Tertidur Tidak Solat Isyak

Assalamualaikum dan terlebih dahulu, terima kasih Fiksyen Shasha kerana memilih untuk menyiarkan pengalaman sebenar aku dan keluarga besar aku. Aku, hanyalah seorang hamba Allah yang sentiasa bersangka baik tentang segala aturan dan kurniaan Ya Rabb (Allah S.W.T). Sedikit cebisan pengenalan diri, nama pena aku adalah Lubna. Aku merupakan anak kedua dari empat orang adik beradik. Aku membesar di Klang.

Kisahnya bermula begini. Menurut ayah aku, arwah atuk merupakan perawat tradisional yang merawat pesakit menggunakan ayat suci Al-Quran dan bukan lah bomoh yang menggunakan perantara syirik dan mungkar. Pada zaman sekarang lebih dikenali sebagai perawat islam. Namun arwah atuk tidak mengajar atau menurunkan ilmu pun pada anak-anak. Walaupun bilangan adik beradik ayah aku sembilan orang. Namun oleh kerana ayah aku merupakan anak bongsu dan dia sering mengikut kemana sahaja atuk pergi. Maka dia pun berkesempatan selalu mencuri-curi intai ketika proses rawatan. Maka adalah sedikit ilmu yang dapat disisip rapi oleh ayah aku.

Bagi aku,walaupun arwah atuk tidak ada menurunkan ilmu tapi atas faktor keturunan. Aku antara salah seorang yang mudah untuk terlihat ‘benda’ ni. Bermulanya pengalaman aku, bukan dari kecil tapi ketika aku meningkat remaja. Pertama kali terjadi ketika aku di sekolah menengah. Biasalah adat remaja, selalu tidur lewat.Nak dijadikan cerita, aku tertidur selepas menyiapkan homework. Pantang orang tua-tua, pastikan kedudukan kepala dan kaki dalam keadaan yang betul ketika nak tidur. Tapi malam tu, mungkin sebab terlalu letih aku tertidur dalam keadaan yang entah macam mana aku baring dan yang paling hebat tidak solat isyak!. Memang sendiri cari nahas.

Ketika aku dalam keadaan diantara tidur dan hampir lena. Aku terdengar suara seseorang memanggil nama aku. Berulang kali nama aku dipanggil, terdengar dari jauh kemudian semakin mendekat. Aku fikirkan mak yang panggil, tetapi lama kelamaan suara tu berubah menjadi suara perempuan tua dan memanggil nama penuh aku. Peluh sejuk mula menitik dan jantung aku mula berdegup laju seakan-akan semua ruang jadi terlalu sunyi yang hanya terdengar bunyi jantung aku dan suara perempuan tua itu. Nasib aku baik sebab muka aku ditutupi sedikit dengan bucu selimut, maklumla tertidur. Setelah beberapa ketika, suara tu seakan berbisik di telinga aku “ tak apelah, aku balik dulu”. Sambil terasa tangan aku seperti bersalam dengan gerangan suara tu. Lepas tu aku terus boleh menggerakkan badan aku. Ape lagi, aku terus berlari mengetuk pintu bilik tidur ayah dan mak. Terasa seolah-olah macam nak roboh rumah akibat ketukan aku.

Pintu bilik dibuka, terasa sedikit lega apabila ternampak muka mak disebalik pintu. “Kenapa ni angah? macam nak terkopak pintu bilik mak”. Beberapa saat lepas tu terdengar suara ayah “emm,tidur tak solat isyak ye?”. Tersentak aku, memang salah aku. Sambil garu kepala, aku pun jawab “hehehee..ye ayah, angah tertidur”. Sebelum keluar dari bilik, kelihatan ayah melipat sejadah dan menanggalkan kopiahnya. Memang jadi rutin ayah, setiap sepertiga malam, ayah akan tunaikan solat sunat hajat,tahajjud & taubat. “dah..pergi solat isyak lepastu baca surah-surah sebelum tidur” kate ayah. Aku pun menapak ke bilik aku, walau dalam hati masih terase seram. Maklumlah pengalaman pertama kena gangguan.

Lepas solat isyak aku pun mengintai luar bilik, cari kelibat ayah yang tak kelihatan. Sebab setahu aku, selepas ayah suruh aku solat. Aku Nampak ayah pergi ke dapur. Kedudukan bilik tidur aku pula yang paling hujung sebelum dapur. Kelibat ayah masih tak kelihatan. Aku masih tak puas hati dan masih nak dengar penjelasan ayah. Betul ke aku kena gangguan atau aku hanya bermimpi buruk. Aku berjalan perlahan-lahan macam meniti titi, maklumlah takut kantoi nak mengintai. Aku ternampak salah satu pintu keluar rumah yang terletak di dapur telah terbuka. Dalam hati aku berbisik “oo..mesti ayah dekat luar ni..”.Tekaan aku benar, ayah memang diluar rumah. Dari tepi pintu, aku teruskan operasi mengintai. Ternampak dari sudut belakang susuk tubuh ayah. Ayah dalam keadaan berdiri sambil tangan di belakang dan seolah-olah sedang berbual. Tapi agak jauh dari aku, aku cuma dapat mengintai pergerakan susuk tubuh ayah. Sebutir bual bicara ayah pun aku tak dapat dengar. Agak lama juga ayah berdiri disitu, berdekatan pokok. Tibe-tibe ayah menoleh dan bergerak kearah aku. Ayah Nampak tenang melihat aku, ayah langsung tak terkejut. Seolah-olah ayah tau, aku dalam misi mengintai. “Buat apa kat sini, dah solat kan?. Angah pergi tidur ” kate ayah. Aku dalam keadaan hampa, tak bertanya banyak. Aku terus masuk bilik dan tidur dengan lenanya.

Esoknya, mak seolah-olah tak senang duduk. Maklumla,mak memang rapat dengan anak-anak, jadinya memang susah untuk mak simpan rahsia. Mak yang selalunya menggosok baju sekolah adik-adik aku di bilik mak, tiba-tiba harini dengan pantasnya menggangkat papan penggosok baju dan seterika ke bilik aku. Aku pun makin bertambah pelik. “hai mak, tak pernah-pernah iron baju kat bilik angah” kate aku. Mak dengan muka cemas pun lantas menjawab “mak ade rahsia yang ayah tak bagi bagitahu angah ni..tak apela,mak nak cakap juga ” kate mak sambal kami ketawa. “Macam ni,malam tadi..ayah cakap sebenarnye ade benda (makhluk halus) yang melintas tepi rumah kite, dan benda tu berkenan nak mengganggu angah. Ayah cakap bende tu perempuan berambut putih seolah-olah macam daun pokok kekabu dan kakinya tak menjejak tanah. Bila makhluk tu berjalan hanya sekadar menyusur daun-daun kering di tepi rumah” kate mak. Terdiam aku dan terase seolah berhenti jantung aku. “Lah,iyeke mak. Kenape ayah tak cakap apa-apa pun malam tadi” kate aku.

Selepas tu mak pun menjelaskan, makhluk tu sebenarnya berniat jahat nak menggangu aku lagi-lagi sebab aku tertidur dalam keadaan tak bersedia dan tidak solat. Kate ayah, kalau aku lemah semangat memang aku boleh kena histertia. Tapi kate ayah lagi, ayah memang dah pagarkan rumah dengan ayatul kursi. Jadinya makhluk tu hanya mampu mengganggu dari luar sahaja dan alhamdulillah aku masih kuat semangat jadinya kejadian yang lebih teruk tidak berlaku. Alhamdulillah ya Allah, aku memohon perlindungan hanya padamu. Berakhirlah perkongsian aku pada hari ini kerana kekangan waktu yang singkat. Sekadar secebis perkongsian yang tak seram dan lebih kepada berkongsi pengalaman. Jika ada kelapangan lagi akan aku kongsi kan lagi pengalaman-pengalaman dalam hidup aku.

Pesan ayah lagi, kita hanya bergantung harap pada Allah dan menjaga solat 5 waktu kerana solat kan tiang agama. Bagi menggelakkan sebarang gangguan mahupun dari manusia atau makhluk yang selainnya. Pesan ayah, selepas dari solat isyak, baca ayatul kursi. Ayat terakhir ayatul kursi tu dibaca 7 kali sambil membayangkan kite berjalan dikeliling rumah seakan-akan kite memagar rumah kita. Ketika membayangkan kite berjalan tu, permulaan ayatul kursi dan penutupnya di sudut yang sama. InsyaAllah. Kita hanya berikhtiar dan selebihnya kite hanya berserah sepenuhnya pada Ya Rabb.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Lubna
FOLLOW FB KAMI.

3 comments

  1. Hati2. Menurun ilmu biar bersanad. Ada cara pagar tu. pertama kene halau dulu, klu x nnt dia xdpt Keluar sbb ko pagar dia skali kat dlm. Huru hara nnt.

  2. Saya pernah ada pengalaman lebih kurang macam awak. Pun sama, saya rasa waktu tu saya tertidur sebab penat sangat dan tidak solat Isyak. Anak saya pun tertidur sebelah saya waktu tu. Dalam tidur saya samar2 dengar dan boleh rasa ada budak2 kecik, macam lebih dari sorang berlari lari atas tilam saya. Macam ada budak2 main. Saya cuba nak bangun dan gerak rasa susah sangat… lepas tu akhirnya saya berjaya bangun juga. Tengok anak saya dah tidur (anak saya sorang je). Waktu tu saya suspek saya kena ganggu tak solat. So, pentingnya kita bersolat sebelum tidur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.