Sihir Bekas Kekasih

Assalamualaikum. Hi semua pembaca Fiksyen Shasha. Semoga semuanya berada dalam rahmat Allah SWT. Ni first time aku menulis dekat sini. Kalau ada tersalah cakap, harap janganlah simpan dalam hati okay. Aku nak cerita ni sambal chill chill ja.

Nama aku Tia. Berasal dari Kedah. Dari aku umur 13 tahun sampai sekarang, aku tak pernah duduk rumah. Sebabnya aku masuk asrama.

Kisah yang aku nak ceritakan ni agak panjang. Tapi aku akan cuba ringkaskan mana yang patut. Kisah ni pasal aku, suami aku dan si dia berdua. Ohh sebelum tu, nama nama yang aku guna dalam cerita ni semua nama samaran untuk jaga aib si pelaku.

Family aku ni sebenarnya dah lama terbiasa dengan sihir, santau dan yang sekutu dengannya lah. Dalam family aku pulak ada sorang pakcik dia boleh rawat orang yang kena santau & sihir bagai ni.

Kisahnya bermula masa aku masuk kolej tahun 2014. Lepas setahun aku dekat situ, aku ada kenal sorang laki ni. Dia tak hensem tapi aku suka tengok cara dia. Dia baik, sopan, Nampak macam gentleman lah kan. Nak dipendekkan cerita kami pon mula berkenalan. Lama lama kenal akhirnya berputiklah bunga bunga cinta monyet tu. Lepas habis belajar tahun 2015, kebetulan kami dapat sambung belajar dekat university yang sama dekat KL. Tapi dia ambek course lain, aku lain. Lain lain fakulti lah maksudnya.

Awalnya semua okay. Tak ada masalah. Dia layan aku baik, tak pernah marah marah aku, tak pernah pukul aku. Sampai lah aku tangkap dia curang beberapa kali. Aku pon dah tawar hati nak berbaik dengan dia. Jadi kami pon putus. Lepas putus tu dia tak henti call dan whatsapp aku hampir tiap hari. Mulanya aku kesian jugak. Tapi terfikir ada haritu dia tampar aku kiri kanan sampai bibir pecah, terus aku tak layan. Dia ada mintak kakak dia call aku jugak tapi aku tak layan.

Lepas seminggu putus tu kebetulan ada sorang kawan aku ni tiba tiba cakap nak meminang aku. Padahal masatu dia taktahu pon aku dah berpunya ke tak sebab jarang lah sembang dengan dia. Tanpa fikir Panjang, aku pon cakap okay, nanti mintak dekat family. Hahahaha. Senang kan aku terima dia walaupun tak kenal sangat.

Kami pon mula kenal hati budi masing masing. Nama dia Eri. Aku selesa sangat dengan dia. Dia hormat aku, tak pernah sentuh aku, tak pernah cakap benda pelik pelik. Penampilan dia pon Nampak macam seorang yang taatkan agama lah. Lupa nak cakap, masani aku dah block nombor ex aku tadi tu sebab aku rimas dia asyik kacau aku. Social media pulak dia yang block aku. Huk alohhh.

Tak lama lepas aku kenal Eri, aku mula perasan kawan kawan si ex aku ni block aku dekat social media. Rupa rupanya dia jaja cerita cakap aku curang. Kuajaq gila. Aku ada hutang ex RM30. Aku jumpa dia nak bayar hutang tu. Dekat kedai makan, dia datang dengan sorang perempuan. Aku tanya awek ke tuu. Dia kata tak, tapi aku ni kepala masuk air. Aku pergi dekat perempuan tu tanya awek dia ke. Perempuan tu cakap iyeeee dooooo. Hahahahaha. Perempuan tu cakap dah 4 bulan couple. Padahal aku dengan dia putus baru sebulan. Hahahahah. Kelakorrr, sapa yang curang sekarang ni. Hampehh punya jantan.

Okay dah, aku kena pendekkan cerita ni kalau tak banyak lagi aku melalut. Banyak jugak la ujian aku dan Eri sepanjang kami kenal. Bukan sebab orang ketiga atau keempat atau apa apa lah. Tapi sebab ada satu benda yang Eri jujur dengan aku. Buatkan aku tak boleh terima dan kadang kadang overthinking.

Dalam 2 bulan kot aku kenal Eri, Eri cakap dia nak luahkan something. Selama aku kenal Eri ni, bagi aku dia sangat lah baik. Solat dia tak tinggal. Kadang kadang Nampak dia mengaji. Dia suka sedekah. Jadi apa yang dia bakal bagitau aku tu buat aku hampir gila. Ecewahh over pulak.

Kata Eri, once upon a time…dia ada kenal sorang perempuan ni. Diorang hampir bertunang. Ika Namanya. Eri dan Ika bercinta hampir 4 tahun. Tetapiiii……Eri pernah terlanjur dengan Ika. Sebenarnya bukan terlanjur tapi memang sebab dua dua nak. Dua dua rela. Tapi lepas beberapa tahun, Ika mula berubah. Ika curang dan tinggalkan Eri. Sejak dari haritu Eri sangatlah kecewa. Alaa ciann. Eri pon mula bertaubat. Eri berhenti buat semua benda terkutuk tu. Eri dekatkan diri dengan agama, pergi kuliah, kawan dengan orang yang baik baik.
Alhamdulillah Eri berjaya ubah diri dia jadi lebih baik.

Lepas kenal aku, Eri cakap dia mula terpikat ehekkk. Bukannya sebab aku cantik walaupun aku rasa aku cantik gak ah kan. dia kata sebab peribadi aku. Entah laa, aku rasa aku jahat ja. Okay dah dah. Kisah seram hampir bermula ni. Saborr yee.

Lepas 2 tahun kenal Eri, alhamdulillah ada rezeki kami bertunang. Cadangnya nak nikah lepas setahun tunang. Tapi terpaksa awalkan. Lepas sebulan bertunang, aku dapat offer kerja dekat KL. Jadi aku pon mula la kerja KL. Eri memang orang KL, jadi family aku memang dah pertanggungjawabkan Eri untuk jaga aku. Lepas beberapa bulan aku kerja, satu hari tu aku tiba tiba batuk sebab gatal tekak. Batuk aku tu melarat sampai 2 minggu. Berapa kali aku ulang alik hospital sebab doctor syak TB. Dah xray dada semua takda tanda tanda TB.

Dalam masa yang sama ni jugak, aku kerap sangat rasa dada berdebar. Selalunya malam Jumaat. Kadang kadang pukul 2 pagi aku call Eri mintak bawakkan aku ke hospital sebab aku tak boleh nafas. Jantung aku laju. Aku rasa macam nak m**i.

Ada satu hari tu, aku baru balik kerja. Eri ambek aku. Masatu jalan jam jadi kami sampai dekat kedai makan masa orang dah azan maghrib. Lepas order tu, kepala aku tiba tiba rasa berpusing macam nak pitam. Aku tak boleh nafas dan jantung aku laju. Eri cepat cepat bawak aku pergi hospital. Lagi sekali doctor cakap aku sihat ja. Takda apa pon yang sakit. Aku pelik gila sebab nak jalan pon tak boleh. Badan aku terketar ketar. Eri tolak aku naik kerusi roda dari parking ke lobby hospital tu.

Aku tak fikir benda lain dah masatu. Yang aku rasa, tah tah aku dah nak m**i. Disebabkan benda ni, sampai sekarang aku fobia dengan perkataan m**i, aku fobia kalau dengar ada orang m**i. Disebabkan pergi hospital doctor asyik cakap aku tak sakit je kan, aku pon call family kat kampung. Aku bagitau semua benda. Mak aku terus contact sorang ustaz ni. Mintak tengok tengokkan aku atau dalam bahasa perubat scan aku. Ustaz tu scan dia kata ada 90% sihir dan gangguan dekat aku. Ya Allah terkejut aku. Patot lah banyak kali aku mimpi pelik pelik. Aku mimpi kena patuk ular lah, ular sawa kejar aku lah. Semuanya berkaitan dengan ular.

Aku pergi jumpa ustaz tu. Aku cerita dekat ustaz semua yang jadi. Eri pon ikut. Kebetulan mak aku pon ada jugak masatu. Dia datang KL sebab risaukan aku. Sepanjang aku sakit tu, aku selalu MC sebab malam malam aku tak boleh tidur. Lepas azan subuh baru aku rasa mengantuk. Pastu letih sebab sepanjang malam jantung aku degup laju dengan badan berketar. Ada jugak kena marah dengan HR tapi aku explain apa masalah aku nasib baik dia faham.

Hidup aku bertambah serabut lepas aku dah dapat tahu aku kena santau. Ustaz cakap santau tu santau melalui angin buatkan aku batuk. Jangan tanya macam mana santau tu masuk, aku pon tertanya tanya sampai sekarang. Mak aku tanya ustaz dari mana santau ni, siapa yang hantar tapi ustaz tu taknak bagitau. Takut fitnah katanya. Kami pon okay je lah faham padahal dalam hati membuak nak tahu. Hehehe.

Aku dah biasa dengan gangguan bagai ni sebab macam aku cakap tadi, family aku ramai yang kena. Yang tu kalau aku free lain kali aku cerita yee. Bila berubat dengan ustaz tu tak berapa menjadi sangat, sebab gangguan tu asyik datang balik, mak aku decide nak bawak aku berubat kampung. Aku ambek cuti beberapa hari balik kampung berubat dengan pakcik aku yang aku cakap tadi boleh berubat tu. Haaaa. Dia lah. Aku panggil dia acik. Mak aku bukak kedai makan, satu pagi tu aku pergi makan kedai mak aku, tiba tiba acik datang. Aku Nampak dia dari jauh. Tanpa ada orang tolak, aku pengsan tiba tiba. Hmm aku pon tak ingat bila aku pengsan.

Bila sedar tu aku dah dekat rumah. Acik pon ada. Muka aku basah. Mak kata aku tiba tiba menjerit masa dekat kedai tadi. Lepastu pengsan. Acik cakap badan aku panas masa dia cuba angkat aku. Tapi dia rasa tangan dia macam kena elektrik bila dia sentuh aku. Acik cakap setan tu yang menjerit tadi sebab Nampak acik datang. Setan tu tahu acik boleh Nampak dia. Cepat cepat dia lari. Aku pulak jadi lemah semangat bila setan tu terkjeut. Sebabtu pengsan. Hahahahah setan pon boleh terkejut eh. Padan muka dia.

Masani aku bayang setan tu melatah. Hahahaha. Okay dah dah, ishh suka melalut. Muka aku basah tadi sebab acik sapu air Yassin nak bagi sedar.
Acik cakap malam ni datang rumah dia bawak air mineral besar 2 botol. Pakai seluar. Uyooo nak buat apa tah la. Tapi aku boleh agak dah apa akan jadi sebab selalu tengok dia rawat orang. Petang tu lepas asar, aku rasa badan aku panas sangat macam cacing kepanasan. Sekarang aku jadi malas solat, malas mengaji. Asyik termenung ataupun main phone. Aku pon kadang kadang lupa dah solat ke tak.

Azan maghrib berkumandang, ayah suruh semua orang ambek wuduk nak Jemaah sekali. Aku merengus, aku geram bila ayah suruh macam tu. Ayah tengok je aku, dia cakap kakak jom solat. Aku sorang je anak perempuan yang boleh solat. Adik aku yang last kecik lagi. Jarak umur kami pon agak jauh jadi ayah agak manjakan aku. Cakap pon lembut jee gituuu. Aku tak pernah melawan cakap ayah, tapi lepas ayah suruh solat tu aku jeling ayah dengan jelingan yang tajam. Dengan tak rasa bersalah langsung aku cakap solat sendiri pon boleh kan, buat apa Jemaah bagai. Dushh aku masuk bilik hentak pintu. Cuba teka aku buat apa. Aku tidur. Tak fikir pon apa aku cakap dekat ayah aku tadi. Eee jahatnyaa aku nii.

Nak dekat isyak, mak aku masuk bilik. Ayah aku ikut dari belakang. Aku ingat lagi, ayah ada baca something pastu sapu air kat muka aku. Sedar sedar tu aku kelam kabut ambek wuduk sebab maghrib dah nak habis. Haa baru tau kau nak menggelupur eh. Rupanya ayah cakap dia tau aku tak berapa nak sedar diri dari lepas jumpa acik tadi. Badan aku macam kena control dengan setan tu. Acik pon dah bagitau ayah awal awal suruh sapu air Yassin kalau aku bertukar henshinn macam tadi. Kalau taktau henshin tu apa sila gugel sebab aku pon baru tau lepas suami aku ajor. Hahaha.

Sebenarnya memang dah selalu lepas waktu asar sampai ke maghrib badan aku akan jadi tak selesa. Tapi aku ingat tu biasa lah sebab cuaca panas kot. Nak sedapkan hati lah konon. Malam tu lepas isyak aku pergi rumah acik. Mak dengan ayah pon ikut. Adik adik aku yang lain duduk kat rumah. Masa aku sampai tu acik tengah rawat orang lain. Bila aku naik je tangga ke rumah acik, aku rasa macam kena kunci. Takleh gerak. Ayah Nampak aku berdiri tegak ja, dia terus papah aku bawak duduk. Aku tunggu dalam 15 minit kot sementara acik nak siap rawat orang tadi tu.

Ramai lagi orang lain tengah tunggu turn nak berubat, tapi ada pembantu pembantu acik yang lain ubatkan. Dah selesai orang tadi acik datang dekat aku. Dia tanya rasa macam mana sekarang. Aku cakap debar, macam ada gari dekat kaki. Acik cakap dia dah pagar rumah dia. Kalau sapa sapa yang datang dengan benda lain dalam badan memang akan rasa macam tu. Tak tunggu lama, acik panggil pembantu dia 2 orang. Dia suruh aku duduk atas lantai. Acik dengan 2 orang tadi duduk keliling aku. Acik pesan kalau rasa nak muntah ke apa jangan tahan, lepas je.

Pastu diorang pon start alunkan Asmaul Husna dalam irama lagu kot. Sedap bunyi dia tapi taktau la kenapa aku rasa tak suka dengar. Asalnya aku duduk bersila atas lantai tu. Bila diorang dah habis dengan Asmaul Husna, aku tiba tiba bangun tapi dalam keadaan kaki berlipat badan aku meliang liuk macam ular. Taktau nak explain macam mana. Aku sedar masatu tapi aku tak boleh control badan aku. Acik cakap haaaa keluar pon natang ni. Acik pon start cakap dengan aku yang dah kena control dengan setan ni. Aku tak berapa ingat sangat tapi lebih kurang macam ni la.

Acik: “Kau ni datang dari mana? Ada nama tak? Islam ke kafir?”

Badan aku still meliang liuk macam ular.

Acik: “Kau boleh cakap ke tak ni?”. Acik geram kot sebab pertanyaan dia tak dilayan. Dia pegang kepala aku buat macam nak sembelih tu. Hahaha takut aku. Tapi lepas acik buat macam tu, aku terus tak sedar. Masani aku memang totally pengsan dan tak sedar. Mak aku yang cerita apa jadi lepastu.

Lepas je acik pegang kepala aku tu, aku pengsan. Acik baringkan aku, dia baca something tiba tiba mata aku terbukak macam jegil tu. Muka aku muka marah dah masatu.

Acik: “Baru laa Nampak muka sebenar dia. Cantiknya tanduk diaaa. Ish ish ish takutnya tengok taring dia tu.”
Mak cakap aku senyum macam marah dekat acik. Nak provoke dia kot.

Acik: “Kau boleh cakap tak ni? Ke mulut kau dah kena kunci?”

Acik pon baca something pastu buat macam bukak kunci magga dekat mulut aku.

Acik: “Haaa aku dah bakar kunci mulut kau tu. Sekarang cakap dengan aku. Jangan buat buat bisu”

Mak cakap aku tiba tiba gelak macam budak budak dalam cerita seram. Bunyi halus tapi seram lah nok. Kikiki.

Aku: “Dia ni aku punya. Badan dia aku dah jampi. Dia dah tak boleh lari. Sampai m**i aku cari!”

Aku cakap sampai tersembur sembur air liur. Cehhh gengester la tu. Confirm busuk habis tudung aku balik ni. Acik macam tak puas hati dengan jawapan aku. Dia macam risau.

Acik: “Kau cakap sekarang kau datang dari mana. Sapa yang hantar kau setan?! Cakap sekarang sebelum aku bakar kau!”

Aku: “Perempuan ni dah banyak kali sakitkan aku dengan garam bodoh dia tu!”
Garam tu masa aku berubat dengan ustaz sebelum ni. Dia ada suruh aku mandi guna garam bukit. Patot lah marah kemain setan ni. Sakit kena garam rupanya. Acik pon sembang punya sembang dengan aku yang dah dirasuk ni. Jap aku ringkaskan sebab lama benor nyembangnye. Dah habis sembang tu acik dengan pembantu dia Tarik buang segala gangguan dalam badan aku. Tapi acik cakap dia akan datang balik sebab santau ni susah nak buang. Aku pulak tak muntah muntah dari tadi. Lupa nak cakap. Batuk aku masani dah okay lepas aku berubat dengan ustaz first tu. Tapi gangguan still ada.

Bila aku dah sedar, badan aku jadi letih sangat. Aku rasa lemah satu badan. Nak tidur je masa tu. Ayah angkat aku naik kereta. Kami balik. Dekat rumah mak cerita apa yang acik sembang dengan aku. Mak nak rakam tapi dia tak pandai guna telefon aku. Telefon dia lupa bawak. Hahahaa sian mak. Lain kali kena ajar ni. Kata mak, bila acik tanya mana dia datang, dia senyum je awal awal tu taknak bagitau.

Tapi acik torture dia. Acik cubit dia tapi yang sakitnya aku lah. Sampai sekarang boleh ingat asal bawah ketiak aku sakit. Hahaha. Dah lama kena seksa cubit dengan acik, aku pon start cakap. Katanya dia datang dari Thailand. Puas paksa tanya sapa yang hantar dia datang sini. Dia cakap tak boleh bagitau nanti dia kena seksa dengan tuan dia. Padan muka sapa suruh jadi setan. Ee geram aku. Lama jugak lah acik bergadoh mulut dengan dia. Last sekali dia cakap yang hantar dia ni marah sebab aku pilih laki lain. Awalnya aku dah agak mesti si ex aku punya kerja ni. Tapi dia kan dah ada pengganti. Asal nak babitkan aku pulak.

Mak tanya aku ada tak mimpi sapa sapa yang bermusuh dengan aku ataupun yang tak puas hati dengan aku. Bila dok ingat balik tu, memang la ada aku mimpi ex aku sebelum sebelum ni walaupun dah 2 tahun kami putus. Tapi aku rasa tu semua mainan tidur. Aku cakap dekat mak tiap kali mimpi mesti laki tu akan cuba rampas aku dari Eri ataupun cuba pujuk aku balik dengan dia. Mak aku angguk angguk macam tengah fikir something. Acik bagitau mak yang hantar ni perempuan. Takkan la ex aku perempuan kan. Hahahaha. So aku batalkan niat aku nak serang si ex sebab santau aku.

Malam tu aku dapat tidur dengan tenang. Alhamdulillah. Ku sangka hujan hinnga ke petang rupanya panas di tengah hari. Betul tak eh peribahasa aku tu. Malam tu je aku tidur lena. Malam esoknya dah start balik gangguan tu. Tapi kalini makin extreme. Agaknya si penghantar dah kena terok dengan acik haritu kot. Itu yang dia nak lawan lagi. Aku dengan happynya malam tu nak tidur dengan lena. Aku ajak adik bongsu aku perempuan tidur dengan aku.

Sebenarnya dia takut nak dekat dengan aku lepas dok dengar aku sembang pasal gangguan bagai dengan mak ayah. Tapi aku pujuk dia cakap dah takda semua tu. Kena bakor dengan acik. Hahahha. Budak budak kan, mesti lah percaya. Hohoho. Dia baru 4 ke 5 tahun masatu. Tapi perangai dan cara cakap macam orang besar. Kemain kau dik. Nama dia Nana. Manja tapi hati kental selalunya lahh.

Dalam bilik ni ada satu katil queen. Taklah besar sangat. Kalau aku balik KL, adik aku yang lain akan tidur dalam bilik ni. Ayah tak bagi bilik dalam rumah kosong. Kau kena tidur sorang pon lantak lah janji jangan biar kosong. Bilik ni tak luas sangat. Aku tidur menghadap ke dinding. Nana tidur tepi aku tapi jauh dari dinding. Tepi katil tu still ada ruang untuk jalan. Atas kepala katil lak ada tingkap. Lepas main game dekat phone dengan Nana, dia kata ngantok nak tidur dah. Aku pon tepuk tepuk dia sampai lena. Aku sambung main phone sampai aku tak ingat bila aku tertidur.

Aku terjaga tengok jam pukul 2.30 pagi. Sakit perut pulok. Aku tengok Nana tidur peluk bantal dia. Slow slow turun katil takut dia terjaga. Kang dia takut dok sorang budak ni. Aku keluar bilik Nampak adik laki aku dok main phone. Tak reti reti tidur lagi budak ni. Cepuk kang. Dah selesai hajat dekat toilet aku masuk bilik sambung tidur. Lagi sekali aku terjaga pukul 4 pagi. Aku dengar macam bunyi orang main bukak tutup laci almari.

Mulanya aku fikir cicak kot terperangkap takleh keluar. Makin aku husnudzon makin la kuat. cicak tu main laci. Aku tidur menghadap dinding. Aku cuba nak pusing badan aku tengok laci tu. Tapi aku takut. Hahaha. Risau Nana terjaga sebab bunyi tu makin kuat. Aku gerak pusing badan slow slow sambil pejam mata. Selimut aku Tarik bagi tutup muka dulu. Risau kot kot ada apa apa kan.

Dah siap pusing tiba bunyi tu stop. Hmmm cicak tu dah bebas agaknya. Terharu aku. Tapi aku tak puas hati. Nak tengok gak. Aku selak selimut aku tengok almari tertutup rapat. Laci tu takkan boleh terbukak kalau pintu tertutup rapat macamtu.

Mula lah aku berpeluh, jantung laju. Aku cuba pegang Nana kat sebelah tapi dia takda weh. Huwaaaa, nangis aku dalam hati. Bilik aku gelap tapi ada cahaya samar samar dari luar. Aku selak selimut aku besar sikit nak tengok Nana ni jatuh katil ke apa. Tapi aku terkejut mak aiii. Aku Nampak ada budak perempuan macam duduk letak dagu kat tepi katil. Macam ala ala comel tu. Rambut dia Panjang biar lepas. Aku tengok lama jugak ingat Nana. Tapi Nana rambut dia pendek sikit. Tak Panjang macam tu. Jadi aku buat keputusan untuk pengsan.

Aku tersedar pagi esoknya ayah kejut subuh. Tapi aku tak boleh bangun. Kepala rasa berat. Berapa kali ayah ketuk pintu aku tak menyahut. Pastu mak bukak pintu bilik masuk. Mak bukak lampu tengok aku dok berselimut lagi. Aku Nampak je mak terus aku nangis. Heheheh mengada pulak. Mak dengan muka risaunya terus tanya aku kenapa. Aku cerita dekat mak apa jadi semalam. Mak panggil ayah. Ayah bawak air penawar yang acik buatkan malam tu. Sebelum minum ayah suruh selawat dan niat bagi badan jauh dari gangguan. Lepas minum air tu aku baring kejap rehat. Bila dah rasa okay sikit aku bangun nak amek wuduk sementara sempat lagi nak solat subuh dan aku pon tidur balik lepas solat.

Matahari dah terpacak atas kepala baru aku sedar. Sepatutnya hairni aku dah kena balik KL kerja. Tapi aku mintak cuti kecemasan dekat boss. Kena lah bebel kejap sebab dia tak faham apa masalah aku. Pernah nak explain tapi dia taknak dengar. Aku bagitau HR baru la HR faham sebab dia melayu tau sangat bab bab sakit gini.

Malam tu aku pergi balik rumah acik sebab ayah dah bagitau dia setan tu dah start tunjukkan diri. Risau aku balik KL nanti makin terok aku kena. Acik suruh aku berdiri, dia pon berdiri dalam 3 meter dari aku. Lepastu dia pandang aku lama lama. Makin lama aku makin rasa marah. Aku geram apahal tengok tengok aku macam tu. Nak kena ni. Aku pon terus meluru pergi dekat acik nak serang dia. Sambil menjerit henshinnn. Takdalah aku gurau ja henshin tu. Tapi aku jerit lah macam cerita lawan lawan nak serang orang tu. Acik tahan tangan aku nak pukul dia. Lagi sekali kena cubit. Aku sedar je masa ni Cuma badan dah kena control kan. so layankan je lah dia nak berlawan ke nak bersilat ke.

Acik tolak aku duduk bawah. Tiba tiba entah mana datang ilmu aku bersilat pulak. Lemah gemalai tangan aku bukak Langkah itu ini. Acik suruh aku duduk. Dia nak sembang sembang.

Acik: “Hai ni bukan jin yang sebelum ni kan? Mai mana pulak kau ni dengan bertanjak bagai?”

Aku: Mendengus sambil senyum sinis. “Aku Hang Tuah. Budak ni dah jadi milik aku.”

Dia cakap dalam dialek macam orang dulu dulu macam dalam movie P. Ramlee. Acik gelak je time tu. Apa yang kelakar eh nak tau jugak.

Acik: “Dah dah la tu berlakon. Kau ni jin yang sama dengan haritu. Pandai tukar baju ye. Ingat aku bodoh?”
Agaknya dah tau kantoi berlakon aku pon gelak kuat gila macam ada benda yang sangat sangat lah kelakar. Tapi sakit gak tekak aku gelak camtu. Nak stop tak boleh sebab aku tak mampu buat apa apa. Cuma acik pesan zikir dalam hati Lailahaillah setiap masa. Takut setan ni fully control badan aku. Kalini acik sembang lagi dengan setan tu. Aku dapat dengar sebab aku sedar.

Acik: “Aku dah campak kau jauh haritu. Macam mana kau boleh datang balik? Nak kena pancung lagi? Kau nak aku pancung tuan kau?”

Aku dalam nada nak menangis: “Jangan kacau tuan aku. Dia yang jaga aku. Dia bagi aku makan. Dia bagi aku jaga budak ni. Budak ni dah jadi milik aku!”

Seram jugak eh dengar nada dia cakap macam tu. Ada pelat pelat macam orang siam bercakap. Mungkin sebab dia ni setan dari Thailand kot.

Acik: “Tuan kau dekat Perlis kan. Tadi aku pergi tengok tuan kau. Dah puas aku sembelih dia”

Aku: “Bodoh! Tuan aku tu hebat. Takkan boleh ada yang sakiti dia. HAHAHAHA”

Acik buat gaya macam keluarkan something dari beg. Tapi aku tak Nampak pon dia pegang beg ke apa.

Acik: “Kau tau tak apa ada dalam guni ni? Ni kepala tuan kau! Nah ambek!”

Aku: “Tuannn!!!! Tuann!!! Bodoh kau manusia! Kau b***h tuan aku!. Kau bodoh! Tunggu lah kau akan dapat balasan nanti!”

Marah betul tu. Aku letih ni sebab sepanjang dia bersembang dengan acik, badan aku dia duduk cangkung tau macam gaya kekuda nak silat tu tapi rendah sikit. Lenguh gila kaki aku. Tengah tengah lenguh tu aku rasa sedih sangat. Aku pon nangis tiba tiba. Tak guna, rupanya setan ni yang nangis sebab tuan dia m**i. Dia dok belek belek sesuatu atas lantai. Aku rasa dia Nampak kepala tuan dia yang acik pancung kot.
Bayangkan lah kalau aku boleh Nampak. Yekkk. Takut aku.

Acik suruh setan tu bagitau sapa yang hantar santau ke sihir ni dekat aku. Acik cakap tuan dia dah m**i jadi takkan ada sapa yang boleh seksa dia kalau dia bagitau pon. Sebenarnya acik tipu je. Dia tak pancung pon kepala tuan setan tu. Cuma acik jelmakan sesuatu bagi setan ni Nampak macam itu tuan dia. Aku pon taktau lah benda benda yang tak boleh Nampak dengan mata kasar ni. Lama acik pujuk, akhirnya dia bagitau nama penuh orang yang hantar santau ni dekat aku. Allahu nak luruh jantung aku rasa. Bukan sorang yang hantar, tapi 2 orang. Sorang hantar santau. Yang sorang lagi hantar sihir untuk buat aku tak tentu arah. Bila aku dah sedar tu, acik suruh aku selawat. Baring dulu sebab tenaga aku banyak hilang tadi. Masani aku dah tak boleh tahan sebak. Aku menangis dekat ayah. Mak tak datang sebab jaga Nana, dia pon tiba tiba demam. Aku pesan dekat ayah jangan bagitau mak apa yang setan ni cakap tadi. Mak aku kang dia g serang haaa.

Acik cakap jangan percaya sangat apa setan tu cakap. Kadang kadang dia sengaja nak bagi kita umat islam ni berpecah belah. Bergaduh sesame sendiri. Dua dua orang yang setan tu sebut nama perempuan. Sorang aku kenal, sorang lagi aku Cuma berkawan di media social sahaja. Tak pernah jumpa. Aku cuba husnudzon maybe buka diorang yang hantar benda benda syirik ni dekat aku. Mungkin setan tu sengaja nak aku fikir jahat pasal diorang. Tapi aku manusia, gak bisa lari dari berfikir buruk.

Hmmm. Esok petang tu aku bertolak balik KL naik kereta yang aku baru beli beberapa bulan lepas. Hahahaha. Nak gak menunjuk kan. Mak tak bagi aku balik sorang sebab jauh. Risau apa apa jadi tengah jalan dengan keadaan aku macam ni. Kebetulan ada anak kawan mak nak balik KL jugak. Mak pon suruh balik dengan aku. Dalam kereta dua dua diam. Kejap je sembang kejap sembang. Hahaha.

Alhamdulillah kami selamat sampai KL. Anak kawan mak aku tu perempuan, nama Intan. Sebelum balik rumah kami stop masjid nak solat. Takut terlepas waktu nanti. Aku lupa masjid mana tapi dekat Kawasan Cheras. Masuk je masjid tu takda orang sangat pon. Kami pon ambek wuduk solat. Selesai semua, aku rasa nak terkucil lah pulak. Aku suruh Intan tunggu dalam kereta. Bila aku keluar je dari masjid pergi dekat tempat parking kereta, aku tengok kereta aku takda kat situ. Aku dah mula syak si Intan ni curi kereta aku tapi aku pelik tadi ada banyak jugak motor yang park dekat tepi tepi masjid. Ni asal kereta motor semua dah takda eh. Kawasan masjid tu pon sunyi sangat macam takda orang. Masani aku takut gila. Aku terduduk atas jalan tu aku tutup kepala lepastu aku nangis. Kejap je aku nangis tiba tiba ada orang panggil aku.

Intan: “Tia, asal ni? Kenapa tak masuk dalam kereta?”

Tah dari mana muncul si Intan. Bukan ke dia dah curi kereta aku tadi. Aku tengok sekeliling, baru aku perasan memang ada motor kereta yang parking dekat situ. Ada pakcik pakcik siap duduk sembang dekat tangga masjid lagi. Aku cepat cepat bangun masuk kereta. Pegang pipi aku takda air mata pon. Rasa tadi dah basah dah. Aku cakap dekat Intan aku sakit kepala tadi. Terduduk kejap. Hehehe alasan apa lah aku pakai. Intan pon macam okay je. Aku hantar dia balik rumah.

Aku pon tak pasti apa yang jadi dekat aku tadi. Mungkin halusinasi aku kot sebab terlalu fikir benda tu. Aku tak bagitau pon mak ayah sebab taknak diorang risau. Balik KL aku pergi kerja macam biasa. Semuanya okay takda masalah. Aku rasa setan tu dah tak kacau aku kot. Seronok lah kejap.

Lepas seminggu balik KL, hujung minggu tu aku ajak Eri keluar. Aku dah janji nak cerita dekat dia apa jadi dekat kampung sebab balik kampung haritu aku jarang contact dia. Line tak elok. Hahaha. Kami pon pergi kedai makan. Sambil makan tu aku cerita la dekat dia. Malam yang aku kena kacau dekat rumah masa tidur dengan Nana tu, sebenarnya Nana dah bangun masuk bilik mak ayah masa aku pergi tandas. Tapi aku masuk bilik lepas tu aku Nampak Nana still ada tengah tidur. Adik laki aku yang cerita dekat aku lepas aku balik KL. Dia taknak bagitau masa aku kat kampung, taknak aku takut. Habistu sapa yang tengah tidur masa aku balik dari toilet tu?

Cisss. Ohh adik laki aku nama Ayun. Aku ni anak sulung. Adik adik lain semua sekolah lagi. Jarak umur aku dengan adik yang first jauh gak la sebab mak banyak kali gugur lepas aku lahir. Dua orang lagi adik aku Meor ngan Fiq pon sekolah lagi. Budak Nana je duduk kat rumah belom masuk sekolah.

Cerita ni Panjang lagi tapi aku tak boleh cerita semua nanti kang berpage page pulak. Tapi kalau aku tak cerita nanti tak best la. Ehh haa kan dah melalut. Aku nak cerita pasal Acik sembang dengan setan tu. Malam kedua pergi rumah acik kan setan tu bagitau nama penuh si tukang hantar. Aku pon bagitau nama tu dekat Eri. Eri pon terkejut. Dia tak sangka. Korang mesti nak tau sapa kan. Hahahaha takmo cerita.

Nama yang disebut jeng jeng jeng, Tina binti XX dan Miya binti XX. Of course la tu bukan nama betul diorang. Tau tak sapa si Tina dengan Miya ni? Tina ni aku kenal sangat. Dia kakak kepada ex aku. Huh! Dasar perempuan. Tapi aku baik, takmo lagi tuduh betul betul. Tuduh gitu gitu jee. Miya ni pulak sebenarnya ex Eri. Ni yang aku tak puas hati. Dia add aku dekat facebook. Follow aku dekat Instagram. Aku pon approved la ingat dia nak berkawan. Ada la jugak chit chat dengan si Miya. Nampak baik je orangnya tapi curang. Puihh.

Miya kenal aku sebab kawan kawan Eri ni kenal aku dan kenal Miya dan mungkin mereka ada bercerita pasal aku. Aku rasa la. Kalau tak macam mana dia dapat cari facebook aku bagai kan. Miya pernah mintak number aku. Katanya senang nak whatsapp. Eri cakap takyah bagi so aku pon tak bagi la. Sejak dari tu Miya macam jarang dah chat aku dekat social media. Merajuk ler tu.

Eri pon ada cakap masa awal aku kenal Eri, Miya ni dah lama move on dengan boyfriend baru dia. Dengar cerita dia mengandung anak lelaki tu. Tapi tak pasti kesahihan sebab Eri malas nak ambek tau dah pasal dia. Lepas aku bagitau Eri pasal ni and setan tu sebut nama Miya, Eri mula jadi macam tak senang duduk. Aku Nampak dia berpeluh. Dia selalu berpeluh kalau serabut ataupun fikirkan something. Dalam aircond ni peluh apa nokk. Aku tanya dia okay tak. Dia tengok aku, pastu tunduk. Dia genggam rambut dia. Okay hensem lak aku tengok tunang aku time ni. Hahahahah. Member tengah serabut aku seronok tengok eh.

Eri: “Saya ada benda nak jujur dengan awak ni. Tapi saya mintak maaf awal awal sebab tak bagitau awak sebelum ni. Saya ingat benda ni biasa biasa je.”

Ahhh sudah dia nak jujur apa lagi ni. Last time dia jujur aku merajuk sebulan. Kalini nak merajuk berapa lama pulak. Aku cuak, menda lah dia nak cakap ni. Harap tak menyakitkan hatiku yang sedang gelisah ini.

Eri: “Sebenarnya tahun lepas Miya ada contact saya. Katanya nak get back. Dia menyesal curang dulu. Tapi saya tak layan. Dia asyik call saya pastu mesej tak henti. Saya pon cakap lah dekat dia saya mintak maaf tak dapat nak terima dia balik sebab saya dah ada orang lain. Mulanya dia mengamuk jugak. Dia maki maki saya. Dia mintak saya bertanggungjawab sebab dah rosakkan dia. Tapi saya tau saya tak rosakkan dia. At least bukan yang pertama lah. Awak faham kan?”

Aku terdiam jap lepas Eri bagitau ni. Aku angguk je la. Maknanya sebelum dengan Eri lagi memang perempuan tu dah rosak. Ciss kau.

Eri: “Saya cakap dekat dia, bukan saya yang rosakkan dia. Memang salah saya sebab pernah buat benda terkutuk tu dengan dia. Tapi dia sendiri yang bagitau saya dia dah tak suci lagi dulu. Saya still terima dia sebab saya bodoh dulu. Patotnya saya tau dia memang jenis macam tu. Bila saya dah tolak dia banyak kali, lama lama dia cakap okay dia undur diri. Semoga Bahagia. Itu je dia cakap. Sampai harini saya tak pernah contact dia dah. Saya terkejut jugak masa awak bagitau dia add awak dekat facebook lah Instagram lah. Tapi saya ingat dia Cuma nak berkawan lah kot.”

Dengar apa yang Eri cerita buatkan bulu roma aku meremang. Bukan takut tapi geram. Kalau betul lah memang dia yang sihir aku, memang aku pulassss kepala dia. Aku rasa aku tau kenapa dia hantar sihir tu. Maybe sebab dia marah Eri tolak dia. Dan pilih aku. Habistu laki laki sebelum ni macam mana? Dia sihir jugak ke? Mana lah dia belajar sihir menyihir ni semua.
Habis cerita pasal Miya.

Sekarang Tina pulak. Kakak si ex aku. Rupanya dia dah lama santau aku, tapi aku tak sedar. Jadi bila si Miya ni sihir aku, bertembung dengan santau dia, badan aku jadi lemah itu yang react sampai batuk batuk. Acik cakap santau dia ni tak power mana pon sebab dia baru belajar. Kah kah kah. Tapi bahaya gak lah sebab dah lama dalam badan aku. Tina santau aku lepas aku putus dengan adik dia a.k.a ex aku. Tak pasti apa motif dia, padahal adik dia yang curang.

Lepas beberapa minggu aku rasa badan sihat, tiba tiba satu hari setan tu datang balik. Aku dekat rumah sewa baru lepas solat zohor and tengah tunggu asar. Hehehe solat lambat sikit. Bila dah azan, aku solat la. Tapi masa tahiyat akhir, dada aku rasa berat, nafas aku tak boleh Tarik, aku macam sesak nafas. Aku tak boleh habiskan bacaan aku tu sampai aku menangis. Aku cuba jugak untuk habiskan tahiyat walaupun tercungap cungap.

Alhamdulillah aku dapat habiskan. Tapi masa tu kepala aku berpusing, dada aku berdebar, aku tak boleh nafas. Aku menangis ingatkan dah nak m**i sebab aku memang tak boleh bernafas. Aku amek phone call mak aku. Bila mak aku jawab, aku nak nangis tapi tahan dulu sambil tercungap tanya dia buat apa. Dia kata dia dekat kedai beli barang. Aku taknak dia risau kang tak jadi beli barang. So aku cakap takapalah nanti aku call balik.

Aku teringat ustaz yang ubatkan aku dulu ada cakap, setan ni dia aktif lepas asar sampai maghrib. Mungkin sebabtu kot aku jadi macamni. Aku pon cepat cepat amek garam bukit yang ustaz bagi dulu. Mandi guna air garam tu. Lepas mandi aku baring kejap pejam mata. Taknak fikir apa apa. Lebih kurang sejam baru la debar dada aku kurang. Jantung pon dah tak laju. Badan aku terus jadi letih. Rasa mengantuk. Mungkin sebab tadi jantung laju sangat bekerja kot kan.

Banyak kali jugak aku jadi macam tu. Tapi aku dah tak pergi hospital macam dulu. Rugi duit ja, bukan sakit apa pon. Satu hari tu mak aku call, katanya nak bincang benda penting. Rupanya dia nak awalkan Tarikh nikah aku. Ahakkk, memang masatu syok la kan. Hehehe. Dia risau aku asyik sakit macam tu, jadi dia nak awalkan supaya Eri dapat jaga aku. Dia taklah risau sangat dekat kampung tu kan.

Maka aku dan Eri pon kelam kabut lah dengan persiapan itu ini. Dalam 2 bulan alhamdulillah semua settle tunggu nak confirmkan Tarikh je. Kami jemput beberapa orang kawan rapat sebab nak buat majlis kecik kecik jee. Entah lah mana si Miya tahu kami nak nikah. Dia mesej Eri ayat macam mengugut pon ada. Dia cakap “kau takkan Bahagia. Aku akan buat korang berpisah!”. Eee dia ni kan, orang nak nikah pon kacau. Meroyan lah tu. Tapi aku risau jugak. Kang dia hantar lagi benda pelik pelik. Makin terok aku dibuatnya. Aku sedapkan hati, yakin Allah ada sebagai pelindung.

Process pernikahan kami berjalan dengan lancer, alhamdulillah. Sebulan lebih kemudian, aku mengandung. Alhamdulillah syukur ya Allah. Seronok sangat masa aku bagitau Eri. Tapi kami diamkan dulu tak bagitau family lagi sebab awal lagi kan. kira kira seminggu lepas tu kot, aku tidur malam tak lena. Aku mimpi ada sorang perempuan datang dekat aku, dia tanya nak mengandung ke? Aku cakap nak. Perempuan tu terus masukkan macam seketul daging yang berdarah dari bawah kemaluan aku. Dalam mimpi tu aku menangis sebab sakit sangat. Aku terjaga, Eri dah kejut aku sebab aku menangis meracau racau. Aku rasa perut aku sakit sangat masatu. Bila bukak lampu Nampak lah d***h penuh atas katil. Allahu luluh hati aku bila tegok d***h penuh tu.

Kami cepat cepat pergi hospital. Doctor check perut aku tapi scan tak Nampak apa pon. Doctor cakap mungkin masih awal tapi ada kemungkinan jugak aku keguguran. Tapi dia ambek d***h aku nak tengok level HCG (hormon mengandung). Esok tu kami pergi balik hospital. Perut aku dah tak sakit, d***h pon dah tak keluar. Berdasarkan result d***h, doctor cakap alhamdulillah kandungan masih selamat. Tapi aku kena datang balik nanti untuk follow up.

Haritu jugak aku call acik bagitau dekat dia. Acik cakap mimpi tu macam ada yang cuba gugurkan kandungan aku tapi dia tak Berjaya. Acik suruh aku teruskan amal bacaan bacaan yang dia suruh sebelum ni. Korang pon boleh amalkan. insyaAllah untuk pelindung diri.

Selepas solat dan sebelum tidur, Al-Fatihah (3x), Surah 3 Qul, Ayatul Kursi, Bismillah (41x), doa tidur lepastu niat dalam hati semoga sentiasa dalam lindungan Allah dan jauh dari gangguan jin dan syaitan. Ada banyak lagi amalan yg dia cakap tapi aku selalu amalkan yang ni je. Masa dah pejam tu dalam hati zikir lailahailallah ataupun selawat sampai terlena. Lepas dah buat semua tu jangan sambung main phone pulak.

Selama ni aku selalu baca cerita orang lain kena kacau dengan hantu merangkak lah, mengesot lah. Tapi aku ingat semua tu menipu. Mana ada hantu macamtu. Hahaha. Tapi sekarang aku lak kena. Pertama kali dalam hidup aku Nampak setan menjelma buruk dan seram gila lepas daripada budak kat kampung dulu. Haritu hari Selasa. Eri ada emergency outstation ke Johor. Hari Jumaat baru dia balik KL. Aku takut sebenarnya duduk sorang. Aku pon ajak adik aku datang teman. Adik aku dari kampung jauh tu. Hahahaha. Diorang pulak cuti sekolah masatu. Ayun dengan Fiq datang hari Rabu. Meor taknak ikut sebab dia tak suka naik bas.

Hari selasa malam tu aku duduk rumah sorang lepas balik kerja. Rindu pulak dekat suami aku ni. Taknak kacau dia takut dia dengan client. Masani aku pregnant dah 2 bulan kot. Lupa lak tapi baru lagi lah. Aku tak pernah duduk sorang sebelum ni dekat rumah. Rasa sunyi lain macam. aku bukak tv pasang ayat ayat Al-Quran sampai azan maghrib aku tutup and siap siap nak solat.

Lepas solat aku scroll phone nak order makan. Malas masak bila duduk sorang ni. Hehehe. Aku pon tunggu lah makanan sampai. Tak lama tunggu tiba tiba dah sampai. Dengar orang ketuk pintu. Aku bukak la pintu tapi takda orang pon. Aku jenguk luar kot kot dia letak dekat tepi pintu ke tapi takda jugak. Aku pon tutup balik pintu, Budak budak kot main ketuk pintu, musim cuti sekolah kan. Aku sambung tengok tv.

Dengar lagi orang ketuk pintu. Aku pergi la pintu depan nak bukak tapi bunyi ketukan tu bukan datang dari pintu depan. Dari pintu sliding kaca kat tepi rumah. Tapi kalau dari depan pagar memang tak boleh masuk Kawasan tu. Pelik aku rider ni. Aku pon selak lah langsir nak tengok luar. Belah luar tu ada rumput rumput, Eri pasang lampu spotlight kecik taknak bagi gelap jugak. Ada la sikit tanaman tanaman hasil air tangan aku kat tepi tepi tu. Hehehehe. Aku selak je langsir tak Nampak pon orang hantar makanan ke apa. Mula lah aku rasa seram sejuk. Aku nak tutup balik langsir tu tapi mata aku ternampak sesuatu yang aku harap aku tak Nampak.

Dekat celah celah tanaman aku tu, macam ada benda gerak gerak. Besar jugak, aku takut anjing sebab pagar rumah terbukak. Bila aku amati betul betul baru aku Nampak benda tu macam merangkak. Warna hitam. Aku tak Nampak muka dia sebab tertutup dengan rambut. Dia merangkak slow je kedepan nak datang dekat aku. Aku dah takleh gerak ni tapi gagahkan jugak Tarik langsir tutup cepat cepat.

Masatu memang aku dah terkaku sangat sangat. Terduduk atas sofa. Kalau duduk atas lantai kang tiba dia dok merangkak kat lantai habislah aku. Terketar ketar badan aku. Macam macam aku baca. Tunggang langgang tapi aku baca jugak. Bila dah tak boleh baca sangat aku sebut Allahu Akbar je kuat kuat. Berpeluh memang tak payah cakap lah. Rasa sejuk gila walaupun aku pakai sweater dengan tudung ni. Kepala aku berpusing macam nak pengsan. Aku takut setan tu ada dalam rumah. Eri dah pagar rumah tapi risau dia boleh masuk kang.

Masa terketar ni jugak lah aku dengar bunyi orang dok cangkul kat luar tu. Woiii malam ni berkebun apa halaaaahhh. Aku rasa lama sangat aku terketar aktas sofa ni. Phone aku bunyi buat aku menjerit terkejut. Allahu sampai macamtu sekali takutnya. Aku jawab terketar ketar. Rider yang call, dia dah sampai depan rumah. Ketuk pintu takda orang bukak. Aku tanya dia betul betul ke dah depan rumah. Dia cakap ye dah banyak kali ketuk, dia dengar bunyi tv dari dalam.

Aku pon pergi la nak bukak pintu. Nasib baik lah memang dia dah sampai. Aku jenguk kat luar, Nampak rumah jiran depan ramai orang. Meriah betul, rasanya family dia datang dari kampung kot. Dah ambek makanan aku cepat cepat tutup pintu. Kunci habis semua. Nasib baik pagar auto, kalau tak jangan harap aku nak keluar tutup. Makanan dah sampai tapi aku pulak tak lalu makan. Dah hilang selera lepas Nampak setan tadi. Aku bawak makanan masuk bilik. Siap dengan air, sudu garfu semua. Taknak keluar dah. Aku call Eri, dia baru balik hotel. Dia ajak video call tapi aku cakap kejap. Nak cerita kat dia apa jadi tadi dalam mesej. Takut nak cakap. Hahaha.

Dah hantar mesej tu kami pon video call. Muka Eri risau. Dia kemain nak balik malam ni jugak. Aku taknak lah kacau kerja dia. Lagipon esok adik adik aku dah datang. Kami pon sembang sembang hal lain, dia taknak sebut pasal apa jadi tadi. Wahh suami aku ni, dari jauh pon menenangkan hati. Aku makan sambil video call. Dia nak call aku sampai aku tertidur tapi aku taknak kacau dia. Cehh baik lah tu. Aku cakap aku okay je. Kami end call, semangat aku dah pulih sikit. Aku solat isyak semua nak siap siap tidur. Eri suruh pasang surah Al-Quran masa tidur. Aku pon pasang la nak tidur tu. Tah bila aku terlelap.

Aku tersedar pukul 3 pagi. Dengar bunyi orang mencangkul lagi. Allahu dia dah start balik. Surah aku pasang tadi dah habis. Bunyi tu macam dekat sebelah luar bilik tapi bilik ni tingkat atas. Macam mana boleh kuat sangat. Makin lama makin kuat pulak dia bunyi tu. Aku selubung satu badan pasang balik surah tadi. Eri cakap benda tu takkan dapat masuk rumah. Jangan risau, jadi aku pon tak risau lah. Cuma tidur dalam keadaan terketar. Esok pagi bangun nasib baik tak demam. Hahaha.

Sepanjang adik adik aku dekat rumah sampai Eri balik dari outstation takda pon benda benda pelik nak jadi. Mungkin setan tu sengaja nak takutkan aku kan. Jahat betul. Lepas kejadian tu Eri tak pernah dah tinggalkan aku sorang sorang. Kalau outstation pon dia akan terima yang dekat dekat boleh balik hari je. Hehehe. Banyak lagi benda jadi tapi tak berapa seram bagi aku sebab dia just bunyi bunyi. Takda dah munculkan diri. Rasanya asbab acik jugak kot. Dia ada rawat aku dari jauh. Aku pon dah amalkan macam macam pelindung diri.

Alhamdulillah aku selamat lahirkan anak sulung kami. Perempuan comel macam ibu dia. Hehehehe. Lepas dah ada anak, Eri suruh aku berhenti kerja sebab dia seronok aku sentiasa ada dekat rumah dan dia nak anak lagi. Hahahahha. Aku turutkan aje lah permintaan suami.

Alhamdulillah sekarang aku dah makin sihat. Takda dah gangguan macam dulu. Cuma kadang kadang je bila malam jumaat aku akan rasa berdebar. Jarang jadi tapi still ada. Mungkin sisa sisa dari sihir tu. Aku bernasib baik sebab orang yang hantar sihir santau ni tak berapa power lagi, baru nak berjinak. Aku baru tahu rupanya acik yang banyak kena serang dekat kampung sebab dia tolong rawat aku. Malam malam je acik cakap ada lah yang berbulu datang nak cekik dia.

Tapi tu dulu, sekarang semua dah okay. Alhamdulillah. Sekarang acik dah tak rawat orang, dia tak sempat sebab ada kerja lain lagi dia nak handle. Dia pon dah tua, tak berapa sihat. Oh lagi satu doakan aku dipermudahkan urusan nak bersalin anak kedua tahun depan. Hihihi.

Pasal si Tina dengan Miya aku taktau apa jadi dekat diorang. Yang aku tau ex aku tu dah kahwin. Kakaknya si Tina mungkin tengah kena kacau balik dengan hantaran dia tu. Hahaha. Miya lagi lah. Dia block aku kat social media.

Okay lah korang. Itu je kisah aku. Maaf lah kalau Panjang berjela. Aku tak pandai nak ringkaskan. Banyak lagi benda lain yang aku nak cerita. Tunggu lain kali lah eh. Pesan aku, sentiasa lah amalkan ayat pelindung diri tapi pastikan bukan yang sesat sesat. Kang lain macam kau jadi kang.

Sekian dari aku, Tia.

Hantar kisah anda : https://fiksyenshasha.com/submit

Tia
Rating Pembaca
[Total: 157 Average: 4.6]

2 thoughts on “Sihir Bekas Kekasih”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.