Assalammualaikum warga fiksyen shasha…aku nak ceritakan sedikit pengalaman yang nak kata seram pun macam tak,nak kata tak seram pun macam tak haha,jadi tanpa berhujah panjang..meh lah aku cerita sikit kisah ni.
Terjadi pada tahun 2016…aku ni orang Kedah yang menetap dekat Selangor,jadi suatu hari tu aku dengan dua orang kawan baik aku yang bernama Asya dan Farah(bukan nama sebenar) bergegas nak balik kampung selepas mendapat panggilan dari ibu aku yang tok wan aku meninggal,diaorang ni nak ikut kononnya sebab takut aku drive seorang diri.
Sepanjang hampir 4 jam perjalanan semuanya baik-baik saja sampailah si Asya ni dengan baik hatinya pi bacakan cerita seram yang dia baca dalam facebook,Dahlah masa tu jam dah tunjuk angka 2 pagi!meremang jugalah aku dengan Farah.
” weyh Hani!aku nak terpipis(terkencing) lah weyh!berhenti sat mana-mana.” kata Farah sambil tepuk bahu aku berkali-kali.
” ek eleh takut lah tu kan haha! Apa benda lah kau ni Farah,entah-entah diaorang ni reka cerita je…aku kalau jumpalah hantu ni,aku sedekah al-fatihah je weyh hahaha!. ” Asya dengan yakinnya gelakkan si Farah yang duduk dekat kerusi belakang.
“alah kau Sya…cakap besar, nanti benda tu senggih dekat kau sekali baru tahu. ” Farah membidas.
Aku pula selesa diam jelah sambil mata cari papan tanda stesen minyak atau Rnr berdekatan,Alhamdulillah jugalah nampak dari jauh cahaya lampu samar-samar satu Rnr ni,waktu ni kami masih tak masuk Kedah lagi ye! Kampung aku dekat Baling…kalau hangpa dapat teka aku sedekah tepuk ja haha.
Kereta kami masuk ke dalam Rnr tu,lampunya jangan cakap dah macam hidup segan mati tak mahu,aku fikir positif je, mungkin sebab kami balik bukan hari cuti sebab tulah lampu tak semua hidup,aku parkirkan kereta berdekatan dengan lampu di kotak parkir yang paling cerah.Takut weyh haha!
” Hani,kau tak nak ikut ke?. ” soal si Farah.
Aku geleng kepala beberapa kali lalu menjawab ” tak apalah,tak rasa nak membuang pun lagi.”
” jomlah Farah aku teman kau, aku sakit perut pula ni.” Asya bersuara.
Sambil-sambil tu aku keluarkan telefon lepastu mula tekan ikon fb yang dah beberapa hari tak buka,aku hanya jeling sekilas bila pintu kereta ditutup. Nampaklah si Asya dengan Farah berjalan seiringan ke arah tandas tu.
Tengah khusyuk baca update terbaru kawan-kawan sekerja dan zaman sekolah dulu,pintu kereta dibuka kembali.Aku angat kepala pandang Asya dan Farah yang masuk ke dalam kereta.Tapi kali ni Asya ambil tempat di kerusi bahagian belakang,jadi Farah terus duduk di kerusi sebelah aku.
Perjalanan diteruskan semula, aku dengan si Farah bersembang tentang hal peribadi masing-masing.Tapi yang peliknya si Asya senyap je.Langsung tak buka mulut,hanya duduk dan pandang paha sendiri di kerusi bahagian belakang padahal dialah yang paling murai antara kami bertiga.Tapi tak apalah, aku positif je lagi…mungkin dia penat bekerja dan nak berehat sekejap memandangkan dah waktu biasa kami bertiga berlayar di alam mimpi menunggu si peince charming yang tak tahu nak munculkan diri hehe.
Tak sampai tiga puluh minit perjalanan lepas berhenti di Rnr tadi, tiba-tiba bau busuk yang sangatlah semacam menerpa hidung aku.Aku hidu lagi sekali,nak cuba kenal pasti bau ni,tegak berdiri bak askar tegak bulu roma bila aku dapat cam bau busuk tu.Bau kemenyan yang tersangatlah kuat menerpa deria bau aku.
Aku jeling pandang Farah sekilas,tengok dia punya muka pun dah lain macam.Maknanya dia pun bau jugalah apa yang aku bau tu,kami berdua sama-sama berpandangan seketika.Bolehlah pandang sekejap sebab atas jalan tu hanya beberapa biji kereta je yang ada.Jalan lenggang dan sunyi,tak macam hari perayaan.Mata aku liarkan pandang cermin pandang belakang.Beristighfar panjang aku bila tengok Asya yang ayu bertudung dah bertukar jadi pocong yang penuh dengan tanah merah.Kain pun macam dah mereput.Nak menangis rasa.
Mungkin Farah perasan betapa pucatnya muka aku waktu tu, teru Farah bertanya.
” kau kenapa Hani?. ” soal Farah.Suara dia pun dah cemas.
Aku tak mampu dah nak buka mulut bagitahu ada hantu bungkus dekst belakang, hanya mampu bagi signal mata ke tempat duduk belakang je. Farah terus pusing kepala pandang tempat duduk belakang, tak sampai dua saat dia terus pandang depan balik.Muka dia pun dah seangkatan dengan aku rasanya waktu tu.Nak menjerit tak mampu, nak menangis pun takut! Akhirnya aku baca ayat kursi tanpa suara.Hanya mulut terkumat-kamit baca.
Aku jeling sekali lagi cermin pandang belakang.Ada lagi!kali ni tengah pandang lurus ke depan, sempat bertentangan mata dengan aku pula tu!waktu tu memang rasa betul-betul nak menangis.Dengan bau yang kuat menerpa ke dalam hidung.Aku terus gagahkan anak tekak untuk keluarkan suara juga.
” Allahulaila….”
Farah dekat sebelah turut ikut aku baca tanpa suara.
Setengah surah aku baca, bau tadi perlahan-lahan hilang…aku pandang cermin pandang belakang sekali lagi, hati mula dijentik rasa lega bila benda tu dah tak ada dekat sana.Tapi…tak sempat nak lega sepenuhnya tiba-tiba si Farah menjerit sekuat hati sambil rapatkan separuh badannya ke arah aku yang tengah bawa kereta sambil mata pandang cermin tingkap tempat duduknya.
Aku pandang sama…
” Allah!. ” Terjerit kecil aku bila nampak benda tu dekat luar tingkap seiring dengan kereta aku yang tengah bergerak dalam 100 km/j tu sambil badannya mula berpaling perlahan-lahan ke arah tingkap kereta aku.
Aku pandang jalan semula, nak pastikan tak ada kereta depan kami sebelum jeling sekilas tingkap tu lagi.Terlihatlah satu rupa yang sangatlah hodoh!muka bernanah dengan kapas masih menutupi lubang hidung dan bibir yang pucat teramat.
Aku terus buka mulut sekali lagi, kali ni aku hentam je baca surah yang aku tahu.Air mata dah mula bertakung dek kerana ketakutan yang teramat sangat.Tapak tangan dah berpeluh.Tiba-tiba kedengaran hilai tawa yang kuat sebelum ianya perlahan-lahan hilang ditiup angin sama seperti benda tu tadi.
Farah terus tenyeh-tenyeh mata dan mula teresak-esak ketakutan.Tangan dia menggigil.
” dahlah.. Benda tu dah hilang.. Sekarang ni mana si Asya?cuba telefon Asya tu cepat.” aku cuba menenangkan Farah walaupun aku sendiri bagai nak pitam waktu tu.
Baru je Farah nak buka beg tangannya,telefon aku berdering terlebih dahulu.
Nama Asya terpapar di skrin.
Tak tunggu arahan, Farah terus jawabkan untuk aku.
” woi! Datanglah sini cepat! Apahal aku call tak dapat dari tadi! Asyik masuk voice mail je! Cepatlah weyh aku takut ni! Tandas tu creepy gila weyh! Ada pocong senggih dekat aku masa aku tengah betulkan tudung depan cermin!. ”
Tak sempat si Farah nak buka mulut, Asya dah terjah terlebih dahulu.Suara Asya pun macam nak menangis dah tu.Jadi betul-betul pula apa yang si Farah ni cakap!barulah tahu yang si Asya dah tertinggal dekat Rnr tu!patutlah pun cepat sangat membuangnya!
Akhir sekali aku dengan Farah pun terpaksa berpatah balik ke Rnr tu untuk ambil Asya yang tengah tunggu dekat dengan divider jalan tak jauh dari Rnr tu, itupun lepas kami mainkan ayat al-quran dari phone.Takut punya pasal!
Jadi pengajarannya janganlah kita suka bercakap besar ye anak-anak sekalian! Orang yang cakap kena…orang yang tak bercakap pun kena tempias sekali!.
Untungla dapat tengok pocong… Aku dah lebih 30 tahun idup, ulang alik highway tak pernah pon jumpa.
hahahah nanti kena lah tu wkwkwkwkwk.
penipu cerite ni rekaan je
hiway camana nak patah balik?
Kan,saya pun pikiaq juga🤔🤔
Dia beriringan tepi keta korang tu keadaan berguling ke, melompat ke atau meniarap cam superman tu? Part ni aku xdpt bygkn..
Keluar nearest exit and masuk balik highway Kalau tak silap
jam Dh lewat tu mungkin ade beberapa buah Kereta ,,pikir lah jugk
Pandai pandai lah dia HAHAAHHAHA
Klu belum masuk Kedah lg mungkin RNR Alor Pongsu. Sebelum diupgrade kan mmg nmpk creepy sikit RNR tu, aku memang x pnh lgsg berhenti kat situ sbb nmpk lain mcm je
trbaik dri yg xbrape nk baik. .hahahahaa!!
padan muke asya
Pocong tidak melompat tapi sebenarnya berguling