Tandas Lama Masjid

Assalamualaikum pembaca-pembaca setia FS. Kisah ini terjadi waktu aku berumur lebih kurang 10 tahun kot. Tapi masih segar dalam ingatan. Tidaklah seram tahap hardcore sangat kisah aku ni, hanya ingin berkongi pengalaman.

Masa aku kecil dulu aku suka ikut mak dan ayah aku balik kampung di Negeri Sembilan. Nama kampung aku Kg. Ulu Air Kuning. Setiap kali balik ke kampung kebiasaannya ayah aku akan singgah di masjid di Rompin. Masjid yang dekat dengan roundabout yang ada jam besar tu. So, waktu ayah aku singgah masjid tu hari dah senja. Dah nak masuk waktu mahgrib. Ayah aku pergi dulu, aku tanya mak aku nak pergi tandas tak, and mak aku ckap, “adik pergi jelah, umi tunggu dalam kereta”. And pun pergi je la sorang-sorang. Aku cerita sikit kedudukan tandas ni. Kalau dari tempat ayah aku parking tu, pintu masuk masjid disebelah kanan, tempat whuduk and tandas disebelah kiri. Cuma kedudukan tandas ni kebawah sikit, maksudnya kena turun tangga. Pintu tandas ni menghadap ke hutan. Tandas nya kecil je. Dalam tandas tu ada dua pintu. Which is kiri dan kanan aku. Aku masuk yang blah kanan.

Yang aku masuk ni plak lampunya mati, so aku bukak sikit pintu jamban tu bagi masuk cahaya. Since pintu aku tu terbuka sikit, aku boleh la nampak tandas yang sebelah lagi ni. Masa aku tengah ready-ready nak membuang tu, ada la sorang perempuan ni masuk dengan anak dia. Anaknya dalam usia 5 tahun la kot. Anaknya yang nak kencing. Dalam hati aku cakap, ok lah ada jugak orang. Tak takut sangat. Tengah aku ralit-ralit tu, tiba-tiba ada suara pontianak mengilai. Kuat gila. Aku tak ada rasa takut pun masa tu. Mungkin sebab aku budak-budak lagi. Cuma dalam hati aku cakap, “eh, ni suara pontianak mengilai ni’. Aku boleh siap pandang syiling and pandang belakang aku kot-kot ada dia tengah mencangkung skali. Tak ada pulak. And aku pandang tandas sebelah aku. Aku tengok perempuan ni steady je tengah cebok anak dia. Takan dia tak dengar. Kuat kot suara mengilai tu. Macam mana aku boleh nampak dia tengah cebok anak dia? Sebab dia pun tak tutup pintu. Lagi luas pintu jamban tu dia bukak dari aku haha.

Dah settle urusan aku terus aku chow. Dekat luar tandas tu sempat lagi aku tengok-tengok tepi tandas tu. Tak ada juga. Masih tak puas hati hahaha. Tapi yang ada nya ialah tempat letak jenazah tu. Waktu aku nak pergi tandas tadi tak ada pulak. Aku pun macam “eh, bila pulak ada benda ni dekat sini”. Mungkin aku yang tak perasan. Masuk je kereta terus aku cakap dekat mak aku yang aku dengar suara mengilai masa dekat tandas tadi. Tak lama lepas tu ayah aku masuk. Mak aku bagitahu ayah aku. Ayah aku boleh cakap, “orang nogori memang gelak macam tu, takda apa la tu’. Ehhhh bapak aku ni. Sabor je la. Bila dah cerita-cerita, barulah aku tahu tandas tu tandas lama. Sejak dari tu, ayah aku dah tak singgah masjid tu. Setiap kali lalu masjid tu, kakak-kakak aku mesti cakap, “dik, hantu awak dik” “dik, masjid berhantu awak dik” “dik, masjid mengilai awk dik”. Diorang ni ingat aku ke yang bela natang tu. Choii. Baru-baru ni kawan mak aku cerita. Dia singgah masjid tu jugak and anak dia pun kena kacau jugak dekat toilet. Tapi dia bukan dengar suara mengilai. Dia nampak tempat letak jenazah tu bergegorrr.

Kalau ada antara korang yang tahu masjid ni or duduk berdekatan area masjid ni ke, acerr cerita sikit kot-kot ada yang pernah kena juga. Masjid tu ok je. Korang Jangan Takut pula nak singgah. Tandas lama tu je yang mangusik. Tandas baru ok la kot. Ada lagi satu peristiwa seram yang aku lalui time ayah dapat tukar ke Merapoh. Seram tak seram la. Suam-suam kuku je seramnya. Setakat nampak sikit-sikit je. Nanti aku story.

Ok geng, Gerak luu.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

darim
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

47 comments

    1. Hahaha. Aku bukak sikit je. Muat satu jari macm tu. Nasib baik dia tak tunjuk muka. Kalau tak pakai seluar dalam kreta la aku.

    1. Sik da org marah kitak ka panggil kamek syg. Hahaha. Next story aku dah send. Tunggu jak la nanti nya post ok.

    1. Tak tahu lah apa kesudahannya pada dorang. Aku chow terus. Tapi bila aku ingat balik, baru aku perasan yang dua beranak ni tak bercakap langsung. Senyap je start dari dorang masuk tu. Time aku telik dorg masa aku dngar suara mengilai tu, muka mak budak macm pane je. Macm tak ada reaksi apa-apa. Tak macm mak-mak bising time cebok anak. Stakat ni kalau aku crita dekat org, dorang mesti kabo org tandas sebelah tu la kot pontianak nya. Menyamar jadi org. Dok tahu saje la. Yang aku pasti, memang dua beranak ni tak ada becakap langsung start dari masuk sampai la aku siap tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *