Assalammualaikum.
Sebelum tu aku perkenalkan diri sebagai Syaa. Kisah ni pengalaman diri aku sendiri hadapi selama setahun lebih dan masih menghadapi penghujung ujian dariNya.
Aku bertunang dengan lelaki yang memang aku kenal dan aku suka dia dari sekolah menengah lagi. Nama dia aku namakan Asyraf (bukan nama sebenar). Dari zaman sekolah Asyraf memang agak popular tidak dari pelajaran tapi dari rupa dan aktif dalam mewakili semua acara dan memiliki suara yang merdu. Kisah cinta zaman sekolah memang tidak terjadi sebab aku tak suka dan sedar siapa aku.
#####
Selepas tamat persekolahan aku menyambung pelajaran peringkat diploma di salah sebuah politeknik terkenal manakala Asyraf hanya menyambung di tingkatan enam di sekolah lama kami, tetapi Asyraf tidak tamat pelajaran meneruskan kehidupan dengan bekerja di sebuah kilang di bandar sama lokasi tempat aku menyambung pelajaran.
Walau sebelum ni aku tak pernah baik dan akrab kami mula berhubung sesekali Asyraf menghubungiku dan pernah berjumpa dengan Asyraf. Satu sikap dia yang buat aku tertarik kerana dia menjaga adab batas pergaulan dia akan berjumpa ketika ibu bapaku datang melawat sekali aku dan meminta izin untuk berkawan denganku.
####
Masa berlalu pantas Asyraf mendapat kerja tetap sebagai seorang anggota polis hutan (maaf lokasi dirahsiakan). Sikap dia masih seperti dulu menjaga pergaulan dan batas kami jarang berhubung melain untuk bertanya khabar berita sahaja. Aku ketika ini sudah bekerja di salah satu syarikat cari gali minyak di selatan.
Jujur sepanjang bertahun berkawan dia tidak pernah mengikat aku dengan istilah kekasih. Aku berkawan juga dengan orang lain, tapi suatu hari Asyraf menyatakan keinginan untuk lebih serius dalam perhubungan. Sepi Itulah Asyraf membuat aku terpaksa meminta buat kata putus untuk meneruskan hubungan atau pun tidak kerana aku tidak suka satu hubungan yang sia-sia.
Aku mengambil kata putus sepi bererti tidak berkeinginan. Dan aku memutuskan untuk memblok semua talian yang menghubungkan kami. Tetapi suatu hari aku mendapat mesej mesegger di facebook menyatakan Asyraf serius dan ingin melamarku.
Istiharah ye itu penyelesaianku aku mendapat petujuk setelah berkali-kali aku meminta padaNya. Ya aku meneruskan dan menyatakan persetujuan pada Asyraf melaui nombor baru yang digunakan untuk menghubungiku.
Dua minggu selepas perbincangan Asyraf sendiri bersama keluarga datang merisikku. Tanpa cincin kerana tugasan Asyraf yang sulit untuk menyediakan kelengkapan. Setelah selesai upacara merisik aku mengikut keluarga Asyraf untuk mencari cincin tanda untuk majlis pertunangan yang akan berlangsung dua minggu selepas tarikh merisik.
##
Semua berjalan lancar aku melangsungkan pertunangan ikat selama setahun dengan lelaki yang aku sayang bak kata orang yang kita pernah suka jadi suami kita siapa tak gembira kan. Tetapi kebahagian aku cuma seketika.
3 bulan sebelum majlis Asyraf mula menyatakan tak bersedia mimpi benda tak baik dan mula dia sukar di hubungi. Aku memberi semangat dengan menyatakan itu sekadar ujian bertunang. Kuasa tuhan aku selamat menikah pada April 2019 ternyata mimpi Asyraf bukan biasa -biasa, malam pertama kami tidak seperti pengantin lain kami tidak boleh ‘bersama’ suamiku tidak mampu dan tidak bernafsu untuk melakukan hubungan kelamin. Badan suamiku mula panas membahang dari atas ke bawah. Aku masih bersangka baik mungkin dia penat dari operasi terus majlis.
Tetapi tidak bermula la episod duka dalam rumahtangga aku.Hari pertama selepas nikah aku berehat setelah penat menyental periuk ,kami tertido. Ye badan aku ditimpa suamiku sedang pada ketika itu Asyraf tidur di bawah tepi katil kami. Jadi siapa menimpaku menyerupai suamiku?? Untuk pengetahuan pembaca aku seorang memiliki melihat benda halus sejak aku pernah gangguan di zaman diploma dulu. Setelah bertarung hampir setengah jam aku mampu membaca dan menjerit meminta bantuan suamiku. Asyaf terpinga kerana melihat keadaanku panik. Aku diam dan mula rasa pelik. Sepanjang dirumahku suamiku tidak lagi untuk bersama setelah merasa gagal dan tak sedap badan bila bersamaku.
Aku memaksa abang ipar dan ibu mertuaku untuk memaksa suamiku berubat. Sehari sebelum majlis sebelah lelaki aku , suami dan abang ipar berjumpa ustaz. Yup seperti telahanku ustaz tu menyatakan ada ‘sesuatu’ pada suamiku,ustaz tu tak sempat nak berubat sangat sebab malam tu berangkat mengerjakan umrah.Hanya sempat beri air penawar dan minyak kasturi putih.
###
Selepas berubat majlis sebelah suami. Semua petua ustaz aku dan suami usaha ye malam tu aku dan suami mencuba lagi kami gagal. Aku temui botol minyak dan banyak pelesit dalam bilik pengantinku. Adat jumpa pelesit suamiku naif untuk pengetahuan itu dan dia membuang pelesit seperti buang binatang biasa. Tidak seperti aku ,aku selawat dan patahkan buang dua arah bagi mengelakkan sihir dan petaka. Setelah beberapa ekor buang baru suamiku bercerita. Sepanjang majlis belah suami memacam perkara terjadi, suamiku langsung tidak melayaniku, menjauhi diri, makanan lauk kenduri sebelum masak semua busuk berlalat dan busuk sampai seorang imam kampung memanggil kami dan membaca bagi memulih keadaan.
Alhamdulilah makanan yang basi beransur pulih suamiku sedikit pulih. Majlis keesokkanya, diuji lagi aku pitam semasa sanding suami kembali tidak ingat aku isterinya. Dan acap kali lembaga menyerupi suamiku di bilik dan beberapa lembaga lain di sekitar rumah mertuaku cuma nasib aku hijab terbuka dan semangatku sedikit kental aku bisa beza dan menempuh menggunakan ayat suci al-quran , sehingga cuti suami tamat,,,,dan dia hanya ingat apabila dia dan aku berpisah di hentian bas untuk kembali bertugas..
Dan andai diizinkan aku sambung lagi kisahnya selepas berkahwin ,,,
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Kenapa ayat dia songsang tebalik
Pening den baco ayat ekau ni separuh je aku baca terus keputusan aku buat untuk komen lalu aku terus komen.. Pening tak baca komen aku?
Cerita belit2. ssh nak faham.
Storyline dah ok tp tulah. Susunan ayat dan jln cerita mcm haru biru sket. susah nak faham.
Aku tak faham apa sebenarnya yang kamu cerita. Susunan ayat tak teratur. Pening membacanya. Baca terlebih dahulu ya sebelum submit.
perghh…kaw2 berterabur ayat ko ni..kalah budak sekolah..gila x paham aku baca citer ko ni…macam ni ke cara org keje syarikat cari gali minyak nye menulis? ke ko ni just keje jd cashier kat syarikat cari gali minyak tu…buang masa aku betul lah baca citer ko…puihh
dah berubat sampai habis belum..Allah..siannya..moga dipermudahkan segala urusan
Pening aku baca,
Best citer ni. tak sabar depa nak baca next part
Xbapa nak paham
YA RABBI YA ZAL JALLALI WAL IQRAM… SUSAHNYA KAN PAHAM CERITA KAU ANI. TUNGGANG TEBALIK BAH AYATNYA. MENAIP DALAM KEADAAN TERBURU-BURU KALI 😳
Tak faham ah.. Bagilah noktah atau koma.. Aduyaii.. Perbaiki lagi penggunaan kata.. Di, meng, men, kan etc.. Goodluck.
Guna google translate ke?
Karangan budak sekolah rendah lagi ok kot dari penulis ni.. Tak paham la cite awak ni cik kak..
aku baca separuh je pastu aku dah surrender. tak faham langsung dgn koma takde, titik takde. kawan, benda basic macam ni takkan la taktahu kot
Cite best tapi ayat ko ribut taupan gamaknye…rileks dih,slowly but surely
aku baca ok je.. faham.. xde masalah.. korang sume ni xleh cantum ayat yang kompleks ni.. kihkih. takpun sebab aku pun harubiru juga buat ayat.
cerita best dan boleh faham.
semoga puan kuat dalam ujian dan sentiasa dalam lindungan Allah.
semoga segala urusan dipermudahkan.
harap dapat sambung cerita…:)
penulisan yang mencabar ngat tuk pale otak nak hadam
Cite ok..tp penulisan perlu dibetulkan eheks