SIHIR

tempat kerja dan juga berlaku, sebelum kovid melanda dunia.

Korang mesti pernah dengar butik First Lady, kan?

Ada banyak cawangan dan juga franchise. Aku bekerja franchise First Lady, bahagian Ipoh. Agak jauh sedikit dari taman perumahan aku.

Tapi taklah sejauh nak ke bandar Ipoh. Masih berada dalam lingkungan zone yang sama.

Butik ni memang terkenal. Rasanya, semua tahukan?

Drama-drama ada je sponsoring dari butik ini di tahun tersebutlah, bukan sekarang. Sekarang dah kurang di kenali. Mostly yang di Kl lah. Headquaters kan?

Bulan puasa kami para staff paling nak kejar ‘komisen’. Kerja sini komisen lah yang ‘boleh tahan’ nya dari gaji.

Penat memang penat. Kadang tu sakit hati pun ada, yelah nak dekat berbuka pun orang still masuk dan sekadar recce baju saja tanpa membeli. Tapi, apa nak buatkan. Akur jelah.

Seminggu nak dekat raya, kami seringkali balik tengahmalam. Boss memang nak collect keuntungan kaw-kaw lah!

Dua malam sebelum raya pula, kami memang kena balik satu pagi tapi waktu ini memang tidak ada apa-apa yang berlaku.

Esok pula nak kerja semula macam biasa. Penat sebenarnya tapi bila mata tengok ‘kaching-kaching’ tatkala dah dapat tu agak bonanza… bertahan jugaklah, siapa nak bagi sebanyak tu.

Tapi sedih juga, bila malam raya time kerja butik ni, kami sekeluarga tak dapat nak balik kampung macam tahun-tahun sebelum bekerja di butik itu.

Macam mana nak balik saya masih di butik, bekerja. Takkan nak tinggal.

Banyak tahun jugalah saya jadi staff butik ini. Tiap kali ada stage catwalk untuk stok-stok pakaian baru, aku merasa jugaklah catwalk di pentas dengan dua lagi anak boss di sebabkan ketinggian kami. Dapat juga aku kutip pengalaman berada di pentas peragaan.

Namun keseronokkan bekerja kami menjadi hambar, pabila ada beberapa perkara pelik berlaku.

Yang ini paling rare buat aku kerana buat pertama kalinya, melihat dengan biji mata sendiri malahan hampir nak terlangkah pun.

Ceritanya begini, pagi-pagi aku dengan dua orang rakanku kami datang seperti biasa mahu membuka kedai di awal pagi.

Nak mengemas apa semualah. Boss lambat masuknya. Tapi entah apa nasib kami bertiga, mungkin Tuhan nak kami bertiga tengok kut.

Masa ini, aku nak buka mangga kunci macam biasa. Aku sangat-sangat bernasib baik kerana kawan aku menolak dan aku pun ke belakang semula.

Memanglah aku terkejut dengan penolakan itu. Tak semena-menakan?

Kedua-dua kawan aku cakap, ada benda dekat atas tebing rel roller shutter secara pekikkan. Aku yang dah terkebelakang lagilah terperanjat. Berderau darah, bila mata aku pun terpandang benda yang sama dekat situ.

Kami bertiga tetap mendekati benda tersebut walau hati masing-masing, di huni perasaan resah gelisah. Apatah lagi, penampakan benda itu saja sudah mencuit sedikit rasa keseraman.

Sesuatu berbungkus dan berikat tiga, laksana mini pocong. Aku pula kian menunduk ingin menjelaskan lagi apa yang aku lihat tu, kemudian terdongak semula lalu pandang pada yang lain.

Masing-masing sudah berwajah pucat. Aku sebenarnya, berasa pelik dan tertanya-tanya juga kenapa orang ni, jikalau nak berbuat khianat sekalipun tetapi letak benda alah tu, di tempat yang orang senang nampak.

Tapi, itu hanya berbolak-balik dalam pemikiran aku saja dan tidak meluahkan pada sesiapa pun. Benda yang aku sendiri kurang tahu pun.

Seorang lagi rakanku cuba nak memegang tapi kawan yang menolak aku tadi melarang. Dia ni merupakan adik kepada rakanku yang pernah aku cerita, mengalami gangguan di hostel kejururawatan.

Langsung rakan ku yang baru mahu menunduk itu, tidak jadi mahu berbuat demikian. Kawan yang menolak aku tu pun membuka tas tangannya, kerana dia ingin menelefon boss.

Dia juga merupakan pekerja senior. So, aku dan rakan yang tidak jadi nak menyentuh bunjut tersebut pun menanti apa kata boss.

Pada mulanya, aku dengar adik kepada boss minta kami buka juga kedai sebab masa memang dah lewat walau takde pelanggan pun lagi waktu itu dan buat sehariannya.

Tapi boss tetap menegah, mungkin dia fikir tentang kami. Boss akan datang dengan seorang kenalannya merupakan seorang ustaz. Jadi kami pun tunggulah di depan.

Nak duduk di bangku pun takut-takut walau siang. Siapa tak takut jumpa bunjut pocong kan?

Sure lah otak menerawang benda-benda khurafat itu. Kami bertiga diam je waktu itu. Masing-masing muka pucat.

Serentak pula, kami menyuarakan rasa meremang kami antara satu sama lain.

Hampir nak setengah jam jugalah kami tunggu kehadiran Jeep boss. Nasiblah tiada pelanggan pun kalau tak, pagi-pagi lagi dah ada.

Kadang tu, belum buka pun dah ada yang menunggu. Jeep boss sampai saja, kami bertiga pakat bangun dan berlari ke arah boss.

“Mana pocong kecik tu?” Boss bertanya kawan aku yang senior tu dulu.

“Tu… betul-betul depan roller shutter kat atas tebing rel. Bawah mangga. Kalau gelap memang tak nampak, boss nasiblah ada cahaya dari tiang lampu…”

Boss dengan kenalan ustaz pun bergerak dahulu. Kami ikuti dari belakang dalam keadaan rapat-rapat.

Sampai saja ustaz sudah beristigfar dahulu. Boss pun tercengang, terbungkam dan speechless. Dah lama dia berniaga, ni baru kali pertama kena macam ini.

Ustaz tu pun duduk secara melutut, mulut berkumat-kamit membaca doa. Kemudian dia menarik keluar sarung tangan. Ustaz ni seorang perawat.

Namun dia bangun buat seketika, mencari sesuatu. Kayu atau sebarang benda yang ingin dia temui itu tiada di pandangan mata.

Dia pun melutut semula dan mengambil pocong mini tersebut, sambil berkumat-kamit dia menanggalkan ikatan demi ikatan.

“Allahuakbar! Nurul ini tanah kubur.” Kata Ustaz itu yang terdongak pada boss.

Aku dan dua lagi rakanku saling berpandangan. Makin tergemap kami di buatnya. Kemudian aku tatap muka boss, memang berubah habis mukanya. Macam nak menangis pun ada.

Ustaz menenangkan kami semua. Dia meminta boss agar jangan buka dahulu butik pada hari itu. Mahu atau tidak, boss terpaksa akur.

Berubah juga muka dia setelah inform perkara tersebut kepada adik lelakinya yang aku mention di atas. Kami yakin, tentu adik lelaki boss bising dah kenapa sampai perlu nak tutup butik teruk sangat ke.

Adik lelaki boss merupakan pemegang syer terbesarlah dalam perniagaan diaorang ini. Straight, cerewet dan agak suka meninggi diri sedikit.

Sebagai staff, dah semestilah kami tahu fiil para boss kami. Second boss sajalah yang ngam sedikit dengan kami.

Hari itu dan dua hari seterusnya butik memang tak dibuka. Hanya boss dan ustaz saja yang datang untuk memulih butik.

Sebenarnya aku dan dua lagi rakan aku demam. Kami telefon dari rumah masing-masing bagitahu keadaan diri.

Dan korang nak tahu, boss pun demam juga. Dia pun tengok samakan pocong tu. Dia datang rumah kami untuk hantar air penawar.

Kami memang ada bercerita pada parents masing-masing. Tapi mereka pun tak terkata apa-apa.

Boss pun, semasa datang untuk hantar air penawar bercerita juga pada parents masing-masing. Benda dah nak berlakukan, nak buat macamana.

Hari ketujuh, barulah butik betul-betul buka. Sebab kami semua dah betul-betul kebah dari demam.

Sebenarnya, aku ada bermimpi

DHIA AMIRA

2 thoughts on “SIHIR”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.