Teman Berbual

Hai dan selamat malam kepada pembaca FS. Ni first time lah nak kongsikan cerita seram yang pernah aku alami. Ceritanya macam ni, aku ni ada 2 orang kawan, nama Ina dan Nona. Paling lama aku kawan dengan Ina lah. Cuma Nona ni tak sampai sebulan lagi berkawan kira macam Nona ni akak-akak lah kan haha . So si Ina ni dia ada sewa bilik kat area Segamat sebab nak kerja kan. Masing-masing transport pulak tak ada. So aku dengan Nona ni dah declare nak sewa dengan dia, jadi kami bayar sewa sama-sama . Dalam masa yang sama, kami dapat kerja pun kat tempat yang sama.

Masa aku start tidur bilik sewa tu, aku tak ada rasa apa-apa lagi. Tapi si Ina ni adalah jugak cerita benda-benda yang aneh kan. Bilik sewa kita orang ni dua tingkat. So kitaorang sewa kat first floor sebab tingkat atas ada sarang burung ( sekarang tengah ubah suai untuk jadi bilik sewa ). Ina cakap pernah juga dia pernah ternampak satu lembaga dekat tangga menghala ke tingkat dua. Tapi aku macam biasa lah. Aku memang tak percaya sebab aku susah nak percaya benda-benda macam ni. Dekat bilik sewa kita orang ada 5 buah bilik.

First aku masuk, ada family cina stay kat bilik number 5 . Masa tu aku anti gilalah dengan dia sebab pandang kerek semacam kan (sekarang dah pindah tempat lain). Sebelum dia ni keluar, dia ni ada anak dua orang sekolah. Aku suka layan anak dia yang lelaki paling kecik lah. Nak dijadikan cerita, aku dah lali sangatlah dengar kaki budak ni keluar masuk apa semua. Ada satu malam tu, member aku Ina ni bawak kawan dengan pakwe dia lepak bilik. So aku ni jenis pemalu jangan cakaplah. Bila nampak kawan dia dah ada kat bilik, aku terus keluar berdiri depan pintu. Apa yang aku ingat masa tu jam pukul 12.30 am.

Lampu semua dah tutup so aku beranikanlah diri ni duduk luar sebab segan punya pasal. Ina ni pujuk aku suruh masuk then tengah berdebat. Nak tak nak, dia tinggalkan aku kat luar sengsorang. And masa ni jugaklah aku dengar kaki budak dari arah dapur datang dekat aku. Masa tu keadaan dah gelap, aku apa lagi terus masuk dalam. Esoknya aku cerita dekat kawan aku. Diaorang dah pesan awal-awal tapi aku degil tak nak percaya. Tapi masa tu aku berkeras juga, aku bagi alasan itu imaginasi bunyi aku je. Hahaha taknak kalah punya pasal.

Kali kedua pulak, ni memang betul-betul terkena dekat aku sendiri. Aku keluarlah biasa pergi dating je, haha lepas tu aku balik dalam pukul 12 am. Then, dalam kepenatan tu berjalan sana sini, aku punyalah malas nak mandi sebab takot haha. Aku pun paksa diri mandi , tapi sebab penat takde lah rasa takot. Member aku dah tidur masa tu so nak kejut ajak temankan memang taknak lah dia. Kalau dah malam, memang dalam bangunan tu dari depan sampai dapur memang gelap  Bilik air kat bilik sewa tu ada dua, so dekat dalam jamban tu ada kipas angin. Bila bukak suis lampu, automatik kipas angin on sekali. And flush jamban tu pun dah rosak sebab boleh keluar air so bunyinya memang seramlah kan.

Tengah aku mandi kat bathroom tu, aku dengar ada orang masuk bilik air sebelah. Aku biarkan je lah dulu sebab aku taktahu siapa kan. Lepas tu, aku dengar ada orang panggil nama aku, tapi sebijik suara member aku. So aku tegur dia dan cakap, “kau buat apa kat sebelah, bukan kau tidur ke?”. Tapi serius beb bila dia balas jawapan aku suara dia lembut gila, sebab aku tahu suara kawan aku ni riuh sikit. Dia cakap, “aku sakit perut, kenapa tak ajak aku”. Masa tu aku tak syak apa-apa lah kan, aku cakap, “kau tidur macam mana aku nak kejut. Weyy hati-hati ada orang tengah tengok kau tu. Hahahaha”. Lepas tu benda tu boleh pulak cakap, “takda, kau tu kena jaga jaga”. Serius , masa tu terus senyap tapi aku dengar air paip keluar kat sebelah.

Lepas tu bila aku siap mandi, aku tengok kat sebelah takde orang tapi paip air terbuka. Kau rasa? Lagi terkejut bila aku masuk bilik, tengok member aku tengah tidur tapi takda rupa macam orang tersedar pergi bilik air. Masa tu aku mengucap panjang, aku kejut kawan tu. Aku tanya dia ada pergi bilik air tak, lepas tu borak dengan aku . Dia boleh kata takda sebab dia dah penat memang takkan tersedar. Aku pun cerita dekat dia. Dia kata tu memang dah biasa tu siap pesan kalau mandi malam rajin-rajin tengok tangki air kat atas. Masa tu aku dah pikir mungkin sebab aku tak percaya sangat semua ni walaupun aku dah kena. Untuk sekarang dah buat biasa je kalau dengar something yang pelik. Tapi tetap berdegil balik lambat terus tidur.

Jadi aku nak pesan dekat korang, jangan keraskan hati yang korang tak caye or takot, nanti jadi macam aku .. Hahahahaaa

Leave a Reply

5 Comments on "Teman Berbual"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
punel

Sebenarnya xbrapa phm yg ats2 tu.. rumah ke bilik??’

zzy

part plingg seram yg msa mandii tue,srius seram gilaa …

Karipap Kentang

Dek non, dulu-dulu sekolah dari SJK ke…? Olahan bahasa tunggang terbalik. Payah nak faham dari perenggan pertama, sampai perenggan akhir.

Jemah Jenaka

kenapa pakwe dia dtg jam 1230am?

Langsat

korang yg buat benda tak senonoh, bawa masuk kawan ngan pakwe dlm bilik la hape,balik dating tengah malam……….mana akidah hangpa..pasai tu dok kena kacau

wpDiscuz