SUKA DUKA ANAK ASKAR

Hi there! Nama aku Nurul, peminat tegar cerita-cerita seram dalam Fiksyen Shasha. Boleh dikatakan addicted jugalah nak baca setiap malam.

Dah lama rasanya nak share kisah aku tapi belum tersusun segala ayat. And now I’m ready!

Aku ni anak askar. Bapa aku sekarang dah pencen, duduk rumah jaga cucu (anak aku). Sekarang ni banyak dia buka kisah dia semasa dalam askar dulu. Dari waktu dia prebet sampailah dia jadi pegawai waran.

Bapa akan selalu buka cerita bila suami aku ada bersama. Dengan aku jarang sangat dia cerita. Suami aku pun boleh dikatakan peminat cerita seram jugalah. Aku pulak suka baca dan tonton. Tak pernah alami. Tapi, satu cerita bapa yang sampai sekarang bila aku teringat, confirm meremang tengkuk.

Masa tu aku tadika, 5-6 tahun umur aku. Malam raya. Macam biasalah, kami sedara mara berkumpul kat rumah nenek. Atuk aku dah meninggal sebelum aku lahir lagi. Arwah atuk aku ni kata orang dulu dia mengajar silat. Wallahuallam.

Malam raya korang tau la kan, semua sibuk nak buat persiapan. Masa tu aku duduk atas pangku mak aku, sambil tengok tv. Kitaorang tidur di rumah mak long aku yang bersebelahan dengan rumah nenek dalam satu tanah yang sama. Memang semua berkumpul kat situ, sebab tak ada siapa berani nak tidur kat rumah nenek (nanti aku cerita lain kali).

So, rumah mak long aku ni dinding dia separuh batu dan separuh papan. Rumah bawah. Pastu pintu dia yang jenis atas bawah boleh buka macam pintu peti ais. Malam tu, memang dibiarkan pintu tu terbuka dibahagian atas, dan bawahnya tertutup.

Tiba-tiba, bapa kata dia nampak nenek aku yang sedang syok bungkus sireh terkumat-kamit. Dia membelakang pintu tu. Aku dengan mak aku duduk mengadap nenek. Bapa pun pandang kat pintu tu, dia terkejut (tapi still cover-cover sebab tak nak sedara mara semua terkejut sama) ada tangan berbulu hitam tengah melambai-lambai ke arah aku, macam panggil aku suruh pergi kat dia. Bapa kata, masa tu aku nak bangun tapi mak tarik duduk semula sebab mak pun nampak dan pegang aku erat-erat.

“Kau balik! Jangan dikacau cucu akuuu!” Tiba-tiba nenek herdik sambil bangun berjalan ke arah pintu tu. Terkejut satu rumah. Semua dari meriah dok bising terus terkaku senyap. hanya suara tv dan lagu raya je kedengaran.

“Poie balik. Poie. Ni bukan tompek kau!” Kata nenek sambil membuat isyarat seakan menyuruh benda tu pergi. Lupa. Kitaorang ni duduk sempadan negeri Sembilan Melaka. So majoriti orang sini semua cakap nogori. Nenek kembali duduk ditempatnya dan sambung mengunyah sireh. Bapa lega sebab benda tu dah pergi. Katanya sayup-sayup suara benda tu macam menagis sebab sedih.

Bapa kata benda tu macam anak beruk nak ajak aku bermain. Esoknya, nenek macam marah dengan bapa, sebab benda tu ikut kami dari kem. (Kami tinggal kat kuarters pegawai dalam kem askar)

Kisah kedua, ini mak yang cerita. Kisah rumah kuarters di kem askar tempat kerja Bapa. Masa tu kami baru pindah. Rumah kami yang paling hujung sekali. Sebelah rumah kami ada padang luas dan hutan. Kat padang tu ada macam taman permainan yang usang.

Mak cerita, masa kami masuk rumah tu, mak rasa macam tak sedap hati. Tapi terpaksa juga stay situ sebab rumah yang ayah beli jauh di melaka. Kem di Negeri Sembilan. Minggu pertama tak ada masalah. Masuk minggu kedua, maka bermulalah semuanya. Aku tak kena sebab aku tak ada deria keenam.

Rumah kuaters tu besar. Masuk je pintu utama, belah kiri ruang tamu. Jalan depan sikit, belah kanan laluan ke dapur. Bahagian dapur ni ada dua, satu tu ruang makan dan satu lagi ruang memasak. Dua-dua bahagian ni belah kanan. Sebelah dapur memasak, ada stor kecik. Dan bertentangan dengan laluan dapur tu ada satu bilik, dimana bapa dan mak buat stor. Sebelah kiri berhadapan dengan ruang makan dan ruang memasak ada pintu besar, kat situ bahagian open garage. Tak ada bumbung. Ada bilik mandi dan toilet dibahagian luar, bersebelahan dengan bilik stor tadi.

Rumah tu ada 4 bilik. 1 bilik buat stor. 3 bilik lagi untuk kami guna. Ada satu lagi bilik mandi siap ada bath tub dan tandas sebelah menyebelah. Bilik paling hujung ada dua katil bujang dan setiap katil tu ada kelambu. Bilik tengah bilik aku. Dan bilik utama dekat dengan ruang tamu. Semua pintu bilik ni mengadap ruang garaj yang dipisahkan oleh koridor dan tingkap.

Minggu kedua kat rumah tu, mak cerita dia tengah masak (dia sorang kat rumah. Aku sekolah, ayah kat ofis). Tiba-tiba kucing kami, Mimi berdesis-desis sampai kembang-kembang bulu dia, memandang ke arah bilik yang dijadikan stor. Mak pelik dan dia angkat mimi dan cuba tenangkan mimi sambil berjalan ke ruang tamu. Tiba-tiba

“Banggg!”

Kedengaran bunyi pintu dihempas kuat sangat, Mak terkejut dan Mimi terlepas. Dia berlari keluar dari rumah tu. Mak toleh pandang ke bilik tu, perlahan-lahan pintu terbuka dan

“Banggg!” Dihempas kuat sekali lagi.

Mak tak cakap banyak, terus lari pergi rumah sebelah dan tunggu kami balik.

Gangguan seterusnya, pada malamnya. Ini mak juga cerita. Masa tu aku dalam bilik aku, tengah main-main dengan mainan aku. (Aku tak ingat pun pasal ni). Mak panggil aku ke ruang tamu untuk buat kerja sekolah katanya. Tapi aku tak layan. Dia dah hangin, dia pun terus ke bilik aku.

Sampai kat bilik aku, mak terkaku sebab dia nampak aku tengah main-main dengan sorang budak perempuan. Kata mak, budak perempuan tu pandang dia, sambil panjat katil aku, lompat-lompat dan terus ghoib! Budak perempuan tu pakai dress warna pink, dengan rambut bertocang dua. bibir dia merah. Kulit dia putih pucat.

Sejak dari tu, aku terpaksa tidur sebilik dengan mak dan bapa.

Gangguan lain, bapa pernah nampak dua susuk dalam bilik hujung yang ada dua katil bujang tu, tengah baring atas katil, macam tidur.

Kadang-kadang ternampak  ada orang meninjau kat tingkap berhadapan bilik kami (ruang garaj).

Kadang-kadang pintu kena ketuk.
Penampakan budak-budak main-main kat taman permainan usang disebelah rumah kami waktu malam. Kadang-kadang ada nampak 3 susuk tubuh berpakaian uniform askar yang lusuh berdiri kat kawasan padang tepi hutan tu.

Kalau mak pergi perjumpaan BAKAT, kat bangunan kelab tu pun selalu diganggu. Ada nampak budak berlarilah, bunyi pili air terbukalah. Pintu dihempas. Kalau ke surau (aku mengaji sebelah petang, mesti nampak ada ramai budak-budak bermain kat area kolah untuk ambil wuduk.

kat depan rumah kami ni ada kawasan yang luas. Ada banyak pokok sena kat situ. Kuaters ni open konsep. tak ada pagar.

Bapa ni suka memburu ayam hutan. Selalu balik nak dekat subuh. Bila dia parkir motor depan rumah, dia mesti akan dengar suara rengus-rengus macam kuda merengus beberapa ekor. Kadang-kadang dengar bunyi tapak kasut, berjalan menghampiri dia. Tapi tak ada siapa pun. Bila bunyi tapak kasut tu macam berhenti depan dia, terus terasa macam angin woooshhh kuat, diikuti buni tapak kasut tu berlari dibelakang dia.

Akhirnya kami dah lali. Dan gangguan tu berhenti sendiri.
Aku syukur sangat-sangat sebab tak pernah terbuka hijab untuk merasai apa yang mak dan bapa rasa.

Sampailah bapa terpaksa ditugaskan ke luar negara. Aku dan mak berpindah tinggal dirumah kami di melaka tu. Rumah tu rumah teres. Memang dah kenal rapat dengan jiran sebelah menyebelah sebab kami pernah duduk situ sebelum berpindah ke kem.  Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi. InsyaAllah.

Sekian.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Nurul
SUKA DUKA ANAK ASKAR
4.6 (45.97%) 77 votes

7 comments

  1. Aku pun anak askar, tapi so far takdelah.. sebab duduk kem pon 3 tahun jer.. yang aku tau, pejabat TUDM yang dahulunya di Bampfylde road (kuching, sarawak) berhantu.. berapa kali dah tukar milik..sekarang dah semak samun byk..(Usang) dah takde jabatan/kementerian yang duduk…

  2. jangan membebankan mak ayah untuk jaga anak sendiri. Ingat, mak ayah bukan hamba. Mereka dah tua, bagi mereka berehat. Jangan sampai hujung nyawa pun kena jaga anak. Pandai beranak pandai lah uruskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.