Di bilik ku seperti biasa, aku berzikir. Tiba tiba aku mendengar deruan angin lalu aku buka mata. Aku berdiri di hadapan pintu gerbang berukir dan berbatu lusuh. Puteri Fatimah, perempuan berbaju kurung putih memanggil ku melangkah masuk dan memberikan aku sepatu emas untuk aku pakai. Puteri Fatimah hilang dari pandangan. Aku berjalan perlahan kedepan. Di kanan ku terlihat sebuah kolam yang penuh dengan ikan yang berwarna warni dan juga emas berlian yang berkilau warnanya. Di kiri ku terdapat sebuah pokok besar yang penuh dengan buaian buaian indah bergantungan. Ada lelaki dan wanita yang berpakaian indah bergelak ketawa dan bernyanyi di silang dengan bunyian gamelan. Mereka amat tampan dan cantik. Kulit halus mulus, slim melim dan bersanggul indah. Aku terpana dengan kecantikkan mereka, namun di hati aku cukup kuat untuk aku meneruskan lagi perjalanan ke hadapan. Aku jumpa sebuah rumah di sebelah kiri. Rumah berbentuk minangkabau negeri Sembilan yang indah berukir, ku kira adalah sebuah rumah kampong moden yang amat indah sekali pembuatannya. Dikelilingi oleh pokok pokok bunga yang cantik cantik belaka. Tiba tiba aku terdengar alunan zikir nama Allah yang syahdu dan kuat. Aku berjalan perlahan mencari suara itu.
Dihadapan ku ada sebuah jalan yang dihiasi oleh pokok2 besar yang indah. Berwarna warni daunnya seperti musim bunga di korea. Disebelah kanan ku terdapat sebuah kawasan kebun yang amat indah sekali, dipagari oleh pagar besi yang berukir. Aku melangkah masuk kedalam kebun, namun tiba tiba lelaki dan wanita yang aku jumpa di permulaan jalan ku tadi menarik tangan ku untuk tidak masuk kekawasan berkenaan. Muka mereka berubah dengan sangat buruk sekali. Diketika itu Puteri Fatimah muncul bersama harimau putih menarik aku masuk kedalam kebun. Mereka iringi aku berjalan di kebun yang indah itu. Ada pelbagai jenis buah yang masak ranum. Aku petik sebiji buah dengan izin mereka. Rasanya berubah rubah, ada rasa epal, ada rasa buah lai..tak dapat aku nak bayangkan betapa sedapnya buah itu. Rupanya dihujung kebun terdiri sebuah masjid yang sangat indah. Aku membuka sepatu emas dan menyimpannya ditepi masjid. Disebelah kiri masjid, ramai yang sedang leka menadah kitab, manakala di sebelah kanan ada kumpulan lelaki berjubah putih sedang asyik berzikir. Aku duduk dibelakang mereka yang sedang asyik berzikir dan aku ikut berzikir sekali. Bila aku pandang ke depan, masjid itu seperti tiada penghujungnya, yang aku nampak adalah seperti lautan dan cahaya yang bersinar terang bagai matahari yang memancar. Aku berzikir sehingga basah baju ku dengan air mata. Aku rasa amat kerdil sekali. Begitu luas dan hebatnya ciptaan Allah swt. Aku kembali semula ke bilik ku bersama sepatu emas di kaki. Sepatu yang aku pakai tidak akan nampak oleh penglihatan manusia biasa. Hanya aku gunakan bila aku ingin lagi ke sana. Aku tentu tidak akan kembali ke alam nyata jika aku terpegun dgn emas dikolam ikan atau dengan nyanyian wanita cantik dan jejaka tampan. Rupa rupanya itu ujian untuk aku harungi hidup di muka bumi ini. Harta dan hawa nafsu. Bagaimana nak mengenal Allah jika diri sendiri masih lagi terikat dengan harta dan hawa nafsu..
Sejak aku dapat masuk ke alam mereka, banyak dugaan mistik yang aku tempuh, banyak ragam manusia yang aku jumpa. Aku juga sudah berhenti mengubat kerana badan ku tidak tahan menahan serangan balas dari manusia manusia berhati busuk yang ditunggangi iiblis. Aku hanya seorang perempuan lemah yang masih lagi mencari jalan pulang menuju Maha Esa.
Sehingga kini, ummieathirah, zainab, khatdijah dan mira masih lagi mengikut ku ke mana saja dan kini tinggal bersama sama dengan ku menimba ilmu Allah swt. Kami masih lagi menuntut, tak kira lah berapa kali khatam pun al quran atau berapa kali ulang dobek kitab. Kami tetap akan niat menjadi pelajar dan belajar untuk mengenal diri sendiri sehingga akhir hayat kami.
Saka keturunan
Pembaca sekalian, jikalau kamu ada saka keturunan, perlu tahu bahawa saka keturunan ini adalah perjanjian nenek moyang yang terdahulu. Memang kita cucu cicit tak boleh nak buang kecuali hanya boleh melembutkan dan mengawal mereka. Diri kita sendiri kena bagitau bahawa kita tidak memerlukan mereka. Jangan sekali kali memanggil mereka. Diri kita sendiri kena kuat. Kena kuat dengan amalan dan ibadah pada Allah. Cukupkan solat dan cukuplah mengaji sekali sehari jika tidak mampu. Yang penting ingatan Allah sentiasa di hati.
Keris kembar kepunyaan Wan ada penjaga nya yang tidak berapa baik. Aku penah diajar beberapa kalimah sebutan memanggilnya jika aku memerlukannya. Keris itu perlu dimandikan dengan air kelapa dan di perasap setiap malam jumaat. Keris itu dah banyak makan d***h. Aku tak sanggup untuk memilikinya. Biarlah ia terbenam di dasar lautan. Rupa rupanya dalam keturunan wan banyak benda mistik yang bersifat kembar. Sepupu wan kembar dengan buaya putih. Kami diajar sejenis sebutan salam setiap kali mahu bersampan ke sungai atau kelaut. Aku juga tak lepas dari bencana kembar ni apabila anak kembar aku diambil oleh mereka.
Keturunan atuk pula dijaga oleh Raja bunian Islam. Puteri Fatimah yang sering muncul ketika aku sedih itu adalah anak nya. Selain Puteri Fatimah ada juga seorang lelaki bermuka arab yang sering muncul dihadapan ku malah dalam mimpi juga. Lelaki itu bernama tengku umar.
Namun segala nya itu adalah semua di atas ilmu Allah swt dan ciptaanNya yang Maha Hebat juga.. Allah menberi kita akal untuk berfikir dan mengawal nafsu, maka gunakanlah dengan sebaik mungkin berpandu dengan ilmu agama yang betul. Kena ingat juga, lagi tinggi ilmu seseorang, lagi hebat ujiannya maka janganlah pandang semua ustaz atau ustazah itu tidak betul jika ada seorang daripada mereka yang tewas dengan ujian. Berat yang mereka tanggung.
Ampun maaf kali ini dengan cerita yang panjang menjela..maaf jika ada salah silap selama aku menulis ni. Aku tak pandai nak karang ayat ayat dan mukadimah yang berbunga. Dan aku akhiri cerita ku ini dengan sedikit ilmu memagar diri dari sihir yang agak kuat ini agar menjadi amalan untuk kita menentang fitnah dajjal di akhir zaman.
• Benteng Dajjal – Cuba amalkan surah al kahfi
• Surah amalan untuk hindar sihir
o surah al fatihah x 1
o Surah al baqarah ayat 1 – 5
o Surah al baqarah ayat 255-256 – amanah rasul
o Ayatul kursi
o Surah al ikhlas x 3
o Surah al falaq x 1
o Surah an nas x 1
Cukup di baca setiap habis subuh dan selepas asar untuk benteng sihir.
As salam.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Baru tahu peraturan muslimah x blh tidur d pondok kat pondok tersebut..huhu
Assalamualaikum puteri bunian sepatu emas…saya perempuan berumur 29 tahun….saya ingin tanya 1 pekara tentang saka…saya kawin hampir 5 tahun tapi masih blum dikurniakan zuriat..pernah berubat merata tempat..dan ada 3 org ustaz yg berlainan kata saya ada saka keturunan…saya x boleh mngandung sebab katanya “benda tu” menumpang di rahim saya..dan saya pernah alami pendarahan tanpa henti slama 7 bulan…saya masih ada tok@ nenek yg umurnya 80an tpi masih kuat walaupun sudah sakit melebihi 13 tahun….boleh saya whatssap tak puteri bunian sepatu emas..saya cuma ingin tahu tntang diri saya,mana tahu puteri boleh bantu saya…minta maaf kalau petmintaan saya ni melampau…hatap puteri boleh balas komen saya…terima kasih…assalamualaikum…
waalaikumussalam. Adik penah mimpi pegang baby? mengandung? terima baby dari org lain? atau mimpi terima apa2 pun dari orang lain atau dari org yang Adik kenal?..Penah mimpi haiwan? jatuh dari tempat tinggi?
Saka takkan berpindah jika Tuan nya masih hidup. Adik penah tak tunai permintaan tok, suruh ambil sakanya? jikalau tak dan benar saka, saka itu hanya menganggu atau menumpang untuk makan. memang selalu saka dari jin kafir ni suka duduk di rahim wanita untuk makan janin.
Maaf yer dik, saya tak boleh beri no telpon, tapi adik boleh email saya di [email protected]
Kalau pihak FS tak luluskan email itu, adik amalkan memakan kurma ajwa, buah tin, olive oil dan cuka apple. Selalu dengar Ruqyah sebelum tido. Selepas solat di waktu malam, amalkan surah al muzammir, surah al jin dan surah nuh. 3 Surah tu pendek pendek dan berderet. Amalkan sehingga mengandung dan jangan tinggal kalau sudah mengandung. Selalu berwangian dengan minyak kasturi putih/hitam atau kasturi kijang. Ataupun minyak2 attar haramain. sapukan minyak berkenaan di celah2 jari tgn dan kaki, di ubun ubun dan calit sedikit di kening.. ini adalah di antara yg dibenci oleh jin2 kafir ni. Insya Allah…depa tak kan mai dekat. Kalau boleh selalu minum air yassin atau air ruqyah. niat untuk lindung roh didalam dan hapuskan semua sihir2 yg dihantar oleh jin dan manusia. Adik akan berasa sakit perut nanti. Tapi teruskan minum. Selalulah berzikir selawat dan jadikan amalan. jangan sekali kali selalu ingat dalam hati yg buat adik tu saka.. lagi benda tu suka…jgn takut…takut Allah dan ingat Allah selalu..As salam
Pernah kak…saya pernah mimpi menyusukan beby..bila bangun tidur rasa sakit kat breast…mimpi jatuh dari tempat tinggi slalu sangat kak… rasa gayat2 tu mcm betul… mimpi toilet kotor tempat2 kotor.. mimpi toilet skolah berlanjutan bertahun tahun…saya dah 3,4 tahun susah tidur mlm…. dkat2 nak subuh bru bleh tidur sekejap..saya pun buntu…tok saya x penah la pulak cakap2 pasai bagi saka ni…tapi dia slalu usap perut saya,tanya bila nak ada beby…1 lagi kak..kalau saya pergi mana2,msti ada org akan tgok saya pelik ja..tpi bkn smua org la..mksud saya org yg berperwatakan alim,dia org akan tgk saya pelik..tgk lama2..saya kadang kurang selesa..x tahu apa yg dia org nampak kat saya..masuk kali ni ada la dkat 5 org yg berlainan tgok saya mcm saya ni pelik & ada sesuatu…pernah 1 hari tu saya bawa mak saya ke hospital,masa tunggu turn nak ambik ubat tu,ada 1 pakcik ni,alimm…berjubah putih,berserban,bersrlendang merah putih serta kat tangan dia ada tasbih biji2 besar…dia tgk saya 3 kali..dia sembang dgn kawan dia,pastu tngok saya balik..saya jadi tak selesa bila org tgk saya mcm tu seolah nampak sesuatu kat saya..kdang saya sedih…tak apa kak tak boleh bg no wasap..akak dah balas ni pun saya dah bsyukur dh..insyaAllah saya akan amalkan petua2 yg akak tulis kt atas tu… trima kasih kak….🙂
email saya [email protected]
sekolah pondok tu dimana ya ?
sama dengan sy. dari sy start boleh igt mimpi (umur 4-5tahun), sampai sy umur 17 tahun, sy mimpi jatuh dari bangunan y sama. cuma dari umur 16-17 tu kekerapan makin berkurang. time kecik kadang2 setiap hari sy akan mimpi mcm tu. mimpi kena kejar beribu ekor ular. tapi sekarang mimpi sy lebih kepada toilet kotor. najis y banyak. bukak pintu setiap toilet semua ada najis. sy pon runsing dengan semua ni.
Terima kasih atas perkongsian Puteri Bunian Sepatu Emas. Teringin rasanya untuk berjumpa dengan puan. Semoga diberi kesempatan 🤲
Kalau nak belajar dekat pondok tu ada cmne nak apply?
Assalamualaikum Tuan Puteri Sepatu Emas,
Saya atau lebih kepada kami mendapat tahu tentang keturunan kami yang mempunyai saka semenjak 9 thn lalu. Selama ini arwah nenek atok semua memang tak mengamalkan apa-apa budaya yang menunjukkan mereka membela saka sebab mereka boleh katakan moden la juga sebab pesara kerajaan. Satahu kami, ada 2 yg berlawanan baik & jahat. Yang baik berserban, jubah & sentiasa mengingatkan kami tentang ibadah. Yang jahat, of coz lain la dia kan totally opposite seorang Panglima yg ada dlm sejarah yg dikatakan kami keturunannya. Sebab apa kami kata begitu, setiap perawat yang kami jumpa lebih kurang itu jawapan mereka & tak ramai yang sudi meneruskan mengubat kami (ya saya percaya nak baik datang dari dalam diri sendiri) kerana mengikut kata-kata perawat ini, Sesiapa yang mengubat kami nyawa dibalas nyawa, wallahu’alam. Apa yang saya lakukan sekerang pertingkatkan amalan & ajar anak-anak supaya lebihkan ibadah walaupun saya tahu kami adalah hambaNya yang sentiasa berdosa.
Waalaikumussalam…saya pun penah juga pergi berubat diri sendiri, walau saya boleh mengubati diri sendiri, setiap ustaz yang saya rujuk semua berkata perkara yg sama seperti Tuan/Puan…yg penting diri kita sendiri. Kena sentiasa ingat Allah swt lah yang maha Melindungi, letak kan seluruh keyakinan pada Allah swt…insya Allah…Makhluk tiada kuasa.
Assalamualaikum .sy cuma nk tny,macam mak sy,masa mengandung ank sulung dulu ,dia pernah mimpi nenek kebayan datang selimutkan dia dgn kain kuning dan mntak ank dlm kandungan untuk dijaga.tp mak sy xbgi .lpstu dia cuma ckp ,”tkpelah nenek tlg jaga dr jauh”.. tp alhamdulillah ank tu xde mslh apa2 dlm hal mistik ni. cuma nk tny , benda jenis apa yg dtg tu ?.dia cuma dtg skli tu je.
selalu jin yang tiada anak ni, akan selalu ambil anak manusia untuk dibela. dan kadangkala sebenarnya janin itu adalah perkongsian dengan jin lelaki yang meniduri mak adik melalui ayah adik. Apabila benih janin jin lelaki itu lebih dominan dari benih ayah, maka terhasil lah perkongsian dengan jin tersebut. dan selalunya keturunan jin lelaki itu akan datang mengambil keturunan mereka. akan selalulah dengar kandungan hilang dan sebagainya. Macam saya sendiri. Jin islam yang jaga keturunan saya yg ambil anak kembar saya.
Love your stories Anur. Hope this is not the last from you.
Assalamualaikum puteri bunian…boleh syaa tahu apa amalan yg org bunian buat setiap hari???Dan apa amalan supaya kita terasa dekat dengan Allah???harap balas…saya masih diantara org yg lalai…
Amalan – amalan orang yang beriman. Tinggalkan apa yang dilarang oleh Allah swt dan buat apa yang disuruh. Untuk lelaki, wajib jemaah di masjid. Kalau rajin baca al quran dan solat sunat. Lelaki muda yang beriman adalah lelaki yang paling dicintai oleh Allah. Belajar lah lagi swt.. tadah kitab dan ambil masa mendengar syarahan agama di masjid. Cari akhirat, nescaya Dunia akan datang mengejar kita. dan selalu lah selawat pada nabi Muhammad SAW. dan istighfar. Sucikan hati dan bersihkan jiwa. Selalu bersikap husnuzon pada sesiapa pun dan paling penting pada Allah swt. Hidup untuk Allah…
Dekat mana lokasi pondok akak masuk ye??
Amalan dorg bt setiap hari xbrp banyak. Cuma berak ditepi jalan dan makan tahi tu. Hg ni pelaq sungguh pasai apa
@zul skurang2nya ‘tahi’ tu lebih BERNILAI, BERHARGA & SUCI dri ko 😏 ko ada ape 😂
Harap yang ini bukan terakhir, banyak yang boleh di pelajari. Terima kasih atas perkongsian.
Menarik kisah hidup awak moga terus beristiqomah dijalan Allah..Baraallah humma
Seronoknya saye dengar kisah akak,teringin sangat nak mendalami ilmu Allah,selalu juga doa tapi Allah masih lagi tak mengizinkan untuk betul² mendalami ilmunya, mungkin belum sampai masanye lagi. Dari 13 hingga sekarang 18 masih tak tercapai impian saya nak masuk tahfiz,boleh saye tau dimana maahad tahfiz tu
Assalam Puteri,
Diceritakan semasa saya lahir, di dalam bilik bedah terdapat banyak rama-rama putih/kuning yg entah dari mana muncul. Ada yang mengatakan itu adalah kaum bunian yang menyambut kelahiran saya. Mohon pencerahan Puteri sekiranya tahu apa-apa berkenaan perkara ini.
Wassalam.
waalaikumussalam…saya juga selalu ditemani rama rama putih semasa di madrasah…rama rama atau apa pun semua nya adalah ciptaan Allah swt yang Maha Mulia. Tujuan diciptakan adalah untuk menyembahNya…Wallahualam itu bunian atau tidak, cuma kita sebagai seorang mukallaf ni sentiasa lah mempertingkatkan amal ibadah kita pada Nya…
Tuan Zul…menghina dan mencemuh tu adalah amalan orang orang jabiliyah yang sama sama menentang Nabi Muhammad saw di zaman Nabi dulu…nak bersama abu jahal atau bersama Nabi SAW?..Nabi SAW tak ajar umatnya bersikap biadap begitu…patutlah orang kafir kata islam ni ganas kerana contoh yang Tuan Zul tunjuk ni. Esok di Akhirat Tuan Zul sibuk cari orang yang tuan zul hina ni. Sedangkan sehari di padang masyar siksa nya berpuluh tahun menangung di dunia…maaflah kalau saya cakap ni kasar sikit, cuma bersikap husnuzonlah pada semua org..
: )
Rasa macam pernah dengar je orang kembar dengan buaya putih, arwah tok saya cerita
Assalamualaikum puteri, sy kerap juga mimpi dukung baby, ular Dan lipan juga jatuh dr tmpt tinggi…mak sy salasiah BT lim sedang terlantar akibat strok Dan pelbagai penyakit pelik yg lain..inshaAllah minggu depan nak buang s**a (menurut ustaz yg mengubat) dgn kaedah mengkafankan makhluk Allah tu…puteri ada idea?
Wallahualam tuan syaiz, setahu saya saka tak boleh dibuang sebab yang berjanji tu Tok Nenek moyang kita terdahulu, tapi boleh di lemahkan. Pasal kaedah tu saya belum pernah dengar lagi lah, tapi kalau bukan perkara pelik atau yang boleh menjurus kepada syirik, teruskan kalau ianya memberi manfaat. Memang Allah suruh kita berusaha….m**i jer takde ubatnya…
jazakallah puteri….moga beri manfaat
Semoga boleh share lagi. Seronok la.
Saya pun teringin nk mendalami ilmu allah ni
Allahuakbar…selepas baca kisah sis dari awal..terketuk pintu hati saya..jahilnya saya..xde ilmu saya..rasa mcm jauh dari Allah walaupun solat 5 waktu..tu pun selalu ade yg tertinggal kerana hal duniawi..rasa mcm harapan nk masuk syurga Allah tu jauh sangat²..sedar x sedar berkaca kelopak mata..cuma x gugur je..nasib member office x perasan..rasa mcm nk follow je pondok yg sis belajar tu..nk belajar agama..tp ape kan daya tanggungjawab pada mak ayah..isteri dan anak²..
Assalamualaikum puteri bunian, macam mana nak tengok bunian? soalan saya serious, saya teringin nak tengok
Waalaikumussalam @tabby….untuk apa tengok bunian…kita lagi cantik dari bunian dan jin…kita zahir, mereka tidak… berazam untuk dapat lihat Allah swt di akhirat nanti lebih baik dik…dapat pahala…jangan taksub dengan bunian, takut nanti benda ni semua jadi hijab antara kita dengan Allah swt….nauzubillah..moga di jauhkan….
puteri bunian sepatu emas ni mesti cantik kan… ?
Cantik sangat…. Namun ciptaan Allah swt semua cantik….
Dari awal baca, dah agak sangat dah. Sah Pondok Pasir Tumboh 😊
Rindu Ummi. Rindu ust. Rindu nak pergi kedai kecil Ummi Lah, beli nasi lemak 3, 4 bungkus pastu balik madrasah, bagi kat adik adik yang kelaparan.
Sedih bila Ust dengan Ummi dah kena stroke.
Kat pondok memang banyak gangguan halus sometimes. Selalu doa time tu ya Allah peliharalah dari segala gangguan, godaan dan usikan jin makhlukMu.
So far mmg alhamdulillah. Cuma selalu la budak-budak yang kena ‘masuk’ ni sebut nama sis 😂
Suh saya tolong padahal saya apa pun tak tau.
kak Anur, start ngaji pondok tahun bila bulan berapa?
Kut saya kenal even saya 50 hari je kt Pasir Tumboh tu. Lepas habis degree tahun 2013 terus tunaikan niat nak ngaji pondok at least sekali seumur hidup.
Dulu saya duk Pondok Pink. Loteng kayu kak Anur tak guna tu, dulu kami buat sidai baju ❤
bila cik puteri bunian bersepatu emas nak sambung menulis ni… ? rindu la dgn cerita dan batang tubuhnya.
Salam. Blh saya tahu belajar di pondok mana.
Saya belajar lama di pondok sungai durian, Kuala krai Kelantan bermula december 1972.
Sekarang saya lecturer di ipt ngajar agama.
Pondok yg paling besar di Kelantan sejak dulu hingga seorang ialah pasir tumbuh dan di ikut pondok sungai durian.
Pondok lubuk tapas, pondok Lati, pondok kg dangar lbh kecil.
Pondok Sg durian tempat saya belajar dulu memang dekat kubur.
Jadi pondok mana anti belajar ? Boleh e mail saya
[email protected]
Pondok Pasir Tumboh kelantan…..sekarang ni pondok tu dah banyak berubah, tok guru saya juga sedang sakit, ada juga yang dah meninggal dunia…dah tak macam dulu lagi…
Saya akan ke sana setiap musim raya…setiap tahun, selagi ada tok guru saya yang masih hidup.
Hi Puteri Bunian Sepatu Emas,
Pertama kali saya ingin minta maaf kalau comment saya kurang selesa. Saya berasal dri golongan yang bukan muslim tapi berminat sangat dengan ilmu2 islam yg berkaitan untuk berubat dan alam alam ghaib ni. Mungkin kerana sejak saya dalam kandungan ibu , keluarga kami sering dihantar jin2 atau mahluk halus untuk menganggu keluarga saya sehingga sekarang. Ada tak cara untuk yang bukan muslim memagar rumah mereka dan diri sendiri. Harap maaf sebab saya kurang didedahkan dengan ajaran agama saya sendiri dan saya lebih minat dgn ajaran islam dalam bab berubat. Terima kasih.
Salamualaikum sis saya perlukan nombor sis untuk bertanya beberapa hal mengenai cerita sis.
hubungi saja saya melalui email saya….
Hai Hamba Tuhan, selalu nya cara islam ni lebih kepada amalan dan pembacaan ayat ayat Al quran, tiada amalan menjampi atau membaca yang bukan selain ayat2 al quran. apa kata hamba Tuhan memperlajari Al quran??…anda akan temui jawapannya….
Assalamualaikum KakAnur 😊.. Dari lepas zohor arini smpai skrang bru abis baca cerita KakAnurr dari kisah 1 smpai akhir..Best sngt.. Terasa betapa jahilnya saya di atas muka bumi ini,, terbuka pintu hati utk dekatkn lagi diri dengan Allah SWT.. Doakan moga sy sentiasa istiqamah ya KakAnur.. Harap sngt KakAnur dpt lgi bercerita tentang jalan cerita hidup KakAnur di atas muka bumi Allah ini.. Sy doakan semoga KakAnur sentiasa sihat selalu.. 😊😊
Assalamualaikum
Puteri bunian sepatu merah
Arwah atok sy pernah cerita masa mak lahirkan sy ada nenek dtg rumah tapi keluarga sy xkenal pun sape nenek tu,nenek tu dtg sebelum maghrib hnya duduk depan rumah pandang sy time tu baru brape hari kat dunia ni,3hari berturut2 tnpa bercakap ape pun cuma hari ketiga tu dya minta sy untuk dijaga tapi arwah nenek xbagi n dya berlalu pergi mcm tu je,sy pun xthu knape n masih trtnya2 smpai skg.
Akak… Cerita Lah Lagi…. Saya Suka Cerita Akak Dan Ada Part Boleh Dijadikan Iktibar Dan Kekuatan Untuk Bangkit Balik
Assalamualaikum.saya mencari perawat yang boleh membuang wali/penjaga di badan pesakit, bahagian utama pesakit dikunci nak dipulihkan dengan segera.Lokasi Pasir Mas. Jika kak tahu dimana tempat rawatan yang berkesan, tolong mesej alamat/tel.no.
Assalamualaikum ….
Puteri bunian sepatu emas
Umi saya selalu sangat mengigau kena kejar dengan haiwan , contohnya anjing.Kalau boleh tau apa maksudnya?