Hai assalamualaikum semua pembaca tegar fiksyen shasha. Sekiranya cerita aku ini mendapat perhatian dari pihak fiksyen shasha aku ingin berterima kasih sangat sebab sudi publishkan cerita aku yang tak seberapa ni. Okay jum start ! Korang semua boleh panggil aku Sha. Aku menetap di banyak daerah tapi buat masa sekarang duduk di Pahang. Minta maaf kalau penulisan ni tidak berapa baik di mata pembaca.
Okay kisah ni mengenai mama aku yang disihir buruk muka oleh seseorang. Kalau nak tahu siapa baca sampai habis tau ! Hehe Kejadian ini terjadi pada tahun 2016 ketika aku di tingkatan lima. Sebenarnya , keluarga aku memang dah bercerai sejak 2016. Tapi konflik diorang tu bermula dari 2014 lagi. Itu yang aku hidup berpindah randah tu. Sebab apa aku bagitahu pasal ni ? Sebab memang ada kaitan.
Mulanya, dalam dua bulan sebelum ibu dapat kesan yang dia sakit akibat buatan orang ni memang aku dah rasa pelik dah dalam tempoh ni. Sebabnya aku kan tingkatan 5 jadi aku ada kelas tuition sampai malam tau. Kadang kadang tu nak dekat pukul 12 baru sampai rumah. Kawasan rumah aku ni quarters guru sekolah rendah tapi macam sunyi sikit lah kalau malam guard pun boleh tahan jauh dan memang sekeliling tu kawasan hutan sawit.
Dan setiap kali aku balik lewat tu bila aku park motor depan rumah, aku laju je berlari naik rumah sebab aku rasa takut sangat bila lalu depan pasu bunga kepunyaan ibu aku yang dekat dengan pintu. Macam ada rasasesuatu je, tapi aku takda lah bagitau mama. Lepastu ada satu hari tu , aku belajar dekat tingkat bawah sekali tiba tiba aku dengar bunyi buaian dekat luar slow je berayun makin lama makin laju macam ada orang hayun sampai berlaga dengan slinding door tu. Bukan main laju dia hayun nak terbang mana tak tahu. Masa tu memang takda angin ribut aku mula lah pelik tapi aku rilek je lah tutup buku perlahan lahan bangun tutup suis semua naik tingkat atas. Lepastu adik aku ada mengadu dia nampak ibu aku dekat dapur lah padahal mama dekat atas tengah tidur. Lagi satu adik aku ni mudah nampak benda macamtu sebab dia lemah semangat sikit.
Seterusnya, ini lah permulaan yang mama kesan dia sakit. Ada satu hari ni mama mengadu dekat aku yang dia ada sakit kaki dekat tumit. Dia cakap tak boleh nak berjalan asyik terencut encut. Aku tak tahu nak buat apa aku urut jelah sikit sikit. Lepastu lega sekejap je. Dah dekat dua minggu macamtu ma sakit sampai menangis. Aku lagi la anak mana tak sedih tengok mama sendiri tahan perit sampaikan dia pergi kerja pakai selipar jalanperlahan je. Nak menjahit baju pun tak boleh (kerja part time). Lepastu bila dia sakit tumit ni pada masa yang sama tiba tiba ada benda naik taw dekat muka dia bermula dari leher. Benda tu macam nanah biji biji. Dia naik sikit sikit.
Bila dah lama sikit mama aku memang tak tahan sangat , ada la kawan dia suggest untuk berubat kampung sebab sebelum tu pergi klinik doktor bagi ubat sapu takda effect apa apa pun. Ma aku pun ikhtiar la pergi dengan aku dekat dalam daerah yang sama. Tapi dia bukan ustaz , dia pakcik tua je tapi memang boleh berubat orang. Mula mula mama aku datang tu, elok jela masuk sekali korang tahu tiba tiba pakcik tu cakap apa ? Dia cakap macamni, “hah tadi mula mula sebelum masuk comei sangat orang nya, ni dah masuk buruk sangat pulak” aku dah cuak weh time tu aku tengok ma aku sama je.
Tak lama lepastu bermula la sesi rawatan, pakcik tu just scan je. Dia bagitau ada orang dengki dengan mama aku ni sebab mama aku ni cantik katanya lah. Dia siap letak paku dekat tumit mama aku nak bagi mama aku tak boleh berjalan. Pakcik tu kata paku tu dah lama ada dekat situ sampai berkarat bernanah dah. Lepastu yang nanah dari leher tu memang dia nak bagi mama aku buruk. Pakcik tu bagi air apa semua lepastu nanti kena datang rawatan lagi sekali.
Lepastu next rawatan tu, pakcik tu rawat la macam biasa pakai ayat Al Quran lah tapinya. Memang alhamdulillah makin berkurang sakit ma aku. Tapi benda ni tak lama, mama aku tetiba sakit balik tak lama lepas berubat dengan pakcik tu. Lepastu ada kawan dia juga cadangkan pergi jumpa ustaz dalam daerah sama juga. Tapi bila pergi, ustaz tu cakap ma aku sihat takda apa apa dalam badan ma. Takpalah ma aku redha je masa tu tahan sakit kesian sangat time ni aku tengok dia.
Lepastu, aku tak tahulah macam mana mungkin Allah nak bagi ma aku sihat sediakala. Ada kawan sekolah dia ni dah lama sangat tak jumpa dia duduk di johor masa tu, dia jumpa mama aku di Facebook lepastu mama aku ada bagi no telefon sebab kawan dia tu nak datang buat tempahan baju. Bila dia datang je rumah kami, kawan dia tu muka berubah bila masuk pintu rumah. Sekali dia tanya macam ni dekat mama aku, “Sai (bukan nama sebenar) tak sihat kan ? ” mama aku hanya jawab sakit sakit kaki sikit je. Lepastu kawan dia kata, ini bukan sakit kaki biasa ni. Biar saya dengan suami saya cuba ubat kan Sai. Rupanya diorang berdua ni boleh berubat tapi kira suami dia ni macam perantara.
Lepastu ada la beberapa sesi kawan mama aku ni datang rumah berubat. Dia siap cakap lagi sebelum masuk pintu rumah, “oh rupanya kau duduk dekat sini ya ” lepastu dia bagitau orang tu letak benda ghaib dalam pasu bunga depan pintu. Patutlah aku takut semacam je bila balik malam malam haih siut betul benda tu. Sampai lah hari last sesi rawatan ni kitorang yang kena pergi rumah dia. Sampai sampai je kawan mama aku ni suruh pergi rumah sebelah (Sebenarnya rumah tu rumah lama sebelum rumah baru dibina).
Bila mula sesi rawatan tu , kawan mama aku ni tiba tiba berubah watak weh jadi orang asli. Kecut bai perut aku masa ni. Suami dia tanya macam macam soalan , benda tu memang cakap slang orang asli. Benda tu bagitau tuan dia tak suka mama aku ni sebab cantik. Tuan dia tu suka dekat papa aku sebenarnya dia nak dekat papa aku. Padahal nya mama aku dah lama takda apa apa hubungan dengan papa, mama pun tak kisah papa nak kahwin lain. Tapi perempuan tu dah kahwin masalahnya haih.
Lepastu benda tu bagitau yang mama aku ada berubat dengan ustaz ni tapi ustaz tu tak dapat kesan dia sebab dia lari. Lihat, pandai setan ni menyorok ea taguna betul. Lepastu suami dia tu tanya la kalau betul dia berubat dengan ustaz , dia pergi dengan siapa ? Lepastu benda tu jawab dengan anak dia lah sekali dia tunjuk akuu do. Ketor ketor badan aku masa tu hahahahaha.
Akhirnya kawan mama aku tu bagitau ciri ciri perempuan yang bomohkan mama aku. Aku awal awal dah memang syak dia. Sebab dia selalu datang rumah nenek aku belah papa dekat selangor. Tapi tetiba satu hari perempuan tu call mama cakap nak pergi rumah. Kau bayangkanlah dari selangor ke pahang sanggup nak datang tak rasa pelik ke alasan saja nak datang ziarah. Tapi mama aku sangka baik je masa ni. Mula dari dia datang tula kes ni jadi.
Sampai lah pengakhiran sesi rawatan tu , dua laki bini tu buang habis semua dalam badan ma aku. Yang dalam pasu bunga tu semua pun dia buang. Alhamdulillah sekarang ma aku dah sihat dan boleh berkerja seperti biasa. Okay itu sahaja cerita saya minta maaf kalau tak menarik. Ada masa aku cerita pengalaman lain pula ya ! Thank you !
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Best. Aku baca sampai habis.
Bahasa yg sgt menghormati pembaca.
Penulis ni mesti jujur orangnya.
Teruskan menulis ya dik.
Ada story lain jgn lupa share..
Cerita yang menarik. Semoga Allah lindungi adik sekeluarga.
saya setuju dengan abg
good luck….
Cerita best ! Jalan cerita sempurna ! Senang faham !