Sungai Dulang

Assalamualaikum & salam sejahtera. Aku harap cerita aku ni sudi disiarkan admin Fiksyen Shasha. Selama ni aku jadi silent reader jer dalam ni. Tapi hari ni aku pulak nak kongsikan pengalaman aku. Walaupun tak seram mana, harap korang enjoy.

Sebelum aku mulakan, aku cerita sikitlah, aku berasal dari Perak, daerah Teluk Intan. Benda ni berlaku masa aku berumur 10 tahun. Dah 18 tahun berlalu, tapi aku ingat lagi. Hari tu aku satu keluarga rancang nak pergi rumah makcik aku di Bagan Datok sebab ada kenduri sepupu aku kahwin hujung minggu tu. Memang jadi kebiasaan kami semua berkumpul awal (rasanye man-mana keluarga pun macam tu). Tapi kami bergerak malam, sebab abah aku balik lambat. Dalam pukul 9:00 malam abah aku sampai rumah. Tiba-tiba mak aku cakap tak nak gerak malam tu; rasa tak sedap hati. Tapi abah aku cakap takpe, lagipun anak-anak dah siap tu.

Abah aku rehat sekejap, mandi-mandi, masuk beg dalam kereta dan terus gerak dalam pukul 11:00 malam macam tu. Sebelum bergerak tu, abah aku ada main-mainlah, dia cakap, “ni gerak lambat ni, jap lagi jumpalah.”

Mak aku dahah tak sedap hati, yang abah aku pulak boleh main-main cakap macam tu. Mungkin nak gurau-gurau dengan anak bini. Sebenarnya dari Teluk Intan nak ke Bagan Datok tak jauh mana pun, dalam 50 minit perjalanan jer. Paling lambat pun sejam. Korang boleh Google.

Separuh perjalanan tu, abah aku tiba-tiba nak ikut jalan lama. Nama jalan tu Sg. Dulang. Kalau ada reader yang asal tempat sana, tahulah kot cerita-cerita jalan tu. Aku cerita sikitlah; masa dulu jalan ni memang sunyi. Kalau nak lalu dekat jalan tu pun paling lambat pukul 8:00 malam. Lepas tu tak ada orang lalu dah. Kalau ada pun, mungkin orang-orang yang duduk di kampung-kampung situ. Lampu jalan pun ada tapi jauh-jauh. Ada setiang lampu, lepas tu jauh sikit baru ada yang lain.

Sambung hal tadi, mak aku dah pesan, tak nak ikut jalan tu sebab ada anak-anak kecil. Lagipun dah lewat sangat. Paling kecil adik aku umur lima tahun. Tapi abah aku positif, siap cakap, “kalau kita tak kacau dia, dia tak kacau kita.”

Elok jer masuk simpang tu, kami semua senyaplah. Adik-adik yang kecil dah mamai time tu. Nak tidur. Memang sunyi dekat jalan tu. Ada kereta kami jer. Dah separuh jalan tu, abah aku suruh kitorang yang duduk belakang tutup tingkap, lepas tu duduk diam-diam. tiba-tiba ada lampu motor dekat belakang kereta. Abah aku cakap, ” ada kawan dekat jalan ni. Tak adalah kita jer.”

Aku dengan abang aku tak tidur sebab temankan abah aku bersembang. Abang aku sampuk cakap, “mana pulak datang motor tu bah? Along tak nampak pun ada simpang rumah dari tadi. Dari masuk jalan ni memang kita jelah…”

Ah, sudah… Ada point jugak cakap abang aku tu. Masalahnya, motor ni dari tadi follow jer belakang kereta. Tak potong pun. Bila abah aku laju sikit, baru dia laju, tapi duduk belakang jer. Kalau dia memang nak duduk belakang, tak apalah. Habis jalan ni, keluar simpang depan tu, dekat dah Bagan Datok.

Kami bertiga jer yang berjaga masa tu. Abah aku kejut mak aku ajak sembang jugak. Mak aku tak layan, pejam jer mata tu. Tiba-tiba abah aku main-main lampu tau. Jalan malam, nak bagi hilang bosan. Kejap lampu tinggi, kejap lampu biasa. Mak aku masa tu tepuklah abah aku, suruh bawak kereta elok-elok. Tengah main suluh-suluh tu, nah! Ternampak elok dekat pokok kekabu dia tengah bertenggek, siap hayun-hayun kaki lagi. Rambut panjang sampai kaki, baju putih meleret. Aku, along, abah dengan mak apa lagi… hilang gelak! Terdiam semua. Abah aku apa lagi, pecut terus. Memang tak pandang belakang dah. Tak fikir pun motor belakang tu. Sampai jer rumah makcik aku, abah aku suruh masuk cepat, basuh kaki, ambil wuduk, lepas tu tidur. Beg pun esok baru keluarkan.

Sampailah hari kenduri tu, kami semua memang tak cerita dekat siapa-siapa pun apa yang terjadi malam tu. Habis kenduri, kami gerak balik rumah. Dah sampai rumah, semua tengah rehat baru abah aku bukak mulut, “along dengan angah nampak ke apa yang abah dengan mak nampak malam tu?”

Apa lagi, teruslah kitorang cakap, “nampak!”

Abah aku pun cakaplah, elok jer sampai rumah makcik aku, abah aku ada nampak benda tu ikut kami. Tapi dia duduk jauhah. Tengok jer kami semua. Itu yang abah aku suruh masuk cepat-cepat tu. Aku tanyalah, “benda tu apa sebenarnya?”

Mak aku cakap, orang tua-tua panggil benda tu Orang Cantik. Kalau nak dipermudahkan kata, pontianaklah.

Sampai sekarang, kalau kami semua berkumpul, ingat balik cerita ni mesti semua salahkan abah aku (haha). Ini cerita 18 tahun lepas. Sekarang jalan tu taklah sunyi mana, ada jer orang lalu lagi siang malam. Rumah pun dah banyak, lampu pun dah bertambah. Kalau orang sebut jalan Sg. Dulang tu, mesti ada jer ceritanya. Ada yang pernah nampak perempuan bawa anaklah. Lelaki tak ada kepalalah. Yang nampak benda sama macam aku pun ada kadang-kadang. dia duduk tepi jalan, kadang-kadang dia terbang lalu sekali imbas jer.

Sampai sini jerlah aku menulis buat masa ni. Ada lagi kisah yang aku nak ceritakan. Rumah kayu pusaka, hantu air dan pengalaman di Jalan Sg. Dulang versi kedua. Tapi jadi dekat aku dengan suami. Ada masa aku ceritalah dekat korang. Bye bye!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Cik Mama
Sungai Dulang
9.7 (97.14%) 35 votes

143 comments

        1. Sedangkan, …………..
          marilah kita saling bermaafan. agar hidupmu tenang. setenang ai di lautan jangan disangka tiada buaya.

          1. eh eh eh ko, nak petik nama IK apahal? kesian ko ni, macam mengata diri sendiri. dah lah gemok. hitam pulak tu.

      1. haah kan ,sebab biase nye ap yg kite google je keluar kat situ .kdg klu bukan yg kite ggolgle pun ,takde lah yg terok mana pun keluar .

        1. Apasal aku keluar ayat suci Quran je banyak
          Korang ni selalu salah sangka.
          Dah la hodoh tak habis2 nak membawang

          1. kan jumaat. biase org yg ckp mcm tu ,dia yg hodoh. hahah .ehhh puasaaa .tak baikkk

  1. ADMIN BUANG LA IKLAN KAT TENGAH-TENGAH CERITA.
    AKU SEKEROL-SEKEROL KELUAR GAMBAR DADA WANITA
    AKU PUASA MIN..

  2. Ada typo satu. Lepas tu grammar error, lepas noktah kena huruf besar. haa tu je.

    setori ringkas tapi padat. 9/10

  3. Ni summary untuk Juri dan Jumaat. Sebab aku agak korang mesti malas nak baca. haha

    Pasal writer ni nak balik kampung lalu jalan Sungai Dulang tu. Jalan sunyi. Pastu ada motor ikut dari belakang kete bapak dia. Pastu ternampak ponti duk berhayun atas pokok. Sekian….

  4. Kenapa ayah awak adventurous sangat malam tu ._. Ikut jalan dulang tu sebab lagi cepat ke macam mana? Pat pat sambung!

  5. Yoo… Ni jln mnghala kg aku ni.
    Kg aku parit 1, sg sumun.
    Dr arah hutan melintang, ada simpang 3 belok kanan tepi lembaga koko.
    Sepanjang2 jln tu jln sg. Dulang.
    kalau nasib baik, mmg akan terserempak dia lalu lalang buat catwalk hehe. Yg melayu, yg india smua ada buat catwalk kt situ.

    Disarankan kalau nk lalu jln tu lalu sebelum pkul 8. Kalau x….. Siap2 kan lah buku dgn pen mintak autographs hehe

    Nk lalu situ,

  6. Yess.. sg dulang.. abah sy org sg dulang.. tp kami tggl kat selekoh.. x lah jauh mne dri sg dulang.. lebih kurg 15-20 minit je perjalanan.. mse tu ingt lagi time raya.. 2 hari raya cmtu lah.. malam area pukul 9 cmtu.. kami 1 family nk pegi beraye rumah family belah abah kt slah 1 kg di sg dulang.. jalan dia fuh jgn ckp kecik gelap . mmg klau selisih keretaa mmg sangkut .. time tu raya kan.. so byk la kereta kluar msuk.. so kereta kami sngkut mse selisih tu pulak kt area parit.. mmg x ley gerak.. anak buah sy sorg ni jenis kuat nangis.. biaselah baby..mmg jrg la nmpak dia gelak2 walaupun org acah.. time tu asyik mnjerit2 je spnjng perjalanan.. tibe2 time kereta berhenti tu.. dia boleh gelak mcm ade org acah dia kt tgkap kereta.. mata dia trus trtacap kt tgkap dgn gelak mngekek nye.. kitorg x pikir pape.. kitorg layan jela.. “amboi suka dia gelak2 slalunye susah”.. lebih kurg 10 minit.. kereta da x sngkut.. so kitorg truskan perjalanan.. baby diam je.. x nangis x gelak.. mse otw balik.. bru kitorg teringat dia gelak dgn spe.. n bile lalu jalan yg kereta sngkut td.. trpndg pokok pisang tepi tu.. trkejut wey ade bnde bungkus kt tepi tuu! So kitorg diam je.. smpai balik rumah baru bukak cerita.. alhamdulilah baby x jd pape.. normal cm biase..

  7. sepanjang aku membesar kt bagan datoh tu, cuma sekali 2 jelah aku penah lalu jalan sg dulang tu. tu pun sbb ikut praktikal jkr bahagian jalan lalu situ utk road inspection. tu pun 10 thn lepas kot. jalan tu memang sunyi. aku pun terfikir kenapa nk buat jalan situ, nak kata lencongan, macam lg jauh adelah sbb jalan simpang empat-bagan datoh tu dah lurus. tp kata penyelia aku, kerajaan buat jalan tu sbb nk membangunkan kawasan sekitar tu. tak tau la kalau skrang ni membangun ke tak.

    cuma, ada satu malam tu, baru-baru ni jugakla, malam sebelum mengundi tu, kan simpang masuk jalan tu kalau dr arah simpang empat, ada kedai makan. so kitorg makan2 la kt situ. aku ajakla family aku, sebab aku yg drive malam tu, kite ikut jalan sg dulang la. kurang skit kereta sbb aku tgk banyak jugak keter malam tu sbb diorg balik nk mengundi esok. family aku mati-mati tak kasik situ. takde lampu la, jalan gelap la, lagi jauhla. takpela byk keter pun bawak slow slow je. sekali tu viral plak jln sg dulang tu. agaknye kalau aku nak jugak lalu situ, aku plak yg hantar misteri sg dulang kt fiksyen shasha hahahahaha

  8. Teman org pasang api. Saje je kabo. Hehe. Patot la ayah aku dah lama tak ikut sg. dulang. Banyak beno natang kat situ. Al maklom la bertolak ke kampung malam. Balik dari kampung pon malam. Lagi pon sepanjang aku hidup, lalu time siang je.

  9. Td aku lalu kol 3 pagi smpai kol 4 pagi..nk try cari kot2 ade jmpa..pak mntua aku ade jmpa baru2 ni kol 5 pagi dia dok tepi jlan dpan kolam mardi..org kampung situ ckap kat kolam mardi dgn kat pokok kekabu tu bnyak hntu..wat msa ni aku jmpa babi hutan je bnyak..nasib x langgar..

  10. aku tak suka bapak jenis bapak kau. dah tua2 pun pangai cam terencat. tak fikir keselamatan anak bini. baik takyah kawen, takyah ada famili. baik meninggal je bapak kau ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.