Staff nurse

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pertama sekali, terima kasih sangat-sangat sebab FS sudi siarkan cerita pertama aku, SekolahKu.

Kali ni, aku nak cerita pengalaman ibu aku. Ibu aku bekerja sebagai atendan di hospital mental di Perak. Kebetulan pada hari itu, ibu aku bekerja pada shift malam. Ibu aku dan rakannya, Ayu (bukan nama sebenar) bekerja sama-sama pada hari itu. Jam pada waktu itu menunjukkan pukul 9.30 malam. Kebanyakan pesakit di wad tempat ibu aku jaga sudah lama masuk tidur. Tiba-tiba ada seorang pesakit cina, Lily (bukan nama sebenar) tegur ibu aku. ” Staf, dekat tandas, Karumalai pakai baju sangat cantik wo. Lu pigi tengok. Sangat cantik,” kata pesakit cina itu dengan slang cinanya. Karumalai ni salah seorang pesakit di wad itu.

Ibu aku dah mula rasa pelik. Kemudian dia pandang satu demi satu dekat tempat tidur semua pesakit. Tiada pun pesakit yang kurang. Waktu tu, Karumalai tengah tidur dengan nyenyaknya dekat katilnya! Ibu aku dan kawannya berpandangan sesama sendiri. “Dia dah mula dah”, kata ibu aku kepada kawannya. Kemudian ibu aku suruh si Lily ni masuk tidur. Ibu aku tak nak ambil risiko pergi tandas untuk tengok apa yang Lily katakan tadi. Walaupun ibu aku memang dah lali dengan kejadian macam ni namun perasaan seram dan takut tetap ada. Selepas semua pesakit sudah masuk tidur, ibu aku dan kawannya berbual-bual sambil mengawasi setiap pesakit diamping untk menalihkan fikiran terhadap perkara yang boleh mengganggu jiwa.

Dah sembang agak lama, tiba-tiba rasa laparlah pula. Fikir punya fikir nak makan apa, akhirnya ibu aku pilih untuk order burger. Order cod je la. Tapi dah nak dekat setengah jam, si abang burger ni tak sampai-sampai jugak. Ibu aku pun dengan marahnya bercampur rasa lapar menelefon semula abang burger tu. Abang burger tu tanya nama wad ibu aku untuk confirmkan balik. Sebab dia kata dia dah pergi wad ibu aku. Tapi, ada sorang ‘staff nurse’ duduk kat depan pagar dan kata mereka tak ada order burger. Ibu aku yang dengar, mula rasa seram. Ibu dah rasa lain semacam je. Berdiri bulu roma. Badan mula meremang sebab malam tu, cuma ibu aku dan Ayu saja yang bekerja. Jadi, siapa sorang lagi tu? Ibu mulalah bermain-main dengan seribu peroalan di benaknya.

Ibu aku pun suruh abang burger tu hantar jugak burger yang ibu aku order. Kali ni, ibu aku tunggu depan pagar. Tunggu punya tunggu, akhirnya abang burger sampai. Abang burger tu macam dalam keadaan tergopoh-gapah dan ketakutan. MUka dah pucat. Ibu aku kesian juga melihat keadaannya. Waktu ibu aku dapat burger tu, burger tu pun dah sejuk! Maksudnya abang burger tu dah lama buat burger tu. Selepas beberapa hari, baru ibu aku dapat tau yang sebenarnya waktu abang burger tu datang wad ibu aku untuk hantar burger, ada sorang ‘staffnurse’ jalan mundar-mandir dekat depan pagar. Abang burger tu pulak pergi tegur ‘staffnurse’ tu. Ye lah sebab dia ingatkan ‘staffnurse’ tu tunggu burger. Tapi ‘staffnurse’ tu pandang dan gelengkan kepala sahaja. Riak wajah ‘staffnurse’ ? Aku tak dapat gambarkan. Tapi ‘staffnurse’ tu berpakaian macam nurse dulu-dulu. Pakai skirt. Tulah yang membuatkan ibu aku pelik, sebab sekarang ni mana ada nurse pakai skirt dekat wad tu. Tambahan pulak, nurse-nurse kat hospital ni diwajibkan pakai seluar. Jadi siapa yang sambut kedatangan abang burger tu? Siapa pulak yang menyerupai Karumalai? Persoalan itu memang tau-tau je lah jawapannya. Baiklah sampai sini je perkongsian aku. Maaflah kalau cerita ini tak menarik. Diharapkan FS sudi untuk siarkan cerita aku ni.

Rating Pembaca
[Total: 9 Average: 2.8]

8 thoughts on “Staff nurse”

  1. Seram / Tak (2 marks) = 1
    Gaya bahasa (2 marks) = 1
    Penyampaian (2 marks) = 1
    Real / Fake (2 marks) = 1
    Whole story (2 marks) = 0
    Comment : 4/10. Biasa2 je. Tak seram n banyak typo

    Reply
    • kire ok la tu.. cume x dikembangkan je.. aku lg suke bace citer pngalaman alam dewasa camni.. dari citer2 terkenang zaman time kecik blom sunat la.. mase skolah rendah la.. yg kompom2 xreal.. sah2 byk unsur fantasi n khayalan je..

      Reply
  2. Sebenarnya seram atau tak bukanlah penting. Asalkan penulisan tak bercampur aduk bahasa WeChat. Ayat senang difahami sudah ok 👍

    Reply
  3. kau tak payah nak acah sangat la nak condemn penulisan orang sampai bagi markah macam ni sekali. Kalau kau terer sangat, kau lah tulis. BAJET PANDAI.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.