Terserempak

Kisah yang bakal aku kongsikan ini merupakan kisah benar yang terjadi keatas diriku. Kisah yang singkat tapi ingin aku kongsikan. Tak seram pun. Ini pengalaman aku terserempak dengan makhluk ghaib. Aku bukanlah ‘someone’ yang ada ‘sixth sense’. Aku tak pernah lagi terserempak dengan makhluk-makhluk pelik ni.

Pertemuan pertama aku berlaku pada waktu malam masa aku baru nak tidur. Kawasan rumah aku tu memang keras sikit. Maklumlah, dulu kawasan tu kawasan orang buang pendamping atau saka. Ada busut, ada sungai… memang menjadi pilihan ramai. So, memang adalah benda-benda halus yang tak bertuan. Ada hantu raya, pocong dan macam-macam lagi. Mana aku tahu? Bapa saudara aku yang bagitahu. Dia boleh Nampak benda-benda ni.

Okay, sambung. Disebabkan benda-benda tu memang banyak, so memang akan ada gangguanlah. Cuma, kacau-kacau manja je. Jarang memunculkan diri depan ‘family’ aku. Bunyi cakar, kelibat hitam, bunyi berlari atas bumbung… tu semua normal. Malam tu, aku rasa susah nak tidur. Pusing kiri, pusing kanan, maih telefon. Lama-kelamaan, aku pun mula mengantuk.

Baru je nak terlelap, tiba-tiba aku rasa pelik sangat. Rasa macam ada benda perhatikan aku. Tak semena-mena bulu roma aku meremang. Tahap meremang dia tu pelik sangat. Mula dengan kaki terus naik ke kepala. Rasa macam rambut aku tu kena tarik, turut sama ‘meremang’. Aku pun buka mata. ALLAH… benda tu ada betul-betul depan muka aku. Jangan tanya rupanya. Aku tak tahu. Lebih tepat aku tak nampak pun rupanya. Tapi aku tahu, yang ‘dia’ tengah menyeringai. Kepala dia terjuntai dari katil tingkat atas terus ke depan muka aku. Terkejut beruk aku. Nak lari atau bergerak memang tak boleh. Perasaan waktu tu macam kena tindih. Aku hanya mampu berdoa dalam hati sambil menutup mata.

Lama-kelamaan, perasaan bagaikan diperhati tu hilang. Aku tahu benda tu dah tiada, tapi aku tetap tak berani buka mata. Entah macam mana, aku pun terlelap. Sejak itu, aku mula dapat merasa kehadiran benda halus ni. Kalau benda tu ada, aku akan rasa dia. kalau ada apa-apa yang mengikut aku atau keluarga aku, aku akan dapat mimpi petanda.

Pengalaman kedua aku pula. Still terjadi pada waktu malam. Aku ni suka tidur kat ruang tamu dengan mak aku. Malam tu aku tidur kat ruang tamu. Tengah sedap tidur, tiba-tiba aku terjaga. Nice timinglah kata orang. Aku terjaga dan terus ternampak ‘dia’ tengah melintas menuju ke arah pintu rumah nak keluar dari rumah.

Seakan-akan tahu yang aku dah perasan kewujudannya, dia pun perpaling kearahku. Tiba-tiba dia berada didepanku. Baiknya benda ni, dia nak berkenalan barangkali, dia pegang tangan aku. YA! DIA PEGANG TANGAN KANAN AKU!! Skinship weyhh. Aku nak kuis mak aku. Tapi aku tak boleh nak bergerak. Dan benda tu gelakkan aku. Usaha membuahkan hasil. Perkataan ‘ALLAH’ terkeluar juga dari mulutku. Terus benda tu hilang. Aku terus kejut mak aku dan ceritakan padanya. Mak aku tak cakap banyak, sekadar menyuruh aku membaca ayatul kursi dan empat kul.

Apa yang membuatkan aku pasti bahawa semua tu bukan mimpi adalah Kawasan pergelangan tangan aku yang dipegang tu masih berasa panas dan kebas. Dua kejadian ni menjadikan aku agak berani dan tak mudah melatah jika terserempak dengan makhluk penghuni alam lain ini.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

FAEZ

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 25 Average: 4.3]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.