Tersesat ke alam Bunian

#SH
Ku mula dengan Langkah Bissmillahirahmanirahim, Asalamualaikum
Buat pembaca FS .
Pertama sekali aku nak perkenal kan
Nama aku alin umur aku 23tahun . Aku berasal dari Sabah, ok done sesi perkenalan .
Disini aku nak cerita tentang pengalaman aku waktu Menaiki bukit (Tak perlu rasa nya untuk aku menyebut nama bukit apa)
Bukit yang ingin kami Naiki ini Agak Terkenal jga dikawasan setempat.
Dan mula lah kawan aku ni si Icha dan mawar mengajak aku untuk kami Menaiki bukit itu kerna bila waktu senja pemandangan disana sangat cantik.
Pada mula nya aku malas nak ikut .Tapi disebab kan waktu tu Hujung minggu dan aku bosan di rumah maka aku pun join la sama.

Perjalanan menaiki kenderaan memakan masa hampir setengah jam sahaja. Setibanya di sana.

Mawar : Wah, cantiknya pemandangan dekat sini
Icha : Kan aku dah kata tempat ni cantik, jom lah kita naik atas..aku tak sabar dah ni mau lihat permandangan dari jauh .
Aku : Wehh, sekarang Pukul berapa?
Mawar : Jam 1:22ptg (Sambil mawar melihat pada jam)
Aku : kenapa tempat ni Sunyi semacam jerr..(waktu ni perasaan aku kurang baik)

Sebelum melangkah masuk. Kami bertiga membaca doa. Waktu menaiki bukit ni tempatnya sangat lah cantik. Udaraa segar dan kedengaran bunyi sungai yang ada di seberang sana. Tapi ntah kenapa waktu ini hati ku gelisah. Kadang kadang merasa seperti di perhatikan. Sesampai nya kami di atas pemandangan memang sangat cantik. Kami bertiga Menunggu waktunya Matahari terbenam..

Kami bertiga pun duduklah di bukit tu sambil menunggu masuknya waktu Senja. Sesekali Mata ku Terlihat kelibat makhluk berlalu begitu pantas.
Hati ku mulai tak tenang. Aku mengajak mereka pulang. Tapi semua tak mau pulang kalau belum melihat matahari terbenam. Waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 6:10 petang. Matahari pun perlahan2 Menghilang ditelan awan. Hari semakin gelap. Bunyi cengkerik semakin Kedengaran disetiap sudut hutan. Apa yang aku inginkan ketika itu hanya mau pulang.
Perasaan ku saat ini sangat gelisah dan takut. Hanya Zikir didalam hati yang tak pernah hilang. Masa perjalanan turun Terasa sangat jauh
Padahal masa naik tadi sekejap ja sampai sudah (Hatiku mulai memberontak)

“weh, kamurang tak rasa lain kah” keluar kata- Kata mawar sambil berjalan. “yalah,  Aku pun rasa lain juga ni. Kenapa kita belum sampai bawah. Padahal tempat ni tak jauh pun.” Kata icha .
Aku hanya mampu berdoa dalam hati semoga tiada perkara buruk yang akan jadi. Hari semakin gelap. Waktu kami melimpasi satu tempat
Suasana jadi sunyi. Tiada satu pun bunyi binatang. Aku dah mula cuak waktu itu, Mawar pula dah mula nangis kerisauan dan ketakutan.
“Bebb. Apakata kita rehat dulu buat sementara waktu.” kata Icha .
Kami bertiga pun Duduk di dekat pokok yang ada sekitar situ.
Kami duduk berdepan sesama sendiri sambil pegang tangan. Lalu kami meminta pertolongan dari Allah. 2 minit kemudian kami terdengar ada suara azan yang sangat Merdu. Kami bertiga Bertatap mata sesama sendiri
Kehairanan.
“Beb. Kau dengar kah apa yang aku dengar,” kata Mawar.
“ya beb. Aku dengar ” . Kata Icha.
Sedikit lega di dada kerna kami Pkerana menyangka kami pasti dekat dengan perkampungan. Tanpa berfikir panjang. Kami langsung Menuju ke suara azan itu. Bila kami mendekat dengan perkampungan itu. Ada banyak Rumah. Kesemua penduduk tergesa gesa untuk menunaikan sholat.

Tiba tiba kami disapa oleh seorang lelaki. “Asalamualaikum”. Kata Lelaki itu. Kami semua terkejut dengan Keberadaan lelaki itu yang datang secara tiba tiba dibelakang kami. “Waalaikumsalam” kata ku. “Apa yang Kamu semua lakukan disini.” Kata lelaki itu. “Kami bertiga dari Bukit atas sana. Bila kami mahu pulang. Kami tidak menjumpai jalan. Dan kami Tersesat”. Kata Ku ,
“Oh, Kamu sudah masuk di kampung kami.” kata Lelaki itu. “Maksud nya? Kampung?. Kami bertiga Kehairanan. “Beginilah. Sementara Menunggu mereka semua selesai Sholat. Jom masuk kedalam. Lepastu saya cerita ” kata lelaki itu. Kami pun di bawa masuk ke rumah Lelaki tu. Rumah nya sangat cantik. Setiap hiasan yang ada kesemua Ada kalimah suci alquraan dan nama nama Nabi. Lepas itu kami didatangi Penduduk kampung situ dan juga orang tua kepada lelaki tadi.

“Asalamualaikum” Kata seorang lelaki yang agak Tua..
“waalaikumsalam” Kata kami bertiga. “Apa yang anak anak ini buat Di sini? ” Kata orang tua itu. “Begini pacik. Kami Dari atas bukit tu. Untuk melihat matahari tebenam. Tapi bila kami Ingin turun untuk pulang. Kami tak jumpa jalan pulang. Lalu kami Tersesat. Dan lepastu kami terdengar bunyi azan dari masjid tu tadi. Sebab tu kami menuju kesini”. Terang ku panjang lebar agar mereka faham.
“Oh. Cik adik dah termasuk di alam bunian. Kami sini perkampungan bunian Islam.” Kata seorang kakak yang ada di situ. Kami semakin gelisah dan takut bila dapat tahu yang kami sedang berada di alam bunian. Macam-macam bermain dalam fikiran. Mula la teringat keluarga d rumah.
“hmmm macam ni lah. Kamu mesti hantar mereka bertiga pulang. Sebelum matahari Timbul” Kata orang tua tu.
“Baik Tok”
Lepas itu kami disuruh pulang. Kami dihantar oleh Pemuda yang ada orang tua tersebut arahkan. Kami pun beredar dari kampung tu. kami sempat menghulurkan kata maaf kerana  masuk alam mereka.

Semasa kami keluar dari kampung itu. Aku melihat pada jam tangan sudah pukul 9:17 malam. “Kita sudah hampir tiba” Kata lelaki itu. “Kamu bertiga Lurus Lurus saja dari Sini. Maka kamu semua akan Jumpa jalan dan jangan pandang kebelakng lagi bila kita sudah berpisah.” Kata lelaki tu lagi. Tanpa berlengah masa. Kami pun Tergesa gesa menuju jalan yang di tunjukkan. Tapi aku sempat pandang belakang dan lelaki yang menghantar telah lenyap.  Masa kami sudah sampai di bawah, Kelihatan banyak orang yang teriak memanggil nama kami.
“Alhamdulilahh..Kamu dari manaa alinn. Puas Mummy dan Yang lain mencari kamu semua” Kata mummy sya. Sambil memeluk dan menangis.
“Kamu tau kah. Kamu sudah Hilang hampir 3 hari dihutan ni. Lewat seminggu jak lagi kami mau lapor polis sudah. Tapi syukurlah kamu sudah jumpa.” Kata pacik saya.
Kami bertiga kehairanan. Sebab macam baru berapa jam sja kami Tersesat. Tp kenapa boleh jadi 3 hari kehilangan kami. “Jomlah kita balik dulu ajak ku kepada mummy.n anti dirumah aku Cerita segalanya.”
Kami semua dan penduduk yang ada kawasan itu balik. Setibanya di rumah, aku pun menceritakan segalanya pada mummy. Tapi cukup la hanya kmi bertiga yang tahu pengalaman waktu itu.

Maaf andai cerita ku ini kurang menarik. Sebenarnya cerita ni sangat panjang. Tapi aku ringkas kan sja.  Aku taknak cerita keseluruhan tentang kmpung mereka (BUNIAN) cukup ku ringkaskan saja.
Tapi kesemua penduduk situ Alhamdulilah Mereka menutup aurat dengan sempurna. Tiada satu pun yang terlihat auratnya. Si lelaki pula Rata Rata kesemua Tampan. Berbaju putih bersongkok hitam.

Sampai sini saja cerita tentang pengalaman aku. Maaf andai tidak Menarik
Lain hari aku tulis lagi.

Terima kasih, asalamualaikum

Alin
FOLLOW FB KAMI.

17 comments

  1. Mau tanya, rupanya org bunian itu spt kaum apa ya? Melayu, Cina, India atau penduduk pribumi Sabah? Katanya memakai songkok bukan? Aku anggap spt Melayu.

    1. sesetengahnya memakai songkok & lengkap berjubah putih.
      Tapi MAJORITINYA memakai ‘cawat’ serta hiasan dikepala seperti bulu pelepah.
      Sekali pandang kelihatan seperti suku/puak asli ‘Red Indian’ di Amazon..

  2. Bunian itu sebenarnya jin. Jin pun mcm manusia juga ada jahat ada baik. Ada islam ada tak islam. Yg jin jahat tu kita panggil syaitan. Sama jugak seperti manusia, yg jahat tu syaitan. Berdasarkan ceramah ust abd somad

  3. Jin adalah Satu Bangsa Makhluk Allah swt jua yang dijadikan dari Api yang sangat panas,begitulah keterangan Firman Allah swt dalam Kitabnya Al Quran Nur Karim …Bunian ini terdiri dari Bangsa Jin dan juga manusia yang hidup di Alam tersebut dan mematuhi hukum alam tempat tersebut …Manusia juga ada yang tinggal dan bermaustatin di Alam Tersebut berdasarkan Lisan dan rekod-rekod yang terpercaya dan diyakini …
    Manakala Syaithan pula adalah anak-anak Iblis yang berlaku setelah Kutukan Allah Keatasnya berjalan sejak terciptanya Adam yang pertama,sesuai atas Kehendak-NYA JUA ….. Ada Ramai anak-anak Iblis ini yang menguasai Beberapa belahan Dunia menurut al Hadith dan Ulama-ulama Mukhtabar Ahlul Sunnah …
    Manakala Jin-Jin yang masih engkar menerima seruan Agama Tauhid mereka tetap adalah Bangsa Jin kerana dikenakan Syariat keatas Bangsa Mereka …dan mereka seperti manusia dikenakan hukuman oleh Allah swt pada yang beriman dan kuffar ..
    Perbezaannya Jin dan Manusia adalah Dimensi semata ….sedang sifat dan kehendak adalah sama …
    “Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar, dan Dia menciptakan jin dari nyala api.” (QS. Ar Rahman: 14-15).

    “Hai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dari golongan kamu sendiri, yang menyampaikan kepadamu ayat-ayatKu dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata: “Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri”, kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahwa mereka adalah orang-orang yang kafir.” (QS. Al An’am: 130).

  4. Si Alin ni aku rasa nk berborak ala2 org dewasa tp hambar. Jalan cerita pun hambar sbb daki bukit dh tahu 90% mesti akan ada cerita masuk kawasan bunian 🤷‍♂️.. Ni kang si Alin ni jawablah.. Ehh itulah.. Taklah ini lah.. Bukanlah.. Dh berapa lama hidup.. Come on la.. Dan etc.

  5. alin, ko tengok org bunian itu semua ada lurah tak bahagian bawah hidungnya? kalau yg laki tampan dan perempuannya cantik2, ada bayangan tak lebih kurang macam siapa? contohnya macam aaron aziz ke amelia henderson ke? soalan serius ni. ko kena jawab serius tau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.