Pandangan Kucing

Assalamualaikum wbt buat semua pembaca Fiksyen Shasha. Ini first time aku post cerita kat sini. Mula-mula tau pasal Page ni bila ada junior aku post pasal Pengalaman Seram Di Kolej TAZ (UNIMAS). Page ini become one of my favourite tapi baca masa weekends jer. Hari lain aku keje, kang tak pasal-pasal rasa angker nak masuk ofis sendiri. Terima kasih admin sebab post cite ni, kalau ada rezeki la.

Pengalaman yang aku nak cerita pasal KUCING. Selalu kita dengar yang kucing ni boleh detect atau ada sense yang tajam terhadap kehadiran makhluk ciptaan yang tak nampak di mata. Aku anak askar jadi memang banyak kali pindah randah sebab tue arwah mak aku (Al-Fatihah kepada Puan Hjh Che Afsah) melarang kami dua beradik bela kucing. Sebab arwah mak kata, kalau kita tinggalkan nanti kami sedih dan kebetulan along aku ada alah pada bulu kucing. Setiap abah dapat cuti raya, kami paling excited nak balik kampung nenek di Kelantan. Abah aku orang Sarawak, jadi memang Kelantan jadi pilihan. Lagipun abah mualaf, so suasana ray tue lagi meriah di kampung arwah mak aku.

Rumah nenek aku ni memang banyak kucing, tak kira kucing tue dia punya ke, jiran punya ke, semua dia bagi makan. Jadi banyaklah askar-askar bulus kat umah nenek aku. Masa tue aku darjah 6 (2004), balik kampung nak raya. Bila kami sampai di kampong, aku bukan sibuk nak peluk nenek aku, aku sibuk dok peluk kucing . Aku ni jenis kasar sikit tambah pulak kazen aku semua lelaki, kami dua beradik yang perempuan. Main paya masa tue adalah tarikan paling utama sebab mana nak jumpa paya kat kem woii…paling-paling pon pegi main kolam renang kat mess.

Nak dijadikan cerita, ada sekor kucing jantan ni aku panggil dia Tapong sebab bulu dia bertompok. Memang setiap kali aku balik, dialah yang aku paling sayang. Rumah nenek aku ni stail klinik kesihatan zaman dulu-dulu, jadi ruang tamu memang besar dan paling seram, tandas luar rumah. Bilik air dalam umah nenek aku ni ada lubang angin bercorak tau, aku pon tak tau nak panggil apa.

Al-kisahnya pada suatu hari, dalam lepas raya beberapa hari, akibat makan terlampau banyak, aku cirit birit. Ulang-alik ke tandas dari petang sampai malam. Dalam sekitar pukul 3.00 pagi tue, perut memulas. Aku dah cuak dah. “ Ahh, sudah ! tandas kat luar”. Aku kejut along aku kata nak membuang. Parent kami dan nenek tido dalam bilik. Geng kazen macam kami ni memang lepak tido luar sebab boleh tengok tv. Kami pon bergerak dalam 6 orang sebab semua nak teman aku membuang. Tabiat Tapong ni, dia memang suka tido kat kaki aku jadi bila aku gerak, dia pon gerak sekali. Jadi aku membuang ditemani 5 bodyguard dan 1 budak bulus. Selesai membuang, tiba-tiba Tapong ni mengiau macam bunyi menderam marah, kami dah cuak jadi kazen aku yang paling tua suruh kami masuk rumah dan dia yang paling last masuk dalam rumah.

Lepas malam tue, si Tapong ni tak berganjak dari aku, masa makan dok tepi, main ngan kawan, dia berdiri jer depan umah perati aku. Paling ketara bila aku nak mandi, ada yang tercongok kat depan pintu bilik air. Sampai nenek ngan mak aku hambat (halau) dia tak nak sambil mengiau marah. Nenek ngan mak aku pelik sebab Tapong tak pernah macam ni.

Cerita di bilik air.

Bilik air nenek aku ni ada lubang angin yang bercorak. Ada satu hari tue, aku pon mandilah dengan bestnya sambil Tapong kesayangan tunggu kat luar. Segayung dua takper lagi, masuk gayung ketiga mata aku terpandanglah kat lubang angin bilik air tue dan ada satu bayangan muka. Muka jer tapi macam blur sikit wajah tue. Aku ni tak tau apa-apa, tapi aku ni curious, aku amik bangku (sebab aku rendah) dan berdiri di lubang angin tue sambil tengok kat luar.

Demi ALLAH yang satu, muka tue muncul balik tapi aku nampak muka di balik pokok pisang, muka yang kuat berkedut dan mata hitam legam dok pandang mata aku.Pastu, macam bibir dia tue sengih kat aku. Masa tue kaki aku kebas tak boleh gerak,bulu roma ni tegak, peluh jantan, betina semua dah keluar. Tapong kat luar ni, dok mengiau menderam marah sambil cakar pintu bilik air. Aku turun perlahan-lahan sambil keluar, Tapong terus masuk dalam bilik air dan mengiau kuat. Hasil teguran makhluk itu, demamlah aku dalam 2 – 3 hari sebab keteguran. Dan sepanjang masa tue, Tapong hanya akan keluar masa dia nak membuang jer, selebihnya memang dia selalu duduk kat kaki, kadang-kadang dia masuk duduk dalam pelukan aku. Abah aku pon pegi panggil Ustaz kat kampong tue datang tengok aku. Ustaz tue sampai, Tapong dah tunggu kat muka pintu, Ustaz tue pon gosok kepala Tapong sambil kata, “ Moleknyo abe jago rumoh. Kakok tok segar ko? Nnti abah gi tanyo kakok deh”, pastu Ustaz tue datang jumpa abah aku dan letak tangan atas dahi aku sambil kata, “ Kakok saloh jupo ore ni”. Pastu ustaz tue baca ayat dan automatik rasa gelisah dan panas badan aku macam takder.

Lepas Ustaz tue balik, aku dengar abah aku dok citer kat nenek ngan mak aku. Ustaz tue kata, benda tue milik orang kampong jugak, sebab aku ni jarang balik jadi dia suka nak nyakat. Perkara yang paling mengejutkan, abah aku panggil kazen sulung aku tanya pasal aku cirit birit.

Kazen aku citer punya citer dan dia kata, “ Maso tu kami berempat jah Poksu, teman adik aim berak”. Aku dah pucat, berempat? Kenapa aku nampak kazen aku ada lima orang, siapa sorang lagi? Pastu abah aku kata, benda tue tak boleh datang dekat sebab asyik kena cakar dengan kucing aku yang nama Tapong ni. Terlompong mulut mak ngan nenek aku sebab diorang kata patutlah Tapong macam tak tinggal aku seminit pon, kalau dia tinggal pon, masa aku dok ngan kazen aku yang lain.

Pastu nenek aku citer yang gangguan tue datang dari sorang mak cik kat kampong ni yang ada belaan hantu raya yang memang suka mengacau orang kampong terutamanya budak-budak. Kadang-kadang Jemaah yang nak pergi masjid, terserempak dengan mak cik jalan tepi jalan, penoreh getah jumpa mak cik ni duduk di atas busut kecil kat dalam kebun dia. Pastu keluarga kami amik keputusan bawak tapong balik Melaka dan pelihara dia. Sampailah dia menghembuskan nafas pada 2014.

Dalam hidup aku ni, ada beberapa peristiwa yang menakutkan terjadi kat aku. Kalau aku ada rezeki, dengan kerja tak bertimbun dan korang masih nak baca lagi. Nanti aku citer lagi ya.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

AIM
FOLLOW FB KAMI.

30 comments

  1. Kucing pun makhluk Allah jg, klo kita baik ngn dia, dia pun akn balas blk…klo prasan, kucing pun akn pilih org tertentu je, x semua..best jg cter awak…

  2. yes kucing i pun camtu.. ketaranya sekarang mana2 i pergi dia akan teman sampai nak mandi pun dia tunggu depan bilik air.. bila nak g keja dia akan hantar sampai ke tangga.. pastu dia akan pastikan i masuk keta dan pergi keja.. bila balik dia sambut dan gesel2 kat kaki. nk tidur dia akan tidur sebelah mcm baby..

    Kalau kami sdg solat dia akan tunggu tepi sejadah sampai usai. But seyes lately badan x sihat ada lebam2.. n effect my mood.

    Part paling best jam 400am dia akan jilat muka or kaki utk bangun so that i x lupa pada Pencipta.. semoga Minnie sihat dan terima kasih Allah SWT atas kurniaanMu.

    #Minniethestraycat

    1. geng pencinta kucing macam kita ni memang tak boleh berenggang dengan cik bulus. ^_^…klu badan lebam2, cuba take vitamins sebab kadang2 badan kita penat dan tak cukup vitamin. tp kalau berlarutan, better pegi jumpa ustaz. kita mana tau kan, sebab kalau OT malam, balik lewat…semua tu antara penyebab sesuatu.

    1. Allah, banyaknya!!…semoga dimurahkan rezeki sebab pelihara binatang kesayangan nabi ni..saya ada sepasang pastu beranak 4 ekor. total 6 ekor semua.

    1. 10 tahun dia duduk dengan kami. memang macam tu lah perangainya. masa balik cuti sem, dia dah tunggu kat pintu rumah.

  3. bgus bela kucing ni . mcm sy ad 20 ekor , kalau hujan lipan bnyk . kdg2 tak perasan lipan tu kt kaki thu2 je kucing sy da langgar kaki sy , klu tak mmg hospital la sy mlm tu . biase la bile ddk kg mcm2 haiwan bise ade , alhamdulillah ad kucing bnyk2 ni rezeki tak penah putus , keselamatan dri haiwan berbisa pun dpt elak .

    1. alhamdulillah. banyaknya!..kalau pasal binatang bisa tu saya setuju. Along saya ni penakut dengan lipan, jadi kalau ternampak jer, adalah si didi ngan si beong pegi kejar lipan tue. pernah masa tu, dah ujung bulan ni, memang keringlah poket, tengok kt tong makanan kucing, tinggal 2 kali makan jer lagi. gaji dalam 3 hari lagi, dok pikir nak masak nasi gaul dengan ikan. tiba2, owner petshop yang saya selalu beli makanan call kata, dia nak bagi makanan kucing..free pulak tu sebab dia nak habiskan stok jenama tu dan dia nak tukar jenama lain. free2 jer dapat 5 kilo. esok pegi kerja, bos bagi bonus dari sebab menang tender projek kuarters polis. Alhamdulillah.

  4. Best cerita ni tapi kalau boleh eja elok2 sikit ya😊 Asyik terbaca itu jadi tua je. Nak baca cerita awak lagi

  5. yela…ejaan “tue” tu bt sy seram..igtkan ade benda “tua” kacau… sy pernah baca, bela kucing bagus sbb kucing boleh nampak benda ghaib n protect tuan dia. kucing pon mendoakan tuannye. tp sy penakut kucing, maafla kucing semua, sy x kuat.tp kucing salu sgt bertenggek dekat2 dgn2 sy. Allahu…

  6. “1 budak bulus” hahaha comel je.
    eyy nk tgk hambar tapong boleh?
    btw, rip tapong, alfatihah. tenang lah kau disana wahai bodyguard bulus yg setia.

  7. Menangis akak baca cite awk ni dik sbb si tapong tu dah mati. Tetiba teringat kt kucing akak ni “Mamau” mati sbb kena patuk ular tahun lepas.. Sampai sekarang xboleh nak bela kucing lain asyik tringat kt Mamau lg.. Huhu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.