Syif Malam KFC di Johor

Assalamualaikum, pembaca fs.

Nama saya siti (bukan nama sebenar). Saya sebenarnya dah lama jadi silent reader fs nie. Dari zaman kolej, sampai dah keje, sampai nak sambung belajar semula dah..

Saya nak cerita pengalaman saya semasa saya bekerja di KFC area johor nie. Kalau ada persamaan dalam jalan cerita, itu hanya lah kebetulan semata mata atau mungkin ada bekerja pada shift yang sama dengan saya. Jeng jeng jeng…..

Saya kerja kfc ni dah lama dah sejak penghujung tahun 2015 sampai 2019. Minggu pertama je saya kerja shift siang. Lepastuh saya terus masuk shift malam sampai sekarang takde pernah nya dapat siang. Saya ni pulak jenis senang bergaul dengan mereka yang umur atas saya. Jadinya, mereka pun senang lah buka cerita dengan saya.

Store kami 4 tingkat. Tingkat bawah tu biasalah dining space, Cuma boleh letak 4 5 meja je dekat bawah since nak bagi ruang yang cukup besar untuk customer beratur.

Ditambah lagi counter segala operasi kat bawah semua. Tingkat 2 pula ada store, toilet, kawasan makan besar . Tingkat 3 & 4 kami jadikan store. Rooftop kami jarang naik sebab takde apa pun atas tuh.

Tapi kadang ada jugak la kami melepak atas tuh. Siang jer lah tapi. Tingkat 3 & 4 pun sama. Kami takkan naik selepas pukul 7. Tingkat 2 dihadkan sampai pukul 11 sahaja untuk ruang makan. Toilet dan store boleh masuk, tapi tak boleh masuk sorang. Mesti ada teman. WAJIB. Boleh imagine kan?

Nak dijadikan cerita, masa tu ada lah satu kejadian tak dijangka berlaku. Salah sorang senior staff nie kerasukan di store. Masa nie dah pukul 1 pagi.

Dia naik atas sebab nak amek stock. Dia meracau dari tingkat atas , berlari turun bawah. Kitorang masa tuh dah seram jugak lah. Pukul 1 pagi staff dah tak ramai.

Cust pun dah tak ada. Dia jerit jerit sampai bukak tudung, hentak hentak meja kat dining bawah. Kat counter cuma ada saya dan lagi sorang staff midnight. Dua dua perempuan, so boleh imagine kan kami punya cuak sampai menangis.

Nasib baik ada sorang staff nie pandai bab bab macam ni. Dia baca baca sikit, alhamdulillah settle. Tapi dia kata dia takut jadi semula, so manager time tuh terus capai kunci kereta, papah senior staff yang kerasukan nie tadi masuk dalam kereta.

Ditemani lagi sorang staff yang kebetulan baru habis shift, terus pergi rumah ustaz mintak tolong. Esok nya manager siasat apa jadi. Rupanya, yang kerasukan ni tadi dia ada terdengar orang panggil nama dia kat dalam store. Bila toleh, dia nampak cik ponti sebelah dia. Lepastuh dia terus tak ingat apa jadi.

Kejadian kedua, masa ni saya kerja di shift midnight (12a.m. sampai 8a.m.) masa lebih kurang jam 3 pagi. Masa ni store lagi lah lengang. Sebab staff biasa cuma ada 3 orang, manager sorang. Staff midnight ada kerja khusus yang shift lain tak buat.

Walaupun cust cuma 2 3 orang je, kami tetap busy sebab nak settle kan tugasan masing masing. Masa nie saya busy di counter tengah cleaning, staff backup dan cook pula ada di dining sebab nak settlekan product date masing masing.

Manager ada di office. Tiba tiba saya terdengar manager saya tengah berborak di area freezer room. Freezer room kami ni di bahagian paling belakang sekali.

Kiranya sebelah freezer room nie ada pintu belakang. Tak lama lepastuh, saya dengar dia buka pintu belakang . Saya sangka dia tengah bercakap di phone memandangkan staff semua ada di depan. Jadi saya diamkan saja lah.

Tak lama lepastuh, dia berlari masuk dalam sampai ke depan dengan muka pucat, mata berair macam nak menangis. Muka memang jelas nampak ketakutan. Saya dan staff lain cuak juga lah. Saya dah fikir bukan bukan, sebab kat belakang tuh ada satu pokok kayu ara.

Jarak pokok tu dengan pintu belakang cuma seberang jalan sehala. Kebiasaannya staff akan duduk kat situ sambil merokok. Tapi bukan lah bawah pokok tu betul.

Jauh sedikit dari pokok. Saya tanya manager saya, apa yang jadi. Tapi dia taknak cerita. Jadi saya pun diam saja lah. Tapi hati saya tetap mengatakan ada kaitan dengan pokok tuh. Bila hari dah terang, lebih kurang jam 7.50 pagi , saya pun siap siap nak punch card balik. Masa ni lah manager kami buka mulut apa jadi malam tadi.

Dia kata, malam tadi dia nampak epul (bukan nama sebenar), staff cook kami di belakang tengah cuci tangan. Dia pun tegur lah, ajak duduk belakang sebab nak merokok. Tengah merokok tiba tiba si epul ni hilang. Bila dia mencari tuh, mata dia terpandang pokok kayu ara tuh.

Dia nampak ada susuk tubuh perempuan di belakang pokok. Entah apa menarik dia, mata nya renung lama perempuan tuh sampai dia dengar perempuan tu menangis mendayu dayu.

Bila hidung nya terbau busuk, baru lah dia tersedar dan terus berlari masuk dalam. Bila dia ternampak epul ada di meja dining, dia buat keputusan untuk senyap. Bulu roma kami terus meremang. Cepat cepat kami semua punch card balik walaupun minit pada waktu tu 7.59 pagi.

Cerita ketiga, saya sendiri alami. Waktu tu saya bekerja di shift midnight. Saya beruntung sebab team saya semua orang lama. Jadi tak perlu lah saya nak speed kerja saya untuk saya bantu sekiranya staff lain adalah staff baru.

Jam 2.30 pagi, saya rasa nak terkucil. Staff night shift semua dah balik. Hanya tinggal midnight shift sahaja. Jadi, saya ajak lah kak azi, staff backup untuk teman saya naik tingkat 2.

Saya seram naik tingkat 2 sebab gelap. Hanya lampu tangga, toilet dan store sahaja dibuka. Jadi cahaya di tingkat 2 adalah samar samar. Kak azi bersetuju ikut saya naik, dengan syarat saya teman dia di store sebab dia nak ambil stock untuk dia settle kan kerja dia. Bila sampai di atas, kak azi suruh saya masuk toilet dan di ke store sebab location store dan toilet hanya sebelah saja.

Saya pun setuju. Masa saya dia toilet, saya terdengar bunyi orang berjalan dan masuk ke toilet sebelah saya. Pintu toilet dihempas. Saya sangka kak azi di toilet. Saya panggil “akak? Akakkk?” tak bersahut. Saya diam kan saja walaupun bulu roma saya dah menegak.

Cepat cepat saya keluar dari toilet. Terkejutnya saya, bila pintu toilet sebelah saya tuh terbuka. Tak ada orang pun dalam toilet tuh. Bulat juga lah mata saya.

Bila saya buka pintu antara toilet dan dining atas, saya lagi sekali terkejut bila ada kerusi dining di hadapan toilet. Masa tuh juga saya dengar flush tandas berbunyi.

Saya dengan menggigil terus masuk store untuk cari kak azi. Saya bantu dia apa yang patut dan terus berlari turun. Hampir tersungkur juga saya ditangga. Nasib baik saya tak terjatuh. Sampai di bawah, saya terus diamkan diri.

Jam lebih kurang 5.45 pagi, kerja kerja saya selesai. Perut pula lapar. Saya pun ambil staff meal dan duduk di meja hadapan. Manager saya datang, duduk di sebelah saya.

Dia nak settle kan dokumen dia, saya pula sambil makan sambil borak dengan dia. Tengah ketawa, tiba tiba pintu tangga untuk ke tingkat 2 terbuka sendiri.

Saya berpandangan dengan manager saya. Manager saya ni hati kering walaupun dia perempuan. Dia terus bangun dan menjengah kan kepalanya ke atas sebelum dia menutup kembali pintu tersebut. Dia duduk kembali di sebelah saya.

Sekali lagi pintu terbuka luas dan menghempas dinding. Saya sekali lagi pandang manager saya. Kami diam dan hanya melihat sahaja pintu tersebut. Tiba tiba , pintu tersebut tertutup dengan laju seperti dihempas dengan kuat. Kami berdua terus tinggalkan segalanya atas meja dining dan berlari masuk dalam.

Kak azi dan epul pandang kami hairan. Tapi kami diamkan saja. Selepas azan subuh baru lah kami ke depan semula untuk ambil barang kami. Sanggup kami ke tandas pam minyak di sebelah kerana takut nak naik atas.

Dalam jam 8 lebih, staff pagi mintak tolong saya teman dia naik ambil barang. Saya pun ikut kan saja lah. Di dalam store kami, ada satu lagi pintu pemisah antara store dengan tangga ke tingkat 3 & 4.

Di belakang pintu tu pula ada stock untuk shift pagi. Bila saya tengah angkat barang, tiba tiba staff ni tadi melaung sambil menjengok kan kepala nya dari tangga untuk melihat tingkat atas. “Miss emma! Oii miss!” laung dia tapi tiada sahutan di pendengaran saya.

Bulu roma saya terus menegak. Cepat cepat saya ajak dia turun ke tingkat bawah. Di bawah saya berbisik di telinganya “miss kan midnight. Dah balik dah pukul 8 tadi. Kau ni kenapa?” marah saya. Terus dia terdiam. Dia cepat cepat mulakan kerja dan saya terus balik.

Macam dah panjang saya bercerita. Nanti korang bosan pulak baca. Ada banyak lagi kejadian sebenarnya. Next post saya cerita pula kejadian di hostel staff kfc.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Siti
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

11 thoughts on “Syif Malam KFC di Johor”

  1. Kota Tinggi la ni kot.

    Pokok sebelah Sakan tu sepelaung je dari pintu belakang KFC.
    Stesen minyak sebelah.
    4 tingkat lagi.
    dua tingkat yang atas tu memang hostel dak2 KFC pun.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.