SOSOK DAN RUMAH

Malam yang dingin, aku terbangun dari lena. Jeling jam dinding. Jam 2.45 pagi. Dingin sungguh. Fikiran kosong. Duduk berlunjur kaki dikatil. Pandang Luli selimut tubuh tidur mengiring di katil sebelah. Terang bulan sedikit cahaya bulan bantu pandanganku yang menembusi kamar. Kusandarkan tubuh pada dinding. Adei nak solat tahajud bilik air jauh kat bawah. Seram pula nak pergi ambil wudhu.

Tengah duduk fikiran menerawang entah ke mana-mana, terdengar sayup-sayup suara panggil namaku. Mula-mula ingatkan ia adalah halusinasi saja,abaikan. Bila ia berulang beberapa kali, aku mula tegak dari dudukku. Pasang telinga. Cuba fokus. Semakin jelas. Antara perasaan takut, seram dan ingin tahu aku bangun perlahan ke arah pintu. Lekapkan teinga kanan pada daun pintu. Senyap tiba-tiba.

Eh?‘ kenapa? ‘ suara Luli buat aku terkejut besar!! Rupanya dia sudah bangun duduk dikatilnya. Aku segera isyaratkan jari telunjuk pada bibir. Dia terpinga-pinga pandang kiri kanan sebaik terdengar benda yang sama!!! Namaku di panggil ulang berkali-kali!!! Spontan dia selimutkan tubuh tak bergerak-gerak lagi. Aku pula segera beranjak ke katilku ikut tindakan Luli!!! Entah bila dan bagaimana aku tertidur.

Esoknya Luli ceritakan apa yang berlaku awal pagi tadi pada Karl. Tubuh Karl sekejap angkat bahu sekejap buat aksi seram gosok lengan beberapa kali kiri kanan. ‘ ya ke apa yang Luli cakap tu?” Karl bertanya. “ Habis? Takkan dia mengigau kot?” soalku. Bulat-bulat mata Karl dengan bahu terangkat. “ Kau rasa apa yang memanggil tu? Takkan ada budak-budak yang bangun usik kita jam 3 pagi?” soal Luli. Aku angkat bahu saja. “ jelas pulak tu ya dia sebut nama aku?” Luli angguk saja.

“ Takkan ada budak-budak yang berani usik masa macam tu, generator lampu dah di matikan sejak jam 11 malam…gelap kot” sambung Luli. Aku dan Karl angguk saja. “ Pertama kali semalam kau kena kan?” soal Karl. “ Ya, sebab aku terbangun dari lena. Tiba-tiba pula. Lama juga aku duduk tu” jawabku panjang. Waktu rehat petang berakhir. Tidak sedar masa setengah jam terasa terlalu cepat akibat perbincangan kami. Akibat perasaan ingin tahu Karl, bermula malam itu dia ikut tumpang tidur di bilik aku. Aku ok saja. Tambah lagi kejadian semalam, sedikit sebanyak buat aku seram juga, kalau mereka berdua ada, tidaklah terasa seram sangat. Bukan takut, Cuma segan hahahha.

Seminggu berlalu, tidak berulang kejadian itu. Kecewa Karl. Aku gelakkan dia. Orang elak, dia pula sebaliknya yang di mahunya. Hari kami berjalan seperti biasa dengan kesibukan kerja kami. Genap 2 minggu, apa yang Karl tunggu-tunggu akhirnya tiba jua. Malam minggu, kami bertiga habiskan dengan berborak sampai awal pagi.

Esok cuti, boleh tidur puas-puas esoknya kalau pun tidur lewat malam ini. Macam-macam topik kami bualkan dari pengalaman kerja, mengumpat sampailah kisah seram. Tengah rancak perbualan kami, dalam kegelapan malam disebabkan generator lampu telah lama m**i, sayup-sayup suara itu muncul semula.

Mulanya aku dan Luli tidak perasan, kelakuan Karl yang pelik tiba-tiba senyap duduk membatu buatkan aku dan Luli senyap. Ah sudah!!
Karl angkat jari telunjuk tunjuk arah belakang dia. Perlahan tapi pasti. Ya!! Suara itu seru namaku lagi!!! Amat jelas!! Perlahan kami bertiga bangun menghala ke arah pintu. Luli ke arah tingkap. Karl lekapkan telinga pada daun pintu, aku beralih ke arah Luli. Cuba cari lubang untuk intai.

Puas Luli cari lubang cari dari mana arah suara itu. Aku juga bertindak yang sama. Kosong!! Aku beralih kearah pintu. Buka perlahan. Spontan Luli dan Karl sembunyi di balik pintu. Aku berdiri tegak. Pandang seluas alam. Yang aku tahu jam di kala itu jam 1.20 pagi. Luli cuba tarik tanganku. Aku tepis. “ Jom” sebaliknya aku tarik tangan Luli. Menggelupur dia cuba lepaskan tangan, makin kejap kugenggam. Karl ikut keluar bilik. “ Kunci bilik” bisikku.

Terdengar Karl kunci pintu. Kami bertiga turun tangga perlahan, lagak pencuri pula. Sunyi sesunyinya, semua sudah lena dibuai mimpi. Hanya terdengar suara katak, cengkerik. “ Kita nak ke mana?” soal Luli pandang kiri kanan. Tangannya masih ku genggam kemas. Aku melangkah ke belakang bilik besar generator. Di sana ada kebun yang diusahakan oleh salah seorang pekerja. Tidaklah seluas mana. Yang aku tahu didalam kebun tersebut ada telaga yang jadi sumber air untuk tanaman.

Pernah ke kebun tersebut beberapa kali untuk hilangkan bosan dan borak-borak dengan pakcik yang buat kebun tersebut. Di sekeliling kebun tersebut hutan tebal. Bercampur dengan pokok getah yang tidak bertuan dan terbiar. Kenapa aku ke arah kebun tersebut? Sebab gerak hatiku berkata suara tersebut dari arah kebun.

Semakin dekat langkah kami, semakin tegak bulu roma kami bertiga. “Eh baliklah, aku tak sedap hatilah!!” bisik Luli berhenti melangkah. “Tak boleh Li, kalau tak selesai malam ni, aku tak tau sampai bila dia kacau aku” aku bertegas. “ Betul!! Kita kena tahu sebab sekarang kita bertiga boleh dengar sama nama kena panggil” sokong Karl.

Akhirnya kami telah menjauhi hostel yang jaraknya 200 meter. Bilik generator jauh di belakang kami. Kami mula perlahan memasuki kawasan kebun. Dalam gelap malam yang hanya berteman cahaya bulan yang malap, kami melangkah berhati-hati.

Sebaik melepasi kebun langkah kami semakin jauh ke arah hutan. Semakin seram. Bunyi-bunyian lain semakin jauh dari pendengaran kami. Akhirnya sunyi. Kami berdiri di hadapan hutan. Perlahan suara yang seru namaku bertukar jadi suara tangis yang mendayu. Terlalu sedih. Aku tekad. Tidak akan lari atau bagaimana pun. Luli sdh kelihatan huru hara peluk erat lengan Karl. Karl angguk padaku. Aku angguk balas.

“ Wahai makhluk Allah swt, apa yang kau mahu dariku? Sekarang aku datang, sebelum itu, tolong jangan ganggu temanku, mereka hanya temankan aku kesini” aku bersuara keras. Tiba-tiba suara tangis itu berhenti. Angin pagi bertiup lembut. Semakin tegak bulu roma kami. Mataku tertancap pada objek di hadapanku. Perlahan muncul. Aku pasti mereka berdua yang berada dibelakangku turut melihat objek tersebut.

Perlahan muncul susuk wanita yang terapung. Berpakaian putih bersih, namun sedikit kabur pada pandangan kami. Wajahnya tidak terlihat jelas. Perlahan tangannya menunjuk kearah hutan tebal. “ Tolong……” sayup kami dengar. Berulang kali. “ Tolong, rumahku terbiar” aku jelas melihat sosok itu, suara bergema tetapi mulutnya tidak terbuka. “ Baiklah, nanti kami cuba bantu apa yang boleh, tapi kalau boleh hentikan ganggu aku, nanti aku dan teman-temanku usaha apa yang boleh kami bantu” jelasku.

Takut? Berbanding berulang kali kena kacau kelak, lebih baik aku takut sekali ini sahaja. Perlahan sosok wanita itu sirna. Lenyap. Aku lega. Segala perasaan seram dan takutku hilang serta merta. Aku berpaling. Tengok Luli sudah tegak berdiri di sebelah Karl. Mungkin takutnya juga sudah hilang. “ Jom balik” aku melangkah dahulu. Mereka berdua turut sahaja dibelakang. Sempat kami bertiga singgah di bilik air bersihkan kaki. Naik tangga terus ke bilik, masing-masing terus tidur tanpa sebarang perbahasan bila ku lihat mereka berdua bagaikan ingin bertanya. “ esok cerita” tegasku. Semua terus tidur.

Esoknya, selesai sarapan jam 9 pagi, kami bertiga sepakat menuju ke arah yang sosok itu tunjukkan. Baru mahu masuk ke arah gerbang hutan, pakcik yang menjaga kebun terlihat kami. Dengan membawa parang kontot. “ Kamu mahu ke mana?” pakcik itu bertanya. “ Ke dalam pakcik…jalan-jalan” suaraku tergagap-gagap. “ Berani kamu bertiga ya? Pakcik saja tidak pernah terniat pun hendak masuk kedalam” sambung pakcik. “ Abang kamu tahu ke kamu mahu masuk kedalam? “ soal pakcik padaku. “ Tidak” jawabku ringkas.

Pakcik berdiri cekak pinggang dihadapan kami. Garu dagunya yang tidak gatal. Dia berpaling kearah pondok kecilnya. Turut ambil parang. “ Jom!” ketusnya. Akhirnya dia mengetuai konvoi kami. Berempat jadinya. “ ada apa sebenarnya sampaikan kamu berani bertindak hendak masuk kedalam ni? “ soal pakcik.

Aku yang berjalan dibelakangnya akhirnya menceritakan apa yang berlaku semalam dan beberapa minggu sebelumnya. Jalan yang kami lalui bagaikan tidak pernah dilalui manusia. Kami cantas segala lalang renek. Pakcik angguk saja sebaik kuhabiskan cerita. “ dan kamu tahu kearah mana kamu mahu pergi? “ soal pakcik. Kami terkedu seketika. Berhenti berjalan. “ rumah….rumah itu ertinya yang bagaimana? Sebuah rumahkah atau bagaimana?” soalan bertalu-talu pakcik pada kami semakin membuat kami bungkam.

“ beginilah, disebabkan nama kamu yang dia seru, lebih molek kamu yang pimpin jalan” pakcik pelawa aku ke depan. Aku angguk dan pindah posisi. Sebenarnya, aku saja tidak tahu di mana dan ke mana atau apa yang kami cari. Rumah? Sudah setengah jam kami berjalan. Sedang kami berjalan dan mencantas segala lalang, berdesing di telingaku suara sosok itu. “BERHENTI!!” aduh! Aku tekup telinga. “ kenapa?” pakcik bertanya. Aku pandang sekeliling. Pandanganku tertumpu pada sebatang pokok rendang. Lebat daunnya. Aku langkah kaki ke sana. Mereka semua ikut. Aku berhenti sebaik terlihat sesuatu yang seakan nisan dalam semak belukar. Ya!! Aku pasti ini yang dimaksudkan dengan RUMAH itu. Kami berempat mengelilingi nisan tersebut. Tanpa sebarang kata, kami bersihkan kawasan tersebut.

Selesai selepas sejam. Jam tangan menunjukkan jam 1 petang. Selesai akhirnya. “ kamu pasti inikah RUMAH itu” soal pakcik padaku. “Ya, saya amat pasti” balasku. Sebelum balik aku dan pakcik sedekahkan Al-Fatihah. Aku berteleku di depan kubur yang sudah kami bersihkan. “ rumah kamu sudah kami bersihkan. Ada masa saya dengan kawan-kawan akan datang lagi bersihkan” aku bersuara sendiri. Serta merta bulu tengkukku tegak berdiri. Bahu kanan terasa di sentuh. Aku mengerti. Kami melangkah pulang. Semakin kami tebas segala semak samun dalam perjalanan pulang, untuk memudahkan perjalanan kami bila-bila mahu ke RUMAH tersebut.

Selesai misi, badan terasa amat letih, awal pula malam tersebut aku terlelap. Habis makan malam, tunggu Luli datang, kami berdua terus koma. Dalam mimpi, aku di datangi sosok wanita tersebut, kali ini wajahnya berseri-seri, senyum padaku. Terasa aku berada di kawasan kuburnya di bawah pohon tersebut. Dia berdiri di depanku, terapung semestinya. “ terima kasih tuan….saya amat terhutang budi…” habis saja berkata begitu, aku terkejut dari lena. Terbangun duduk mengucap. Oh mimpi rupanya. Bangun besoknya, ku ceritakan pada Luli, matanya buntang hahaha….

“ tak apalah, selagi aku berada disini, sekali sekala kita bertiga ke sana ya…bersihkan apa yang patut” Luli dan Karl angguk saja. Mereka sudah tidak terlalu takut, terutama Luli….

Beberapa bulan terakhir sebelum aku berpindah, kali terakhir aku ke sana, sempat bisik, “ walau aku tidak tahu siapa kamu, aku ingin beritahu, mungkin ini adalah kali terakhir aku kesini melawatmu. Aku kena berpindah ke tempat lain. Maafkan aku, ada umur panjang saya kesini lagi, saya tidak berjanji, tapi saya akan usahakan….” ku sentuh batu nisannya sebelum bangun berlalu pergi. Dari ekor mata kiriku, terlihat sosoknya dengan wajah sayu. Aku tidak mahu berpaling kearahnya, tidak sedar sudah beberapa kali juga aku Luli dan Karl kerap ke kubur sosok wanita itu. Itulah kali terakhir aku melihat sosok itu. Tidak dalam mimpi atau cara apa pun. Sehingga kini.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Fozan Hadi
Rating Pembaca
[Total: 31 Average: 4.7]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.