terlebih berani benda lain yang jadi

Salam FS dan semua pembaca, aku dah lama jadi pembaca tegar FS cuma sekarang baru tergerak hati nak bercerita perihal kisah yang pernah aku alami beberapa tahun yang lepas. Nama semua watak dalam cerita ni terpaksa aku tukar sikit memandangkan kekawan aku pun peminat tegar Fiksyenshasha.com. Mana taknya hari-hari share post FS. Ouh sebelum terlupa aku kenalkan nama aku Fie(bukan nama sbenar).

Pertengahan tahun 2009 aku dapat tawaran untuk sambung belajar dekat satu U yang banyak kampus cawangannya haha U mana tu mesti korang tahu kan? Aku dapat dekat Utara. Walaupun masa tu aku agak berat hati nak pergi sana dan dua hari sebelum hari pendaftaran aku hampir-hampir tak jadi nak pergi sebab keadaan keluarga aku masa tu tapi dengan kuasa Allah aku pergi jugak dengan last minute preparation semua.

Pendaftaran semua dipermudahkan dan paling best aku dapat housemate yang sangat baik, Kak ilah nama dia dan lagi bertambah okay bila jiran depan rumah aku classmate aku dan sampai sekarang kawan baik aku, Fatin. Eh lupa pulak nak bagitahu aku dapat kolej Mahsuri. Tingkap bilik aku tu betul-betul menghadap court tenis/badminton.

Semua okay kecuali ada satu hari tu aku sakit gila perut jam pulak dah pukul 3 pagi. Paling tragis masa tu tengah cuti ramai jugak yang balik rumah termasuklah Fatin dan Kak Ilah dan aku pulak sejenis yang berani boleh selamba dek je kalau rasa nak mandi malam mandi je sakit perut buang je. Dengan mengamalkan prinsip terlebih berani tu aku gagahkan jugak diri pergi toilet. Masa tu aku tawakal je sebab aku kalau dah sakit perut memang tak boleh dibuat main. Memang masa tu hening sunyi sepi tapi aku tak layan kan semua asalkan perut aku okay daripada nak menahan sakit ke pagi. Masa aku masuk toilet memang kosong sampaikan setitis air pun tak kedengaran pukul 3 pagi kot nak harap apa kan?

Aku pilih toilet first sebab aku fikir kalau depan cepat sikit nak lari keluar toilet kalau apa-apa jadi. Taklama je lepas aku membuang aku dengar derap kaki dengan bunyi benda diheret. Aku agak mungkin ada budak heret timba, lepastu aku dengar kuat kain dicarik-carik dikoyak-koyak masa tu bulu roma aku dah naik tegak tapi aku cuba positif lagi. Aku cakap ‘orang berus baju tu biasalah budak-budak sini suka basuh kain’. Paling tak menahan makin lama bunyik tu makin sayup-sayup. Kata orang kalau bunyi tu kuat/dekat benda tu jauh tapi kalau bunyi tu sayup/perlahan benda tu makin dekat!! Aku dah bermandi peluh dengan urusan perut yang tak settle lagi dengan bunyi tu lagi.

Masa tu aku memang tak tahu nak buat apa. Aku fikir nak keluar dan lari je masuk bilik tapi bila fikir yang banyak pulak nak kena tempuh terus tak jadi. Tiba-tiba bunyik tu hilang aku cepat-cepat selesaikan urusan dan keluar daripada toilet tapi sebaik aku bukak pintu alangkah terkejutnya aku bila aku nampak susuk wanita berbaju tshirt putih berkain batik betul-betul tengah membasuh kain tambah haru bauan wangi semerbak berbau dalam toilet tu padahal tadi dah senyap sunyi!!! Langkah aku terhenti mulut aku kaku dan aku cuma tersedar pada paginya, ada kakak senior yang kejutkan aku katanya dia ternampak aku terbaring dalam toilet masa dia dan kawan nak amik wuduk solat subuh.

What aku terus pengsan lepas nampak susuk tubuh tu? Tapi aku bersyukur sebab aku takde lah terhantuk apa ke kena gigit dek hantu ke apa ke tapi aku pun sampai sekarang tertanya-tanya kenapa?macam mana aku boleh pengsan dalam toilet malam tu ? Yang aku ingat sampai nampak tubuh membelakang tu je. Aku ingatkan semuanya dah okay rupa-rupanyaaaa TAK! Sem dua ada hal lain pulah dah!

Aku ada kawan baik lain kadang-kadang melepak jugak bilik Siti, Ika dengan Aizah. Tapi yang tak bestnya bilik dorang ni jauh kebelakang. Nak pergi or balik bilik dorang boleh je guna laluan dalam kolej tapi aku lebih prefer guna laluan tanah/luar dekat ampaian sebab lagi dekat. Satu malam tu si Fatin takde sebab balik rumah nenek dia dekat area2 situ jugak. Yang ada cuma aku, Siti, Ika dengan Aizah siapkan assigment group. Kitaorang pilih port lepak bilik si Siti. Sedang buat kerja sedar-sedar dah pukul nak dekat pukul 12. Semua pun nak beredar dah masa tu daripada bilik si Siti.. Iyelah gila nak tidur berjemaah dekat situ dahla bilik dia bilik berempat sempit..Woii.. Lagi pun si Siti ni duduk dengan akak senior seganlah kitaorang nak tidur situ buat kerja dekat situ pun dah segan.

Disebabkan bilik masing-masing dekat blok lain aishh terpaksalah berpecah. Aku paling jauh sebab bilik aku blok paling depan dan aku punyalah sengal pergi bilik ikut jalan shortcut lalu ampaian tapi aku ingatkan okay je sebab ada nampak budak perempuan dekat meja batu. Aku pun jalan je tapi aku dah mula pelik kenapa semua baju dekat ampaian ni warna putih? Tapi aku teruskan lagi jalan. Paling tak menahan aku rasa dah lama sangat dah aku jalan tapi tak sampai-sampai, aku dah mula berpenuh, dahla masa tu aku tengah menjinjit notebook, kejung dah rasa tangan aku ni tak jugak sampai-sampai, aku pandang dekat kerusi batu haaaaa! Budak yang sama duduk dekat kerusi batu tu.

Aku nak je jerit panggil budak tu tapi suara aku tak keluar. Aku pandang lagi teka apa? Aku nampak budak tu terbang weh dekat atas bumbung kolej tapi aku taknak pandang atas dah aku takut aku taknak tengok pun benda tu buat apa kat sana. Aku dah mula baca semua benda. Nak nangis weh rasa dahla tengah-tengah malam buta!! Aku tak sabar dah aku terus jalan ke depan makin ke depan walaupun aku taktahu mana hujung dia jalan yang aku lalu ni dahla dengan rasa diekori lagi tapi aku tetap tak putus asa jalan lagi sampailah aku nampak cahaya laluan lorong ke Koop Mahsuri..,Alhamdulillah aku rasa nak sujud syukur.

Bila aku masuk je laluan kolej pergh adalah dua tiga orang tengah tengok TV. Ooo ada lagi orang yang berjaga padahal dekat luar tadi senyap sunyi gelita. Aku dah lega. Cepat-cepat naik tangga balik bilik. Dengan muka yang pucat aku masuk bilik tapi roomate aku sem2 ni pelik sikit haha. Dia sejenis tiada perasaan sibuk dengan drama bersiri english dia je dengan rambut mengerbang mengalahkan rosmah hahaha… Dengan pakai baju sama senang cerita memang sejenis selekeh tapi bila dress up pergi kelas or keluar perghhh mengalahkan artis. Aku dengan dia memang tak banyak cakap sebab dia sejenis asyik dengar headphone je or maybe jugak dia tak suka aku tapi aku tak kesah pun asalkan aku ada roomate.

Lega jugak aku sebab Kak E berjaga lagi. Bila ingat hal tadi aku memang batalkan niat nak pergi toilet mandi malam tu. Nasib baik aku dah sembahyang isyak dekat bilik Siti tadi. Rasa penat berjalan tadi tu ada lagi taktahu macam mana aku terlelap atas meja study. Aku bangun tengok jam loceng dah pukul 2 pagi. Adoiiii… Lenguhnya tangan. Aku jalan pergi katil aku. Sebelum tidur aku alih ke roomate aku… ouh dah tidur dah Kak E. Masa tu aku fikir roomate aku ni kalau aku mati pun dia taktahu kot hahaha…. Rindu pulak dekat Kak Ilah. Dia kalau nampak aku tidur atas meja tadi mesti dah membebal-bebal suruh tidur atas katil, balik lambat pun habisla kena ceramah tapi tula dalam dunia ni kita jumpa dengan bermacam-macam orang ada yang ngam ada yang tak tapi hadap jela.

Sibuk aku dok bercakap-cakap dalam hati aku rasa badan aku berat alamak kenapa lansung tak boleh nak bergerak ni macamni ke yang orang cakap kena tindih tu? Sampai aku rasa separuh nafas aku hilang. Aku cuba nak baca apa pun tak lepas. Peritnya bermandi peluh aku masa tu sampai aku rasa nak je jerit panggil Kak E tapi takbole mulut aku terkunci. Masa tu aku memang dah penat gila. Aku tak melawan dah tapi aku still cuba baca ayat kursi. Taklama aku pun tak taktahu macam mana aku terlelap. Esoknya aku bangun pukul12 tengahari. Nasibla masa tu memang hari cuti. Bila mandi aku check habis peha aku kena lebam. Dahla semalam first time aku kena tindih. Seram dan aku demam 2hari. Memang lepas peristiwa tu aku elakkan lalu kawasan ampai tu serius serik. Biarlah lambat asalkan selamat.

Hari-hari selepas tu okay je sampailah aku sem 3.
Sem 3 dan tu jugak lah sebenarnya sem terakhir aku  Tekat kampus utara ni sebab lepastu aku amik jalan pintas untuk ke kampus Selangor hahaha. Masa tu aku taktahulah lebihan pelajar ke apa sampaikan satu bilik terpaksa share 3 orang. Maknanya bilik yang ada 2katil share 3orang tapi sementara je tau sebab ada kolej baru yang nak siap dibina! Tapi actually aku happy je duduk dengan roomate aku sebab junior hehe.. Dorang baik dengan aku sampilah sekarang. Kitaorang akan bentang katil antara dua katil dan tiap-tiap hari gilir-gilir siapa tidur dekat bawah rindunya Sha dan Nab. Sedih pulak bila bukak penggal dua sem3 aku dah kena pindah kolej baru, Kolej Murni. Yela dah tiga dua sem setengah kot aku duduk dekat Kolej mahsuri bilik aku tu sayang kot.

Kolej baru semua pun baru. Aku dapat sebilik dengan Nurul classmate aku. Ok je. Tapi biasalah tempat baru lagi pun kolej tu betul-betul jauh kebelakang and kita orang bebudak batch 2009 ni boleh dikatakan perasmi kolej murni tu lah. Tapi yang sengalnya kolej tu asyik takde air dan api terpaksalah merempat dekat bilik lama dulu huhu nak jalan daripada kelas pun jauh nauu sabar jela tapi bersyukur jugak sekurang-kurangnya dapat jugak kolej kan. Ok berbalik kepada yang ternanti-nanti apa pulak kes kolej baru ni?

Aku pun taktahu apa masalah aku ni. Terlebih berani. Aku ada habit yang pelik sikit kalau time nak test/exam aku kadang-kadang tak boleh nak study dalam bilik jadi aku dengan beraninya akan keliling court tengah2 kolej Murni tu even tengah malam pun! atau duduk dekat satu sudut terpencil dekat tangga kolej or naik turun tangga untuk hafal nota. Satu malam aku tengah menghafal nota esoknya test kot. Last minute punya pasal gigihla nak menghafal pun. Aku dok keliling keliling court bawah tu tiba-tiba berderau angin lalu tak semena-mena masa tu baru pukul 11.00 malam tapi tak ramai orang dekat luar pun masa tu. Masa tu aku dah rasa semacam jadi aku batalkan niat aku nak hafal note dekat situ terus aku naik bilik aku tingkat 2. Cepat-cepat aku naik sebab aku rasa macam ada benda mengejar. Nurul dekat dalam bilik tengah study terkejut dia tengok aku terkocok-kocok masuk bilik.Dia tanya ‘Fie kau dah kenapa? Aku dok cover lagi cakap eh takde apa lah weh.

Untuk pengetahuan korang sebelah bilik kita orang tu macam balkoni nak kata balkoni pun bukan tapi memang selalu ada orang dok bergayut dekat situ dan meja study aku kebetulan bersebelahan dengan balkoni tu,malam tu aku sambung study dekat meja aku tapi sayup-sayup aku dengar suara orang menangis tapi aku ignore aku just anggap ada budak perempuan gayut and bergaduh dengan BF lah tu. Aku nak tanya Nurul dia ada dengar tak? tapi aku taknak ganggu dia nampak serius je study. Kebetulan aku nak terkucil masa tu dalam pukul 12 and suara menangis tu still ada. Aku pun keluar bilik nak ke toilet tapi sebelum lalu toilet aku kena lalu balkoni tu teka apa?? Takde orang pun dekat situ habis yang menangis tadi tu siapa weh?

Aku terpaksa batalkan niat aku nak terkucil sebab bulu roma aku dah naik masa tu dan bila aku masuk bilik and duduk dekat meja study aku, bunyik orang menangis tu masih ada wehh! Memang nak tak nak aku kena cerita jugak dengan Nurul aku tak sanggup nak tanggung sendiri. Nurul yang aku kenal tu jenis penakut jugak haha.. Sebab tu aku malas nak cerita dekat dia mula-mula tadi jadi malam tu terpaksalah ktorg gabungkan katil dan tidur sama-sama takut punya pasal. Tapi sem 3 memang antara sem yang getir sebab kalau setakat bunyi, bauan kena cuit tu benda biasa dah.

Aku pun taktahu apa akan jadi dekat aku kalau aku teruskan study dekat Uitm Merbok! Yes Uitm Merbok dah last barulah aku reveal nama U aku hihi… Maybe aku akan mati ditelan hantu dek perangai terlebih berani aku hahaha… gurau-gurau. Tapi Alhamdulillah semua gurauan manja tak berterusan sebab tak melayan sangat dan kuat semangat. Benda macam ni kadang-kadang saja nak try lepastu nak huru harakan perasaan kita, jangan sesekali terpedaya Ingatlah Allah yang paling berkuasa.

Tapi lepas semua yang jadi pun still Uitm Merbok terbaiklah memang seronok belajar dekat situ. Cuma part gurau-gurau manja tu jela yang memenatkan hakak. So adik-adik yang belajar dekat sana jangan terlebih berani tau kang ada yang nak gurau-gurau manja pulak.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

6 Comments on "terlebih berani benda lain yang jadi"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
animus

selama 2 tahun setengah belajar kat sini,alhamdulillah lagi la aku belum terkena.. nasib hang la dapat rezeki mcm tu. kih3

admin

Tu bukan rezeki ngok…
Klo rezeki ko pun nak

feeqa

aq batch dec 2009 kt situ…alhamdulillah 2 tahun dok sana (1 tahun mahsuri 1 tahun murni2) aq xde laa kene kacau ke ape ke sbb aq ni boleh dikategorikan manusia penakut…hahahaha…takat dengor citer2 org tu adelah…

AINA

yg part sakit perut tu, aku pn x blh tahan.. ade beberapa kali time f6 dulu aku terdesak sangat nak buang air, perut memulas. masa tu time pagi dlm 6:30 pagi mcm tu aku dah ada kat sekolah. Kelas aku tingkat dua sebelah tangga, n sebelah tangga tu ade surau guru n ade tandas sekali dlm tu. dah la lampu dlm tandas tu semua rosak, satu pn x leh bukak. harapkan lampu dari fon aku je la. (f6 boleh bawak fon) lps tu kunci pintu tandas tu n bukak torch light.. tandas tu xde tingkap langsung, waktu tu mmg gelap lagi.. nasib baikla aku x tersuluh bende x sepatutnya. hehe,

lily

kita ada persamaan walaupun study tempat lain. ahahaha. part pergi toilet sorang2 tanpa kejut member tido dgn part tak boleh study dlm bilik. mostly nak final/test. mesti study kat luar. open air. hehehe.

Aku

Sebab tu lah aku taknak masuk ipta sbb toilet jauhhhhhh. Scary! ?

wpDiscuz