Est. 2015 Fiksyen Shasha Kisah Benar

SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA III PART 2

SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA III PART 2

Melihat penduduk kampung yang mula mengelilingi mereka, Amirul dan Mira terus menuju ke kenderaan mereka. Apa yang terjadi pada 2 orang rakan mereka tadi, tidak mahu mengenai mereka pula. “Cepat! Start kereta!”. Arah Mira kepada Amirul. Kekasihnya yang sedang ketakutan itu pula tergesa-gesar mencari kunci dalam beg kecilnya. Biasanya sudah ketakutan, mindanya pun sudah terkaku. “Kejap lah!”. Balas Amirul. Pada ketika dia sudah mahu menghidupkan enjin keretanya, penduduk kampung itu sudah mengepung keretanya.

“SERTAILAH NERAKA! SERTAILAH NERAKA!! SERTAILAH NERAKA!!!!”. Laung mereka semua dengan suara yang tidak normal. Mereka juga menggegarkan kereta itu untuk menakutkan Mira dan Amirul. “Argh!!!”. Jerit Mira ketakutan. “Prrang!!!”. Tingkat pintu kereta belah Mira dipecahkan. Gadis itu kemudiannya ditarik keluar melalui tingkap yang dipecahkan itu. “T-Tolong!! Amirul!!”. Mira meminta dari Amirul. Walau bagaimanapun, Amirul juga mengalami nasib yang sama.

“Arghhh!!! lepaskan kami!!”. Laung Amirul seraya cuba melepaskan diri dari mereka, namun kekuatan mereka seperti bukan manusia biasa. Malahan ada dikalangan mereka yang sudah berumur, namun dapat menahan Amirul daripada cuba mendapatkan Mira semula. “Tolong!! Apa yang korang nak dari aku?!!”. Jerit Mira. Namun apa yang terlihat dimata Mira adalah wajah-wajah manusia yang begitu mengerikan, mata kemerahan darah, mulut yang dipenuhi nanah dan daging berdarah. “SERTAILAH KAMI!! BEBASKAN DIRI KAMU!!!”. Laung mereka semua, sebelum terlihat sebuah van putih menghampiri mereka.

“Sertai ini, Syaitan celaka!”. Ujar Iqram yang turun dari van itu, seraya mengacukan senapang patah kearah mereka. “BAM!! BAM!! BAM!!”. Beberapa das tembakan dilepaskan, tepat kearah penduduk kampung itu. Keadaan menjadi semakin huru-hara dan siren sekali lagi berbunyi. Siren yang seperti memberi isyarat kepada penduduk kampung yang lain. Mira dan Amirul yang masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku, terlihat Ali yang memanggil mereka untuk masuk kedalam van mereka. “Cepat!!”. Arah Ali. Tiada pilihan lain lagi, mereka terpaksa mengabaikan kereta mereka dan menuju kearah van putih itu.

“Iqram!! Cepat!”. Arah pula Ali kepada Iqram. Selesai dengan tugasnya, Iqram masuk kedalam kenderaan itu, sebelum Ali membawa mereka beredar dari situ….
Van yang dipandu oleh Ali itu masih meluncur diatas jalan raya. Mira, Amirul, dan Iqram masih cuba mencari nafas, masih lagi termengah-mengah. Mira dan Amirul terutamanya, masih lagi tidak dapat memahami tentang apa yang berlaku. Nazurah dan Azzam sudah mati, nenek Uda menjadi ganas seperti penduduk kampung Geriling yang lain. Tubuh mereka masih lagi terketar. “N-Nazurah…”. air mata mula membasahi pipi putih Mira. Setelah itu, Iqram yang sudah mendapatkan kekuatannya semula, terus memeriksa tubuh Amirul dengan ganas.

“Eh-EH!! apa yang kau buat?”. Soal Amirul melihat tindakan Iqram. Namun Iqram tidak menjawab soalan lelaki itu, sebaliknya dia mengarahkan Mira untuk menunjukkan anggota badannya seperti tangan, kaki dan lehernya. “Bagus. Tak ada kesan gigitan”. Ujar Iqram perlahan selepas Mira menuruti perintahnya. Mira yang dapat merasakan bahawa Iqram mengetahui sesuatu yang berlaku, terus bertanya “Hei! Siapa korang ni, huh?! Apa yang berlaku?!”. Walau bagaimanapun, Iqram hanya mendiamkan diri sahaja seraya melihat persekitaran diluar tingkap.

Setelah beberapa ketika, Iqram akhirnya bersuara dengan bertanya kepada Mira. “Kau. Kau ni Mira kan? Adik kepada Umairah kan?”. Mira agak terkejut dengan pertanyaan lelaki tersebut. “Y-Ya. Kejap, macam mana kau boleh kenal Kak Umairah?”. Soal pula Mira. “Boleh dikatakan…kitaorang ni kawan”. Balas Iqram. Sepertinya dia tidak mahu menceritakan hal sebenarnya kepada Mira. Mereka kemudiannya melalui satu jalan yang terlalu gelap, hanya ditemani lampu kenderaan mereka sahaja.
“Iqram! Jalan ni memang gelap ke, atau kau boleh nampak ‘benda’ yang lain?”. Ali bertanya kepada Iqram. Risau juga dia, jika mereka semakin masuk ke alam lain. Hanya mata Iqram yang sudah terbuka hijabnya sahaja mampu melihat benda ghaib. “Tak. Memang jalan ni gelap”. balas Iqram pendek. Walaupun begitu, dia terus peka melihat diluar sana, takut akan ancaman yang boleh melanda mereka bila-bila masa. Pada masa yang sama, van tersebut tiba-tiba saja mati di atas jalan raya itu. “Wei! Apa yang berlaku ni?”. Soal Amirul kepada Ali.

“Mana aku nak tahu?! Van ni mati dengan sendirinya!”. Jawab Ali yang mula cuak dengan situasi sekarang. Mereka semua mula melihat diluar tingkap. Hanya kegelapan saja yang menemani mereka sekarang ini. “Iqram, kau ada nampak apa-apa tak?”. Soal Ali kepada Iqram lagi. Rakannya itu hanya menggelengkan kepalanya sahaja. “BAM!!!”. seorang lelaki menghentak cermin van secara mengejut dengan kuat sekali. Nasib mereka baik kerana cermin tersebut masih belum pecah lagi. “ARGHHHH!!!!”. Laung lelaki itu. Mira dan Amirul terus mengenali suara tersebut.

“I-Itu Azzam!!”. ujar Amirul dengan terketar. Manakan tidak, rakan mereka yang dipercayai mati, telah muncul semula! Azzam sekali lagi cuba memecahkan cermin van itu. Masih belum pecah, namun Iqram percaya bahawa cermin itu pasti akan pecah dengan satu kali lagi hayunan. “Startkan enjin semula!”. arah Iqram. Ali cuba sedaya upaya untuk menghidupkan semula kenderaan itu. Tiada pilihan lain lagi, Iqram cuba menghalang Azzam dengan membaca ayat-ayat Al-Quran.

Walau bagaimanapun….
“Nanti….ayat apa yang aku kena baca?”. detik hatinya. Ayat yang dia cuba bacakan itu, hilang dari memorinya. Hatinya mula panik. “T-Tak mungkin aku boleh lupa! Apa yang berlaku ni?!”. ujar Iqram ketakutan. Pada masa yang sama, Azzam menghayunkan lagi besi ditangannya kearah cermin van itu, dan ketika itu juga Ali berjaya menghidupkan semula enjin van itu. “VRROOMM!!”. ali terus menekan pedal dengan sekuat hatinya. Van itu terus meninggalkan Azzam di belakang. “Hahahha!! selamat tinggal..!!”. jerit Ali, yang tidak menyedari munculnya sebuah lori kecil di kirinya.
“BAMM!!”.

Lori itu menghentam van yang dipandu oleh Ali dengan kuat sekali, menyebabkan van itu hilang kawalan dan tergolek beberapa kali, sebelum termasuk kedalam ladang getah berhampiran. “Arghh…”. rintih Amirul kesakitan. Dia melihat Mira yang sudah pengsan, terbaring di sisinya. “Mira..Mira! Bangun!”. panggil Amirul kepada kekasihnya itu. Iqram pula mengambil senapangnya bersama beberapa botol air bacaan Yassin. Dia pertama keluar dari van itu. “ARGHHH!!!!”. Laung Azzam yang berlari kearahnya. Tiada pilihan lain lagi, Iqram menembak kepala lelaki itu.

Iqram kemudiannya membantu Amirul dan Mira untuk keluar dari kenderaan itu. Sehingga tiba giliran Ali, Ali menyedari bahawa kakinya tersangkut pada besi badan van. Besi itu menembusi betisnya. Darahnya banyak mengalir keluar. “Pergi saja! Aku tersangkut disini!”. Arah Ali kepada rakannya itu. “K-Kau gila ke?! sini! Capai tangan aku! Aku akan bantu kau!”. ujar Iqram yang tidak mahu meninggalkan Ali. Dia tidak mahu lagi orang-orang disekelilingnya mati, seperti kejadian yang berlaku 5 tahun yang lalu. Namun begitu, Ali tetap berkeras dengan pendiriannya. “Bro! Jom lah!”. panggil Amirul yang mahu beredar dari situ bersama Mira. Mahu tidak mahu, Iqram terpaksa meninggalkan rakannya itu. Sebelum beredar, Ali sempat berpesan kepada Iqram.
“Selamatkan Umairah”.
Iqram mengangguk tanda faham.

Beberapa orang penduduk kampung itu tiba disitu dan mula mengejar mereka. Iqram, Mira dan Amirul terus berlari kedalam ladang getah itu. Beberapa ketika kemudiannya, mereka semua berhenti seketika untuk mengambil nafas. “Huh, Huh…aku rasa kita dah selamat, buat masa sekarang”. ujar Amirul yang masih lagi keletihan. Iqram menghulur lampu suluhnya dan tidak kelihatan lagi penduduk kampung tadi. “Memang dah selamat. Tapi kita kat mana sekarang ni? Dan parents saya..macam mana dengan mereka?!”.
Soal Mira yang mula kerisauan akan ibubapanya. Fikirannya mula berfungsi semula setelah apa yang berlaku kepada mereka dan fikirannya terdetik akan keselamatan Razali dan Jamilah. “Jangan risau..kita akan dapatkan mereka. Selepas itu, korang semua terus keluar dari sini”. Kata Iqram. Dia kemudiannya meletakkan lampunya untuk mengisi peluru senapangnya. Apabila dia mengambil lampunya semula, muncul beratus ekor monyet dihadapan mereka!

“Fuck!”. jerit Amirul. Dia dan Mira terus bergerak kebelakang Iqram, dek kerana hanya dia saja yang mempunyai senjata. Namun Iqram tahu, pelurunya tidak cukup untuk kesemua haiwan itu. Dia juga cuba mengingati ayat-ayat Al-Quran yang dia sudah khatamkan. Walau bagaimanapun, seperti ada sesuatu yang menghalang memorinya dari mengingati ayat suci itu. Haiwan-haiwan itu pula mula mengepung mereka bertiga. “Sesiapa ada idea untuk selamat?”. Soal Amirul. Sedang mereka buntu akan situasi tersebut, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang kemudiannya melontar sebotor motar kearah haiwan itu.

Api mula membakar kawasan itu. Dalam kekalutan itu, lelaki itu berjaya membawa mereka bertiga dari situ. “Ikut aku!”. arah lelaki itu. Dia kemudiannya membawa mereka ke sebuah pondok terbiar, tempat dimana lelaki itu bersembunyi dari penduduk kampung itu. “Arghh..!”. Amirul kesakitan sebaik saja melabuhkan punggungnya kepenatan. Kesakitannya yang disebabkan kemalangan sebentar tadi, baru muncul semula. “Nah, basuh luka kau dengan air ini. Nanti melarat sakitnya”. ujar lelaki itu. Amirul mematuhi arahannya dan terus mencapai botol air itu.

Iqram pula memerhatikan situasi diluar sana, dan selepas pasti akan keselamatan mereka, barulah dia duduk bersebelahan dengan Mira. “Kau okay ke?”. Soal Iqram kepada Mira. “Saya okay jer. Cuma..saya sampai sekarang tak faham dengan keadaan sekarang ini”. Balas Mira pula. Iqram kemudiannya mengalihkan tumpuannya kearah lelaki yang baru menyelematkannya. Dari pandangan matanya, Iqram tahu yang lelaki itu ialah manusia biasa. “Oi. Apa nama kau?”. Soal Iqram kepada lelaki itu. Lelaki itu terdiam seketika, sebelum berkata “Entah lah…aku sendiri tak pasti. Tapi korang boleh panggil aku Bob”.

Iqram terus kehairanan mendengan jawapan lelaki yang dipanggil Bob itu. “Tak Pasti? Kau nak cakap yang kau tak ingat siapa diri kau?”. Soal Iqram lagi. Bob mengangguk perlahan. “Sejak ‘perempuan’ itu datang ke kampung ni…semuanya jadi kucar-kacir. Kami semua seperti hilang arah. Hilang identiti kami. Malah, ayah saya..seorang ustaz disini pon jadi macam tu”. Bob mula menceritakan sedikit kisahnya kepada mereka bertiga. Mira terutamanya, ingin mengetahui apa yang berlaku kepada kampungnya, serta keadaan neneknya.

“apa maksud awak? Dan..siapa perempuan itu?”. Soal Mira pula. Bob menatap wajah Mira sebentar, sebelum menyambung semula ceritanya. “Perempuan itu mengatakan bahawa dirinya sebagai Tuhan. Pada mulanya kami tidak mempercayai perkara itu. Pada kami, ianya karut. Hinggalah pada suatu hari…kami lupa apa agama kami. Bukan Melayu sahaja, malah Cina dan India juga begitu. Perempuan itu kemudiannya menunjukkan kuasanya dengan membangkitkan semula ahli keluarga kami yang sudah mati. Haiwan-haiwan disini juga mula dekat dengan perempuan itu. Sebab itu….”

“Korang percaya yang dia itu adalah Tuhan?”. Iqram memotong kata-kata Bob. Semuanya mula masuk akal bagi Mira dan Iqram. Bagi Mira, dia sudah sedikit faham kenapa ibubapanya seakan lupa untuk solat sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku. Sementara Iqram pula, dia memahami kenapa dia mula lupa bacaan Al-Quran yang dia sudah khatam beberapa kali. Akan tetapi, bagaimana perkara itu boleh berlaku?
“Y-Ya…kami mula menyembah perempuan itu. Tapi…caranya mula menjadi ekstrem. Dia mula meminta korban dari kami yang masih hidup, katanya dia perlu lakukan perkara itu untuk ‘mengecas’ kuasanya dan dia boleh menghidupkan semula mereka bila-bila masa sahaja. Dari kanak-kanak, bayi, sehinggalah orang tua. Sejak itu, aku mula ragu-ragu dengan dia. Aku cuba siasat perempuan itu, namun penduduk kampung, termasuklah ayah aku cuba bunuh aku. Mereka seolah sudah hilang kewarasan. Tak ada pilihan lain, aku bersembunyi didalam hutan ini”.

Air mata mula membasahi wajah Bob. Sepertinya dia kesal dengan tindakannya. Iqram menepuk bahu Bob, cuba menenangkan Bob. “P-Perempuan itu juga..mendakwa yang dia ialah cucu kepada Uda. Wajah dia….lebih kurang dengan kau!”. ujar Bob lagi, seraya menunding jari kearah Mira. Dia terus terkejut dengan perkara itu. “Apa?! adakah kau bercakap mengenai….” “ Umairah”. Mira menatap wajah Iqram, mendengar dia menyebut nama kakaknya yang dia sangka sudah mati.

“K-Kau gila ke? Kakak aku dah mati!”. ujar Mira yang tidak mempercayai apa yang dia dengari itu. “itu yang kitaorang semua sangka. Dia dan aku…pernah terlibat dalam situasi ini. 5 tahun yang lalu”. Balas Iqram. Mira semakin terkejut. 6 tahun yang lalu, kejadian dimana Umairah disabitkan kesalahan membunuh rakan-rakannya. Itu yang dia diberitahu oleh ahli keluarganya. “6 tahun yang lalu..? adakah kau bercakap pasal kes pembunuhan beramai-ramai itu?”. Soal Mira. Iqram mengangguk.

“Ya. 6 tahun yang lalu..aku pun ada disana juga. Tapi, bukan kami yang lakukan. Benda yang korang nampak malam tadi. Benda itu yang lakukan. Syaitan yang kami panggil sebagai Azfar-Un. Syaitan itu akan merasuk manusia, menjadikan mereka kanibal. Kalau mereka masih hidup, Syaitan itu akan merosakkan tubuh mereka sampai mereka mati. Aku tak tahu kenapa, tapi Azfa-Un merasuk manusia melalui kecederaan, gigitan. Aku dan Umairah terselamat daripada insiden 6 tahun yang lepas, tapi…entah macam mana Umairah sekali lagi terlibat dengan Syaitan itu. Dan akhirnya…Umairah memilih kegelapan..dia pilih Azfar-Un”.

“Aku tahu dia masih hidup. Sebab dia ada hantar mesej kepada aku. Dia nak aku sertai dia. Dia percaya yang dunia ni terlalu korup dan dia ingin mengubahnya. Semua orang akan gembira. Tiada lagi orang yang jatuh, dan tiada lagi orang yang kekal diatas. Aku tak tahu apa yang Syaitan itu telah lakukan kepada Umairah. Tapi dia dapat gunakan kuasa Azfar-Un tanpa bertukar menjadi gila. At least for now. Sebab itu aku datang ke sini. Aku nak selamatkan dia dari kegelapan. Tapi..dia dah kuasai kampung ini. Mungkin lama kelamaan seluruh negara ini pula”.

Akhinya Iqram menceritakan kisah sebenarnya. Kisah tentang apa yang berlaku kepadanya, dan juga Umairah. Mira terus terdiam pula. Terlalu banyak perkara yang berlaku, menyebabkan otaknya lambat memproses semua maklumat yang dia perolehi. “Habis tu…sebentar..nenek aku ada hantar mesej kepada kami, katanya dia sakit. Bila kami sampai ke sini, dia sihat pula”. ujar Mira. “yang itu…berkemungkinan Umairah gunakan nenek kau untuk umpan korang kesini. Ahli keluarganya. Tapi aku tak rasa yang dia nak korang sertai ajaran sesatnya”.

Balas Iqram lagi. Apabila Mira bertanya mengapa, Iqram menjawab “Sebabnya. Dia masih marah tentang kakak sulong korang. Kau mesti tahu sebabnya kan?”. mendengar kata-kata Iqram itu, Mira terpaku seketika. Dia terus boleh mengagak apa yang cuba disampaikan oleh Iqram. “Kau tahu?”. Tanya Mira. “Ya. Aku tahu. Umairah cuba melindungi kakak sulong korang yang kantoi bermaksiat, dengan mengaku bahawa dia yang lakukan. Bila aku dengar mayat kakak korang ditemui dalam kejadian banduan melarikan diri itu, aku dapat rasakan yang Umairah mesti mengamuk dan Azfar-Un merasuk hatinya, dan Umairah…bunuh kakak korang”.

Balas Iqram panjang. Angin mula bertiup perlahan diluar pondok itu. “Tak mungkin…aku tak percaya…Kak Umairah yang lakukan semua itu! Dia ialah orang yang paling baik yang aku tahu! Malah, aku tak percaya yang dia masih hidup! Korang semua gila!”. Jeritnya kemarahan. Manakan tidak, Umairah, gadis yang tidak pernah meninggalkan solat, tidak pernah cuba membuat jahat, melakukan semua perkara yang diceritakan kepadanya. “Arhgh! Aku tak kisah lah semua ni. Yang pentingnya kita kena keluar dari sini! Mira, kita kena dapatkan parent awak. Mereka masih ada kereta kan?”.

Tiba-tiba saja Amirul menjerit. Mungkin kerana tertekan tentang apa yang berlaku. Dia iaitu orang luar dan tiada kena mengena dengan semua itu, berkemungkinan akan mati dibaham oleh penduduk kampung itu. Sudah pasti dia takut akan semua itu. “Betul tu. Aku tak expect korang untuk percaya cerita aku seratus peratus. Tapi nyawa korang masih dalam bahaya”. Ujar Iqram. Dia kemudiannya meminta Bob untuk membawa mereka ke rumah Uda semula. Namun, Bob terus ketakutan mendengar permintaan itu.
“Korang gila ke? Aku tak nak keluar ke pekan semula! Mereka akan bunuh aku!”. Bob cuba mengelak daripada menolong mereka, namun setelah didesak oleh Iqram, akhirnya Bob menyerah. “Okay. Okay!! tapi, aku cuma bawa korang ke pekan saja. Lepas itu, korang pandai-pandailah!”. Ujar Bob. Setelah itu, mereka mengambil barangan mereka dan terus bertolak ke rumah Uda semula.
………
Kedengaran bunyi guruh kuat dilangit sana, menandakan hujan bakal turun tidak lama lagi. Dan itu akan memberi masalah kepada Iqram dan lain-lain, kerana pandangan mereka akan menjadi lebih terhad, ditambah lagi sudah larut malam. “Disini”. Arah Bob kepada mereka semua. Ketika itu, mereka masih lagi didalam ladang getah itu. Sebagai penduduk kampung itu, Bob sudah arif dengan jalan-jalan tersembunyi yang menghubung seluruh kawasan kampung.

“W-Wei…nama kau Iqram kan? Kenapa aku macam pernah dengar nama kau