Assalamualaikum dan salam sejahteran kepada semua pembaca-pembaca yang adal dalam fiksyen Shasha. Aku kenalkan nama aku sebagai Sue (bukan nama sebenar). Apa yang ingin aku kongsi di sini adalan berkaitan cerita aku dan anak sulung aku yang dikenali sebagai A. Maaf sekiranya cara penceritaan aku kurang menarik.
Sejak kecil anak aku ni seorang yang senang dijaga, cuma ada masa-masa tertentu atau tempat-tempat tertentu dia akan menangis seperti ketakutan. Waktu di masih kecil atau bayi, aku memang tak tahu dia ada kelebihan lain sehinggalah dia berumur 1 tahun. Uniknya si A ni sejak dia berumur 1 tahun dia dah pandai bercakap dan langsung tak pelat. Itulah salah satu kelebihan yang ustaz bagitahu aku kiranya anak itu seorang yang istimewa.
Sejak si A boleh bercakap, dia selalu berborak-borak seperti tengah main dengan seseorang. Aku anggap benda tu normal akan tetapi banyak perkara mistik yang selalu jadi dalam hidup aku. Pernah ketika aku habis pantang, aku pantang di rumah keluarga aku di Pantai Timur. Dalam perjalanan kami nak ke Selangor, dalam jam 1 pagi lebih kurang, tayar kereta suami aku pancit di tengah-tengah hutan. Dan bila tukar tayar baru, baru naik 5 minit tayar tu pun pancit teruk. Tapi bukan kisah ni yang aku nak kongsi.
Berbalik kepada kelakuan anak aku, dia selalu bermain sambil berborak dan sampailah sewaktu dia umur 2 tahun. Aku rasa anak aku makin pelik, jadi aku bawa anak aku pergi berubat. Alkisahnya sewaktu aku dan suami bawa anak aku ke sebuah kedai makan, tengah syok tunggu makanan anak aku pun bagitahu suami aku, “Papa ada apa di meja tu, macam ada asap banyak je”.Aku dah mula x sedap hati dan lepas makan aku ajak terus suami aku balik. Dalam perjalanan balik, anak aku cakap benda yang di kedai tadi ikut kita la papa, ada kat atas kereta ni. Bila sampai di rumah, suami aku tak bagi masuk terus, kami lepak-lepak dulu sampailah anak aku cakap benda tu dah tak ada.
Disebabkan benda yang jadi tu, aku bawak anak aku jumpa ustaz. Ustaz ni dah tunggu aku awal2, tapi tunggu di rumah saudara aku. Bila sampai je nak masuk rumah saudara aku, anak aku terus menangis.Katanya ada abang kat situ sambil tunjuk di suatu sudut. Ustaz dan mak ustaz tu yang akan cuba bantu aku malam tu. Sebelum ustaz jumpa anak aku, kami semua ke dapur sambil borak-borak dengan mak ustaz. Tiba-tiba anak aku datang cakap, “mama, abang tu ajak A keluar rumah”. Saudara aku yg ada kat situ terus tanya, mana abang tu? Cuba panggil dia datang jumpa aunty. Lepas tu anak aku terus ke sebuah sofa yang ada di ruang tamu sambil tangan dia mcm tarik tangan seseorang dan ckp, “ni abangnya”. Masa tu aku sendiri terkejut tapi rupanya mak ustaz cakap memang ada sorang budak yang dah ikut anak aku. So mak ustaz tu dah nampak awal-awal lagi sejak ktorg sampai sana. Bila ustaz ubatkan anak aku, ustaz bagitahu yang anak aku mmg ada kelebihan, boleh nampak sesuatu yang tak nampak. Biasalah benda-benda macam ni akan ganggu sesiapa yang boleh nampak. Banyak kali juga aku ulang alik pergi rumah ustaz untuk pantau anak aku dan keadaan anak aku.
Dan suatu hari bila mana anak aku teruk diganggu sewaktu di rumah aku. Selepas mahgrib, tiba-tiba dia meraung menangis ketakutan yang teramat. Macam-macam aku cuba tapi x boleh. Kali ni yang paling teruk anak aku trauma sebab lepas hari kejadian, dia x bercakap langsung. Mata x berkelip, langsung x ada respon. Mungkin sebab terlalu takut dan semangat dia dah lemah. Aku bawak anak aku jumpa ustaz yang sama.Bila sampai rumah ustaz, ustaz pulihkan semangat dia, bagi dia minum air ruqyah. Dan sejam selepas tu, bila semua dah okey, ustaz pun tanya pada anak aku apa yang dia nampak.
Masa ni anak aku bagitahu ustaz yang dia nampak ada perempaun rambut panjang, gigi panjang dan ada darah pada baju dia. Katanya benda tu marah dia dan ikut dia. Rupanya masa aku ke rumah ustaz tersebut, benda tu pun ikut anak aku sekali tetapi dia hanya duduk di luar rumah ustaz sahaja. Sehinggalah sekarang anak aku dah hampir umur 6 tahun, anak aku masih mampu melihat benda-benda yang tak mampu dilihat oleh mata kasar kita. Cuma sekarang dia dah tahu beza mana satu manusia mana satu bukan manusia. Tapi masih ada rasa takut dalam diri dia sebab kadang-kadang kalau aku duduk dalam bilik, dia akan minta aku teman dia di ruang tamu. Dan sampailah sekarang aku terpaksa jadi berani bila dia bagitahu ada benda di tempat-tempat tertentu.
Semoga Allah sentiasa lindungi anak aku dari segala anasir-anasir jahat. Terima kasih FS sudi siarkan cerita aku.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
citer ni kn dh upload.pehal byk kli plak up
Pasal tayar pancit tu?knp pulakkk??
anak saudara aku pun mcm tu… dah buat mcm2 tapi tak jadi… akhirnya atas nasihat seseorang, maknya pegi la cari celak arab dan dibacakan ayat pendinding pada celak tu. hari2 mak dia celakkan dan calitkan di kening dan antara dua kening kiri dan kanan disambung dgn celak. tp tak la sampai hitam pekat celak antara dua kening tu. lama2 hijabnya makin tertutup dan Insya Allah akan sembuh sendiri.