Sihir Dendam : Pemergian Anakku Ditangisi

Salam sejahtera kepada para pembaca FS. Aku Putera, bukanlah penulis novel yang mampu untuk berkarya puitis-puitis bagai. Perlu diingat. Aku bukan berkarya tetapi hanya berkongsi pengalaman liku-
liku kehidupan kami sekeluarga sebagai mangsa dendam sihir. Tiada lakaran plot,
hanya sekadar spontan menaip penulisan. Kali ni aku ingin berkongsi kisah yang mungkin tidak begitu seram pada anda, tapi meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada kehidupan kami suami isteri sehingga kini.

Januari 2012. Kami diuji kehilangan putera sulung kesayangan kami disebabkan oleh penyakit misteri. Aku percaya dengan perubatan moden, tapi atas nasihat doktor sendiri kami akur. Suatu hari semasa aku menunggu di sisi anakku di Pediatric Intensive Care Unit Hospital XX, Doktor Sanda yang banyak memantau anakku ketika tu, datang berjumpa untuk berbincang denganku. ‘Encik percaya pada black magic tak?’ Saya mengangguk lemah. ‘Usahakanlah sesuatu. Saya non-muslim. Tapi saya percaya Islam ada perawat yang boleh handle perkara seumpama ni’ Kata-kata Doktor Sanda menyentak hatiku. Kalau betul sakit anakku ni adalah perbuatan sihir, kenapa anakku yang terkena? Siapa pelaku Sungguh berat ujian ini ya Allah.

Aku berdiri lemah di tepi tasik yang sungguh tenang airnya. Namun hatiku
serabut memikirkan pelaku yang sanggup
menyihir ahli keluarga kami. Terimbau
peristiwa 3 tahun lepas ketika kami masih menyewa sebuah rumah di satu daerah di Perak. Berlaku sedikit pergaduhan mulut aku dengan seorang jiran berbangsa Melayu Muslim atas beberapa sebab yang tak dapat aku ceritakan di sini. Aku kira peristiwa tu tak akan berpanjangan memandangkan 2 bulan selepas tu kami sekeluarga berpindah ke negeri Kedah selepas aku mendapat tawaran kerja di sana yang agak lumayan bayaran gajinya. Beberapa kali wajah bekas jiranku ini muncul dalam mimpi selepas aku melakukan solat hajat minta diberi petunjuk pelaku sihir. Aku noktahkan semua petunjuk itu atas nasihat seorang rakan karibku yang juga merupakan ustaz. Dibimbangi berlaku sebarang fitnah.

Petang ahad yang sungguh tenang bagiku, aku sujud kepada yang maha Esa minta dilepaskan segala derita anakku. Aku redha, aku relakan pemergian anakku andai itu yang terbaik buatnya. Selepas solat asar aku duduk bersila di ruang luar surau hospital sambil ku baca kalimah-kalimah Al-Quran. Telefonku berdering, ku angkat lemah dan kedengaran isteriku menangis sayu di hujung talian. Doktor meminta kami untuk berada di sisi anakanda, bersedia untuk sebarang kemungkinan yang akan terjadi. Bacaan nadi anakku yang tertera di mesin menunjukkan turun naik. ‘Masanya sudah hampir tiba’ bisikan Doktor Sanda ditelingaku bagaikan panahan petir menembusi telingaku. Isteriku memangku
anakku di riba sambil wayar berselerakan
di batang tubuh kecil itu. Dadanya kelihatan berombak deras, kelihatan
perit sakaratulmaut menjengah. Sungguh
tak kusangka akan melalui detik-detik sayu begini. Perpisahan abadi bakal
berlaku sebentar lagi. Tepat jam 5.30
anakandaku pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Titisan air mata yang terakhir mengalir dipipi arwah seolah-olah mengucapkan salam perpisahan buat kami.

Malam pertama pemergian arwah, kami
rasakan sangat-sangat sunyi tanpa ada
lagi gelak tawa atau suara tangisan manjanya. Di saat jiwa kami kosong inilah iblis mula mainkan peranan watak jahat mereka. Malam tu aku dapat rasakan sesuatu yang tak kena akan berlaku.
Isteriku masih dengan deraian air matanya, rindukan pada yang tiada. Tiba-tiba telinga kami dapat menangkap bunyi muzik box dari bilik arwah yang hanya selang satu bilik dari bilik kami. Tersentak kami dengan alunan muzik seraya memecah keheningan kamar tidur kami. Bila dibuka pintu terus diam menyepi bunyi tersebut. Lampu dibuka dan sekilas di hujung ekor mataku ternampak seolah-olah bayangan hitam setinggi arwah anakku yang berumur 2 tahun. Allahuakbar. Ujian apa lagi yang hendak
Kau sampaikan. Mengucap panjang aku sambil ku usap dada. Sekembalinya kami di bilik tidur, terdengar sayup suara hialaian tawa anak kecil. Derapan kaki kedengaran riuh memijak lantai bilik arwah anakku seolah-olah sekawan anak kecil sedang berlari-lari bermain. Kami
saling berpandangan dan aku tenangkan
isteriku yang mula menunjukkan wajah
ketakutan. Aku bangkit dan menuju keluar
kamar tidur untuk mencari arah suara
tersebut. Langsir berterbangan lagak ditiup angin yang sepoi-sepoi. ‘Lupa
tutup tingkap rupanya’. Bebelku sendirian. Malam itu aku rasakan agak panjang dan hanya dapat lelapkan mata selepas azan subuh berkumandang.

Hari demi hari berlalu. Episod seram berlarutan bila mana suatu hari ketika kami baru balik makan malam, keadaan bilik arwah bersepah dengan kedudukan mainan berselerakan. Aku memeriksa kesemua pintu dan tingkap, tiada tanda rumah dipecah masuk. Yang hairannya hanya bilik arwah yang ‘diusik’. Hati mula tak keruan.Sedih rindukan arwah belum lagi hilang, datang masalah baru untuk kami risaukan.

Mujur company bagi keizinan untuk aku cuti tanpa gaji selama sebulan. Aku mengambil keputusan untuk bercuti
panjang selepas isteri mengadu ternampak bayang-bayang budak sepanjang aku ketiadaan di rumah. Minggu pertama aku bercuti, Alhamdulillah tiada lagi tanda-tanda gangguan yang kami terima. Namun aku usahakan juga untuk pulihkan keadaan yang mengganggu kami sebelum ni.Aku menjemput perawat Islam yang juga sahabat baikku ke rumah untuk “scan” apa yang sebenarnya terjadi. Selepas membuat solat hajat serta membaca ayat-ayat Al-Quran di setiap penjuru rumah kami, Ustaz Yusuf menuju ke bahagian belakang rumah, seolah-olah tercari-cari sesuatu. Digalinya di suatu penjuru pagar, kelihatan simpulan kain putih dan jelas terkandung segumpal kayu yang seakan-akan berbentuk patung. Ustaz Yusuf menerangkan yang cara tersebut adalah untuk menyihir kami untuk memastikan keluarga kami sengsara, angkara dendam mungkin. ‘Maafkan pelaku. Doakan semoga pelaku mendapat hidayah’ Kata Ustaz Yusuf kepadaku. Aku mengangguk dengan jiwa yang kosong. Tiada marah, tiada dendam mahupun maaf.

Tahun 2019. Isteriku selamat melahirkan anak perempuan yang comel persis wajah arwah anakku. Pengubat rindu, kata isteri kepadaku dengan senyuman yang manis. Senyuman yang sudah hilang sejak pemergian arwah.

P/S Maap cerita agak pendek memandangkan aku tiada kekuatan untuk meneruskan penceritaan walaupun masih ada beberapa kejadian yang perlu diceritakan. Sedih, rindu pada yang tiada susah ku ungkapkan dengan kata-kata. Aku biarkan kejadian-kejadian itu tersimpan rapi dalam diari hidup kami.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

18 thoughts on “Sihir Dendam : Pemergian Anakku Ditangisi”

  1. sangat2 sedih. i can feel penulisan penulis ni. terbayang anak kecik jadi mangsa nafsu syaitan manusia. semoga Allah beri kekuatan pada penulis. Semoga kita semua dilindungi dari angkara jahat syaitan bertopengkan manusia. Sesungguhnya Allah sebaik2 pelindung :’)

    Reply
  2. Ya Allah, sedih baca. Sihir tu mungkin nak kena kat penulis, tapi terkena kat anak. Ya Allah, sebak rasa hati ni baca sampai habis. Semoga penulis terus tabah ye..

    Reply
  3. cerita yang sangat menyentuh hati setiap pembaca. semoga penulis dan keluarga terus tabah dan redha dengan setiap apa yang terjadi, Aamiin.

    Reply
  4. Sabarlah wahai ayah dan ibu….sesungguhnya anak kecil mu itu sedang menunggu kedua ayah dan ibunya di pintu syurga….

    Reply
  5. Allahuakbar.Ssyu bila membacanya.Moga Allah berikn kekuatan dn kesabaran atas ujian ini.Sakitnya disihir hanya Allah yg tahu.Saya pernah alami gangguan sihir.
    Boleh beriksn say alamat dn no tel ustaz yusuf.tq

    Reply
  6. Celaka lah org2 yg sihir2 bertuhankan setan ni. Jgn ko igt ko akan hidup selamanya. Akhirat itu pasti. Takziah buat penulis.

    Reply
  7. Sedihnya. 2 tiga kali sy menangis sebab anak saya pun umur 2 tahun. Time ni memang seronok dengan keletahnya yang lucu. Semoga penulis diberi kekuatan hadapi semua ini

    Reply
  8. Dari perak sampai ke kedah dia ikut.. Wallahualam…harap bukan dia.. Aku tak tahu macam mana cara depa tanam benda2 ni.. Mungkin cara ghaib ke atau upah orang ke pun tak tahu.. Supaya kita semua dijauhkan dari segala sihir2 ni..

    Reply
  9. busuk nye hati si pelaku. mungkin nk sihir penulis tapi terkena ke anak. tapi kesian wei budak kena sihir. ape lah sgt kudrat dier nk tahan sakit.

    Reply
  10. Pelaku sihir sememangnya telah syirik. Salah satu dosa besar yang nyata menempah tiket ke Neraka. Mungkin dia rasa menang di dunia, tapi di akhirat nanti, berteriakanlah dia dibakar api yang tidak terperi azabnya. Semoga dengan kata kata aku ni mampu menenangkan hati kamu.

    Reply

Leave a Comment