#Stella – Secret admirer Justin Bieber sekolah

Assalam warga FS sekalian. Sebelum aku mulakan cerita ni, aku nak menjawab beberapa persoalan daripada cerita aku yang lepas-lepas. Dalam kisah Kembar Ketiga, aku dah confirmkan dengan Ani yang dia memang takde kat rumah sewaktu kejadian tu berlaku even sebelum aku menulis kisah tu. Jadi yang kembar ketiga tu memang bukan Ani ataupun Ana. Berkenaan dengan hal bagitau Ani pasal kejadian sebenar, yang tu aku tak buat sampai sekarang. Sebab aku ni jenis percaya yang some things are better left alone. Lebih baik tak tau daripada tau dan takut sorang-sorang. Satu lagi, untuk yang tanya Meru area mana? Tu pun aku tak boleh bagitau. Sebab aku still tinggal lagi kat situ.

Okay, untuk cerita Bank Usang dan Duit Lama pulak, currency tu aku tak sure pulak. Itu yang Amin katalah, duit lama. Bukan macam yang kita guna sekarang. Untuk readers yang nak tau pasal Amin pulak, alhamdulillah, time aku menulis kisah ni, dia dalam proses nak meminang si Aisha. Petang tu dia sampai rumah Aisha, takde kejadian pelik pun berlaku. Mungkin saja nak duga dia time tu je kot. Oh ye, duit tu tak luak pun dari bank. Bila dia check, still ade lagi. Okay, tutup buku lama.

Kisah yang seterusnya ni berlaku masa zaman sekolah menengah aku. Thanks admin kalau sudi uploadkan. Sekali lagi ni bukan pengalaman aku tapi kawan sekolah aku. Aku teringat balik kisah dia ni pun sebab baru jumpa dia dan family dia beberapa hari lepas kat mall. Dan dia pun dah izinkan aku untuk menulis cerita ni, asalkan jangan dedahkan identiti sebenar dia. Masa zaman sekolah dulu, kawan aku ni, kami gelarkan JB (Justin Bieber) sebab dia suka menyanyi dan suara dia not bad lah. Zaman kami sekolah ni, zaman Bieber Fever. Masa tu JB yang real tengah famous dengan lagu ‘Baby, baby’ tu. Sebab tu lekat nama JB kat kawan aku ni. JB sekolah kami ni boleh dikira hot stuff jugaklah. Dia boleh nyanyi and ada rupa. Time Hari Guru atau Sambutan Merdeka ke, JB ni wajib ada slot menyanyi atas pentas. Tapi biasalah, bila orang hot stuff ni, ramai sangat peminat. JB ni boleh dikategorikan playboy jugaklah. Dia banyak kali couple tapi dia bukan jenis pasang girlfriends keliling pinggang. Selalunya lepas breakup je, dia jarang single untuk masa yang lama. Okay, cukuplah intro pasal JB.

Kisahnya bermula bila si JB ni terima kad cinta daripada seorang secret admirer dengan nama Lisa. Zaman dulu mana ada whatsapp or FB sangat. So, masih lagi klasik lah, dengan surat cintanya. Dia bagitau kami classmates dia ni dengan harapan kami kenal lah siapa Lisa. Tapi, haram. Takde sape tau student nama Lisa. Boleh jadi junior ataupun senior. Tak tahulah. Mungkin jugak bukan nama betul dia kot. JB kata dalam banyak-banyak kad ataupun surat yang dia terima daripada fans (bajet betul!), Lisa ni dia rasa macam ada strange attachment atau connection macam tu. Aku baca kad- kad dari Lisa tu. Takde apa yang special pun. Just wish Good Luck masa JB ada performance time Hari Guru, Get Well Soon masa JB demam hari tu, dan wishes yang simple macam time exam. Takde ape yang boleh buat orang jatuh cinta ke apa. Tapi lepas tu, kehidupan JB berjalan macam biasa. JB couple dengan Anita masa tu. Budak kelas sebelah. Lawa macam mat saleh. Stok kacukan.

Ada satu pagi tu, aku tengok JB sampai awal kelas. Pelik aku. Tak pernah terjadi ni. Kat tangan dia ada sekeping kad. Mula-mula aku malas nak tegur, tapi nampak mamat ni serabut semacam je. Aku pun pergilah menyapa.

“Kau apasal weyh? Kusut je nampak. Tak mandi eh?”, tanya aku sambil ambik seat kat depan dia. Masa tu kelas kami dah ada beberapa orang classmates. Tengah busy copy homework kawan-kawan.

“Stella, cuba kau tengok ni,” kata JB sambil tunjuk sekeping kad.

‘Awak kena cari saya. Saya peminat setia awak selama-lamanya – Lisa’. Ni bukan exact words dari kad tu. Aku ingat-ingat lupa tapi lebih kurang macam tu lah.

“Kau nak cari dia ke?”, tanya aku.

“Gila kau. Anita aku nak campak mana? Dah lah susah nak dapat. Tapi aku macam kesian pulak kat Lisa ni,” balas JB.

Tu perbualan terakhir aku dengan JB tentang Lisa. Sebab lepas tu, JB busy betul. Dia sibuk nak join competition nyanyian macam tu. Bukan besar pun, antara sekolah-sekolah je kat daerah tu. JB ni serius sikit bab nyanyian. Habis kelas je terus berkurung kat bilik studio sekolah tu. Katanya nak practice supaya boleh menang. Kadang-kadang roommate dia yang jugak classmate aku kata sampai tak balik bilik untuk tidur. Sekolah aku ni sekolah asrama penuh. Aku dengar gosip yang Anita macam bengang je dengan perangai boyfriend dia. Pagi-pagi pergi kelas muka masam je.

Pagi tu, kelas kami agak kecoh sikit. Sebab JB dah dua hari tak datang kelas. Roommate dia kata dia xde kat bilik. Satu kelas kami kena soal siasat dengan cikgu. Semua orang bagi jawapan yang sama. Bilik studio muzik dekat Block B. Disebabkan aku penolong ketua kelas, aku pun kena ikut sekali cikgu homeroom kami pergi ke bilik studio tu. Dalam hati agak risau jugaklah nasib si JB ni. Dengan cikgu displin kami yang tegas kat sebelah aku, ada potensi besar yang JB takkan dapat join competition tu. Which aku rasa will kill him. Sebab dia taksub sangat-sangat nak join.

Tapi aku salah. Dah ada benda yang hampir b***h JB. Bila kami sampai kat studio tu, kami nampak JB tengah terbaring atas lantai. Ada serpihan kaca daripada cermin yang pecah kat sekeliling dia. Untuk makluman korang, studio kecik kami ni ada cermin-cermin yang dipasang macam dalam dance studio tu. Ada dua yang pecah. Kat lantai tu jugak, ada gitar JB yang dah separuh hancur. Cikgu-cikgu semua duk gelabah angkat budak tu. Tapi dia tak m**i lagi. Dia cuma lemah tak bermaya macam tu. Mulut dia meracau-racau.

“Aku kena cari dia. Aku kena cari dia,” dia duk ulang benda yang sama berkali-kali. Serius creepy. Aku diarahkan supaya masuk kelas tapi jangan cakap apa-apa sementara cikgu-cikgu uruskan si JB ni. Aku dengar Cikgu Halim dah call ambulans bagai semua. Masuk kelas, memang payahlah nak berahsia bila semua orang attack aku dan ketua kelas pasal JB. Tapi, aku diamkan je. Biar si ketua kelas yang jawab semua.

Beberapa hari lepas tu, aku dengan classmates pergi melawat JB kat hospital. Dah sihat sikit nampak. Boleh demand nak coklat lah, ice cream lah. Bila classmates kita orang beransur balik, aku stay. Sebab aku tak boleh tak tau cerita sebenar. Aku desak dia cerita. Dan ini kisah dia.

Kisah JB

Malam tu lepas habis prep, aku cepat-cepat pergi studio. Tak sabar nak practice. Almaklumlah, competition dah dekat. Sampai je studio, aku terus bukak casing guitar aku. Ade sekeping nota terselit kat situ. ‘Awak, sampai hati awak tak cari saya – Lisa’. Aku dah rasa takut sikit. Stalker ke Lisa ni. Tapi aku abaikan perasaan tu. Competition lagi penting. Aku simpan kad tu dan start strum gitar. Baru main dua chords macam tu, tiba-tiba lampu terpadam. Gelap gelita. Studio sekolah tu memang xde tingkap. Cuma ada air ventilators je untuk pengudaraan. So bila tak pasang lampu tu, memang gelap semata lah.

Bila blackout tu, aku fikir lebih baik balik dorm tidur je. Aku baru je bangun nak melangkah keluar, aku dengar bunyi pelik. Sret! Sret! Macam bunyi orang leretkan duit syiling atas permukaan kaca. Aku dah mula takut. Cepat-cepat aku jalan nak ke pintu utama. Cuba nak bukak pintu, tak boleh. Macam terkunci dari luar. Aku dah gelabah. Ketuk-ketuk pintu tu dengan harapan ada orang dengar. Tapi memang taklah. Sape je nak melepak kat bangunan sekolah lepas habis prep.

Pap! Lampu terbuka. Aku tengok keliling kosong macam takde ape-ape berlaku. Aku rasa pelik tapi disebabkan pintu terkunci, aku pun berpatah balik ke seat aku. Ada sekeping kad kat situ. ‘Kenapa awak tak cari saya? – Lisa’. Aku dah mula takut. Tengok sekeliling kalau-kalau ada Lisa bersembunyi kat mana-mana. Tapi takde pun. Nak keluar tak boleh. Option yang ada cuma tunggu sampai esok je. Aku tarik nafas dan start balik strum gitar. Macam tadi, baru dua chords, lampu terpadam.

“Lisa, aku nak practice ni. Tolonglah faham,” kata aku spontan. Aku tak tau dari mana datang keberanian tu.

Prang! Bunyi cermin pecah. Muka aku terasa sakit sikit. Mungkin terkena serpihan yang pecah tadi. Aku meraba-raba muka aku. Prang! Sekali lagi bunyi pecah. Sekali lagi muka aku terasa sakit. Kali ni lebih sikit. Mungkin sebab cermin yang kedua pecah ni kedudukannya dekat dengan aku. Sekali lagi aku meraba-raba muka. Kali ni rasa macam ada cecair. Confirm luka ni. Pap! Lampu menyala. Aku tengok kawasan cermin. Dua dah pecah. Tiga lagi elok. Tapi dekat kawasan cermin yang elok tu. Ada tulisan warna merah. ‘Terima kasih sebab stay -Lisa.’

Waktu tu aku macam hilang kawalan emosi sikit. Aku macam marah sangat-sangat. Lagi-lagi bila tengok cermin, muka aku dah luka-luka. Aku capai gitar aku, lari ke pintu utama. Hempaskan sekuat hati dengan harapan pintu tu pecah. Tapi sebaliknya. Gitar aku yang patah. Fender acoustic yang original kot. Aku menangis macam orang gila. Macam hilang akal.

“Bukan aku yang nak stay la bodoh! Kau yang kurung aku!”, aku jerit banyak kali. Tapi macam jerit kat dinding je. Takde apa pun berlaku. Aku menangis dan menangis sampai lah aku dah macam hilang semangat. Macam dah tak nampak apa-apa. Bila aku sedar je, aku dah ade kat hospital. Macam sekarang.

***

Tapi tu kisah JB dulu. Sekarang dia dah berubah. Dah ada isteri dan anak yang comel sangat. Tapi ada benda yang dia bagitau aku time kat mall tu yang buat aku tertanya-tanya.

“Aku risau la, Stella,” kata JB.

“Risau apa bro?” tanya aku balik.

“Anak aku ni. Ada imaginary friend pulak.”

“Biasalah budak kecik. Nanti dah besar, hilanglah semua benda tu,”balas aku balik.

“Masalahnya, nama imaginary friend anak aku tu Lisa.”

Apa tindakan JB seterusnya aku tak pasti. Sama ada berubat ataupun berjumpa pakar psikatari. Kalau ada sambungan dari JB sekeluarga, aku akan update kemudian. Aku perasan ramai nak cerita yang ada ending, tapi bila kau menulis kisah sebenar ni, ending dia takkan jadi macam movie di mana 10 minit terakhir, si penjahat akan disambar petir. Real story ambik masa yang lama. Mungkin bertahun-tahun dan takkan setel sampai bila-bila.

.

Stella
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

26 comments

  1. Ensem bebenor JN ni gamaknye yer smpikan ade peminat dr alam maya gituuuu…
    Kesudahannye die join x pertandingan menyanyi tu???
    Menang tak???

    1. Kak Yulie, JB join competition tu tapi kalah. Haha. JB ada baca komen Kak Yulie utk cerita dia ni. Dia pesan suruh kata dia memang hensem. Tak kalah lah dengan Shukri Yahya tu. Ini quote dari dia eh. Haha.

    2. Hahahahahha…
      Mesti alasan die kalah sbb kena kaco ngan Liza…
      Pastu stress sbb gitar die dh hancur, heheheheh…
      Xper…cube lg nnt msk Mentor…
      Klu dh xleh gak, Otai Masih Berbisa terbuka luaaassss…
      Bakat dah ade, rupe Syukri Yahya pon masih ade cume maybe ade tambahan parut kena serpihan cerminlah sket kot ekkk…
      Heheheheee…

      1. Tengookkkk…
        Menaip sambil makan sambil tgk tv sambil membebel mmg sgt mengundang kecelaruan…
        Huwaaaa…

    1. Akk ghiso Si JB trs xnak naik stage sbb samada ketakotan atau keseganan…
      Ni pompomgurl tahap obses lg horror dr Lisa…
      Hahahahha…

      1. Kak yulie punye obses kalo jadi pompomgurl si JB silap2 kene baling dgn botol mineral budak tu..bahahaha..x main la hantar2 notes ni kan..

      2. Kaaannnn…
        Seb bek ade yg memahami…
        Klu nk bg hadiah pon x mainlah yg bajet2 sweet romantik ni…
        Bagi ayam serama sekor ke, cangkul ke, minyak masak ke, beras seguni ke…
        Baru berguna…
        Baru bakal mak pak mertua sayang…

      1. JB yg real kat hollywood tu mane ade dgn selena gomez dah kak yulie wehh..mmg playboy poyo sejati tu..hahahaha..

      2. Lar ye ke?????
        Almaklumlah dh tua…
        Skang ni zaman Samsul Debat, hahahahah…
        Lg pon muke cam JB real tu, bebudak sek ren bolehlar layan…
        Muke x membesar, x matang…
        Setakat gambor kt mjlh dh edit muke beria tambah biseps six packs bagai bolehler…
        In realiti, alahaaaaiiii kememeh jer pon…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.