Azan Subuh

Assalamualaikum dan salam Ramadhan 1439h. Di bawah saya ingin kongsikan kisah benar antara saya dengan sahabat saya. Kisah di bawah tidaklah seram. Tapi cukup untuk dikongsikan bersama.

Kisah berlaku pada tahun 2002 di salah sebuah asrama di Hulu Selangor. Aku dan kawanku namanya Mat. Kami tidur awal kebiasaannya kerana ingin bangun awal agar tak berebut tandas untuk mandi.

Jam menunjukkan jam 5.00am. Aku yakin 5.00 am. Aku mengejutkan Mat. Setelah dia terjaga, aku mencapai peralatan mandi dan terus turun ke bilik air. Aku terdengar suara Mat masuk bilik air tak lama selepas itu. Aku pon mula mandi. Berus gigi, bersabun, syampu dan sebagainya. Usai mandi aku pon bergegas ke dorm untuk bersiap-siap. Tak lama selepas aku bersiap, aku lihat Mat juga sudah selesai mandi dan terus bersiap.

Sekali lagi aku melihat jam. Aku amat positif yang masa baru berlalu 25 minit. Jam menunjukkan jam 5.25 am ketika itu. Aku menunggu Mat bersiap agar dapat sama-sama meredah laluan ke surau. Untuk pengetahuan, surau berada di tempat paling tinggu di atas sebuah bukit.
Lima minit kemudian, Mat selesai bersiap. Kami sama-sama bergerak ke surau. Setelah melalui blok A asrama, kami jalan lagi ke hadapan, menaiki anak-anak tangga menuju ke surau.

Rutin harian pelajar ketika itu bagi sesiapa yang bangun awal, hidupkan surau dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dengan memasang kaset yang brrsambung dengan speaker utama ke bilik-bilik dorm. Kami buka suis lampu surau. Kami tanpa berlengah lagi terus memasang kaset. Ayat-ayat al-Quran mula memenuhi ruang angkasa. Suasana hening. Serasa-rasa kami, kaset telah dimainkan lebih 20 minit. Sepatutnya waktu Subuh telah masuk. Maka tanpa ragu-ragu, Mat masuk ke bilik muazzin untuk melaungkan azan Subuh.

Selesai azan, kami tunggu lagi 10 minit sebelum iqamat. Namun sesuatu yang pelik terlintas di hati kami. Aku bertanya kepada Mat.

Aku : Eh Mat. Ko perasan tak, kenapa takde orang datang surau lagi ye?
Mat : Entah la. Mungkin esok Sabtu, tu bangun lewat tu.
Aku : Masalahnya ketua unit dakwah pon tak sampai lagi ni. Biasanya dia yang paling awal.
Mat : Aku pon heran juga. Mustahil la. Sebab warden pon tak bangun lagi.

Suasana diam seketika. Perasaan pelik mula menerpa. Kami berpandangan sesama sendiri.

Aku : Mat. Tadi ko masuk bilik muazzin, jam pukul berapa?
Mat : Aku rasa dalam pukul 5.55 dah.
Kami beranikan diri untuk masuk sekali lagi ke dalam bilik muazzin. Alangkah terkejutnya apabila jam baru menunjukkan pukul 3 pagi. Kami padamkan lampu dan segera pulang ke asrama. Ketika itu, kami mula teringat kisah lembaga menyakat kelab silat pada jam 2 pagi ketika mereka ingin melakukan latihan. Kisah-kisah kain terbang berwarna putih yang mengekori pelajar dari bilik prep. Kisah di mana seorang pelajar menegur kawannya yang tidak respon, sedangkan kawan yang sebenar ada dalam dorm. Kisah air paip dewan yang hanya akan kedengaran digunakan pada waktu malam sedangkan dewan berkunci. Kisah pelajar tertidur semasa prep dan diteman oleh makhluk tanpa kaki dan sebagainya.

Lintang pukang kami berlari. Masuk ke bilik dan terus membungkam. Esoknya seseorang bertanya, “Siapa yang azan pukul 3 pagi tu?” Kami hanya diamkan dan tidak mengaku kerana malas menjawab soalan-soalan nanti.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Azmeen
Azan Subuh
6 (60%) 1 vote

40 comments

  1. pernah brlaku kat asrama dulu jugak… bila kecoh member yg azan tu tak ngaku…duk sekatil dgn aku… tp sebnrnya aku tau …. bkn tak kenal suara dia….

  2. Aku rasa kawan2 lain yg pedajal korang ni.. sbb dh jadi kebiasaan korang bangun berdua mandi berdua pegi surau berdua.. tukar jam korang dua jd kul 5.. mesti mengekek diorang gelak time korang xde tu.. saje2 ngusik..

  3. Hati kau kerass mat ..
    haha dah buat azan ,orang tanye buat tak tahu …
    nanti budak asrama mesti tertanya2..hantu apakah…haha

  4. Jap.Macam ada kaitan.Puasa tahun lepas aku ada stay up tak tidur sampai sahur.Pastu kat area rumah aku ni(Rumah teres) dengar suara azan pukul 4.30.Mula2 tpranjat la.Kedua mak aku pun dengar sama.Ketiga aku dengar seorang.Agak nya muazzin surau kawasan perumahan aku tu mengalami perkara yg sama kot.Wallahualam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.