Susur keluar Misteri

Salam dan hai..Nama aku Ina. Sebelum itu terima kasih kepada admin jika cerita aku di siarkan buat tatapan peminat Fiksyen Shasha.
Maaf jika kossa kata aku berterabur. Dah lama sangat tinggalkan tabiat menulis ni. Pada hari kejadian, aku dan 5 lagi anggota keluarga aku yang terdiri dari mak, ayah dan adik beradik aku dalam perjalanan pulang dari kenduri sepupu aku di Pahang.

Kami pulang agak lewat, biasa lah kalau dah jumpa sedara mara mana lah nak tengok jam. Kami perlu pulang ke Melaka malam tu juga walaupun ketika itu sudah melebihi jam 11 malam sebab ayah perlu bertugas pada esok pagi. Perjalanan yang hanya mengambil masa 4 jam lebih kini menjadi semakin panjang apabila pada hari itu jalan highway sesak sepanjang perjalanan.

Ayah mulai letih, kami mula merungut kerana sakit badan duduk dalam kereta hampir 3 jam tapi separuh perjalanan pun tak sampai lagi. Kereta yang ayah bawa dari tadi hanya naik paling maximum 60km/jam.

Didalam kesesakan tu, aku tak ingat di highway mana, ayah terperasan ada satu susur keluar tapi tiada papan tanda yang menunjukkan susur itu menghala kemana.

Disebabkan kami dah terlalu lama tersangkut dalam jam tu, ayah tekad masuk ke susur tu dan keluar dari highway. Lepas masuk ke susur tu, jalan tu membawa kami menuju ke flyover. Ayah dah mula pelik sebab sepanjang dia lalu jalan highway ni tak pernah pula ada flyover ditengah tengah highway. Jalan pula kosong, hanya kereta kami yang melalui jalan tu.

Ayah pun teruskan perjalanan untuk cari mana-mana signboard yang menunjukan jalan ke Melaka tapi makin kami terus kedepan makin pelik pula kami rasa. Sepanjang jalan tu, kami perasan semua orang pakai baju warna putih. Jalan tu meriah dengan orang ramai walaupun dah hampir jam 3 pagi. Ada kedai makan yang masih beroperasi dan pelanggan nya juga berpakaian putih. Papan tanda yang kami harapkan muncul dimana-mana untuk menunjukkan keberadaan kami juga gagal kami temukan.

Handphone kami pula semua tidak mendapat line telefon mahupun internet. Lepas hampir satu jam ayah memandu di jalan yang seperti tiada perhujungnya ni, ayah ambil keputusan untuk bertanya pada penduduk di sini. Ayah berhentikan kereta di hadapan kedai serbaneka 24jam (7eleven) kemudian ibu serta ayah masuk kedalam kedai untuk bertanya pada penjaga kaunter yang juga berpakaian putih.

“Dik, tumpang tanya. Ni nama tempat nya apa ye. Mak cik rasa macam dah sesat lah”. Mak aku bertanya pada gadis yang menjaga kaunter itu.
“Mak cik nak pergi mana? “ Gadis tu tak jawab soalan mak dan bertanya soalan lain.
“Mak cik nak balik Melaka. Jalan highway tadi jam tu yang suami makcik masuk jalan ni.”
“Owh, makcik dengan pakcik dah sesat ni. Dah jauh sangat sesat ni. Macam ni lah mak cik dengan pakcik jangan pergi mana-mana. Duduk je dalam kereta. Jangan keluar tunggu sampai pagi. Nak tidur, tidur dalam kereta. Kalau ada orang ketuk suruh keluar atau ajak pergi makan ke jangan layan, jangan ikut jangan sesekali keluar dari kereta.” Beriya gadis tu pesan kat mak aku masa tu.

Sebabkan itu je pilihan kami yang ada, jadi tidurlah kami 6 beranak dalam kereta. Lagi pun masa tu dah jam 4 pagi tak lama lagi nak pagi. Tapi malam tu entah kenapa aku rasa macam lama je kami dekat situ. Nak tunggu ke pagi rasa macam 5 jam lamanya. Kami tertidur dan ayah terjaga sebab terdengar bunyi azan subuh tapi bila ayah tengok jam dan pukul 7 pagi. Langit dah cerah dah masa tu dan yang paling mengejutkan lagi ialah kami berada di kawasan yang seperti sudah bertahun tahun lamanya ditinggalkan.

Bangunan bersebelahan tempat kami parking kereta malam tadi dipenuhi dengan semak samun serta pokok yang sudah menjalar menutupi banggunan tersebut. Kawasan yang kami masuk ni rupa-rupanya merupakan kawasan highway yang terbengkalai dan sudah bertahun ditinggalkan. Dan disitu juga tak ada masjid langsung tapi mana ayah dengar bunyi azan itu hanya Allah saja yang tahu. Owh ya, kami dapat pulang dengan selamat lepas hanphone yang malam tadi tak dapat line internet kembali seperti biasa pada pagi itu. Siapa yang kami jumpa malam tu, dan kemana kami pergi malam tu masih tak ada siapa yang boleh berikan penjelasan yang tepat.  Terima kasih pada gadis tu sebab kalau bukan sebab dia mungkin kami masih merayau-rayau dan tak boleh pulang . Untung kerana kami ditemukan dengan “seorang” yang baik. Sekian, terima kasih.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Ina
Susur keluar Misteri
8.7 (86.67%) 27 votes

10 comments

    1. “jalan ntah pape…” kalau jalan yang membawa ke tempat yang seram takpe lagi kak yulie. yang masalah kalau termasuk jalan gi rumah ex girlfren dia. yang tu naya

  1. Huhu… hebat 7e skang… kat dimensi sebelah pun dorang da bukak store… ish.. ish… tapi sian lak kat drebar lori yang nak kena pegi stocking store tu… 😅😅😅…

      1. betul wei..ak penah kene tapi lampu stadiumla..dekat bukit tempat ak belaja dulu..ak dengan kawan aku satu kete balik dari uptown dalam kul 3 pagi gitu..otw balik dekat bukit area rumah tu boleh terang mcm ada bandar siap ad tiang lampu stadium lagi..esok pagi tgok kt bukit tu xde pape..Wallahualam..

  2. Humangai. Mcm kes hotel aku tido dulu. Xsampai sebulan pastu nk tido situ balik,hambik ko penuh lalang semak samun smua ada

  3. Alhamdulillah jmpa “seseorang” yg baik.. klu jmpa yg jenis menyesatkan, mmg masuk berita lah kes keluarga hilang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.