TERAKHIR!

Assalamualaikum semua readers FS. Harap sahabat semua sihat-sihat belaka. Sebelum itu, aku minta maaf sangat-sangat sebab menghilangkan diri selama ini. Seingat aku kisah akhir yang aku hantar pada FS tajuknya “RACUN BERDURI”. Jadi untuk post kali ni, aku nak kongsi sedikit kisah apa yang dah terjadi dekat aku selama aku menghilang.

Buat pengetahuan korang semua, aku masih lagi tinggal dirumah yang ada gangguan bunian itu. Aku juga masih lagi diganggu oleh makhluk tu. Kisah yang aku post dahulu yang bertajuk “Gangguan Belum Berakhir”. Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh baca balik kisah kat situ. Kalau dulu aku banyak lepak(tidur) kat office. Sekarang aku lebih selesa tinggal di rumah sahaja.

Aku dah tak larat nak angkut barang-barang bawak pergi office. Jadi aku mengalah! Kenapa aku mengalah? Sebab benda tu dah mula ikut aku ke mana sahaja aku pergi, termasuk tempat aku bekerja yang mana tempat tu dah aku anggap rumah kedua aku.

Ada sekali tu bila aku pergi ke rumah angah dengan mak dan abah, tiba-tiba anak angah menangis. Mata melilau ke atas macam takutkan sesuatu. Pujuk punya pujuk tak jalan. Angah panggil ustaz untuk lihat apa-apa yang patut. Kemudian ustaz tu bagitahu ada benda dah ikut aku. Aku masa tu memang tak sedap badan macam nak demam je. Ikutkan memang malas nak pergi ke rumah angah, tapi sebab ada abah ajak, aku ikutkan ajelah. Tau-tau ada benda ikut aku pula.

Benda apa yang ikut aku? Bunian! Kata ustaz benda ni ikut aku dari rumah. Masa ustaz scan, ustaz bagitahu ada dua orang budak ikut aku, seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Kerap juga diorang ikut aku. Itu pun aku sedar bila terserempak dengan diorang masa aku lepak kat office sorang-sorang. Tapi sebab dah terbiasa nampak, aku dah boleh lalui dan hadap benda ni dengan tenang. Sejak tu aku dah fedak dah. Lantaklah nak kena kacau pun. Pergi mana-mana pun, dia akan ikut dengan aku tanpa aku sedarinya.

Adakalanya, aku tak faham kenapa benda ni sampai ikut aku. Budak-budak ni nak apa? Nak gula-gula kah..?? Haha.. Aku takde pula buat perjanjian dengan benda ni. Kalau boleh aku tak nak ada kaitan langsung dengan benda ni. Hari-hari aku mengaji dan hafal beberapa surah yang ustaz bagi sebagai pendinding diri. Nak kata saka, aku dah buang saka tu dah lama dah. Sepatutnya aku dah elok dah. Tapi tak! Makin teruk! Sangat teruk! Mata aku makin jelas dapat lihat setiap makhluk ghaib yang ada di muka bumi ni. Kalau tempat tu keras, aku dulu yang nampak benda yang menghuni disitu. Aku dulu yang kena.

Pernah sekali tu, aku separuh lembik sebab nak lawan benda tu dari masuk dan kawal tubuh badan aku. Kejadian tu berlaku masa aku pergi bercuti dengan keluarga. Kat mana tu, biarlah aku rahsiakan. Pada malam tu, lepas shopping sakan, kitorang nak balik ke hotel pastu ternampak pula pasar malam. Meriah je. Alang-alang dah lalu, jadi kitorang pun singgah sebentar konon nak belilah makanan sikit untuk bawak balik ke hotel.

Keluarga aku relak je membeli. Tapi aku dah rasa lain macam. Rasa apa? Rasa tak sedap hati. Sepanjang ada kat situ, hati aku berdebar-debar sampai aku tak boleh nak berdiri dengan elok. Pelik! Kekadang jadi sesak nafas pun ada juga. Tetiba aku rasa berat je nak berdiri. Tapi aku gagahkan juga waktu tu. Tak naklah tertumbang tengah jalan. Dahlah ramai orang.

“Ehh, ko nak apa-apa tak? Dari tadi diam je!” soal Angah.

“Belilah apa-apa pun. Aku ikut je. Aku nak balik cepat!” balas aku dalam nada sedikit marah. Waktu tu hentah kenapa aku tetiba naik angin. Rasa nak mengamuk je. Dah start jadi baran balik.

“Angah tanya je, asal marah-marah ni?” Aku sekadar berdiam diri.

Selesai beli, aku cepat-cepat masuk dalam kereta sebab hujan mula turun. Masa dalam kereta, aku dah rasa nak muntah. Rasa loya. Tapi takde apa pun yang keluar. Kekadang rasa sebak dan sedih. Dada aku rasa membahang. Panas seperti terbakar. Aku bertahan sehingga kitorang selamat sampai ke hotel. Masa tu laa, mak nampak aku lain macam.

Sampai dalam bilik hotel, aku cepat-cepat cari air mineral. Aku rasa panas sampai berpeluh-peluh. Masa tu laa mak suruh aku baca ayat kursi tapi waktu tu mulut aku seakan-akan terkunci. Aku tak dapat baca dengan betul. Aku rasa lidah seperti mengulung. Apa aku baca semua jadi salah. Masa tu aku dah rasa dan perasan ada sesuatu dah ikut aku. Ada yang tumpang dalam badan aku. Sebab aku seakan-akan separuh sedar, sepertinya macam ada sesuatu yang akan ambil alih badan aku bila-bila masa je. Ada benda nak kawal badan aku. Benda ni cuba buat aku jadi lemah dan tak sedarkan diri. Abah muncul hulurkan aku segelas air dan suruh aku minum air yang dah dibaca beberapa surah Al-Quran.

Aku sekadar mengikut. Selepas minum aku cepat-cepat berlari ke bilik air. Aku tiba-tiba termuntah. Masa aku tengah muntah di bilik air, achik bagitahu dia ada nampak benda serba putih tinggi duduk di sebelah aku. Kemudian benda tu ghaib dan hilang macam tu sahaja. Barulah aku rasa normal balik ke asal. Lepas bersihkan diri aku terus tidur sebab kepenatan. Penat berlawan tenaga dan bertahan sepanjang kena dengan benda yang aku sendiri tak pasti benda apa yang dah ikut aku balik.

Keesokkan paginya, angah dengan achik bagitahu yang diorang ada singgah semula kat tempat pasar malam, pada pagi tu.

“Patutlah ko buat semalam.” bagitahu angah.

“Apasal? Kenapa angah?”

“Sebelah kat tapak pasar malam tu ada kubur lama. Penuh batu nisan!” terang achik pada aku.

Fahamlah aku yang tempat tu ada penunggu. Sebab tu aku mudah terkena. Pagi tu juga kitorang paking barang-barang untuk balik. Dalam seminggu juga aku ambil masa untuk pulih balik. Aku tak henti-henti baca dan hafal beberapa surah sampai aku pulih sepenuhnya.

Namun pulih je aku dari kesan gangguan tu, aku kena ganggu pula dengan bunian di rumah aku sendiri. Gangguan macam mana?

Kejadian tu aku alami dalam bilik tidur aku sendiri. Masa tu memang dah lewat malam, tapi aku masih lagi belum tidur. Lagi pula aku dah terbiasa tidur lewat. Kalau kat rumah, akulah yang selalu jadi ‘burung hantu’. Tatkala semua ahli keluarga aku sudahpun dibuai mimpi, aku masih lagi hanyut dengan video games. Tengah main sorang-sorang, tetiba terasa haus. Jadi aku pergi turun ke bawah dan cepat-cepat menuju ke arah dapur. Selesai tuang air dalam gelas mug, aku bergegas naik ke atas nak sambung main balik.

Namun sesampai je aku kat depan pintu bilik aku, aku nampak ada berbola cahaya putih berlegar-legar kat atas katil aku. Kemudian cahaya putih tu menjelma seorang perempuan berpakaian serba putih. Sangat cantik dan menawan. Sukar untuk aku gambarkan rupa wajah perempuan tersebut. Wajahnya bersinar dan bercahaya. Aku dari tadi perhati je dari luar pintu bilik aku. Separuh membeku kehairanan. Pelikkan..? Kalau ada diantara korang yang pernah bertembung atau terlihat benda ghaib ni pasti tahu bagaimana rasa seram sejuk tu, hingga bulu roma pun dah naik meremang. Nak baca surah pun dah terkunci mulut sehingga tak tahu nak buat apa. Hanya mampu terdiam membeku.

Namun benda tu macam tersedar akan kehadiran aku disebalik pintu bilik tidur aku sendiri. Terus perempuan yang berpakaian serba putih tu ghaib secara tiba-tiba. Kemudian muncul asap atau kabus kecil dan bertukar menjadi seekor kupu-kupu. Kupu-kupu coklat tersebut terbang ke arah siling rumah dan terus ghaib. Aku yang masih kebingungan di depan pintu terus tak berani nak masuk ke dalam bilik tersebut. Sempat pula aku bersila kat depan pintu sambil hirup air didalam mug yang aku pegang tu sampai habis.

“Apa yang aku nampak tadi? Mimpikah aku?”
Bisik hati kecil aku sendirian. Sangat jelas apa yang aku lihat.

Tiba-tiba achik keluar dari bilik dia. “Ehh! Ko kak, apahal bersila depan pintu ni? Terkejut aku malam-malam buta ni. Ko okeh tak ni?” soal achik.

“Ok! Bereh je bos! Saje lepak sini jap. Hehe!” tipu aku. Aku lihat achik geleng kepala. Cepat-cepat aku masuk ke dalam bilik. Malas nak bersoal jawab dengan achik. Bagi aku lebih baik aku rahsiakan semua ni dari pengetahuan adik-adik aku. Aku taknak takutkan diorang semua. Lepas raya ni tinggal aku sorang ajelah kat rumah ni bersama dengan mak dan abah. Angah pula lepas kahwin dah ada anak dan bini dah tak tinggal serumah dah dengan kitorang. Angah dah ada rumah sendiri. Achik pula lepas raya dah mula sambung belajar. Acu pula tinggal kat asrama.

Aku? Masih lagi diganggu dengan benda ni. Bukan tak berubat, dah puas berubat masalah tetap sama juga. Aku masih lagi nampak benda ghaib ni dengan jelas. Kenapa? Kenapa aku yang dia pilih? Kenapa dia perlu muncul bila aku bersendirian? Kekadang aku mimpi pergi ke tempat diorang. Korang bayangkan la aku start mimpi dari pagi lepas solat subuh, kemudian hentah macam mana aku terlelap sekejap. Sedar-sedar kat maghrib dah. Padahal aku rasa cuma terlelap sekejap je.

Dalam mimpi tu aku siap naik rakit kayu lagi nak pergi kat tempat diorang ni. Kalaulah aku terjatuh dalam air paya tu, tak pasal-pasal aku lemas. Dah la aku tak pandai berenang. Kalau benda ni terjadi, mesti roh aku tak dapat balik, kang? Mujurlah benda ni tak terjadi. Risau! Risau sangat, apa lagi yang akan aku tempuhi lepas ni. Bertahankah aku dengan semua ni? Aku sendiri tak tahu bilalah semuanya ni akan berakhir. Sampai sekarang, ia masih mengganggu aku.

Aku sebenarnya dah bosan dengan semua gangguan ni. Aku nak hidup macam orang lain. Kalau boleh biar mata aku tak nampak lagi rupa mahkluk ghaib ni. Aku nak sembuh! Nak bebas! Kekadang aku selalu mengeluh. Bila semua ni nak habis? Tapi aku silap, aku sedar kalau semua ni yang berlaku mesti ada hikmah disebalik dugaan yang Allah berikan ni. Kalau difikirkan balik, disebabkan gangguan ni la aku boleh hafal beberapa surah-surah panjang. Secara tak langsung aku dah dekatkan diri dengan Allah. Aku yakin satu hari nanti, aku akan sembuh! Sembuh dengan izin Allah!

Mungkin sekadar ni je yang dapat aku kongsikan buat korang semua. Aku sendiri pun dah lama tak menulis. Mungkin akan ada cacat cela dalam penulisan aku kali ni. Mungkin kurang menyeramkan. Maaf ye korang! Mungkin kali ni adalah cerita terakhir aku. Mungkin aku dah tak muncul lagi lepas ni. Terima kasih admin FS sudi terima semua kisah-kisah yang di hantar oleh saya selama ni. Terima kasih juga korang sebab sudi baca dan beri komen-komen yang baik untuk aku perbaiki setiap kesilapan sepanjang aku mengarang ni.

Sebelum berundur ada sedikit perkongsian ilmu untuk korang semua. Ini ilmu yang terakhir aku kongsikan buat korang. Harap korang boleh guna sebaik-baiknya. Kalau korang rasa kebas satu badan atau sebelah tiba-tiba rasa lenguh-lenguh bahu ke atau kat tempat lain-lain, korang boleh amalkan ayat kursi sebanyak 17x. Dan gosok lembut kat tempat korang sakit.

Selain itu korang boleh amal 2 ayat terakhir ayat kursi. “walaya’ uduhu hifzuhuma wahuwal aliyyul adzim” sebagai ayat pembakar jin.

Kalau nak belasah jin atau gangguan luar, korang boleh baca sambil tepuk-tepuk manja kat tempat yang sakit. “Wa iza batashtum, batashtum jabbarin” (Dan apabila kamu menyiksa, maka kamu menyiksa sebagai orang-orang kejam dan bengis.)
[QS. ASY SYUARA 26:130]

Kalau untuk buka ikatan sihir pula, korang boleh amalkan surah Al-Falaq sebanyak 77x. InsyaAllah ikatan sihir kita mudah terbuka atau senang cakap sihir tak menjadi.

Yang best sekali, aku kasi korang tip untuk korang amal setiap hari. Baca 3x pagi dan 3x petang untuk jaga badan dan kesihatan korang. Lebih-lebih lagi bila korang dah kena gangguan luar. Mesti jadi lemah dan tak bertenaga. Jadi aku sarankan korang boleh amal bismillah tujuh ni.

(Bismillah Tujuh)

Bismillahi fii ruuhii
(roh-ku)
Bismillahi fii jismii
(badan-ku)
Bismillahi fii damii
(darah-ku)
Bismillahi fii lahmii
(daging-ku)
Bismillahi fii ‘asbii
(urat-saraf-ku)
Bismillahi fii jildii
(kulit-ku)
Bismillahi fii ‘azh mii
(tulang-ku)

Itu je yang dapat aku kongsi buat korang semua. Korang boleh amal dengan mudah je. Semua ayat kat atas semua basic yang selalu kita hafal. Macam adik aku cakap, bab-bab hafal menghafal ni baginya seperti kacang je. Mudah sangat, korang pun mesti lagi terrer. Jadi buat korang semua aku ucapkan selamat berpuasa dan jaga diri elok-elok. Harap doa-doa yang aku kongsi ni, sedikit sebanyak boleh membantu korang bila terkena gangguan luar.

“Laisa la ha min dunillahi kastsyifah”
(tidak ada penyembuh selain dari Allah)

“Allah yuftah alaikum”
(semoga Allah membuka jalan kepada kamu)

#sibaran- TERAKHIR.

#Sibaran
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

11 comments

  1. Jalan cerita yang mudah difahami, olahan ayat lengkap. Sedikit unsur keseraman dalam cerita. Puji sikap penulis dengan berkongsi beberapa tips diakhir penceritaan.
    Kesaraman – 6/10
    Tips – 8/10

  2. Pasar Malam Batu Ferrenghi ke? Kat depan Golden Sands tu ada perkuburan Islam.
    Masa stay situ kena ganggu mcm Kak Pon nak dtg cekik. Besok terus demam panas.

  3. Saya sarankan adik ni jgn suka tido lewat malam main games..tido awal..mengaji lps maghrib…pasang surah rukyah sebelum tido sampai pagi dan bangun tahajud..mengaji dan berzikir..bunian yg ikut ni tentu bukan islam tu sebab leh tertidur dr lps subuh sampai maghrib…kdg2 jgn terlalu berharap pd perawat Islam tp ampuhkan diri sendiri dgn ibadah2..moga sembuh

  4. Hidup & Mati bukn ditangn si sihir. ..cepat & Lambat Pasti Mendapat..Kita tnggu dan lihat.berdepan lah bru lah TEPAT..ni main belakang2…bnyk lg bnde boleh diBELA..syaitan jugak yg dipuja.. Physco physco..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.