Hantu Perempuan Siam: Akhir

Assalamualaikum peminat FS sekalian,ini kisah terakhir pengalaman aku bersama hantu perempuan siam,maaf andai penulisan aku ni kurang sedap dibaca ataupun banyak kesalahan tatabahasa aku mohon ampun,Untuk lebih memahami kisah ini bolehlah baca part 1 dan part 2 kerana kisah ini bersambung dan ini adalah kisah terakhir iaitu part 3..

Aku mulakan dengan nama Allah yang maha pengampun moga-moga kita selalu dalam rahmatnya ,ameeen.

Selepas selesai berbincang dengan abg Pei namun  keputusan tidak memihak kepada kami ,ye la kalau keluar dari rumah sewa maka burn deposit tapi tak boleh juga salahkan abg Pei sebab kami yang terima syarat sebegitu,Aku dengan Samad berpakat bahawa kami harus ‘stay’ dirumah tersebut lagi 2 minggu untuk cukupkan sebulan nanti gaji hujung bulan cari rumah sewa baru itu ja yang termampu buat masa ini,esoknya Isnin aku dan Samad kembali bertugas walaupun aku masih demam terlihat hantu siam  tapi kerana kerja aku gagahi jua nasib kami berkerja berdua bolehlah juga Samad tolong aku apa yang patut memandangkan aku kurang sihat ,bersyukur dapat kawan sebaik Samad.

Untuk minggu ini kami mensasarkan kampung Melayu di kawasan tersebut untuk masuk ke kawasan orang asli perlu mintak bantuan dari orang asli situ yang fasih berbahasa Melayu, ye la kalau tidak macam mana nak banci satu habuk pun tak faham bahasa mereka.Rutin harian kami keluar kerja pukul 8pagi hingga lepas maghrib saja tidak mahu pulang awal duduk dimasjid kadang-kadang ada makanan free boleh makan cemey tak kuasa nak masak kat rumah silap-silap tengah masak dia muncul depan tingkap tak ke naya.Jadi rumah sewa tu sekadar untuk tidur sahaja,Aku dengan Samad tidur sekali bila penat ini sekali kau tidur tak kisah dah apa yang berlaku gangguan tu masih ada tapi Hantu perempuan Siam tu tak muncul pulak,last dia kacau hari ahad lalu ,pelik juga aku dengan Samad pun ,

Samad : Dulu mungkin ‘dia’ nak kenal-kenal dengan kita kot

Aku : hmm tu lah, tapi Alhamdulillah selesa sikit tidur yang ada pun bunyi ketuk pintu rumah air di dapur terbuka sendiri,selagi dia tak tunjuk kan diri taklah getar sangat

Samad : Yup,hujung bulan kita blah dari rumah ini,

Malam Jumaat pun tiba ,maknanya lagi seminggu kami harus tinggal dirumah puaka ini , kami pulang sedikit lewat kerana ada kenduri arwah di masjid syukur dapat makan cemey lagi, sambil bersembang dengan orang kampung tak sedar pula dah pukul 10:30 malam kami pun meminta diri dulu memberi Salam sebagai tanda perpisahan ,Sebelum tu aku dengan Samad share duit beli radio kecil bersama kaset bacaan al Quran bolehlah pasang waktu malam teman tidur rasa selamat sikit,Setiba di depan rumah aku dengan Samad  terkaku terlihat susuk tubuh Perempuan berbaju lengkap tradisional siam siap menari di dibalkoni rumah, dibawah rumah terlihat susuk tubuh orang tua yang selalu kami lihat  tapi tak pegang cangkul seperti selalu wajah orang tua tersebut pucat lesi tidak menyeramkan sangat,dalam nak buka langkah seribu terdengar bunyi moto abg Pei baru keluar dari hutan kecil belakang rumah. Aku dengan Samad pun apa lagi terus mendapatkan abg Pei beritahu apa yang terjadi , Abg Pei dengan lampu suluh diatas kepala tangan nya penuh bulu dan d***h ayam,

Abg Pei : awat ni ,muka takut sorang-sorang kenapa ni(lahjah thai sikit)

Samad : Ada hantu depan pintu rumah,Hantu siam plak tu

Abg Pei : Mana ada hantu ,ampa menipu aih

Aku : Abg Pei tak caya jom ikut kami

Abg Pei pun ikut kami memamg tiada apa yang berlaku perempuan dengan orang tua tu hilang tah kemana Abg Pei pun meneman kami masuk kerumah dan membuka lampu ya saat buka lampu tu memang bau d***h ayam dan juga d***h bertompok di baju abg Pei ,Samad pun bertanya abg Pei

Samad : Abg Pei buat apa dihutan malam-malam gini dengan d***h bulu ayam penuh satu badan tu

Abg Pei : Aku buru ayam hutan lah, berkerut dahi abg Pei seolah ada sesuatu yang dirahsiakan

Samad : ooo macamtu ,baik-baik abg Pei hutan tu ada macam-macam haiwan berbisa,

Abg Pei : Ya ,sambil senyum dan memintak diri dulu

Abg Pei pun menghidupkan moto honda 70 bunyi groom…..grooomm…..grooomm memang memecah kesepian malam. Dalam pukul 12 malam aku dengan Samad pun melelapkan mata sambil ditemani alunan ayat al quran ,dalam anggaran pukul 3 pagi aku terjaga dan radio pun memainkan lagu

‘Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diriku
Tak bertempat mengadu’

pelik juga macam mana kaset boleh terkeluar dari radio takkan samad yang buat.Petang tadi dia beria-ria nak beli kaset dan radio untuk dengar ayat Al quran,aku pun menutup radio buang bateri gila ke apa dengar lagu klasik malam buta rasa seram tu lain macam dengan rumah pun dah seram baru nak lelapkan mata tingkap pulak terbuka angin malam menusuk masuk sepoi-sepoi bahasa.Aku tutup muka dengan selimut time2 ni plak benda tu nak menangis ,syahdu suara perempuan menangis luar tingkap aku baca ayat kursi dan tiga qul suara tangisan pun hilang pintu rumah pulak yang diketuk kuat memang pintu rumah ini acara malam setiap malam mahu diketuk dah lali dibuatnya,aku pun tidur esok pagi nak kerja.

Hari jumaat , hari last kerja untuk minggu ini rumah melayu pun ada beberapa k***t ja lagi kami rehat pukul 12 tengah hari singgah masjid solat Jumaat dan teruskan kerja bancian tak penat sangat sebab hanya tinggal dua ke tiga buah rumah lagi . Setiba rumah terakhir , Aku pun memberi salam dan salam pun terjawab rupanya rumah pak makmur imam kawasan situ, beliau menjemput kami naik kerumahnya tak sangka pulak dia jamu kami makan jimat duit poket dapat makan free lauk pun ala-ala kampung ja tak banyak sangat cuma ala kadar lepas untuk isi perut kami berdua lauk lebihan pak makmur dengan isterinya ,isterinya goreng ikan bersama bawang buat lauk tambahan Alhamdulillah sedap,Selesai makan kami pun bersembang,sembang punya sembang terkeluar dimulut tok imam bertanyakan perihal keadaan rumah sewa kami, kami pun beritahu sambil berjenaka

Aku: baik saja tok imam, biasalah ada yang mahu berkenalan

Pak Makmur : setakat yang saya tahu,saya rasa kamu orang paling lama menyewa dirumah tersebut hampir sebulan,

Samad : Ada masalah ka rumah tu tok ?

Pak Makmur : kamu yang tinggal sana mesti kamu tahu masalahnya cuba kamu cerita apa yang terjadi

Samad pun cerita apa yang terjadi belum sempat kami katakan kami selalu diganggu oleh hantu perempuan siam
cepat pak makmur memotong cerita kami

Samad : kami kena ganggu dengan hantu perem…

Pak makmur : Perempuan Siam dengan orang tua pegang cangkul?

Aku : macam mana tok imam tahu ?

Pak makmur : Ramai dah yang kena dulu, benda ini seolah ada yang memuja lagi di puja lagi kuat, Kalau korang nak tahu perempuan siam dengan orang tua tu adalah bini dan ayah Abg pei.

Aku dan Samad tergamam seolah tak percaya apa yang didengar ,Pak makmur pun beritahu bahawa Abg Pei ni memang ingin jauhkan diri dari orang kampung kecuali orang yang tak dikenali macam kami memang dia agak ramah. Akupun teringat yang dulu tok imam pernah offer kepadaku rumah sewanya, Alhamdulillah rumah sewanya masih belum berpenghuni ,yang bestnya tiada deposit sebab imam kesiankan kami tak dapat deposit dari abg Pei,hujung bulan baru kami masuk ikutkan imam dia beri ja kami masuk awal tapi sebab belum gaji kami jadi malu alah pulak,kami buat keputusan untuk masuk akhirbulan ini.Akhir perbualan baru kami buat bancian ,imam ni ada 3 orang anak 2 orang sudah berkahwin tinggal seorang yang bongsu baru tingkatan 5. kami pun mengundur diri dan mengucapkan terima kasih pada imam jamukan kami makan.

Keluar saja pada rumah ,kelihatan anak pak imam ‘shahril’ baru balik dari solat jumaat berbaju melayu berkain pelikat, Pak makmur pun membebel kerana pulang lewat melepak dulu lah tu ,aku dengan Samad pun ketawa kecil melihat telatah dua beranak tersebut ,hahahah.Dalam perjalanan pulang Aku dengan Samad bersembang pasal orang tua dan perempuan siam adakah benar itu isteri dan ayah abg Pei siapa yang memuja roh mereka.? tiba-tiba Samad pun berkata:-

Samad: Aku rasa abg Pei yang puja kau tengok semalam tangan penuh d***h

Aku : Aku pun rasa begitu dengan masuk hutan malam-malam ,

Samad : tak sah lagi memang dia membela rasa aku patutlah bila kita tanya ja nak mengelak ,Patut tak percaya hantu rupa2 nya dia yang hantu.

Aku : Hahaha apa-apa pun kita tahan lagi seminggu ja lepastu kita blah.

Seminggu yang bermakna buat kami,gangguan seperti biasa ketukan pintu ,budak ajak main ,perempuan menangis ,cuit2 kaki , selesai seminggu kami pun berpindah kerumah sewa , Alhamdulillah tiada gangguan lagi berlaku tidur pun lena sampai bangun subuh pukul 7 pagi hahaha. Setakat itu sahaja kisah hantu perempuan Siam ,mungkin tempat pemujaannya di pokok besar dalam hutan kecil belakang rumah sewa kami dulu ,kesimpulan yang dibuat Abg Pei lah yang memuja syaitan-syaitan tersebut.Sebenarnya masih ada kisah yang terjadi pada Samad berkait dengan orang Asli yang bukan Islam,teruk Samad kena.
Apa-apa pun setakat ini dulu ,kalau nak aku sambung korang komen dulu kalau dapat sambutan aku kongsikan. Sebelum tu aku kena dapatkan kebenaran Samad,kalau Samad izinkan insya Allah aku kongsikan kepada korang. Nak suruh aku gunakan Tajuk Hantu perempuan Siam jugak atau guna tajuk lain?

Assalamualaikum dan terima kasih

Asyraf

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 9 Average: 4.9]

21 thoughts on “Hantu Perempuan Siam: Akhir”

  1. Cerita dah seram dah tapi bila kau buat ayat macam ‘takde esok’ tu, spoil betul. Tak reti guna full stop ke bang? Eh marah pulak kite kihkihkih. By the way, kau guna tajuk lain lah. Karang orang ingat hantu Siam degan hantu OA tu related by blood pulak 😂

    Reply
  2. terbaik. memang saya ternanti2 sambungan dari episod pertama lagi.
    harap penulis ceritakan tentang samad pula ye.

    Reply
  3. Sambunggg laaa lagi.. haaa gunaa jaa Tajuk Pompuan Hantu siam – Samad haa gtu.. sambungg kayhh!!! guee sihh enjoyyy bacaa ceritanyaaa 😂

    Reply
  4. Guna la hantu perempuan siam..senang nak cam..kalo tajuk laen takut x perasan plak..kite kalo da bz..selalu cari tajuk yg da familiar je tuk baca..senang..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.