Assalamualaikum…
Aku nak cerita kisah yang pernah jadi kat aku 3 tahun lepas…
Tahun 2017 bulan october aku dan suami selamat dijabkabulkn dan kami tinggal di rumah yang aku duduk sejak zaman aku bujang lg…
Pada bulan january aku tengah kerja..tiba2 perut aku sakit yang teramat macam kena tarik dan sentap, balik ke rumah aku perasan ada d***h keluar sedangkan aku bukn dalam keadaan uzur…
Dalam hati syak aku ni pregnant tapi aku tak buat test lg…
Selang 3 hari sakit makin menjadi-jadi dan aku mintak suami aku bawa ke emergency…
Di sana doctor sahkan urine test positif tetapi bila scan..doctor tak boleh nampak dan tak dpt kesan baby dlm rahimku..
Pendek kn cerita..selang seminggu aku pun keguguran anak sulungku..
Maka bermula la kisah seram kami di rumah..
Selama aku tinggal bujang dirumah sewa ni tak pernah aku terkena apa2 gangguan mistik…
Tetapi sejak kebelakangan ni ganguan menjadi jadi…
Barang dapur ku dialih…pinggang mangkuk ku di sorok…antara yang paling seram aku senaraikan di bawah…
1) sedang aku memasak didapur…aku dengar suara lelaki berdehem, cepat-cepat aku ke depan cari suamiku, suami kata die tidak bunyi suara lansung..bila aku ke dapur semula, sudip tengah goreng ikan dah di alih ke dlm singki..sedangkan aku yakin sudip tu masih kat kuali masa aku tinggalkan
2) pagi bila kami nak pergi kerja..kunci kereta kami hilang..puas kami cari 1 rumah…bila aku sebut ‘nak telefon ustaz lah mcm ni’..tiba-tiba kunci kereta aku ada atas meja cantik tersusun
3) tengah kami sedap tido…tiba-tiba aku dengar bunyi lagu..tengok jam pukul 3 pagi…aku rasa tak sedap hati…aku kejut suami die kata tidak apa-apa dan ajak ku sambung tido..tetapi aku ajak die keluar bilik teman ku ke dapur…buka je pintu bilik..kami tgk tv rumah kami ter ‘on’ dan remote tv sedang elok di ats tv…sedangkn sebelum tido memang dah tutup semua lampu kipas dan tv…dan lampu kipas tetap tertutup..hanya tv ter’on’
Oleh sebab kami da tak tahan dengan gangguan tersebut..maka kami ambil keputusan untuk berjumpa ustaz…
Sampai di rumah ustaz, kami cerita kn masalah rumah kami yang di ganggu…
Lama ustaz terdiam, akhir nye ustaz bersuara…
‘awak tau tak masalah rumah awak ni kecil je tetapi masalah diri awak lagi besar’
Terdiam kami mendengar nye, terus kami bertanya apa maksud ustaz…
Ustaz mengatakan aku telah terkena sihir tali hitam yang di ikat di rahim ku..supaya aku tidak mengandung dan jika mengandung akan keguguran….
Terduduk kami mendengar nye…dan kami terus berubat dgn ustaz…sedang berubat satu persatu cerita dan memori muncul…dari situ kami tau siapa punye angkara walaupun ustaz tidak menyatakan siapa orangnye…
Barulah aku teringt..jiran ku seorang makcik berumur 60an, bekas seorang bidan…
Dia juga pernah memberi kami suami isteri makanan…kami makan tanpa syak wasangka..
Dan seminggu sebelum aku keguguran..
Jiran makcik itu meminta tolong kepada ku…
Selepas aku menolongnya…die telah menepuk perut ku sebanyak 2 kali…konon nye dia mendoakn aku cepat ada anak..
Pada masa itu aku tidak tahu diriku sudah mengandung….baru la semua nye jelas kenapa doctor tidak dapat mengesan baby di dalam rahim ku kerana telah di makan oleh ‘org suruhan’ nya..
Dalam aku berubat dengan ustaz, ustaz telah menangkap ‘orang suruhan’ nya dan diletak kn didalam botol untuk dibuang ke laut..
2 hari selepas ‘orang suruhan’ nya ditangkap…makcik telah datang ke rumah ku..berkali2 die ketuk pintu rumah ku tetapi aku tidak berani bukak, sebab suami ku tiada..aku tinggal seorang..
Hari esok nye makcik datang lagi ke rumah ku…
Nasib ku baik suami ada bersamaku…
Makcik bertanya pada ku ‘wani, kamu ada nampak tak kawan makcik, besar tinggi orang nya’
Aku mengatakn aku tidak kenal dan tidak nampak…
Kemudian makcik mintak izin untuk masuk kerumah ku…tetapi suami ku tidak izinkn..
Cepat-cepat aku telefon ustaz selepas makcik balik ke rumah nye..ustaz mengatakn makcik sedang mencari ‘orang suruhan’ nya yang tak balik sejak aku berubat…
Dah tentu makcik tak tahu aku sudah berubat dan ustaz telah membuang ‘orang suruhan’ nya itu ..
Die bukan berdendam dengan ku..tetapi die terdesak kerana die sudah tidak mampu memberi makan kepada ‘orang suruhan’ nya itu..maka aku lah menjadi mangsa dan sumber makanan nya…
Keguguran anak sulung ku pada january banyak tinggalkn kesan padaku…da selepas sebulan berubat..pada julai aku di sahkan mengandung lagi sekali…
Dan aku juga mengambil pelindung dan memagar rumah kami..
Segala kejadian pelik dan mistik tidak lg berlaku…
Dan jiran makcik itu skrg sudah menjadi seperti orang tidak siuman..dan die seakan2 takut nak berjumpa dengan ku..
Pengajaran yang aku nak cerita kat sini..jangan lah bagi orang pegang perut kita sesuka hati…rambut sama hitam tapi hati belum tentu sama…
Terima kasih..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Bestla…buat lah cerita lg
baru best cerita macam ni
Naper x pindah jer dr umah tu…dh tau anda berjiran ngan manusia terkutuk sedemikian..ajer syirik nyer kojer bidan tu yer…semoga Allah lindungi anda sekeluarga.
Seram dan penuh pengajaran ..
seramm ahh
Aku xfaham macam mana bidan2 ni boleh nampak… Masa aku sarat pregnant.. ada makcik Indonesian kerja kat kedai bunga tenung perut aku, kata anak aku cantik.. seram jela aku dengar.. btw,anak aku lelaki k..
Idk why,tibe2 aku yeringat cerita Hwarang…And the first thing yg terlintas adalah ‘lelaki yg lebih cantik dari wanita’…Maybe dia tgk your son mcm tu kot…
‘dan jiran makcik tu’.. ‘jiran makcik’..
Wehh.. Aku bygkan jiran sebelah umah makcik tu dimana semua tu jiran2 ngko.. Adoiii
boleh dapat kan numbor ustaz yg berubat tu
salam nak number ustaz yang berubat tu