Terkena Masa Peperiksaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini kali pertama untuk aku berkongsi cerita di laman media sosial yaaa. Aku anggap cerita ini adalah sebuah pengalaman dan hanya sebuah cerita yang nyata untuk disajikan kepada pembaca setia FS.

Cerita ni berjalan masa zaman aku sekolah lagi. Masa tu aku tingkatan 5 dan berada di kemuncak peperiksaan SPM (trial SPM kut).

Okay. Seingat aku, masa sebelum SPM dulu, kan ada tuisyen. Tuisyen tu lepas waktu persekolahan habis dalam pukul 2 lebih kalau taksilap. Pukul 3 start tuisyen. Haih memang taklah aku nak balik rumah. Singkat sangat masa tu kalau nak balik. Lebih baik stay kat sekolah tu sampai habis tuisyen. Aku stay kat sekolah tu bukannya sorang-sorang. Ada kawan. Yang sorang memang rumah jauh. Yang sorang pula pun sama macam aku malas nak balik rumah. So stay lah kat surau sama-sama. Zohor sekali. Kadang kalau nak makan tu kitaorang pi beli ais bland ke ataupun simpan sandwich yang dibeli masa rehat tadi untuk bekalan makan kat surau tu. Tapi selalunya kitaorang bawa makanan yang dimasak dari kelas kitaorng. Ah maklumlah ‘budak kelas masak kan’. Yang aku ingat masa tu tak tahulah kenapa rasa happy sangat sampai berlari-lari, menyanyi nyanyi. Surau tu sunyi takada orang lain selain kami berempat.

Bangunan blok baru kat belakang pula tu. Tingkat paling hujung dan atas sekali pula tu. Kalau paling dekat pun, pejabat. Surau tu memang betul-betul blok depan dewan exam. So memang sunyi. And then berbalik masa kitaorng tengah happy happy tu, tiba-tiba terdengar pintu surau yang belakang tu macam digego. Kuat. Kuat sangat. Berderau darah. Macam bunyi orang nak merempuh pun ada. Tersentak terus kami semua. Semua berkumpul ke depan. Kelam kabut cari tudung nak sarung. Kitaorng ingatkan kawan kami lagi sorang tu yang gego pintu. Kami pun perhatilah pintu masuk lagi satu tu ada tak kelibat dia mai. Tak lama lepas tu, kawan kami tu muncul dengan muka inoncentnya. Terus kami kejar dia ingatkan dia yang dajal kami. Bersumpah sumpah dia takmengaku dia yang buat.

Kami curious dan takpikir apa-apa. Kemas barang terus turun pergi tggu cikgu kat depan kelas. Kawan kami yang datang last tu orangnya memang istimewa sebab dia boleh nampak benda tu. Masa dia nak mai surau tu pun dia ada lalu depan dewan tu. Katanya ada pintu terbukak sendiri lah apalah… aku pun memang rapat dengan dia. So aku memang paham dia walaupun aku takmacam dia boleh nampak semua tu. Aku tahu dia pernah kena histeria sebelum ni tapi takpernah la pulak dia jadi betul-betul depan aku. Dann.. tulah perkara yang pertama yang seram pernah aku alami sepanjang aku sekolah kat situ. Tapi cerita yang lepas ni lagi syeramm yang pernah aku alami.

Okay, next weeknya. Masa tu seingat aku hari jumaat, dalam dewan sekolah, pagi, masa tengah baca yassiin. Sekolah aku memang setiap minggu akan adakan bacaan yassiin pada hari jumaat. Seingat aku masa tu, aku duduk bersila dibelakang. Kawan baik aku Dhiah tu duduk dibelakang aku. Masa tengah kusyuk membaca yasiin tu, sorang pelajar perempuan tingkatan lima menjerit. Dia pun istimewa jugak sebb boleh nampak benda halus tu. Dia pengsan dan semua pelajar perempuan tertumpu kat dia mungkin sbb terkejut. Lepas tu, cikgu dgan kawan kelas dia pun angkat lah dia keluar. Lepas tu aku takpikir apa dah. Aku pikir Dhiah je. Aku tahu dia pun taksedap hati. So aku tanya dia, dia okay ke tak. Dia kata dia takut. Dia ada nampak lembaga hitam tu lalu. Tangan dia menggigil.

Terus aku genggam tangan dia. Tenangkan dia. Lepas habis yassin tu, pelajar tingkatan lima dibenarkan rehat dahulu sebab akan naik ke dewan peperiksaan untuk menjawab trial SPM. Paper apa aku takingat dah. Masa rehat tu aku dengan kawan yang Dayah tu je yang makan. Dhiah tak nak makan. Padahal bihun sup tu favorite dia. Mungkin dia terpikir pikir pasal tadi. Aku cuba tenangkan dia. Tapi dia senyap. Muka dia bertukar pucat. Aku mula risau. Kawan aku yang lain pun cuba pujuk dia. Kami berempat, aku, Dayah, Sal, dan Nur saling berpandangan. (Mula risau). Dhiah menyandarkan badannya disebelah Nur. Nur kata badan si Dhiah ni berat semacam. Kami risau. Lepastu, Dhiah senyap je tak cakp apa apa.

Dlam hati aku cakap, “bukan die ni” Tapi still stay kat situ perhatikan dia. Padahal aku ni penakut doh. Taktahu kenapa masa tu aku cuba beranikan diri cuba bercakap dengan dia. Kebetulan masa tu ada ustaz kat kantin. Dia dtang kat kami. Kawan aku yang lain pun dah memang sangka Dhiah tu dah ‘kena’. Aku tak tengok keadaan kat sekeliling. Tapi aku ada dengar budak budak menjerit kat area dewan sekolah. Aku tak ambil peduli pasal tu sbb msti ada cikgu kat sana. Aku hanya fokus kat Dhiah aje.

Lepastu ustaz tu baca baca ayat kat Dhiah then dia pun pengsan. Cikgu cikgu perempuan yang lain pun dtg. Kami enam orang angkat dia. Separuh jalan kami berhenti sbb berat. Berat sangat. Kami angkat lagi sampai ke surau lelaki. (Dekat je). Sampai kat dalam surau tinggal aku, Reena dengan Dayah je yang jaga Dhiah. Cikgu kelas kami ada tadi baca baca ayat kat air lepastu keluar. Aku tengok Nur dengan Sal dah takda. Mereka duduk diluar. Semuanya kelihatan sedih. Semua pelajar perempuan diluar kelihatan sedih dan terjerit jerit.

Series aku cakap, aku memang rasa macam dalam movie. Sebab aku berdiri di tengah tengah dan tengok keadaan sekeliling. Semuanya huru hara. Bukannya aku nak cakap aku ni kuat. Aku ni pun ada jugak kelemahan. Aku ni bukannya berani sangat. Buatbuat aje. Masa aku kat tengah tengah tu sebab aku tengh cari stoking si Dhiah tu. Masa tu dia dah tersedar. Tapi lepastu dia jadi balik. Keluar masuk cikgu dan pelajar. Kebanyakannya pelajar perempuan yang masuk dalam tu semuanya histeria. Kawan yang membantu kawannya itu semua kelihatan sedih dan takut. Aku berpaling semula ke Dhiah. Dia menguntum senyum sinis. ‘Dia’ suka melihat keadaan itu. Tiba tiba aku rasa sebak melihat Dhia sebegitu sebabnya dia dari tadi kejap okay kejap tak. ‘Benda’ tu asyik keluar masuk badan dia. Aku kesian dekat dia. Sebb tu aku sentiasa kat sebelah dia. Pegang lengan dia. Reena pun ada disebelah Dhiah memegang lenganya. Dayah jugak keluar masuk tolong kawan dia yang lain. Aku hanya kaku disitu. Sesekali aku memandang Dhiah dalam keadaan yang sebak.
Ketika itu Dayah ada disitu. Aku pandang Dhiah lalu berkata
“weh, janganlah macam ni. Kenapa kau macam ni. Kesian kau” kata aku.

Lepastu Dhiah pandang aku. Dia kata “menangis laaa lagi. AHAHAHAHA”. Dia gelak weh. Seram. Sah, memang bukan dia. Masa aku cakap kat dia tu aku memang tahu tu bukan dia tapi taktahu kenapa aku nak cakap jugak. Mungkin sebab aku tengok budak budak perempuan kat sekeliling aku semuanya dalam keadaan sakit. Aku cuma kesian. Dayah kata “Weh, jangan menangis. Hang kena kuat. Nanti dia lagi suka kalau hang menangis”
Aku apa lagi, kesat air mata then terus rasa keras hati nak menangis sebab dia seolah olah ejek aku sebab menangis. Bila dipikirkan balik kan, lucu pun ada masa tu sebb, yalah aku tengah sedih sedih. Benda tu ejek suruh nangis lagi. Kalau ikutkan hati aku ni ha, dah lama aku tumbuk muka dia. Sebab aku pikir tu kawan aku aje aku sabar. Karang kawan aku yang kena pedih penumbuk aku tu bukannya ‘benda’ tu rasa apa apa pun.

Masa tu, surau tu dipenuhi dengan pelajar perempuan yang histeria. Memang banyak pelajar perempuan masuk papah kawan yang histeria, menangis, terjerit jerit. Riuh, huru hara jadinya. Cikgu ada masa mula mula aku hantar Dhiah masuk dalam surau ni aje. Masa tu surau tu kosong. Tkada siapa pun. Ingatkan bila dalam ni bolehlah dapat tenangkan yang histeria tu rupanya jadi tempat kumpulan pelajar yang histeria pula. Sebb kalau nak diubat, ramai beno. Ustaz dgan ustazah pun aku taktahu kemana perginya.

Aku dengar yang dekat dewan sekolah tupun ada ramai yang kena. Tapi tak ada pulak aku kesana sebab nak menjaga si Dhiah ni. Pelajar lelaki ramai yang dekat dewan sekolah. Huh patutlah aku taknampak pelajar lelaki kat surah tu. Mereka pun ada jugak yang tolong tolong ustz ubatkan pelajar perempuan.

Cikgu perempuan pulak sibuk meminta num ibubapa pelajar perempuan nak call. Keadaan masa tu terlampau kelam kabut. Aku tak sempat nak tengok kawan aku yang lain, Sal dgan Nur. Mereka hanya termenung kat luar.

Mereka boleh dikatakan kuat jugak sbb mereka tidak kena masa tu. Alhamdulillah. Ada jugak aku tanya perasaan mereka masa tu. (Esok esoknyalah aku tanya depa). Mereka cuma rasa sebak dan nak menangis aje tapi taktahu sebab apa. Lepastu, Dhiah kata nak keluar. Masa tu dia macam dah okay, tapi aku tahu tu bukan dia. Reena pulak kata biarlah dia nak keluar. “Aku kenal si Dhiah tu. Tu bukan dia.” Aku cakap. Lepastu Dhiah pergi bertenggek kat penghadang balkoni tu then nak terjun. Aku dah kata. ‘Benda’ tu saja aje. BERLAKON. Ewah pandai dia berlakon yaa. Bila dia ditarik kedalam, Dhiah menggigil gigil sambil menunding jari ke arah depannya. Masa tu dia dah okay dah. (Esok esoknya dia cakap masa tu dia nampak orang takada kepala dtg jalan ke dia). Lepastu aku dgan Reena papahlah dia sampai kantin sbb cikgu dah call bapak dia. So, tggu lah kejap kat situ. Dia pun balik sambung berubat kat rumah opahnya. Bapak dia pandai berubatkan orng macam opah dia jugak.

Boleh dikatakan semua pelajar perempuan masa tu kena histeria. Iya, ianya memang takmasuk akal. Memang dengar macam mengarut tapi seriesly memang realiti. Ustazah cakap ‘benda’ yang menguasai badan Dhiah tu adalah ‘LEADER’. Yes beb, LEADER. Patutlah degil ya amat. Ketua makhluk halus yang menghuni pokok besar dibelakang kantin (maybe..) Pkok tu dah kena tebang. Cerita first yang aku cerita tu aku rasa masa tu pokok tu dah kena tebang kut. Tapi yang gego pintu tu aku rasa jin muslim sebab mungkin mereka cuma tegur aje sebab kami bising sangat. Entah entah mereka tengah solat ke berehat ke kan, haa.

Ha ceritaku belum habis lagi okay. Pasal nak amek paper trial exam tu memang tak jadi le. Kat sekolah aku aje tertangguh. Dengar cerita sekolah kat kampung sebelah pun kena histeria sekali. Pembawa angin kut. Sekolah tu sekolah lama aku dulu. Sekolah tu memang femes lah kalau pasal momok momok ni.

Minggu depannya kami semua pun berkumpullah di dewan exam. Seingat aku laa, masa tu nak jawab paper Bahasa Inggeris Kertas 1. Aku tengok Dhiah. Dia tak jauh pun dari tempat duduk aku tu. Dia duduk kat belakang Amira, Amira duduk belakang aku. Masa tu dah dapat paper nak jawab tapi cikgu berpesan didepan.

(Mic dipegang)
“Korang semua jawab aje kertas ni. Kalau ada apa apa berlaku, sila bertenang” lebih kurang macam tu lah ayat dia. Aku takingat sangat. Aku baru lepas siap tulis nama tau. Then bukak kertas soalan. Aku nak tulis rangka surat kiriman dann.. aku pun dengarlah cikgu tu bercakap. Dia cakap apa tah lagi aku takingat. Tak sampai dia nak habiskan ayat budak yang duduk di meja paling depan sekali tereban meja dia then menjerit lepastu terus berlari keluar. Hampir nak terjun ke bawah dah budak tu nasib baik cikgu sempat tarik. Budak tu ialah budak yang mula mula menjerit kat dewan sekolah haritu masa baca surah yassin tu. Aku pulak terus pandang Dhiah. Aku tengok dia macam cuba nak bertahan tapi cikgu terus pergi kat dia dan bawa dia keluar.

Masa aku nak pandang Dhiah tu, aku terpandang pelajar perempuan yang duduk tak jauh dari Dhiah tu menjerit sambil pandang bawah meja dia. Series beb aku takboleh lupa muka dia pandang bawah meja tu macam mana. Masa tu aku terus pandang depan. Aku genggam pen. Aku taktahu nak buat apa. Aku blank masa tu. Nak tulis ayat pun, idea melayang entah kemana. Dengar orang menjerit lagi. Tak henti henti. Ada yang pengsan. Ada ke pulak cikgu suruh bertenang dan suruh teruskan tulis jawapan. Ehh memang taklah weh. Idea pun lari tau tengok hantu hantu tu datang terjah. Last last cikgu sruh semua pelajar keluar tinggalkan semua. Pen entah kemana. Paper entah kemana. Semua tereban. Smua trun kumpul ke kantin. Pelajar lelaki aje kut yang sesetengah stay kat situ tolong kutipkan beg, kemaskan pen dgan kotak pensel. Lepstu past dekat budak perempuan kat kantin. Dhiah masa tu ada dengan cikgu. Cikgu settelkan dia. Aku dgan kawan kawan aku yang lain hanya berkumpul kat kantin.

Setelah semuanya reda sikit, semua balik. Memang paper Bahasa Inggeris tu dah dua kali tertunda. Lepas kejadian tu tkada lagi dah yang berlaku masa exam berjalan. Cumanya kelas aku tu ada lah sikit sikit kena. Biasa biasa aje. Masa tu exam untuk kelas aku dah habis dulu sebab kelas aku subjek nya tkada banyak sangat. So, duduk duduk studylah kat kelas bawah. Yang kelas tingkatan lima yang lain ada lagi paper nya yang nak dijawab. Sejak tu, alhamdulillah takda apa apa dah yang jadi sebab dah diubat sekolahnya. Selalu pasang ayat Ruqyah. END

So, sampai situ sahajalah cerita aku untuk kali ni. Maaflah kalau ada ayat yang susah difahami. Yang baik-baik semuanya dari Allah. Yang mana buruk-buruk tu semuanya dari aku. Moralnya; tak kiralah dimana mana kita duduk, jaga adab. Ayat kursi dgan ayat 3Qul tu selalu selalulah dibaca ya untuk pelindung diri. Wallahualam
Terima Kasih ya kepada sesiapa sahaja yang membaca kisah ini. SEKIAN

meep.
FOLLOW FB KAMI.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.