TEROWONG MENORA

Hai,semua. Ada tak sesiapa di sini pernah alami kisah ngeri atau pelik-pelik di TEROWONG MENORA??

Terowong yang sinonim kepada sesiapa yang ulang-alik ke Utara tanahair…

Kisah ini berlaku pada 2017…

Masa tu masih sekolah adik saya pun baru form 1. Saya pulak form 3.

Dalam perjalanan di hari raya kedua menuju ke Pulau Pinang rumah mak saudara, jauh jugalah dari KL nak sampai ke destinasi.

Coverage pun faham-faham jelah teruk atas highway. Ada masa 4G, 3G… dan selalunya hilang terus!

Saya dan adik ni memang kaki game. Bagi anak remaja yang ketagih game memang sesuatu yang membosankan bila data terbang melayang.

Jadi, kami berhenti bergabung di applikasi Mobile Legend masing-masing mendiamkan diri.

Mula pandang ke luar, sejak masuk ke highway yang jauh meninggalkan Rawang. Hanya mampu termenung.

Kereta bergerak perlahan sebab jalan sesak. Ramai juga bergerak seiringan di malam raya kedua. Ayah memandu sambil melayan lagu raya, ibu lama dah terlelap sejak melintasi R&R Jejantas Sg. Buloh.

Hampir 3 jam duduk dalam kereta. Tiba-tiba dengar ayah bersuara.

“Kenapa jammed teruk ni? Tak bergerak langsung kereta!” Ayah dah mula membebel.

Mungkin p******g ayah berkematu kot masa tu. Kami ni masih mampu berubah kedudukan dengan macam-macam gaya bebas. Kesian ayah.

“Depan sikit dah terowong Menora. Ni jammed macam balik malam raya pertama je!”

Alahai,ayah ni tak rileks betul lah.

Terowong Menora? Masa kecik-kecik dulu suka juga la bila masuk dalam terowong terasa macam dah sampai ke dunia lain. Macam naik ke bulan pun ada.

Waktu tu saya duduk mengiring menghadap cermin tingkap sebelah kiri. Sambil memeluk kedua lutut. Pandang selekoh dan gaung yg menyeramkan. Adik pula menghadap ke cermin tingkap sebelah kanan.

“Hei. Stop! Jangan melintas!” Adik menjerit.

Saya toleh melihat gelagat adik yang bercakap seorang diri.

“Kakak. Berani budak tu bawak adik dia melintas jalan. Punyalah banyak kereta,” saya pandang ke luar.

Apa yang dia tunjuk memang pada mulanya saya tak nampak. Sebab malam, pesta cahaya lampu brek pun tak mampu menyuluh apa yang adik cakap.

“Kak! Budak tu buat tak nampak je! Haisshh, geram betullah. Adik dia kecik lagi kot?” Adik mula panas hati.

“Diamlah! Biarkan je lah anak orang nak melintas ke nak terbang ke..ikut suka dia lah,” jawab saya dengan nada malas.

Saya membebel la sebab tengah layan lagu “SESUCI LEBARAN” masa tu.

Kereta terhenti. Pergerakkan kereta lain semakin menghampiri terowong semakin perlahan. Ayah menoleh memandang muka anak-anaknya yang comel ni. Dengan muka serius. Risau dah ni.

“Kenapa ayah? Nampak hantu ke??”

Mulut saya memang tak cover langsung. Masa tu terfikir ayah ni tersampuk jin ke?

“Mulut kamu ni kan! Boleh duduk diam tak?” Jerit ayah.

Kereta bergerak semula, berebut-rebut memasuki perut terowong. Ketika itu kereta kami masih dekat dengan gaung.

Adik duduk memalingkan mukanya dari cermin tingkap.

“Kak..shhhuuuuuttt,” tapak tangan adik menutupi wajah sebelah kanan.

Malasnya nak layan. Sebab tak nak hilangkan mood ayah. Takut kena bebel.

Adik mencuit-cuit lengan saya. Aishhh,budak ni!!

Saya palingkan muka semula ke tingkap cermin tempat adik.

“Nampak tak atas tu?” Adik bisik. Jarinya menunjuk ke atas bumbung kereta.

Saya mendongak ke atas. Serta-merta berderau d***h. Rasa kejung muka ni. Naik bulu tengkuk saya masa tu. Pucat terus muka.

Adik pula paut lengan kanan saya. Menggigil-gigil. Mau tak gigil…berapa jengkal je jarak cermin kereta dengan dua pasang kaki pucat yang terawang-awang.

Baru kami sedar. Kami silap cakap di tempat yang tak sepatutnya. Pucat lesi muka saya dengan adik. Tak berani nak bagi tahu ayah. Masa tu fikir tak nak ayah terkejut nanti berlanggar pula dengan kereta lain.

Saya sempat ingat baca Surah Al-ikhlas 3 kali, Surah An-Nas 3 kali masa terketar-ketar nak baca Al-Fatihah tu saya toleh la nak tinjau kaki tadi di mana.

Masa tu lah saya tengok empat kaki tanpa badan bergerak perlahan menuju ke arah bukit di tepi Terowong Menora.

“Kaki je?? Badan mana??”bisik saya kepada adik.

Adik saya tunjuk ke belakang kereta.

“Diorang kat van biru tuu,” adik berbisik rapat di telinga.

Saya toleh.

Astaghfirullah hal ‘azim!!

Dua budak dalam usia 10 dan 7 tahun tercegat di tepi van biru. Van tu mungkin rosak sebab kereta lain dah bergerak perlahan-lahan. Van biru masih di situ.

Pintu van dan bonet enjin terbuka. Betullah rosak.

Budak dua berwajah pucat, comot bermata hitam masih memerhatikan saya sampailah hilang dari pandangan.

Masa tu rasa nak melompat ke depan dah, rasa meremang lain macam! Risau budak-budak tu tumpang bersandar tepi kereta kami pulakkk!!!

Sampai sekarang kalau lalu jalan tu mulut baik dan perangai cantik je, siap berzikiršŸ¤­

Peringatan dari Panda, ke mana pun kita “MULUT JANGAN CABUL”

SEKIANšŸ’•

#karyapanda
#ceritalama

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

KARYA PANDA
Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 3]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.