Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca setia FS. Saya doakan semuanya dalam keadaan yg baik. Terima kasih kepada admin FS kerana menerima cerita saya untuk tatapan di FS.
Pertama sekali, saya Syaamil yang akn berkongsi cerita seram Tangisan Malam dan cerita ini datangnya dari pengalaman saya sendiri dan cukup ringkas untuk saya ketengahkan . Jangan mudah percaya atau terikut-ikut anggap cerita atau pengalaman saya sebagai satu hiburan untuk semua.
Alkisah, aku seorang pelajar kolej di Bangi dimana aku dan pelajar lain akan menetap di hostel yg disediakan sehingga lah semester 2. Selepas itu kami dikehendaki untuk mencari rumah sewa kerana penginapan di hostel tak dapat dimuatkan dengan ramai pelajar. Jadi, aku akan ceritakan pengalaman seram Tangisan Malam sepanjang aku tinggal di hostel kolej aku.
Di hostel, bilik aku di tingkat satu. Jadi dalam satu bilik boleh duduk dalam tiga orang sahaja. Bilik aku ni boleh link dengan bilik sebelah. Yang memisahkan kami hanya la sebuah tandas. Boleh tak bayangkan? Kira tandas ni duduk antara bilik aku dan bilik sebelah.
Jadi pengalam seram aku berlaku pada semester 1 sebelum peperiksaan akhir bulan 11. Aku tak ingat bila benda ni terjadi. So aku dan kawan kawan aku pada satu malam kami tidur ramai ramai dlm bilik aku. Tak silap aku 7 org. Haha
Kami adalah satu “group” kat hostel ni. Kami suka pi cari hantu pada hujung minggu. Yela lagi-lagi ada kawan yang istimewa 6sense lebih senang faham.
Nak jadikan cerita, pada malam kejadian, kami 7 orang lepas isyak dah mula gelapkan bilik sebab aktiviti malam tu kami nak tonton cd seram Ia Wujud. Dimana cerita ini bila kita dah tengok dari awal kita kena tengok sampai habis. Kalau tak x senang tidur malam. Jadi malam tu kami tak tengok sampai habis dan sambung pulak dengar MJ12 di youtube. Jam menunjukkan pukul 1 lebih so masing masing dah baring kat katil dan ada kat lantai. Himpit himpit la kami tidur malam tu.
Nak jadikan cerita, lepas dah habis dengar MJ 12 tu, nak senang tidur punya pasal kawan aku yg tidur ats katil sebelah aku mengumandangkan surah Rukyah. Yang lain dah tertidur. Tinggal aku seorang. Badan aku terasa panas dan berpeluh tak boleh lelapkan mata. Aku berasa terlalu takut sampai buka lampu bilik. Dalam pukul 3 pagi, tiba tiba aku terdengar satu tangisan yg sungguh sayu. Setiap bilik di hostel ni ada satu koridor kecil untuk ampai baju. Aku yakin tangisan itu memang dari ampaian baju. Aku cuba endahkan dan sebab terlalu takut aku hampir menangis, bangun duduk dari katil.
Aku ingat itu perasaan aku semata-mata tetapi kawan aku yang tidur atas lantai terbangun dan pandang aku dengan mata yang merah then dia cakap “kau dengar tak ada orang nangis? “. Aku anggukan kepala menandakan yang aku pun dengar tangisan itu. Dalam hati nak juga tengok benda tu, tapi hati memang tidak mengizinkan time tu. Perasaan takut semakin naik selepas aku mendengar sekali lagi tangisan yang kali ini betul-betul terasa dekat dengan benda tu. Tanpa ambil masa panjang, aku terus tarik selimut dan sambung tidur, walaupun time tu aku susah nak lelapkan mata.
Alhamdulillah, pada malam itu juga tiada gangguan yang lebih selain tangisan itu. Mungkin bagi korang kisah yang aku alami ini kurang menyeramkan, tapi bagi aku ia cukup menyeramkan dalam hidup aku.
Jadi, aku sedar pengalaman aku pada malam tu bukan mainan perasaan ia memang benar berlaku. Aku anggap ini satu pengalaman seram sepanjang aku berada di hostel selama 2 semester. Selamat malam semua pembaca fs.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
acah acah nak cari hantu, tapi pasang ruqyah, tidur berhimpit himpit, siap nangis lagi… sembang kosong… pergi mengaji la wei….
macam boleh agak hostel ni. Kg Teras Jernang?
dulu aku pernah stay sini 1997.
tapi alhamdulillah tak pernah kena kacau.
aku rase crita kau mmg real and seram..sbbnya aku pn pernah tgk vcd WUJUD .. Wujud 1 sampai 12..intro vcd tu mmg ada bca2 mantera dlm bhasa jawa..bahana tonton vcd tu aku ngan member2 pn alami sesuuatu yg paranormal smpai thap terpaksa buang vcd..tq sharing story bro..
“Jangan mudah percaya atau terikut-ikut anggap cerita atau pengalaman saya sebagai satu hiburan untuk semua.”
Macam DJ KC haha
Seram / Tak (2 marks) = 0
Gaya bahasa (2 marks) = 1
Penyampaian (2 marks) = 1
Real / Fake (2 marks) = 1
Whole story (2 marks) = 0
Comment : 3/10 je. Sorry. Tak menarik sangat cerita nya. Ringkas. Tak ada pengisian. Cakap suka cari hantu, tapi penakut. Shiemmmbanggg. 😂😂😂. Siap menangis bagai. Takyah cari hantu. Cari awek je. Untung2 dapat jugak sorang dua.
Ni KPTM Bangi ke???
Mcm familiar sgt dgn layout bilik tu…
Dik…
Kate geng paranormal, dgr tangisan pn dh seram teringat2 ekkk…
KPTM BANGI KAN , SYAMIL MCM PERNAH DGR , BATCH BERAPA ?
kata geng cari hantu hujung minggu..bunyi mcm berani…dgr tangisan dh nangis..pe cer..
adik nanges napeeee