SUDAH DICUCI YA, ADIK?

Puas dah aku cari kerja, takde yang mahu menerimaku, tahu sajalah dengan keadaan ekonomi sekarang, lagi ramai yang kena buang daripada yang mengambil orang kerja. Tapi aku tahu, aku tak boleh berputus asa. Kena usaha, kena banyak doa. Alhamdulillah, Tuhan maha baik , dia bagi aku peluang dapat kerja di satu hospital lama berdekatan dengan rumah sewaku.

Aku jadi doktor ke? Tak lah, aku kerja sebagai cleaner aje. Lan the cleaner boy…hehe, bolehla daripada menganggur membesarkan perut. Tiga minggu aku kerja shift siang, pada kau ok2 sahaja, aku buat cuci rutin atau request (permintaan) dengan menggunakan mop, penyapu dan juga menggunakan mesin scrubber cleaning floor tu (alah yang korang nampak kat pasar raya, yang boleh drive tu).

Pada aku lah, keadaan nampak normal2 saja, cuma aku perasan ada 1 blok ni iaitu Blok B (tingkat 5) aku selalu jumpa segumpal rambut panjang dalam tandas perempuan (tingkat ini tidak digunakan dan kosong, dan bebas untuk masuk tandas mana2 pun untuk pembersihan). Hampir setiap hari ada, tapi aku buat tak tahu saja.

Masuk minggu ke empat, aku ditukarkan ke shift malam. Perkara paling tak best ialah shift malam hanya aku seorang sahaja yang bertugas. Malam itu, selesai membersihkan kawasan belakang hospital, aku hanya standby di bilik cleaner, menunggu kalau2 ada permintaan daripada sister nurse yang meminta dibersihkan lantai wad.

Tengah aku menunggu, tiba2 ada seorang makcik muncul dan mengetuk pintu bilikku dan memintaku membersihkan lantai wad. Aku hanya mengiyakan dan terus menyiapkan barang2 keperluan dan terus ke pintu lif.

Sampai di pintu lif, baru aku perasan yang aku belum mendapatkan info yang detail kat kawasan mana yang perlu dibersihkan itu, makcik tadi dah hilang tak tahu ke mana. Aku menggaru kepala yang tak gatal, terus aku pulang semula ke bilik standby. Fikirku, ah nanti kalau urgent sangat dia akan datang semula ke bilikku.

Jangkaanku tepat, aku mendengar suara makcik itu ” Sudah dicuci ya , adik?”- Aku tersenyum kelat sambil menjawab yang aku lupa tanya blok berapa dan tingkat mana. Dia memberitahuku detailnya dan berlalu pergi. Aku pun terus gerak ke blok yang dinyatakan dan terus kutekan butang lifnya.

Akhirnya sampai aku ke tingkat itu, barulah aku sedar aku sekarang berada di blok B tingkat 5, level itu tidak digunakan oleh pihak hospital dan tiada orang. Aku terdengar suara macam perempuan -“Sudah dicuci ya ,adik?”- di kawasan pintu berdekatan tandas perempuan.

Ya, aku rasa badan aku jadi staik, semua d***h dah berhenti mengalir apabila dihadapan tandas itu berdirinya kakak ponti, dengan rambut panjang mengerbang macam hantu kak limah, menutupi mukanya (tapi aku tau dia tgh tersenyum) dengan busana putihnya yang penuh dengan d***h kering.

Dalam 10 minit , begitu barulah aku dapat sedikit tenaga untuk berpatah balik ke lif dan dan tangan aku laju menekan button “G”. Aku tak malu nak beritahu yang aku dah terkencing dalam seluar dan air mata berhambur keluar. Tak guna betul! Tahulah aku sekarang yang rambut itu rambut dia rupanya yang selama ini aku kutip dekat tandas itu, mungkin malam ini dia nak bertemu mata denganku.

Sekian sampai disini saja penceritaanku kali ini, semoga ada masa lagi akan aku coretkan kisah yang lain..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Studio Hitam Sama Putih
Rating Pembaca
[Total: 64 Average: 4.6]

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.