Terkena Lagi

Assalamualaikum dan hai. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kat admin sebab post cerita aku sebelum ni yang bertajuk, ‘Pengalaman Seram di Rumah Sewa’. Kali ni aku nak share lagi antara kejadian lain yang berlaku di rumah sewa tu. Banyak sangat gangguan sampai aku tak tahu nak cerita yang mana. Btw jangan risau sebab cerita aku takkan bersambung, hahaha.

Cuti pertengahan semester, kami semua tak balik kampung sebab kena siapkan banyak assignments dan kena re-do drawings. Padan la muka kau kan bila drawing kena reject. Malam tu, seperti malam-malam yang lain kedengaran bunyi yang tidak disenangi dari atas siling. Kami buat tak endah je lah sebab masing-masing tengah serabut. Kat lantai dah penuh dengan modelling board, drawing board, barang-barang model, dan laptop. Minggu depan lagi banyak presentation nak kena hadap. Nak kejar dateline hantar projek lagi. Cari idea crits lagi. Stress.

Aku ke dapur sebab tetiba rasa lapar. Tengah duk tercari-cari makanan kat dalam peti ais, aku dengar bunyi bising dalam bilik belakang. Bunyi macam benda berlari-lari dan terlanggar barang. Bilik belakang tu berhadapan dengan dapur, jadi aku boleh nampak pintu bilik tu dari tempat aku berdiri. Aku pandang bilik tu. Lama. Bunyi tu semakin kuat. Makin lama makin galak pulak ‘dia’ bermain, macam sengaja nak tarik perhatian aku. Aku panggil Que yang tengah buat kerja kat ruang tamu. Bila Que datang, aku cerita kat dia pasal bunyi kat dalam tu, masalahnya dia tak dengar sebarang bunyi pun.

Perlahan-lahan Que pulas tombol pintu. Pantas aku halang dia. “Weii tak payah la bukak, kita usha dari luar dah la”, aku dah start cuak, dia ni pun berani sangat apehal? “Alahh, entah-entah kucing je kott, aku paling tak suka kucing main dalam rumah”. balas Que . Tak faham aku macam mana dia boleh fikir positif lagi. Aku yakin sangat bukan kucing kat dalam, tapi aku iyakan je lah sebab memang dah banyak kali jugak kucing jiran sebelah curi-curi masuk dalam rumah kami. Dan orang yang selalu bergaduh dengan kucing tu tengah berdiri kat sebelah aku ni.

Bila aku diam, Que terus bukak pintu. Senyap. Aikk, tadi bukan main bising lagi. Sekarang ni sunyi sepi je. Aku on kan suis lampu. Tak ada apa yang aneh, posisi barang pun masih sama cuma tingkap je terbukak. Hairan juga macam mana boleh terbukak sebab rasanya tingkap bilik ni rosak dan tak boleh dibuka. Baru je aku melangkah ke arah tingkap, angin kuat tiba-tiba datang dari luar padahal kat luar tu tak nampak tanda-tanda nak hujan pun. Masa tu jugak macam ada orang tolak pintu dengan kuat. Kami pandang ke arah pintu. Pelik sebab aku dan Que langsung tak tolak pintu. Pintu pulak dah terkunci. Pintu ni memang dah sedia rosak pun sebab bila ditutup, dia akan terkunci dan tak boleh bukak dari dalam. Aku telan liur. Que pandang aku dengan riak, ‘kita nak buat apa ni?’. Aku hanya balas pandangan dia tu dengan riak, ‘semua ni salah kau, salah kau sebab bukak pintu. salah kau!’.

Que macam dah malas nak layan aku, dia try nak bukak pintu sambil panggil yang lain kat luar. Tapi takde seorang pun yang menyahut. Aku hanya berdiri kat situ sambil perhati je tindakan dia. Meremang seluruh tubuh aku bila terdengar bunyi cakaran dari bawah meja belajar. Meja tu betul-betul kat tepi tingkap. Ni yang aku lemah ni. Angin kat luar pulak makin kuat bertiup, makin seram sejuk aku kat situ. Aku pandang Que. Dia masih berusaha nak bukak pintu. Waktu tu jugak aku rasa macam ada orang lalu kat sebelah dan langgar bahu aku. Aku dah makin takut, aku pergi kat Que dan pegang kemas hujung T-shirt Liverpool dia. Nasib baik aku tak terpegang tangan. Terus dia pandang aku dengan muka terkejut bercampur bengang.

“Kau tak dengar ke?”, aku tanya dia.

“Dengar apa? ” soal Que pulak.

Aku tak jawab soalan dia, aku hanya buat isyarat suruh dia tengok ke arah meja belajar. Que pergi ke arah meja. Aku ikut je di belakang, masih pegang kemas hujung baju dia. Bunyi cakaran tu masih ada, tetapi reaksi dia tetap biasa. Memang sah dia tak dengar pun bunyi tu.

“Haa tak ada apa-apa kan. Kau jangan main-main lah. Sekarang duduk jauh-jauh sikit boleh? Aku pulak yang seram dengan kau ni”. Ehh sempat lagi dia ni. Suka hati kau lah tak nak percaya. Aku dah la tengah takut, kenapa aku je yang asyik kena ni. Bila dah takde cara lain, kami decide nak pecahkan je tombol pintu. Kalau Pak Cik Ripin nak marah ke nak mengamuk pun kami dah tak kisah. Lagi haru duk dalam bilik ni lama-lama. Macam–macam cara kami buat, tapi tetap tak berjaya.

Tiba-tiba pintu terbukak dari luar. Paan tengah berdiri depan pintu, muka dia jelas terkejut tengok kami kat dalam. Aku dah marah dia sebab lambat bukak pintu, dah la takde sorang pun yang menyahut masa kami panggil tadi. Lepastu Paan bagitahu, diorang tak sedar pun yang aku dan Que terkunci kat dalam, tak dengar langsung suara dan ketukan tadi. Dia buka pintu ni pun sebab kebetulan nak ambik barang dalam bilik ni.

Aku dah tak peduli. Yang penting aku dapat keluar dari bilik ‘puaka’ ni. Rasa lapar tadi pun dah hilang, sekarang ni aku nak sambung buat kerja. Baru je aku nak blah dari situ, Paan panggil aku dan Que dengan suara cemas. Sampai kat sana, Paan tunjuk ke arah bawah meja belajar. Bawah meja tu ada bangkai tikus dengan isi perut yang dah terburai dan darah masih penuh kat badan. Macam baru je mati. Dalam rumah ni tak pernah ada tikus, takkan kucing yang bawak. Tadi aku tak nampak apa-apa pun kat situ. Bau busuk dah memenuhi ruang bilik. Tanpa banyak soal, kami terus buang bangkai tu dan bersihkan bilik. Walaupun banyak persoalan dalam kepala, aku diamkan je. Malas dah nak layan benda-benda macam ni.

Disebabkan dah tak ada mood nak buat kerja, aku terus masuk bilik. Aku tengok Mirul dan Aniq masing-masing dah lena. Baru pukul 2.30, awal lagi nak tidur jadi aku capai handphone dan bukak media social satu persatu. Tengah duk stalk crush aku , Que masuk dalam bilik dengan muka serabut gila. Dia cakap nak pinjam laptop aku kejap, sebab laptop dia tetiba buat hal. Dengan printer sekali dia angkut ke dalam bilik. Dia letak printer dan kertas A4 kat atas meja kecik sebelah katil aku. Aku senyum je bila dengar dia membebel, kali ni printer pulak buat hal. Kertas asyik tersangkut je, bila check tak ada apa yang rosak. Bila dah lama sangat printer ‘jammed’, Que cakap kat aku dia nak tidur dulu, nanti dia akan bangun balik. Dia ambik bantal dan terus baring kat bawah. Tak perlu tunggu lama, kejap je dah masuk alam mimpi.

Tak lama lepastu, printer tu dah okey balik. Smooth je kertas keluar semua. Lepas dah habis kertas keluar, aku nak check la kot kot ada yang tertinggal ke apa. So aku ambik dan susun elok-elok kat tepi. Menggigil tangan aku bila tengok kat kertas tu penuh dengan tulisan siam. Apa benda pulak ni? Sejak bila pulak Que belajar bahasa siam. Lagipun ni macam tulisan tangan je. Dengan penuh curiga aku pergi check kat laptop, memang pelik sebab kat laptop terpampang proposal dan design yang Que nak print. Tapi yang keluar di printer lain. Apa pulak game ‘dia’ kali ni?

Aku kejut Que, aku cerita semua kat dia. Dengan muka mengantuk, dia terus kemas semua barang-barang dia. Kertas-kertas yang penuh dengan tulisan yang kami tak faham tu dia kumpul dan bakar kat belakang rumah. Agak cuak juga bila tengah bakar kertas tu kami terhidu bau yang sangat busuk. Bakar kertas je pun, tapi bau dia macam bakar mayat.

Sebelum tidur kami buat solat hajat dan pasang semua lampu kat rumah. Aku pulak tak dapat tidur, baru je nak lelap terasa ada tangan sejuk sentuh kaki. Sudahnya aku paksa Que dan Apih sembang dengan aku sampai ke subuh. Paan pulak langsung tak boleh harap, tengah duk bersembang pun boleh tertidur.

Esoknya, awal-awal pagi kami dah bersiap nak ke majlis kahwin kakak Paan kat Baling, Kedah. Sekali lagi kami jumpa bangkai anak kucing kat depan pintu. Keadaan dia sama macam bangkai tikus semalam. Isi perut terburai dan dipenuhi darah. Masing-masing dah tak sedap hati, tapi acah-acah berani je semua. Lepas dah bersihkan kesan bangkai tu, kami terus bertolak ke Baling. Tak tahan dah nak duduk kat rumah ni lama-lama.

Perjalanan hari tu berjalan lancar. Tak ada apa pun yang berlaku. Lepas dah selesai semua majlis, kami terus bertolak pulang. Waktu on the way balik, Que yang drive. Dah dekat pukul 11 malam, jauh lagi nak sampai rumah, dia tetiba mengadu sakit atas tengkuk dan rasa mengantuk sangat. Aku fikir sebab dia berjaga sampai pagi semalam, jadi Aniq pulak yang drive. Que beralih duk kat belakang, sebelah aku. Aniq awal-awal dah pesan supaya yang lain jangan tidur, kena temankan dia sampai ke rumah.

Masa kami berhenti kat RnR, aku kejut Que nak ajak dia pergi makan. Bila dia bangun, aku perasan mata dia dah merah. Aku fikir sebab dia mengantuk sangat, jadi aku buat tak tahu je. Tapi bila dia pandang aku dengan muka bengis dan tak puas hati, aku dah cuak. Aku tinggal je dia kat situ sorang2. Nanti aku tapau la apa-apa kat dia. Keadaan dia berterusan macam tu bila aku dah selesai makan.

Aku ingat dia ada masalah ke apa, sebab tak pernah dia tunjuk perangai macam ni. Gaduh dengan awek pun tak pernah moody. Dia diam je masa kami bercakap, aku dan yang lain pun dah tak berani nak tegur. Last-last tinggal Aniq sorang, kami pun tertidur jugak sebab dah bosan tak boleh nak bersembang.

Bila dah sampai rumah, ingatkan keadaan Que dah okey. Rupanya makin teruk. Malam tu dia langsung tak boleh tidur sebab sakit kepala yang kuat. Seperti yang aku alami malam sebelumnya, kali ni dia pulak yang rasa ada tangan sentuh kaki dia waktu tengah tidur. Bila tersedar, dia nampak ada seorang perempuan tua di hujung katil. Dia tengah pandang dia dengan muka menyeramkan. Aku sendiri tak tahu nak describe macam mana facial expression ‘benda’ tu. Dia sorang je yang nampak sebab masa dia panggil aku, aku tak nampak apa-apa pun kat depan dia.

Perkara ni berlarutan selama seminggu. Setiap kali makan dia akan muntah dan sakit kepala yang kuat setiap hari. Paling teruk, bila dia muntah keluar darah. Bila pergi hospital, result dia tak memuaskan hati aku. Doktor cakap maybe sebab dia stress, dan batuk berdarah tu sebab paru-paru dia dah terkena infection kuman. Sedih aku tengok kawan aku sakit sampai macam tu. Walaupun selalu gaduh dengan aku, aku sayang jugak kat dia ok. Hmm. Okbye.

Petang Jumaat tu Apih cerita kat makcik sebelah rumah aku (Cik Yah) pasal keadaan Que. Bila Cikyah suruh jumpa ustaz atau orang yang boleh berubat, mula-mula aku tak berapa yakin jugak. Takkan lah kena santau ke apa. Tapi bila Cik Yah dah bersungguh sungguh nak tolong, kami tak mampu nak menolak. Lagipun Cik Yah memang baik dengan kami, layan kami dah macam anak sendiri. Cik Yah bagi nombor telefon Ustaz Umar dan suruh kami contact dia.

Bila kami bawak Que jumpa Ustaz Umar, dia cakap memang ada benda ‘menumpang’ kat badan Que. Dia buat solat sunat hajat dan bagi air bacaan Yassin serta doa kat Que. Lepas Que minum air tu, terus dia muntah berkali-kali. Sampai dia sendiri dah lembik dan dah tak ada apa yang keluar. Dia tanya samada Que pernah makan atau terima apa-apa daripada orang, sebab katanya Que dah termakan ‘benda kotor’.

Que cakap memang pernah ada orang yang bagi makanan dan baju kat dia masa birthday dia haritu. Masa tu rasa curious dan mood fbi aku tetiba muncul. Tak best la kan kalau tahu cerita separuh je, nak jugak aku tahu sape yang bagi. Dah macam polis bantuan uitm aku soal siasat dia, tapi sampai ke sudah dia tak nak bagitahu aku.

Bila dengar cerita Que, Ustaz Umar suruh kami jumpa dia semula dan bawak barang yang Que dapat tu. Malam tu jugak kami pergi jumpa dia. Apabila ustaz Umar bakar baju tu, tetiba keluar bau busuk sama macam bau kami bakar kertas haritu. Dah boleh agak la kan kaitan semua ni dengan gangguan yang berlaku.

Keadaan dia beransur pulih lepas beberapa hari. Kemuncak kepada semua gangguan ni adalah apabila ‘benda’ tu mengamuk dan marah sebab Ustaz Umar dah ganggu kerja ‘tuan’ dia. Pengakhirannya, kawan Pak Cik Ripin (owner rumah) datang dan buang semua benda yang mengganggu kami selama ni. (Kejadian ni aku dah cerita dalam post sebelum ni)

Selepas hari tu, tak ada dah gangguan pelik kepada kami. Setakat usik-usik manja tu biasa la kan. Aku tertanya-tanya jugak macam mana lah nasib budak-budak yang menyewa kat rumah tu sekarang ni. Adakah sama jugak macam kami kena ? Sebab tu lah dulu kami lebih rela tidur di studio daripada rumah sendiri. Hahahaa

Maaf agak panjang penulisan aku kali ni. Terima kasih sudi baca cerita aku. Adios. #ggmu #GloryGloryManUtd

zaim

Leave a Reply

10 Comments on "Terkena Lagi"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
N

weh, sapa yg bg dohh makanan n baju tu dkt QUE?habiskn ler..hmm..paksa QUE story -,-

ba'e

tu la tergantung ni

Kak Yulie

Entohnye…
Beria plak que xnak citer…
Klu aweks buat ape nk segan…
Jgn laki udohler,haruuuu…

Karipap Kentang

Sekarang ni aku terfikir, apa motif manusia durjana tu nak ngenakan si Que?
Pelik betul. Dan bebenda tu sampai mengacau seisi rumah. Kot pon tayah ler nak melibatkan orang lain dek non oiiiiiii…

AVG

budak archi ke ?
rumah sewa yang mana ?
tak pasal2 aku dduk umah kau …nayee….
hahaha

anonimus

#GGMU

AdeqManja

Hadiah yang Que dapat tu dari siapa? Orang kita ke or orang asing? Motif?

Langsat

sempoi cerita ni…….aku suka…kipidap

ba'e

rancak cta dia.. Tp ending tak best tergantung tak dpt tau smua hmm

MILA

AAHHAHA, ini macam student AD Lendu je bunyi nye, tapi rasanya budak AD je selalu tidur studio. Seronok weh tidur studio. ahahhaa

wpDiscuz