Tandas Berkunci

Assalamualaikum pembaca-pembaca Fiksyen Shasha sekalian. Ini adalah sebuah kisah yang benar-benar berlaku semasa saya masih bersekolah menengah 20 tahun yang lepas. Tidak perlulah saya namakan sekolahnya. Cukuplah sekadar saya beritahu bahawa sekolah saya tu terletak di negeri Perlis Indera Kayangan.

Waktu tu, ada seorang cikgu praktikal baru masuk. Namanya Maisarah. Cikgu Maisarah ni cantik dan lemah lembut orangnya. Aku pun suka tgk dia. Sejuk mata memandang. Masa tu aku tingkatan 5, tapi dia tak mengajar kelas aku. Cuma pernah jadi cikgu ganti sajalah. Cikgu Maisarah pun dah lama meninggal dah. Alfatihah.

Ceritanya bermula masa hujung minggu sebelum cuti sekolah. Kiranya, sehari sebelum nak cuti panjang selama dua bulan (November dan Disember). Sekolah aku ada dua blok. Blok baru untuk pelajar-pelajar tingkatan atas (tingkatan empat sehingga tingkatan lima) dan blok lama untuk tingkatan bawah (tingkatan satu sehingga tingkatan tiga).

Nak dijadikan cerita, blok kami (blok baru) ada sebuah tandas berkunci yang memang tak ada sesiapa dibenarkan masuk dan guna atas sebab yang kami sendiri tak tahu. Jadi, kami gunalah tandas-tandas lain dekat blok baru tu juga. Lagipun, tandas yang berkunci tu agak tersorok. Kadang-kadang, orang tak perasan pun dekat situ ada tandas. Siapa yang lama bersekolah di situ saja yang tahu. Memandangkan Cikgu Maisarah ni cikgu baru, aku expect dia tak tahu dan mungkin sebab tu dia boleh termasuk dalam tandas tu.

Mengikut cerita, tengahari masa dah tamat waktu sekolah tu, murid-murid pun dah makin sedikit, cuma tinggal kakitangan sekolah dgn cikgu-cikgu yang stayback untuk siapkan kerja. Termasuklah Cikgu Maisarah. Cikgu Maisarah keluar dari bilik guru (part ni aku tak tahu dia nak ke mana dan apa tujuan dia keluar). Mungkin dia rasa nak ke tandas lalu tersalah masuk ke dalam tandas yang berkunci tu. Yang menghairankan, pintu tandas tu tak berkunci pula masa dia masuk tu. Selalunya, pintu tandas tu memang akan berkunci sepanjang masa. Tak tahu lah kenapa jadi macam tu pada dia. Sedih juga bila aku fikir semula. Rasa terganggu sampai sekarang.

Katanya, dia masuk tandas tu dan tak keluar-keluar. Mungkin terkunci dalam tu. Semua orang ingat dia balik kampung memandangkan dia orang Johor. Jadi, orang tak ambil pusing sangatlah. Dia pun duduk rumah sewa seorang diri saja. Jadi, orang tak expect pun dia hilang kena culik atau apa-apa.

Lepas habis cuti sekolah, masuk tahun baru, dalam seminggu dia tak masuk. Semua orang pelik dia pergi mana. Masa itu baru orang mula cari dia dekat rumah sewa bagai. Kereta dia ada dekat sekolah, tapi tuan badan tak ada. Entah macam mana tukang kebun tergerak hati nak buka tandas berkunci tu, and guess what apa yang diaorang jumpa? Aku tak tahu sebab aku tak tengok dengan mata sendiri, tapi diaorang cakap ada pad yang dilumuri dengan darah kering yang diaorang cakap mungkin Cikgu Maisarah makan sebab terperangkap dalam tu. Lepas tu penuh tandas dengan tahi dan najis. Tapi mayat atau manusia tak ada dalam tandas tu.

Sejak daripada tu, memang tandas tu tutup terus.  Pihak sekolah robohkan, biar jadi kawasan lapang. Tapi ada orang cakap pernah nampak perempuan bertenggek dekat-dekat situ sambil makan ‘sesuatu’ dan ada jugak ternampak Cikgu Maisarah minta tolong dekat diaorang suruh bukakan pintu. Tapi aku tak tahulah sebab aku tak pernah nampak apa-apa. Cuma aku seram setiap kali kalau lalu sebelah kereta dia sebab dengar macam orang menangis teresak-esak. Seram kau. Tambah-tambah lagi bila aku pernah lalu waktu habis latihan bola sepak, hampir masuk waktu maghrib. Apa pun, aku doakan arwah Cikgu Maisarah tenang di sana. Amiinn.

Hantar kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

29 thoughts on “Tandas Berkunci”

  1. Cite ni macam x logik, kete ada kat sekolah selama 2 bulan dan x kan family dia x cari. Satu lagi kata cikgu maisarah x der dalam toilet tu, tapi macammana awak tahu yg cikgu tu dah meninggal. Cikgu tu di jumpai dimana?. Haish..pening kepala.

    Reply
  2. Tah hape2 j.xclear.mninggal sebab ap.jumpa ke x cikguny.hailorr fenin akak analisis cite kaw dikk.klo cite betul sile ko post balik bg pencerahan. Kalau kau xpost ahkak anggap cite ni.mohong jer laa

    Reply
  3. x kan la family dia x carik? 2 bulan kot, pastu mana2 sekolah pun walaupun cuti kerani, guru besar, tukang sapu & guard mmg setiap hari ada, x kan la x dengar apa2 kot.

    Reply
    • mungkin cgu tu
      – anak yatim piatu
      – orang dkt skola tu x kawan ngan cgu baru
      – drng ingt cgu tu maternity leave kot
      – mungkin cgu tu ckp kat c penulis ni dia da mati tp mayat dia hilang
      – skola drng ni x da guard ngan tkng sapu
      – guru besar x smpat kenal lagi dgn cgu maisarah
      – cgu maisarah ni OKU..

      Reply
  4. tak logik ahh…

    1) even time cuti sekolah…kerani…guru2 bertugas…sure kena dtg sekolah…mem sy cikgu cekolah…so, saya nafikan sekolah x der sapa selama 2 bulan..

    2) tukang kebun? tukang sapu? mana p? takkan la depa x perasan kereta cikgu terbengkalai siang malam x gerak2 ? takkan x report kat pengetua?

    3) parent cikgu mai? takkan la anak x call…tak balik time cuti sekolah..bleh wat senyap jer…tak logik sungguh..

    4) citer berterabur..kejap mati..kejap ilang..kejap tandas tersorok..kejap keluar bilik guru terus jumpa tandas tu..mana satu nih?

    Reply
  5. ntah2 cikgu tu termasuk dalam dunia lagi satu kot..maksud aku kena sorok dengan benda halus ke.. takkan takde usaha utk cari cikgu tu macam panggil ustaz ke apa.. dah semua pelajar yg sekolah kat situ tahu cikgu tu ada masuk tandas tu tp bila cari dlm tandas tak jumpa.. mesti masing2 boleh fikir “ada sesuatu yg pelik” huhuhuhu #tanyaje..

    Reply
  6. Apsal ko kata Cikgu Maisarah jilat pad darah tu? Mangkuk betul teori ni. Sapa punya idea? Dah takde mayat dia, takde orang nampak dia masuk tandas tu, macamana ko boleh kata dia hilang dalam tandas tu? Kata tandas tersorok susah nak jumpa, orang lama je tahu, sekali cikgu baru boleh termasuk dalam tu? Logik ke laut.

    Reply
    • Kalau rekaan ckp je la Rekaan..mention crita ni cerita betul buat apa dan kalau rekaan pun logik cerita jangan tolak tepi.. Bukan kecam untuk menjatuhkan kot.. At least dia bole betulkan next karya dia..

      Reply
  7. knp awak mention cgu maisarah dh meninggal??? ad bukti ke dye dh meninggal??? klu dh meninggal mne mayat dye??? seriously xlogik lgsg!!!

    Reply

Leave a Comment