Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca FS! Ni kali pertama aku tulis cerita ni dekat semua orang. Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kalau cerita aku ini dikongsikan kepada para pembaca. Dah hampir sepuluh kali aku hantar cerita ini tetapi tidak dikongsikan. Jadi inilah yang ke sebelas aku hantar. Aku harap cerita ini dapat dikongsikan kepada semua orang. Aku tak pernah cerita dekat sesiapa. Saudara aku sendiri pun aku tak pernah ceritakan (kawan terdekat dan keluarga tu adalah hehe). Diharapkan anda semua boleh faham dengan apa yang aku ingin sampaikan ni ye. Terlebih dahulu aku nak minta maaf kalau ada salah silap taip atau kekurangan.
Cerita ni dah lebih 5 tahun. Waktu tu banyak kejadian aneh berlaku dekat aku. Tapi aku akan ceritakan satu je lah. Kalau dapat bnyak sokongan nanti aku ceritakan yang lain. Waktu ni aku ada kelas tambahan almaklumlah aku ada peperiksaan besar waktu ni (peperiksaan dirahsiakan hihi). Kelas tambahan ni dia start lepas habis sekolah. Sekolah aku waktu pagi dan lepas tu diberi masa rehat kemudian ada kelas tambahan. Jadi kiranya kelas tambahan ni dilakukan di sekolah juga. Kelas tambahan ni untuk orang yang kekurangan sahaja. Macam orang tu tak boleh score untuk exam besar nanti so dia kenalah ambil kelas tambahan kan? Faham kan?
Aku tak terpilih untuk kelas tambahan tu tapi aku nak juga masuk sebab sahaja nak tambah ilmu. Kalau duduk rumah pun bukan ada apa-apa pun kan ? Jadi aku sibukkan diri aku di sekolah.
Kelas tambahan habis dalam pukul 5:30 petang. Tapi aku sahaja ingin balik lewat sebab tak nak menyusahkan ayah aku lepas balik kerja terus ambil aku. Jadi aku suruh dia ambil aku pukul 6:20 petang macam tu. Biasanya ada orang main bola tapi cuaca tak diinginkan. So takde lah riuh-rendah macam selalu. Time dah mendungkan siapa nak main bola .
Lepas habis kelas tambahan tu aku ajaklah kawan aku Chel (bukan nama sebenar) ambil wuduk dekat tandas. Chel ni bukan islam tapi apa salahnya kan kalau dia teman aku ambil wuduk. Tempat wuduk dia tutup time tu sebab ada pembinaan. Jadi nak tak nak aku kenalah ambil wuduk dekat tandas. Tandas pulak tau2 lah kan. Aku pula jenis pembersih dan biasanya tandas yang bersih tu ialah tandas yang jarang orang guna. Aku pilih tandas tingkat 3/3 . Tandas atas sekali.
Orang kata tandas tu berhantu sebab waktu siang takde sorang pun guna tandas tu. Padan muka aku kena kacau. Nak sangat guna tandas takde orang kan dah kena. Tandas tu ada satu siling yang tak tutup penuh. Means ada satu siling terbuka luas. Dan selalunya hantu keluar dekat situ. Tapi aku selalu guna tandas tu. Mungkin sebab tak terbiasa dah. Mungkin sebab tu juga kot hantu tu ikut aku balik dan kacau aku waktu tu.
Aku dan Chel pergi tandas tu. Time dah mendung jadi kena buka lampu. Pak cik guard pula tak buka siap2 lampu tu. Mungkin tak nak membazir kot. Aku buka lampu tu dengan niat ada lah dapat tengok benda2 . Entah apa2 niat aku waktu tu. Tapi alhamdulliah tak nampak apa-apa yang aneh. Tapi kawan aku sorang ni diam je. Muka dia pun dah lain macam dah. Aku pun malas lah nak tanya dia kan sebab tengok dia diam je aku pun buat tak tau lah. Nanti bila aku tanya dia nanti dia marah nak tak nak dia tak teman aku. Naya aku masuk tandas tu sorang2. Jadi bila dah buka apa semua tu aku ajak lah dia masuk sekali untuk basuh tangan ke muka ke. Tapi dia tak nak. Dia cakap dia nak ambil angin dekat luar.
Aku: Jom lah masuk. Kau masuk dulu
Chel: Tak nak lah. Aku…aku nak ambil angin ha.
Aku: Tipu. Nanti kau tinggalkan aku sorang2 je dalam tandas ni.
Chel: Tak, tak adalah aku nak tinggalkan kau sorang2. Aku teman kau.
Aku: Kau lari siap kau.
Chel: Ye aku tak lari sayang oi.
Aku pun masuk lah tandas tu dan melepaskan sisa buangan dalam badan ini. Masa tengah buka pili air tu aku terdengar orang ketuk pintu tandas aku. Aku rasa mesti Chel tu dah masuk tandas. Jadi aku pun memberitahu dia untuk tunggu sebentar. Lepas tu aku dah siap apa semua then aku buka pintu. Aku nampak dia memang dah masuk tandas and betulkan rambut dia dengan air. Aku pun tak syak apa2 dan buat tak tau.
Masa aku tengah buka kasut nak ambil wuduk tetiba pintu tu terbuka kemudian tertutup. Lepas tu buka dan tutup balik. Aku dah rasa lain macam. Sebab pintu tu besar dan kuat jadi aku fikirlah takkan angin kot nak tolak pintu besar tu. Sekejap je “benda” tu main pintu tu. Dia tengok aku dan kawan aku buat selamba je jadi dia pun berhenti. Aku siap2 dah ambil wuduk tu kawan aku tanya berapa lama lagi aku nak duduk dalam tandas tu. Aku cakap sekejap lepas pakai tudung ni kita keluar dari tandas ni.
Masa siap nak pakai tudung tu aku rasa ada orang perhatikan aku. Aku buat tak endah je sebab dah malas nak layan dia. Orang tua-tua cakap kalau hantu nak kacau kita, kita kena buat tak tahu je sebab nanti hantu tu dia ingat kita tak perasan dan malas nak ganggu kita. Aku pun dah siap pakai tudung kemudian benda tu main lampu pula. Sekejap tutup sekejap buka. Aku dah agak dah benda tu memang nak attention je. Boring lah tu. Aku tengok kawan aku ni dah lain macam dah. Macam nak nangis je.
Aku pun cakap dekat dia bila dah kira sampai tiga kita lari. Dia pun setuju. Aku mulakan kiraan dan sampai kiraan ketiga terus aku pecut dan masa tu tak sempat lagi nak pakai kasut. Masa tengah lari tu kawan aku kata jangan pandang belakang. Aku jenis orang degil pandang juga ke belakang. Nak tau aku nampak apa? Jeng..jeng..jeng.. aku nampak lembaga besar badan tutup macam rambut kemudian rambut dia panjang. Benda tu dia duduk dekat depan pintu yang dia main buka dan tutup tu.
Dia pandang kitaorang lari tak ingat dunia. Kawan aku jerit kat aku sebab aku tengok belakang. Aku tak sangka pula dia perasan aku tengok ke belakang. Lepas kitaorang lari turun ke bawah tu kitaorang nampak pak cik guard nak tutup pintu. Pak cik guard tu tanya kenapa jerit2 dah petang ni dan tak elok anak dara jerit2. Aku pun beritahu lah dia apa yang berlaku dan dia cuma diam sahaja kemudian pergi je. Dia tak cakap apa2 pun cuma senyum je.
Aku dah lain macam dan aku ajak lah kawan aku teman aku je depan surau. Dia tak nak cakap mak dia dah nak ambil dia. Aku macam nak tak nak kena solat juga. Aku solat macam biasa dan doa supaya dilindungi ALLAH S.W.T. Kemudian aku turun ke tingkat paling bawah dan aku tunggu ayah aku dekat pondok pak cik guard tu. Aku tanya dia ada dua orang ke jaga malam ni.
Dia cakap mana ada dan dia sorang je ada dekat sini. Habis tu yang tutup pintu tadi tu siapa? Dia cakap sekolah ni memang keras bila dah petang. Patutlah kawan aku tadi dia tak nak bila aku suruh dia teman aku depan surau. Rupanya dia tak tau yang pak cik guard tu hantu juga. Jadi dalam sehari tu aku jumpa dua hantu. Nasib baik pak cik yang duduk di pondok tu bukan hantu juga. Atau mungkin…
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
“Mungkin sebab tu juga kot hantu tu ikut aku balik dan kacau aku waktu tu…”
Haaa…ni ade bgtau benda tu ikot balik kaaann…
Soo ape dh jadik…???
Sek dlu x pnh plak dgr sek men hakak tu haunted…
Sbb maybe bebudaknye pon lg horror dr diorg soo maleh deme nk menjelma…
Buat penat jer nnt xde sape yg perasan pon gamaknye…
ayat ko kan kak…den perati je….punchline ada di mana2…di kokdiang…baling…kuala terengganu pun ada
Tu sobab eiii diorg x kompemkan betoi2 akk ni KAKLONG KAWASAN yg mane satu…
Sbb tu sesuka suki hakak nk menjelma di mne2 jeerrr…
Hehehehehhe…
Kawasan hulu2 kg org asli pn hakak suke jer…
Boleh mkn si sepit biru selaluuuu…
Makan itu meriangkan…
nak bg kat mana pun den poning palo ni….. bg kat kawasan klang la rare sket…
den raso guard yang kau borak tu pun org misteri juga dik…..hehehe sbb masa hr tu guard dtg lambat
Mcm ade pengalaman jeeerrr ngan GUARD PELESUUUU…
Hahahahahahah…
jangan buat den kantoi kak…..den xnak ingta dah kesah tu bagai….biarlah ia berlalu dengan penuh kekejaman
Sebab kejamlah ianya berulang dgn penuh kasih sayaaaanngggg…
Gituuuu…
pening aku bace cerita ko… pilih la perkataan yang sesuai dan gunakan la tanda bacaan kat tempat yang betul supaya orang mudah faham… patut la sebelas kali…
Ke 11 ayat dah ok sikit tu yg keluar nih..tak pe, bg peluang baiki ayat…heheh
Haah kurang faham cite ni. TertnyaTertnya-tnya jg knpa mak aii bnyk kali nya tulis cerita smpai 11 kali baru keluar. Dah baca baru tahu. Ermmmm -_-
ohhh,,paham dah…patot la kesebelas kali..
berterabur cite
dekah baca komen! ????
Byk ayat nk kena betulkan dik….ada perkataan yg salah letak ni…sbb tu bila bc rasa kucar kacir sket…kalo akak cikgu BM byl dh contengan pen merah ni hehe….jgn marah yer…citer tu cam ok tp serabut sket bila bc….jgn give up tau ..setiap teguran utk kebaikan ..