Surau Hospital

Assalamualaikum, salam perkenalan kepada semua bakal pembaca cerita aku. Sebelum korang semua baca cerita yang telah aku tulis ini, aku cuma nak pesan kepada korang semua. Apa yang aku tulis berdasarkan apa yang aku tahu dan aku tahu MAKHLUK ITU WUJUD .

Aku mulakan kisah aku dengan pengalaman ibu aku . Ibu aku berusia 49 tahun dan dia mempunyai banyak pengalaman dengan entiti yang kita gelar makhluk halus ini. Kerana apa? Kerana hijab ibu aku terbuka.

Baiklah, alkisahnya bermula ketika ibu aku bekerja di sebuah hospital swasta dekat Sabah. Ibu aku merupakan ketua dalam bidang pemakanan pesakit. Itu apa yang aku faham. Aku tak tahu apa nama dia yang lebih saintifik. Di hospital itu ibu aku selalu nampak kelibat. Tetapi ibu aku sudah biasa dan buat tak tahu sebab benda tu takkan kacau kalau diorang tak tahu kita boleh tengok diorang.

Suatu hari ibu aku habis kerja lewat kerana memeriksa senarai makanan seimbang untuk para pesakit. Ketika itu waktu menunjukkan pukul 11.56 malam. Ibu aku belum solat Isyak , jadi nak dijadikan cerita ibu aku pergi ke tingkat 5. Tingkat lima ada sebuah bilik besar yang dijadikan surau. Selesai ambil wudhuk di dalam kamar mandi yang ada dalam bilik tu, ibu aku pun mendirikan solat.

Korang boleh bayangkan sebuah bilik yang besar dan lapang hanya ada dihamparkan sejadah dan beberapa almari untuk letak telekung dan AL quran. Ibu aku sengaja tidak menghidupkan lampu bahagian belakang, hanya bahagian depan iaitu kawasan dia solat.Kenapa?, Aku tak pasti. Mungkin bingung suis banyak sangat. Main teka saja tekan last last itu yang hidup. Kemungkinanlah.

Ibu aku cerita ketika dia solat dia rasa diperhati. Tapi ibu aku tak layan sangat. Dalam surau tu ibu aku sorang sahaja. Ketika ibu aku sampai rakaat terakhir, ibu aku membacaTahiyatul akhir .kemudian memberi salam dan memalingkan sedikit muka ke sebelah kanan sambil menyapu lembut muka dengan tangan kanan. Tiba tiba ibu aku berhenti. Ibu aku kaku dalam kedudukan tersebut. Terdengar dengusan seperti kerbau berhampiran ibu aku.

Aura dingin mencengkam tubuh ibu aku . Perlahan Lahan ibu palingkan kepala ke arah depan dan di situ ibu aku melihat satu lembaga hitam yang besar duduk lutut bertemu lutut dengan ibu aku (simbolik yang kedudukan benda tu dekat) .matanya merah dan badannya berbulu. Ibu aku nampak dengan sangat jelas. Ibu tak dapat bergerak. Dia terpaku melihat mata makhluk tersebut. Ibu aku kuatkan semangat untuk membaca ayat Qursi , setelah rasa badan ibu sudah boleh gerak ibu segera keluar dari surau itu tanpa memakai kasutnya dan belum menanggalkan telekung yang berwarna putih yang masih elok dipakainya.ibu berlari ke arah lif dan menekan butang turun.

Terbuka sahaja pintu lif, doktor, doktor dan nurse, nurse di dalam bilik itu semua buat muka cuak. Kenapa?
Siapa tak terkejut buka buka saja pintu lif terus benda warna putih depan mata. Ibu aku masuk dengan tergesa gesa ke dalam perut lif . Amoi, kenapa lu pakai ini telekung pigi luar , terkejut saya woo… Tegur seorang doktor . Ibu aku hanya senyum dan menundukkan kepalanya.

Sampai sahaja di tingkat satu ibu aku segera masuk ke bahagian dapur. sekali lagi semua orang di dapur itu pun terkejut. Ibu aku segera ke bahagian pejabatnya dan menanggalkan telekung lalu mengambil beg tangan dan sepasang selipar Jepun yang memang tersedia di pejabat ibu aku untuk dia ke tandas. Dulu ibu tak pakai tudung lagi. Ibu segera pulang ke asrama hospital sediakan untuk para pekerja.

Ini baru yang ringan ringan sahaja. Sebagai pembukaan aku bercerita. Bak kata orang tua tua , diorang lagi banyak makan garam. Jadi ada kisah seterusnya yang ingin aku sampaikan. Apa yang pasti IA WUJUD…
One_neez

Rating Pembaca
[Total: 14 Average: 4.8]
One_neez

13 thoughts on “Surau Hospital”

  1. Seram. Yg jd doktor kt lif tu pun seram. Buka-buka lif, perempuan bertelekung menyerbu masuk, nasib baik tak diazankannya masa tu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.