Sihir di Felda Jengka 18

Assalamualaikum wbt dan terima kasih buat team FS dan pembaca setia. Kali ni aku ingin bercerita tentang kes rawatan yang berlaku pada sekeluarga di Jengka 18. Sihir dengki dari bekas isteri dan gangguan mistik alam ghaib semasa pembukaan felda yang tidak dibuang/dibersihkan dengan betul. Kisah ini berlaku sekitar tahun 2017.

Jengka tidak asing lagi bagi peminat alam mistik kerana kawasan itu memang keras sebab asal hutan tebal sebelum di teroka mengikut kata orang situ. Sehinggakan jika anda semua masuk saja ke dalam kawasan sawit walau di tepi jalan saja, pasti akan lihat penampakan dengan mudah sekali.
Seperti biasa aku mendapat pm dari fb ada pesakit mengadu tentang masalah/gangguan yang dihadapi. Aku akan bertanyakan beberapa soalan sebelum bergerak merawat. Dikatakan ayah mereka terkena busung angin oleh rakan yang dengki(dr maklumat perawatan bomoh terdahulu). Dikatakan ada orang yang dengki dengan kekayaan dan keberadaan serta keluasan tanah yang dimiliki ayahnya. Oleh itu setelah mendapat maklumat, aku dan team pergi ke Jengka 18 dalam misi membantu dengan izin Allah swt.

Sesudah sampai, aku lihat memang ayahnya kena busung angin dan boleh berjalan seperti biasa. Bila pergi hospital kaytanya hanya air/angin dakam perut. Hanya diberikan ubat biasa sahaja. Tpi sakit tetap ada dan melarat. Kami pun memulakan sesi rawatan, sedang rawatan baru nak bermula, tiba-tiba mak tirinya/ isteri muda ayahnya kerasukan dengan mengilai-ngilai seperti langsuir. Lain yang yang nakk berubat tapi lain yang terkena. Oleh kerana isterinya yg tiba-tiba kerasukan dan meronta. Kami dengan segera menghentikan rawatan dan beralih pada si isteri.

Ketawa mengilainya memecah kesunyian felda di malam itu. Kenyaringan menyeramkan seisi rumah dan meracau dalam Bahasa yang tidak difahami bercampur dengan Bahasa melayu. Kami semua mengatur nafas dan mulakan bacaan ayat suci A Quran. Gangguan rohani amat kuat dan ketara, membuatkan aku kurang focus dan berpeluh. Bacaan aku mulai tunggang langgang dan penampakan penanggal beberapa ekor mulai menjelma dalam rumah.

Rumah mula berbau tengik dan busuk menusuk ke hidung. Menghempas-hempad badan pesakit ke lantan, anak-anaknya dan cucu semua ketakutan, salah seorang team aku mula membaca kan ayat pendinding untuk ahli keluarga mereka dari kesampukan dan lain.

Maka terbukalah rahsia bahawa sihir ni dihantar oleh bekas isteri pertama yang hilang hak menuntut harta sebab telah bercerai kerana curang. Sihir di buat oleh seorang sami di utara tanah air dengan bayaran ribuan ringgit. Sihir dihantar kerana hendak menghalau sekeluarga ini dari rumah meraka dan si bekas isteri boleh mengambil alih dengan secara paksa rela. Bukan itu sahaja, Kawasan penempatan keluarga ini juga tidak bersih dengan betul. Banyak peninggalan tempat tinggal makhluk gahib yg sebeleum ini hutan tidak dipindahkan dan dibersihkan sebetulnya. Oleh itu gangguan makin menjadi dan semakin kuat.
Menurut cerita ahli keluarga mereka pernah memanggil sami agama hindu untuk merawat mereka sekeluarga walau meraka sekeluarga beragama islam. Rupanya sami tu lagi letak lagi segala mcam gangguan di rumah. Setelah di selidik lebih dalam lagi, mereka juga ada pernah membuat khianat dengan ibu mereka sendiri dalam pembahagian harta. Jadi ini mungkin ujian/kifarah untuk mereka sekeluarga.

Malam itu kami satu team dengan bertulang belakangkan kekuasaan Allah swt berjaya menangkap dan mengurung benda yang menggangu mereka sekeluarga. Walaubagaimanapun sihir itu masih belum dipatahkan lagi kerana akan mengambil masa dan beberapa lawatan. Mereka sekeluarga tidak mahu meneruskan rawatan dengan kami satu team kerana meraka dalam kekangan masa dan jarak nak turun ke tempat kami dalam proses perubatan seterusnya. Kami bekalkan keluarga ini dengan amalan dan dan garis panduan untuk mengekang masalah sihir ini sebelum meraka mencari perawat yang dekat dengan mereka.

Malam itu proses rawatan berlangsung selama 5 jam lebih dan mala itu juga kami bergerak balik. Amat sedih kerana kami tak dapat nak meneruskan fardhu kifayah ini. Sebelum balik kami sempat memasuki jauh kedalam Kawasan sawit untuk menanam benda yang telah dikurung itu. Semasa melangkah masuk seram itu muncul dan bermacam makhlok lain ciptaan Allah muncul meninjau apa yang aku buat di situ. Alhamdulillah kami satu team dilindungi Allah, balik tu aku drive dan semua termasuk guru aku dah tidur. Apa yang aku perasssn semasa aku drive di lpt, dr jengka 18 sampai karak xputus2 aku diganggu dengan penampakan benda ghaib sepanjang jalan sampai ke tol karak baru hilang. Alhamdulillah selamat sampai di rumah masing2 dan dengar cerita keluarga berkenaan masih lagi iktihar berubat untuk mendapatkan kesembuhan sepenuhnya.

Kesembuhan dan kesakitan itu semua ketentuan Allah swt. Berusahalah kita mencari kesembuhan dan jangan membuat khianat, buka aib orang dan mensyirikkan Allah swt. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan pengakhiran di dalam husnul khotimah. Wassalamualaikum wbt

P/s : makhlok yang dikurung dan ditanam itu didalam gelok
Gelok ialah penjara untuk makhlok ghaib dan debgan izin Allah , ia akan terkurung keras sehingga hari kiamat

Cara membuat gelok penjara :
Tembikar tanah liat yang berpenutup
Disapu sepenuhnya dengan campuran kunyit hidup di tumbuk, minyak wangi Kasturi hitam/attar seeloknya.

Pastikan disapu di luar dan jangan tertinggal walau sedikit pun.
Gelok diisi dengan telur masin/ayam, air kelapa dan isi kelapa yang dibakar dan di tumbuk.

Dah ditutup, maka dibalut dengan kain hitam atau kain putih seluruhnya.
Di bacakan/ruqyah dengan bacaan ayat Al Quran terpilih.

Syed As Siddiq
FOLLOW FB KAMI.

24 comments

    1. wassalamualaikum wbt cik. boleh beri email dan saya akan balas nnt. Saya bukan di perak, tapi inshaa Allah saya memang selalu travel seluruh malaysia untuk merawat atas keperluan pesakit.

  1. Ada cara tak nak mengubati orang yg telah terkena sesuatu yg kotor yg diletakkan dlm makanan…yg membuatnya asyik pergi ke kedai yg sama dan niat orang tu hanya nak kan duit orang itu sahaja…tq

  2. Siddiq. Sama Nama kita tuan.. tapi ilmunya lain. Semoga dipermudahkan urusan tuan. Fardhu kifayah yg tak semua org boleh buat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.