Gangguan di Melaka

Assalammualaikum Admin Fiksyen Shasha dan semua pembaca setia. Terima kasih sekali lagi kerana sudi membaca kisah misteri yang berlaku didalam hidup aku. Sebelum aku sambung cerita seram yang aku alami semasa aku buat praktikal di Melaka, ingin aku menjawab beberapa persoalan yang ditanya oleh pembaca sekalian berikutan cerita sebelum ini yang bertajuk harimau jadian dan hysteria.

Maaflah yer, 1843 masihi bukan hijrah..yer itu tahun lahir atuk aku. Ya..wan meninggal pada tahun 1999. Dalam cerita sebelum harimau jadian tu yang bertajuk keris dan berjumpa pocong, aku ada sebut tahun 2000 an dulu mana ada maybank2u dan cimb click. Maaflah pembaca sekalian, kejadian ini dah 20 tahun lebih berlaku. Aku banyak tertelan semut sepanjang aku bernafas selama 40 tahun lebih ni. Almaklumlah tang matematik ni aku lemah sikit. Namun tarikh atuk dan wan meninggal memang aku ingat sampai bebila kerana mereka berdualah nyawa aku ketika itu. Terima kasih pada yang sudi menegur kesilapan teknikal dari pihak aku, itu bermakna apa yang aku ingin kongsi ni sampai dan menyinari sedikit hidup misteri pembaca sekalian. Aku rujuk balik pada pencerahan guru tasawuff ku yang lain berkenaan kata kata sebaik baik jin adalah sejahat jahat manusia setelah menjadi persoalan di pihak tuan tuan sekalian dan memohon maaf di atas kenyataan berkenaan.

“Menyentuh mengenai perkara ini, penulis buku, Ayat-Ayat Syaitan, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz menegaskan bahawa kenyataan sebaik-sebaik jin adalah sejahat manusia amat tidak tepat dan ia secara tidak langsung menzalimi sebahagian jin Islam yang dipuji Allah dan disebut kisah mereka dalam al-Quran.
“Mereka adalah generasi awal jin Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada makhluk jin kerana jin dan manusia mempunyai tanggungjawab agama serta akan dihisab di akhirat kelak (al-Rahman [55:31-36]).” – penerangan tepat yang aku baca dari artikel artikel lain.

Mungkin aku kurang faham dengan bahasa mantik yang tok guru tasawuff aku utarakan, dan aku memohon maaf di atas keterlanjuran kata dan bertaubat dari nya. Namun sehingga kini aku masih lagi menadah kitab dan belajar di maahad tahfiz. Kena niat belajar sampai m**i agar Allah swt sentiasa buka jalan dan kefahaman ilmu yang luas untuk hambaNya.

Gangguan di Melaka.

Aku dihantar praktikal di salah sebuah hotel 3 bintang di Bandar Melaka. Hotel tu agak terkenal jugaklah di Melaka sebab lokasi nya terletak betul betul di permulaan jalan masuk ke Bandar Melaka yang padat.

Sebelum aku menyewa di bangunan lama dua tingkat di hadapan hotel, aku menyewa bilik di rumah salah seorang staff front office di hotel tu. Cantik orangnya, rumahnya terletak agak jauh sedikit dari Bandar. Jadi aku kena naik bas atau teksi sapu untuk berulang alik ke hotel.

Tak silap aku nama kawasan rumah dia adalah bukit katil. Kawan yang aku namakan bella ni adalah seorang gadis cantik berketurunan bugis ber agama islam. Tapi dia sedikit sosial.

Merokok dan minum adalah aktiviti biasa bagi dia. Dia bukan merokok biasa, tapi merokok guna dapur yang diperbuat dari batang betik. Memula aku tak tahu jenis rokok apa yang dia hisap, tapi bila aku cium baunnya lain macam, aku jadi curiga. Banyak kali jugaklah aku tanya rokok jenis apa. Mungkin dah semak agaknya dengan pertanyaan aku, dia bagitau yang dia selalu hisap itu adalah ganja.

Seriously, walaupun aku budak Bandar, aku tak kenal apa itu ganja. Jadi jakun la sekejap, namun tidak sesekali aku mengambil atau mencuba buat sesuatu yang dilarang agama. Aku memang tak boleh, aku penah cuba merokok, tetiba aje muka aku ditampar dengan benda yang aku tak nampak, bergema jugaklah telinga tu seminggu. Sejak tu aku tak berani dan kerana kesosialan dia lah membuat aku tak tahan dan berpindah ke banggunan lama dua tingkat di depan hotel.

Perkara kedua yang membuat aku nekad untuk berpindah adalah aku sering diganggu dirumahnya dan aku sering nampak makhlus halus di setiap penjuru rumahnya. Bella juga adalah seorang yang suka mengawal hidup aku, macam aku ni bini dia..aku memang rasa tak selesa bila orang lain mengatur hidup aku, banyak kali aku menahan amarah dan yang peliknya bila aku rasa nak marah pasti mahkluk dajjal tu mengusik aku lagi teruk. Seolah olah menjaga si bella.

Bila aku pindah, bella memang marah gila. Lantak kau lah..janji aku jauh dari kau. Hantu setan takpa lagi, jangan sikap macam kunyit ni kat aku. Memang phannnntannng tok nenek moyang akulah..boleh bertukau rimau kalau aku asyik menahan marah.

Bilik tingkat atas bangunan lama di depan hotel ini kepunyaan chef hotel sama tempat keja ngan aku, Mr. Chan. Oh ya, aku diletakkan di bahagian housekeeping, jadi admin linen. Tukang kira stok, tukang kira linen, tukang ganti chambermaid kalau tak cukup staff. Seronok kerja bahagian housekeeping ni, boleh ngulor, boleh membawang. Kawan baik aku masa tu namanya dollah, nama gelemer dia kak rokiah. Nasib aku lah dapat kawan el gi bi ti ni. Siang jadi kak rokiah, malam jadi zaiton sameon, balik kampong nya di perak jadi dollah. Aku suka melayan dia ni. Kepala gila, lebih gila kalau dia bergaduh dengan laki Pakistan karpet dia tu.

Bilik sewa baru aku ni adalah bilik kayu pertama dari 4 bilik yang berderet di tingkat dua tu. Ruang tamu pulak terletaknya dupa permujaan bagi orang orang cina. Ala..yang ada colok dan pakcik perut buncit tu. Bilik aku sedikit besar dari bilik yang lain.

Tapi dinding di bilik aku ni terbuka di bahagian atas. Ada para org tua tua kata, jadi orang luar boleh panjat dinding aku ni untuk mengintai kedalam. Di bahagian hujung bilik pulak ada 2,3 anak tangga yang diakhiri oleh pintu untuk ke bumbung bangunan. Bilik air terletak di atas bumbung. Tempat berak dan mandi di asingkan. Jadi nak mandi kena naik atas bumbung bangunan. Boleh nampak bandaraya Melaka atas bumbung tu.

Setelah aku habis mengemas bilik yang dilengkapi katil besi queen size dan almari kayu tu, aku keluar mandi. Tiada apa apa yang ganjil berlaku dan aku tak nampak apa apa yang mencurigakan, rupa rupanya dia tunggu masa aku nak tido. Aku rebahkan badan aku mengambil spot selesa, guling sana guling sini, tepuk tepuk bantal tapi mata masih tak nak lena. Kebetulan masa tu aku datang bulan, jadi aku hanya baca basmallah ajelah sebanyak 21 kali. Dok termenung nasib memandang kosong ke syiling yang penuh dengan sarang labah labah. Akhirnya terlelap juga.

Tiba tiba aku terjaga kerana goyangan katil besi seperti gempa bumi, aku nak bangun tapi badan aku jadi keras kejung seperti di hempap oleh sesuatu. Di saat itulah mata aku terpaku pada atas para dinding bilik aku yang terbukak tu, Lembaga menyerupai wanita berambut panjang, berbaju putih lusuh, taring nya yang tajam, mata nya merah menyala merenung aku sambil menyeringai. Di saat itu jugalah aku dengar suara lelaki menyuruh aku kembali memejamkan mata. Setelah aku memejam kan mata, aku dengar jeritan perempuan tu bergema dan aku terus blackout sampai ke pagi. Nasib baiklah aku masuk kerja pukul 9, kalau tak pasti aku lambat lapor diri.

Disergah Hantu.

Haritu aku kena ganti staff chambermaid yang MC, tapi nasib baiklah tugas aku hanya vacuum karpet aje. Aku manalah reti nak kemas kemas bilik ni. Lebih lebih lagi ada aturan yang kena ikut. Kena lipat gitu lah, gini lah…arrgghh…tension aku. Kalau menyapu ker, basuh tandas ker atau kerja panjat memanjat, aku selesa lah, tak susah sangat. “ Anurr…vacuum tingkat 8 dan 7, kami dah selesai kemas dah, kami nak pi tingkat 9 pulak”, kata kak rokiah@dollah. Aku pun menarik mesin vacuum tu ke tingkat 7. Sambil menyanyi sumbang sambil mengvacuum, lepas satu, satu bilik aku vacuum.

Dah habis tingkat 7, aku melangkah malas ke tingkat 8. Aku masuk bilik hujung sekali, masa tu off peak season, yang check out dua tingkat ni group dari korea. Sampai ke bilik ke 3 tingkat 8 tu aku dah rasa semacam. Macam ada mata dok perati aku buat kerja. Tiba tiba machine vacuum terhenti sendiri, aku belek mesin tu, ter off ker, aku tertarik plug ker, nak kata tertarik, tali mesin tu panjang guna kabel bulat panjang tu. Aku cuba plug yang lain, mesin berbunyik, aku sambung memvacuum balik. Dan kali ni, terhenti lagi. Bila aku pandang plug, tetiba aku disergah oleh satu suara garau dari arah belakang. Disebabkan terperanjat ya amat aku tarik mesin vacuum tu macam tu aje..kelentung kelentang bunyi plug bulat tu berlaga simen. Disertai dengan hilaian tawa suara garau tadi. Ni kalau lah manusia, mesti aku akan nampak kelibat dia…bukan ni, hilaian suara tu bergema bergegar dinding.

Sampai tingkat 9, group kak rokiah tengah sibuk mengemas “eh..cepat nau kau vacuum anur.., apsal muka kau pucat ni…kena dah kerrr??…” “ hahahahaha…” kuang asam keping punya kak rokiah. Rupanya tingkat 8 tu memang keras, bukan aku sorang je penah kena, ramai jugak staff yang dah terkena. Ada yang menyamar jadi staff yang bercuti pun ada. Demam budak ina tu seminggu kena ganggu, salah seorang team kak rokiah. Tapi staff staff kat situ semua bertahan lama. Mereka selalu kerja dalam kumpulan, Cuma hari tu si rokiah @ dollah ni saja nak mengenakan aku.

Dilangkah pontianak

Hari yang sama jugak aku terpaksa balik lewat. Dah la lewat, manager human resource tetiba nak belanja aku makan steak. Tak baik tolak rezeki lagipun memang tengah nyawa nyawa ikan, duit banjer tinggal cecukup untuk beli menu maggi goreng dan roti canai sampai hujung bulan. Jadi aku layan kan je…janji perut kenyang. Sampai ke bilik dah pukul 12 lebih. Aku menapak longlai ke bilik air yang terletak dibumbung bangunan untuk bersihkan diri dan berwuduk. Masa tengah syok layan perasaan tu sambil menimba air didalam kolah air yang berbata bersegi, aku dengar bunyi kepakan yang kuat dari bumbung zink bilik air. Macam bunyi burung besar terbang rendah kat bumbung tu. Selepas tu dinding bilik air yang dibuat dari zink tu diketuk dari luar, dicakar cakar oleh kuku. Dan bergema lah hilai tawa yang memang terkencing kalau kau dengar…apsal lah banyak benor Pontianak kat Melaka ni. Apsal lah dalam banyak banyak orang kat Melaka ni, aku jugak yang kau nak kacau…macam magnet hantu dah aku ni aku rasa. Aku capai tuala lap badan, mengantikan kain basahan dan cepat cepat menyarung seluar tidur dan tshirt. Aku keluar dari bilik mandi, semasa aku berjalan menuju ke pintu masuk untuk pergi ke bahagian dalam bangunan. Kakak Pontianak tu terbang atas kepala aku sambil mengilai lagi dan hinggap atas bumbung bilik mandi. Aku toleh ke arah si kakak… “wei setan, kau ikut aku masuk, aku bogelkan kauu”!! aku memang tak tahu dari mana keberanian aku tu datang, mungkin sebab aku dah muak kot asyik kena ganggu jer.

Selepas itu dalam dua bulan aku habis praktikal, memang dalam dua bulan tu aku sering terjumpa dan nampak benda benda mistik ni. Tapi aku rasa penemuan tu semua buat aku jadi bertambah matang, jadi bertambah ingin menuntut ilmu agama, jadi bertambah ingin tahu, Jadi bertambah berani dan sebenarnya Allah swt nak mengajar aku….

Dan start dari situ aku selalu mendengar orang lelaki mengaji di tepi telinga aku, aku selalu dikejutkan oleh perempuan berbaju kurung dan bertudung putih bangun solat subuh. Aku selalu berjumpa dengan perempuan tu dan seorang lelaki bermuka arab yang berjubah putih, mereka ajak aku solat Jemaah di satu masjid yang sangat indah. Mereka bawa aku ke sebuah gunung yang bertahtakan marjan dan batu batu mutiara dan berlian yang cantik berwarna warni, mereka bawa aku naik ke awan melihat istana berwarna emas Aku tak tahu sama ada mimpi atau tidak. Macam antara sedar dan tidak. Aku boleh rasa sejuknya batu batu belian yang dipijak, aku boleh rasa sebaknya dada bila berzikir didalam masjid indah sehingga habis basah baju aku dengan air mata…entahlah, ini lah ilmu Allah swt yang Maha Luas…

Dan selepas wan aku meninggal dunia… aku terumbang ambing..dan bermula lah chapter kehidupan aku berumah tangga.. Itu sahaja dari aku…as salam

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Puteri Bunian Sepatu Emas

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.9]

15 thoughts on “Gangguan di Melaka”

  1. Bestt. Xsabar tggu cerita akan dtg. Ceritalah dgn lebih detail mcmna kena bawa pergi alam diorg tu. Mcmna keadaan dia.. Hehe

    Reply
    • Insya Allah, ada lagi sambungan sampai episod ke 7 sahaja, lepas tu akan berhenti menulis sebab akan sibuk bila nak masuk syaban dan ramadhan di madrasah nanti

      Reply
  2. Cite best tp mcm bwh kete xtekan break ke ape trus naikkan handbreak..itulah ibaratnya..tgh asyik2 bcerita tiba2 je ending trus…

    Reply
    • belum ending, ada sambungan cumanya website ni milik orang lain, jadi sebagai tetamu kena hormatlah, nak cerita panjang panjang pun takut orang jemu. insya Allah…..sudah submit, maaf yer tersambung sambung.

      Reply
  3. xyah nak sambung2…terus jer citer sampai abis…xyah nak nak beradab2 sangat la dalam ni..website orang kena hormat bagai tuy semua..orang lagi kalau bole nak baca panjang2..

    Reply
  4. Ntah lah kenapa membaca dr penulis pompuan skrg ni sngt membosankan… Mungkinkah disebabkan trend ini, subscibers FS semakin menurun… Utk penulis, keep trying and next time pls try to be brief and straight to the point..

    Reply
  5. Knapa mostly reader yg komen negative…ko dah baca xyah la nk kutuk2 mcm xde adab..whether its true story or not,,ianya titipan dia dan usaha dia mnulis,,appreciate la,,lgpun pagi ni fiksyensyasya cerita2 rekaan pon boleh…ibarat aku bg ko bunga dan ko balas palit taik…ni la low minded class bangsa aku sendiri..🙁

    Reply
  6. Kisah benar ke rekaan cerita ni ? . If betul, apa yg jd pd awk sama mcm apa yg jd pd sy masa zaman belajar sampaikan seorang pensyarah panggil sy dan terus tanya saya ada menuntut ilmu atau tak.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.