SISI LAIN – Akhir
Bahagian 1: https://fiksyenshasha.com/sisi-lain/
NIQIEY DELOVA
Aku tersentak dari tidurku. Jam berdenting dua kali menandakan sudah pukul dua pagi. Sejak keris itu datang, selalu sahaja aku bermimpi yang aneh-aneh. Aku termenung memikirkannya.
Keheningan pagi membuatkan mindaku kosong. Terasa badanku semakin membahang, memaksa aku mandi seawal itu. Kemudian aku mengambil wudhuk dan solat tahajud.
Dari membuang masa termenung, aku lebih suka mengisi terluang dengan hafalan surah-surah atau membaca kisah-kisah berunsur keagamaan. Itu bukan bermaksud aku seorang yang warak. Tetapi kerana aku sememangnya suka membaca bahan-bahan ilmiah sebegitu, untuk lebih mengukuhkan keimanan seterusnya keteguhan hatiku.
Aku mesti menguatkan rohaniku disebabkan aku terlalu obses pada dunia persilatan. Itulah satu-satunya benteng pertahanan bagi memelihara jiwaku dari dikuasai oleh ilmu duniawi yang aku pelajari.
Cuaca semakin panas membahang, aku mempercepatkan langkahku pulang ke rumah dari sekolah. Sesampainya aku di rumah, aku melihat ada sebuah dulang yang penuh berisi pelbagai jenis bunga-bungaan diatas meja tamu.
Aku tidak mengendahkannya dan terus masuk ke bilik air untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Zohor. Selesai bersolat, aku terus keluar dari bilik. Kelihatan ayah sibuk membuat beberapa persiapan yang entah untuk apa, tidakku ketahui.
“Hah! Balik pun kau. Pergi angkat barang- barang lain dalam kereta tu cepat.” ayah bersuara.
Segera aku melangkah ke kereta untuk mengambil barang yang berupa botol-botol penuh berisi air. Perut yang berkeroncong, menghalakan langkahku ke arah dapur setelah aku menyerahkan barang yang diminta oleh ayah tadi.
Setelah siap makan tengah hari, aku hanya memerap di dalam bilikku untuk menyiapkan kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran.
Malam itu, sampai sahaja aku di rumah dari gelanggang latihan, hidungku menangkap bau kemenyan. Sangat pekat baunya datang dari dalam rumah. Segera aku masuk dan melihat ayah sedang memandikan sebilah keris yang aku dapat tempoh hari dengan air yang penuh dengan bunga-bungaan.
Kemudian ayah memperasapkan pula keris itu dengan asap kemenyan yang keluar dari pendupa di hadapannya. Aku menyaksikan tingkah ayah melakukan ritual itu dengan penuh minat. Tidak berkelip mataku memandang.
Tiba-tiba terdengar suara menderam yang menakutkan aku dari luar rumah. Aku dan ayah saling berpandangan. Keris yang telah diletakkan oleh ayah diatas dulang beralaskan kain tiga warna, bergetar kuat dan berdesing membuatkan kami menarik nafas panjang kerana terkejut. Suara menderam tersebut menjadi semakin garau. Diselangi bunyi hentakkan di dinding rumah..
Buk.. Buk.. Buk..!
Debaran didada seakan mahu memecahkan dinding jantung. Muka ayah sudah merah padam menahan amarah. Begitulah sifat orang yang panas baran. Ketakutan tidak mungkin menyinggah dalam dirinya. Tiba-tiba ayah melompat bangun dan memasang buah silat gayongnya. Melihatkan tindakkan ayah itu, aku perlahan-lahan dan senyap-senyap memasang ilmu pelindung diri yang telahku pelajari.
Ganggggg..!!!
Pintu gelongsor depan digegarkan oleh ‘sesuatu’ dari luar rumah. Serentak mata kami memandang ke arah pintu. Ayah melangkah pantas dan terus menarik pintu gelongsor sampai terbuka luas.
Terpacak dihadapan ayah, satu lembaga hitam berkepala separa tengkorak beriak bengis. Seakan ingin menelan apa sahaja yang melintas dihadapannya. Matanya yang lompong merenung dengan daging muka sudah membusuk berulat jatuh satu persatu. Bau pekungnya teramat busuk menusuk rongga hidung, menenggelamkan bau asap kemenyan.
“Apa yang kau mahu?! Datang rumah aku tanpa diundang, haa? Syaitan laknatullah”
Ayah menempik ke arah makhluk itu dengan berani. Aku hanya bersiap-siaga dari kejauhan menantikan apa yang bakal berlaku. Terasa kembang seluruh kulitku menahan rasa teruja untuk bertindak.
Tapi dalam masa yang sama, aku perlu menyimpan rahsia besarku itu dari diketahui oleh ayah serta ahli keluargaku yang lain. Aku berpegang pada kata para cendiakawan, harimau tidak akan mengeluarkan kukunya selagi tidak diancam.
Lembaga hitam itu hanya mendengus sambil memekatkan lagi bau pekungnya sambil kepalanya dengan perlahan-lahan menoleh ke arah aku. Dengan mulut menyeringai menampakkan gigi tajam kehitaman yang semakin melebar kepadaku, tangannya yang berkuku panjang diangkat menunding ke arah keris di dalam dulang.
“Tidak! Keris itu sudah dipunya!”
Terus ayah melompat ke belakang ke tengah rumah dan membuka sekali lagi buah silatnya sambil membaca ayat kursi. Sampai ayat yang terakhir, ayah mengulanginya sebanyak tiga kali lantas menumbuk lantai rumah.
Bergegar seluruh rumah menyebabkan segala yang tergantung di dinding jatuh ke lantai. Lembaga hitam sekelip mata terjun ke halaman dari balkoni rumah sambil menjerit nyaring kesakitan, lantas hilang di telan kepekatan malam.
“Nyah kau syaitan! Jangan kau berani datang ke sini lagi mengganggu keturunan leluhur aku!” ayah bertempik garang di muka pintu.
Aku takjub menyaksikan kebolehan dan keberanian ayah. Setelah menutup pintu, ayah segera duduk kembali di hadapan dulang untuk menyelesaikan tugas yang tergendala dengan kedatangan tetamu tidak diundang sebentar tadi.
Ayah membalut keris itu dengan kain tiga warna iaitu hijau, merah dan hitam. Aku hanya memerhatikan sahaja perlakuan ayahku tanpa bersuara. Bagiku, segala tindak tanduk ayah, ada sebab musababnya yang tersendiri.
Ayah terus membawa keris yang sudah berbalut kemas ke dalam bilik tidurnya. Aku juga masuk ke dalam bilikku untuk membersihkan diri dan berehat.
Udara yang ku hirup pagi ini terasa damai sekali. Segar rasanya segala pancaindera dan tubuh badanku. Sudah lama aku merasa segar begini, sesegar bunga yang layu disirami air.
Aku memicingkan pandangan mata ke sekelilingku. Penuh dengan pokok-pokok hijau yang merimbun serta kawasan perkampungan yang teratur dan bersih. Di halaman rumah jiran tetangga juga dipenuhi pokok bunga beraneka warna.
Sungguh cantik permandangan ini, membuatkan aku teringat dengan kebesaran Allah. Ligat otakku berfikir keberadaan aku ketika itu.
“Assalamualaikum.”
Aku di sapa oleh seseorang dari arah belakang. Pantas aku menoleh dan terlihat seorang lelaki yang lengkap berbaju melayu, bersampin dan bertanjak dalam rona hitam sepersalinan seperti orang melayu lama.
Spontan aku menekup mulutku menahan dari ketawaku meledak kuat di hadapan lelaki bermisai lintang dan berambut panjang itu. Tanda aku masih lagi punya rasa segan dan hormat.
Untuk menutup rasa bersalahku yang agak biadab sebentar tadi, aku segera menjawab salam yang diberikan lantas melarikan pandanganku dari lelaki berpakaian hitam itu.
“Maafkan ayahanda kerana membawa anakanda ke mari,” lelaki itu bersuara.
Aku hanya tersenyum menundukkan pandangan. Lelaki itu mempelawa aku bertandang ke rumahnya. Tanpa sedar, aku mengekorinya tanpa ada sebarang bantahan, menuju ke sebuah rumah yang berhalaman luas dan tersergam indah penuh dengan ukiran-ukiran kayu selayaknya rumah melayu lama.
Di ruang tamu rumah, telah pun terhidang minuman panas dan sedikit kuih-muih.
Di hadapanku, dua orang perempuan duduk bersimpuh. Aku mengagak, yang nampak berumur itu adalah isterinya dan seorang lagi adalah anaknya dek rupa paras yang gebu dan muda.
Kami bersalaman dan dengan hati yang sedikit lega kerana bukan aku seorang sahaja perempuan di situ. Tidak jauh dari mereka, terdapat dua orang lagi lelaki berpakaian merah dan hijau sama gayanya seperti lelaki berpakaian hitam tadi. Kini fahamlah aku siapakah gerangan mereka dihadapanku itu.
“Panggil sahaja hamba, ayahanda.” Katanya.
Ayahanda mempelawa aku untuk duduk. Aku mengambil tempatku di sebelah perempuan muda. Sambil kami menjamah hidangan, ayahanda menerangkan kepadaku siapa mereka yang sebenarnya dan tujuan utama mereka menjemputku ke situ serta kaitan mereka dengan keris yang tidak berhulu kepunyaanku itu.
Aku hanya tekun mendengar dan mencerna setiap bait kata yang diutarakan oleh ayahanda. Setelah selesai segala penerangan, aku meminta izin untuk pulang. Usai aku bersalaman, ayahanda menghantarku ke tempat mula-mula aku sampai ke situ.
Aku terjaga dari tidur dengan tarikan nafas yang panjang. Mencungap aku mengatur kembali pernafasanku sambil beristighfar berkali-kali.
Aku bingung memikirkan sama ada situasi yang ku alami tadi hanyalah sekadar mainan tidur atau benar- benar terjadi apabila melihat kuntuman bunga seri pagi yang sempatku petik dalam perjalanan pulang tadi berada dalam genggamanku.
Jam di dinding menunjukkan pukul 3 pagi. Bermakna, aku hanya terlelap selama setengah jam sahaja.
Malas mahu berfikir tentang kejadian tadi, aku bingkas bangun untuk membersihkan diri dan melakukan solat tahajjud. Semenjak aku sering bermimpi yang aneh-aneh, aku tidak pernah lagi meninggalkan solat tahajud. Itulah antara kebaikan yang aku perolehi.
Aku mengambil Al-Quran dan mengucupnya, kemudian meletakkannya kemas di atas rehal. Lembaran pertama aku buka yakni Surah Al-Fatihah lalu membacanya. Tiba-tiba aku terhidu bau harum memenuhi ruang bilikku.
Aku tidak mengendahkannya dan meneruskan bacaanku. Tiba di ayat ke-lima, telingaku menangkap bunyi dehem kemudian diikuti dengan kelunakan bacaan ayat yang belum sempatku baca. Mengertilah aku, terdapat kesalahan tajwid yang aku lakukan.
Aku akur dengan kesalahanku dan memperbetulkannya semula. Sejak itu, aku seakan ‘berguru’ dengan suara misteri itu saban pagi.
Begitulah rutin hidupku sehingga aku berumur lima belas tahun. Sehinggalah suatu malam, aku mendapat mimpi kedatangan ayahanda. Beliau memintaku supaya mencari seorang penempa keris. Hanya penempa itu sahaja yang boleh membuat hulu serta sarung keris tersebut. Tergambar wajah si tukang tempa dan juga bengkelnya.
Aku tersedar dari tidurku. Setelah mengingati semula mimpiku sebentar tadi, aku menggaru kepala yang tidak gatal.
“Ah! Sudah! Mano nak dihagah an nanti?” aku bermonolog sendiri.
Seperti biasa, aku melakukan rutin pagiku seperti kebiasaan, sementara menunggu ayahku bangun untuk bertanyakan perihal itu nanti.
Menjelang pagi, usai bersarapan bersama ayah, mak dan adik-adikku. Aku bertanya kepada ayah mengenai mimpiku dan si penempa keris. Ayah juga mendapat mimpi yang sama. Bagusnya, ayah tahu dimana bengkel penempa keris tersebut.
Setelah kami bersiap, kami memulakan perjalanan menuju ke bengkel penempa keris. Setelah kami tiba di sana, ayah menceritakan hajat kedatangan kami kepada tuan bengkel. Ironinya, tuan bengkel juga telah mendapat mimpi yang sama seperti kami dan memang menunggu kedatangan kami.
Sementara ayah meneruskan perbincangan lanjut bersama tuan bengkel, aku mengambil kesempatan itu merayau disekitar bengkel itu. Aku melihat keseluruhan kawasan bengkel yang terletak agak jauh ke dalam dari rumah-rumah yang lain. Mungkin faktor kebisingan menyebabkan bengkel itu dibina jauh dari penempatan penduduk.
Pandangan mataku terhenti pada satu sosok lembaga hitam ditepi sebatang pokok yang besar. Aku merenung lembaga itu dengan pandangan yang tajam dan aku mengenalinya. Lalu segera aku memasang pendinding diriku dan bersiap siaga bagi segala kemungkinan.
Seperti yang telah ku jangka, lembaga hitam itu sekelip mata meluru ke arahku lantas mencengkam leherku dan menjulangku tinggi separas mukanya dengan sebelah tangan sambil mendesis mengeluarkan bau pekungnya yang menyesakkan nafas.
Aku cuba bertahan dan bertenang menghadapi situasi itu, sambil merenung pelohong mata lembaga hitam itu. Syukur, aku masih boleh bernafas walaupun tersekat-sekat.
Dengan lafaz Allahuakhbar!, aku menggenggam lengan lembaga hitam tersebut dan memulasnya sekuat hati. Lembaga hitam itu melepaskanku bersama jeritan kesakitan yang melengking kuatnya.
Terlepasnya aku dari cengkaman lembaga hitam, pantas aku menjauhinya dan mengatur buah silat harimau yang telah ku pelajari selama empat tahun. Aku akan gunakan segala kemahiran yang telahku pelajari sebaik mungkin.
Apabila lembaga hitam itu mengangkat tinggi tangannya untuk menyerangku semula, entah dari mana, seekor harimau belang bewarna putih telah menyerang lembaga hitam tersebut.
Aku terkejut menyaksikan pergelutan antara keduanya. Mereka saling berbalas serangan sehinggalah lembaga hitam itu menghilangkan diri. Terpempan aku apabila pertama kali melihat seekor harimau sebesar kereta kancil meniarap dihadapanku sambil menguap lantas menjelirkan sedikit lidahnya yang besar.
Turun naik perutnya apabila menarik nafas pendek dengan laju. Ia kelihatan seperti sedang merehatkan diri setelah penat bertarung dengan lembaga hitam sebentar tadi.
Pantas aku menoleh kebelakang sambil bersiap siaga apabila aku mendengar desiran daun kering di tolak. Rupa-rupanya, dia ayahanda yang sering hadir dalam mimpiku, menghampiri bersama seekor lagi harimau belang berwarna putih. Beliau lantas mengusap kepala harimau belang yang berada dihadapanku dan menabur lima biji bertih jagung.
Dengan perlahan, harimau belang itu bangkit dan makan bertih-bertih jagung tersebut. Setelah selesai, kedua-dua harimau tadi menuju ke hutan di belakang bengkel lalu menghilang.
“Mereka kepunyaan anakanda. Ayahanda titipkan Uncang dan Untut warisan dari susur galurmu kepada anakanda untuk menjaga dan melindungi anakanda. Jagalah mereka seperti saudara kandungmu sendiri. Ini bertih jagung, makanan mereka. Berikan dalam jumlah ganjil untuk santapan mereka.”
Seuncang bertih jagung dihulurkan kepada aku.
“Urusan kalian berdua sudah selesai di sini. Pulanglah dengan selamat. Ayahanda undur diri dahulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Dalam masa yang sama, aku terdengar namaku dipanggil. Ayah mengajakku balik. Apabila aku menoleh kembali, ayahanda sudah pun hilang dari pandangan. Terus aku mendapatkan ayahku dalam kebingunganku tentang apa yang telah berlaku tadi.
Ayahku hanya menceritakan perihal tempaan hulu dan sarung keris sahaja tanpa bertanya apa pun padaku. Bagaimana dengan kejadian yang berlaku tadi? Bagaimana pula dengan bunyi lengkingan kuat yang menyeramkan ataupun ngauman harimau?
“Takkan ayah tak dengar kekecohan tadi. Hmm…” kata hatiku.
Aku bertambah bingung memikirkannya.
Uncang bertih jagung ditangan, aku genggam dengan erat. Kalau benar ayah tidak mendengar apa-apa, aku mengambil keputusan untuk tidak menceritakan tentang kejadian tadi kepada ayah. Biarlah ianya menjadi rahsia aku sendiri terutamanya mengenai harimau belang berwarna putih bernama Uncang dan Untut.
Rahsia ini akanku simpan kemas dari pengetahuan ayah dan ahli keluargaku yang lain, sebagaimana aku menyimpan kemas rahsia keterlibatan aku dalam dunia persilatan
Tentunya, cabaran hidup aku menjadi lebih hebat lagi setelah kehadiran Uncang dan Untut. Cabaran-cabaran yang memberikan aku pengalaman berhadapan situasi yang lebih menyeramkan lagi. Perjalanan hidupku dari SISI LAIN yang tidak diketahui oleh kenalan-kenalanku selama ini.
TAMAT
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Please don’t stop writing. I hope this story is not the last one from you.
Best!! Bait2 ayat yg kemas dan teratur.. Meremang bulu baca..
Kipidap!! 💪💪
Wawawa… Aku tdk mau menerima kelebihan spt ini… Aku cuma mau idup spt org lain. Biasa² aja
Best.Ayat tersusun rapi dan cerita pun best.👍👍👍
good write-up👍🏼
Best gilerr cite ni .Aku harap kau takkan berhenti dari buat cite yang best camni
I think this is the best strory i ever read in fiksyen shasha
keep it up !!
Tolong tulis lagi . Semua pengalaman dari kamu . Saya menunggu…
Xde smbungan ke?
Tiap hr menunggu sambungan cerita ni..
Sambung lg..best!!😊
plz jgn stop… msti ada smbungnnya tu… my quest.. harimau tu…Saka harimau ke, sbb pnh dngr harimau dbgi bertih jagung untj mkn dia…
lma tuggu story ni.. plz smbung.. t
Jgn la ckp last…nak tau dgr lagi cita ni…maaf la klu memaksa..tp cita awk ni best…teruja baca..10/10
Tok suka cerita mcm ni.. Tak sanggup nak baca words TAMAT tu.. Sila sambung lg.. Cerita dan jalan cerita yg bagus.. 10/10
Macam tengah tengok movie. Kenapa Ada perkataan TAMAT tu. Best!! Cerita yg sangat menarik dan membuai imaginasi. 10/10
ccerita yang best ..10/10 sebab aku baca mcm aku yg berada di dlm cerita ni.
sambung lagi season 2.. ada ke?.. hehe..
Best cerita ini 10/10, sambung lagi yer..
aku posmen
Bestt..gaya bahasa penulis bring back my memories to Tamar Jalis.Love it!!🙆
tmar jalis.. i like!!!
Aku sokong
aku rasa aku pn pernah baca buku tu,…lama dah. mana nak dapat lagi buku tu?
pasal harimau belang putih tu memang betul huhu kawan abg sy pon ade harimau belang putih yg sebesar size kereta ..
10/10 love sangat cerita sis ny ☺️
percaya ko eh.. penah nmpk ke
ala…xde sambungan lg ke..best nie
Apa pon kita harus berkawan dengan makhluk selain manusia cuma jagalah diri dan tauhid agar tidak tersasar daripada menyatakan yang hak buat Allah SWT…..
sape yg ckp harus berkawan dgn makhluk lain tu? tersasar jauh ko ni
pg bljar lgi..bangang jangan tunjuk kek org…
BEST, Harap ada sambungan
aku harap takyah ko sambung.. merepek2 je
Aper bnde lh kau nie penyibuk.. Nk kaut prhatian ker.. Tkyh baca klau rse merepek
Harap ada sambungan pasal uncang dan untut…best
Untut.. Semua harimau putih ni memang nama dia untut eh? Kalau x silap, harimau tamar pun nama untut. Arwah atok aku pun pernah cerita pasal harimau putih nama untut yang cacat 1 kaki. Hurmmmmmmm
Best ada sambungan tak
ada sambungan lg ni, tamat bahagian 1.. mean ada lg bahagian 2 tul x?
Wowowowowo
Terbaek lah citer ni…terbayang2 aku bace citer ni…xkan dah abes kot citer die
…sambong r lagi prt 3….hehehe…best
saya dulu ade pengalaman jumpa keris tak berhulu dalam laci meja study sy..tapi keris tu saya serahkan pada arwah ayah saya untuk dijaga memandangkan arwah ayah dlu seorang pembasuh keris apabila tiba bulan muharam..tapi sekarang keris tu dah tak ade dalam jagaan dan diserahkan pada kawan arwah, sejak arwah sakit tenat sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir..
-Al Fatihah untuk arwah ayah-
Best… 10/10
best…
cerita sangat menarik,tapi sayang jika takat ini sahaja pengakhirannye..
True story ke ni
Sambung la lg. Cerita ni sgt menarik. X kisah la panjang mana pun nk di karang. Pasti kn ada kesinambungan nya utk akan dtg. Kipidap don gibap…😉