Sleep Paralysis

Sleep paralysis . Mesti antara korang yang penah kena benda alah ni dan mesti ada yang tak pernah or tak pernah dengar. Sleep paralyze ni lumpuh dalam tidur, korang tidur and korang boleh bukak mata cuma tak boleh nak bergerak. Korang sedar tapi tak boleh nak gerak ( rasanya la ) haha sebab itu memang aku kena selalu. Cerita ni sekadar berkongsi pengalaman aku, tak seram mana.

Nak dijadikan cerita, aku ni anak sulung dalam keluarga dan aku sedang belajar di kuala kangsar. Duduk sini kerja memang makan tidur je selain main dota sampai pagi hari haha. Bila cuti panjang baru aku balik kl. aku ni kalau balik kl memang tak lekat kat rumah, lepas bosan katakan. Kadang subuh baru balik kadang agak tak ada yang nak melayan aku tengah malam da balik da. Oleh sebab aku selalu merayap makanya kalau balik tu pukul 9 pagi baru tidur. Bangun dekat magrib kemudian ulang semula rutin yang sama. Mak aku selalu pesan, ” jangan balik malam nanti ada benda yang mengikut ” . Tiap kali mak aku pesan, mesti rasa macam kelakar. Dalam hati “Larat ke nak melayan aku ? Kalau berkenan boleh ajak lepak cc sama sama ” haha.

Cuti sem kali ni agak lama sikit, 3 bulan aku dapat menghabiskan masa aku dengan benda yang tak berfaedah. Merayap kemana mana yang aku nak pergi, lepak , dota janji aku puas dengan aktiviti aku untuk cuti ni.

Satu malam ni aku keluar pergi kl lepak dataran dengan kawan kawan aku and the best part is aku tertinggal kunci rumah. Biasanya kalau kunci rumah tak bawak aku kejut adik aku ikut tingkap je suruh dia bukak pintu. Jam menunjukkan pukul 2 pagi dan aku pun da rasa bosan so aku balik rumah awal harini. Sampai rumah , luar rumah gelap gelita, “mungkin mak aku lupa bukak lampu kot , ahh biarlah “. Aku pun macam biasa , pergi ke tingkap dan ketuk sambil memanggil nama adik aku. Dorg ni tidur jenis haram jadah susah nak bangun. ” tuk tuk tukkkk… iman! Imann bangun bukak pintu!”. 5 kali aku ulang benda yang sama. Tiba tiba disebelah kanan aku ” tuk tuk tukkk” . Aku toleh ke kanan dengan perlahan. Tiada siapa. Zappp ! Meremang bulu roma aku dan segala bulu yang ada. ” ahhh sudah , kau nak bergurau pulak”. Lagi kuat aku jerit nama adik aku suruh bukak pintu. Nasib dia bangun lepas tu hhahaha

Seminggu dari hari kejadian tiada apa yang aneh berlaku lepas tu. sampai la satu malam ni. Malam ni aku tidur awal sebab kepenatan buat apa taktahu. Malam tu aku tidur dalam bilik sambil pintu terbuka. Dari sudut aku, aku boleh nampak adik aku sedang tidur diluar didepan tv. Dengan tenang aku pejam mata tidur hanyut dibuai mimpi. Sedang aku nyenyak tidur, sleep paralysis aku datang. Tak boleh nak bergerak seakan akan lumpuh. Biasanya kalau aku kena, aku akan cuba meronta sikit baru dapat bangun. This time and for the first time aku buka mata dan aku nampak si dia. Berbaju putih. Rambut panjang menutupi muka. Sambil mencangkung diatas aku tangan dia di belah kiri kanan bahu aku dan tubuh badan dia bergerak macam orang tengah berzikir. Jujur cakap aku ni tak hafal pun doa atau ayat quran. Apa yang aku buat cuma cuba perkara yang aku biasa buat. Meronta sampai dapat bangun. Bila badan aku bebas untuk bergerak semula, perlahan perlahan aku bukak mata kot kot minah tu ada lagi. Bukak mata dia tak ada. Berlari aku pergi tidur sebelah adik aku. Hahaha

Sepanjang lepas tu, 3 kali aku duk tengok tv dekat tempat adik aku tidur tu, dia boleh duk bergurau main tombol pintu yang ada dalam rumah. Macam orang nak bukak pintu tapi pintu dikunci. Haaa bunyi dia macam tu. memang haram jadah haha.

Dah sebulan aku kat rumah. Aku ingat dia da berhijrah, rupanya ada lagi haha kepala timun dia. Kali kedua dia datang lagi. Kali ni aku tengah tidur ditempat adik aku tidur tadi and adik aku tidur dalam bilik pulak. The same thing happen, badan aku tak boleh bergerak. Aku bukak mata memang jelas keadaan sekeliling dan pada masa yang sama aku cuba meronta untuk gerak kan badan aku. Tiba tiba pintu bilik family aku terbukak perlahan lahan. Dalam hati aku ingat bapak aku nak keluar turun bawah ke apa ke. Perlahan lahan minah tadi keluar dari gelap bilik family aku. Lepas saja dari pintu, minan tu berjalan ke berlari ke aku taktahu tapi dia laju macam sergah ke arah aku. Terus terbangun terduduk. “Tak kelakar la sial, aku nak tidur pergi main jauh2” anddd aku pun tidur balik hahaha

Semenjak kemunculan beliau, 4-5 kali jugak aku sleep paralyse ternampak bayang hitam cuma bukan si dia dan tempat dia lain lain tempat.

Sekian dari aku. Maafla tak seram. Cuma nak pesan! Jangan balik lewat sebab memang bener ada benda yang mengikut. Mungkin harini dia tak muncul , mungkin sekarang dia tengah baring sebelah korang or diri sebelah korang , mungkin tidak. Who knows?

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

32 thoughts on “Sleep Paralysis”

  1. Setakat balik lewat tu ghasenye ramai jer org yg terpaksa balik lewat sbb urusan kerja tp x diganggu…
    Asben akk pon kdg keje blk 2-4pagi…
    Masok keje plak seawal subuh…

    Tapi kaaaannn…
    Yg ni rasenye benda alah tu suke ganggu sbb satu mmg dh habit lepak sampai awal pagi, pastu yg buat die laaaaaaagi suke sbb solat pon ala2 solat ghaib je kekdahnye kabur2 bak kabuuuussss…

    Reply
  2. mmg selalu kena dulu2, penah dlm thn 2013 aku kena sebulan berturut2 smapai aku dah boleh cam tiap kali dia nak dtg. mula2 telinga aku berdesing pastu sunyi2 sunyinyer pastu dia dtg mula dr kaki dah start seram sejuk kalau aku lambat bangun or sedar kompom kena ler himpit pastu. seksa rasanye dlm sbln tu sampai nak tido pun takut. bila aku ‘check’ kat ustaz dia kata bilik aku mmg laluan sbb luar bilik aku tu mmg parking kereta so sape2 yg balik lewat mlm park kete kat situ mungkin ada mengikut tapi dia x ikut lak org yg balik lmbt tu boleh lak dia singgah bilik aku huhuhu

    Reply
  3. Aku kalau lepak cc balik jalan kaki malam malam padahal memang jauh sebab malas nak drive. tempat cc tu puaka sikit budak2nya suka menyendeng kat kete org dan paling xbest anjing suka berak merata rata kat situ so mmg xlah aku nak bawak kete cerita dia. balik je pukul 1 kalau dah 5 jam aku bertapa kat sana. dan mesti ada suara follow aku balik plus bunyi itik sekali pagi tu. meremang dia jangan ckplah berdezupp aku masuk rumah. nasiblah baik dia xmenjelmakan diri kalau x mahu aku pengsan tengah jalan. lol

    Reply
    • Kay pasni jln kaki tu kat tepi2 jer…
      Sooo klu pengsan kat TEPI JALAN…
      Ni tgh2 jalan kang susah hati kot kena akk plak yg lalu time tu…
      Tak tolong kesian…
      Nk tlg takot kang akk kena lelong…
      Serba salah jadinye dik…

      Reply
  4. sindrom lumpuh tidur/sleep paralyse ni bukan berpunca daripada gangguan makhluk halus. ‘lumpuh tidur’ terjadi semasa otak sedang mengalami peralihan fasa nyenyak, mimpi dan bangun. Sewaktu berada dalam fasa mimpi, otak akan menghentikan semua fungsi otot agar kita tidak melakukan mimpi secara fizikal, sekaligus menjadikan kita ‘lumpuh’ sementara. Secara mudahnya, jika anda tidak ‘dilumpuhkan’, mungkin anda akan berjalan, melompat, berlari atau melakukan sebarang perkara berbahaya mengikut mimpi anda .Sindrom ini berlaku apabila anda terjaga sewaktu fasa ini sedang berlaku, sekaligus membuatkan anda tidak dapat menggerakkan tubuh. Adakalanya, ‘lumpuh tidur’ turut disertakan dengan halusinasi yang menjadikan anda seolah-oleh mendengar ada orang sedang berjalan di dalam bilik, bunyi pintu dibuka, suara dan sebagainya, sekaligus menambahkan elemen ‘seram’ bagi mereka yang tidak memahami perkara ini. Sleep paralyse tu berpunca daripada tak cukup tidur atau keletihan .

    Reply
    • Haha.. Macam2 conclusion kan.. Tak kene kat diri sendiri takpe……
      Saya dulu tak kira penat ke tak penat ke, selalu kene sleep paralysis.. Paling seram ada “akak” datang sekali f2f seinci dari muka masa tengah sleep paralysis..siap pegang tangan kiri kanan ni, sejukkkk tangan dia.. Nak taip ni pun sejuk jari ni, sebab teringat..haishh…
      Alhamdulillah lepas berkahwin gangguan ni tiada..

      Reply
    • betul tu mmg betul..tp tu dri dari sudut pandangan sains…ak pun pernah kne gak. tp mcm yg si penulis ni cerita die nmpk lepas die dpt buka mata..same mcm aku. aku pon nampak. sebelum ade nye org yg rungkai sleep paralysis secara ilmiah..dah bnyak ade cerita2 kes ini berkaitan dgn mistik dari zaman eropah, victoria semua..mane aku tau? sbb ak search..so org barat dulu2 pon percaya ade jembalang yg menindih masa tidor.

      Reply
  5. Makcik setuju gan kak yulie dan perasan juga kebanyakan y kena ni ada 1 persamaan yakni jenis tinggal solat..y kena sihir tuju tu lain cerita pulak,kekadang makin bertakwa makin teruk kena.
    Maksud makcik secara amnya y myewa dia kena,lalu jalan dia kena,tidur pun kena..walau ada y xtinggal solat kena, boleh ckp 80% la geng xsolat @solat sipi.
    Jangan tinggal solat nak.tu je y bezakan kita dgn orang kapir.

    Reply
    • Yg jenis amalan tak tinggal Tp kena tindih gak tu sbb mmg Allah nk uji die…
      Yg jenis tinggal2 solat ala2 lopak tanah merah ni sbb Allah syg ke die nk remind soh solat…
      Heheheheheh…

      Reply
    • Setuju.. Perbanyakkan ibadat hafal doa. Berdasarkan penceritaan ko ni akk yg risau tgk aktiviti ko.

      Tido makan dota balik lambat.
      Igt Allah dik ..

      Buat le ape yg kome nak.. janji solat x tinggal k.

      Reply
  6. kalau yg mmg kije mlm dan blk awal pagi, itu nk buat mcm ni.

    yg jenis merayap x tentu hala pahtu xde pendinding bace pape, mmg la nk kena..

    Reply

Leave a Comment