Assalamualaikum & salam sejahtera semua. Siapa Pak Kiyai? Aku pun tak pasti. Ini yang aku nak tanyakan pada para pembaca FS sebab aku dah google tapi tak dapat jawapan yang pasti.
Kalau aku becerita dengan orang kisah ni, pasti orang akan bertanya balik pada aku. Terima kasih kepada editor FS jikalau cerita ini disiarkan. Ini adalah cerita ketiga ku selepas “Diana Ting Ting Ting” & “Sharing is Caring” disiarkan pada 2017. Hakak ‘The Cat Lady’ kembali dengan cerita seram syok sendiri. Tak suka tak usahlah baca. Hahaha. Dulu bersaya-saya, kalini saya gantikan dengan kata diri ‘aku’ untuk memudahkan jalan penceritaan.
Kampung aku di Kg Manjoi Baru, Ipoh, Perak. Kalau mula bercerita ni gerenti kantoi dengan kakak-kakak aku sebab diaorang ni pembaca setia FS. Terjebak dengan akulah. Hahaha. Cerita ni kisah benar cuma mungkin ada bahagian yang lopong sikit sebab ingat-ingat lupa. Dah lama kisah ni terjadi. Arwah opah aku tinggal di kampung bersama makyang & pakcu (Acu) aku. Arwah opah dah tua, nyanyuk, kencing pun kadang merata tapi tak mengaku kencing, yang dituduh makcik aku jugak hahahah. Alala omey opah ni.
Aku pernah cerita dulu dalam kisah sebelum ni yang arwah suka sangat tengok WWF & Gerak Khas. Maaf seram tak keluar lagi, biarlah aku lepaskan rindu kat arwah opah dengan kecomelannya. Huuuu.
Makyang aku ada mengambil bibik dari Indonesia namanya aku gelarkan dalam ni Siti. Siti ni agak tua, umur dalam 40-an. Pada kami dia dah tak sesuai untuk jaga arwah opah aku sebab ada masa dia komplen juga penat la, sakit kaki la. Orang tua jaga orang tua. Tapi ejen yang bagi nak buat macam mana. Siti ni tidur sebilik dengan opah. Opah atas katil, dia di bawah tepi katil.
Mula-mula tiada perkara pelik. Lama-lama, macam-macam perkara pelik terjadi. Pada pendapat aku, opah aku nampak makin kurus, tapi bila suarakan dikatakan ‘biasalah orang tua makin mengecil’. Iye kan ajelah. Barang dalam rumah sering hilang. Waktu raya, camera pakcik aku hilang. Rumah tu aku selalu rasa seram sejak Siti balik bercuti dari Indonesia. Nak ke toilet pun takut, berlari hakak. Rasa macam diperhatikan je dari tingkap berlapis dapur tu.
Siti pernah balik Indonesia sekejap dan kembali semula ke Ipoh. Atas urusan apa aku tak pasti. Tapi perangai Siti agak pelik waktu tu. Siti tak pernah tanggalkan tudung sepanjang dia berada di rumah mahu pun bilik sejak pulang dari Indonesia. Perangainya bak kata omputeh, ‘totally out’. Pelik sangat perangainya, mukanya kurus kering, cengkung menakutkan macam zombie, bau seluruh badannya seperti bau bangkai bak kata kakakku. Memang busuk yang teramat boleh muntah bau. Pandangannya kosong umpama dia tiada di sini. Ibarat jasad ada di sini, tapi jiwa tiada. Sedangkan sebelum tu, perangai Siti tak sebegitu. Dulu solat dan mengaji tak pernah tinggal. Lepas balik dari Indonesia, semua ditinggalnya.
Siti pernah cakap pada makyang aku yang dia dah berkahwin dengan Pak Kiyai di pokok pisang belakang rumah. Dan Pak Kiyai tu ajak pulang. Pokok pisang tu bertentangan dengan pintu dapur. Rumah kampung biasa la ada pokok pisang, pokok rambutan. Depan tingkap bilik mak aku (depan rumah) ada pokok mangga. Dekat situ pun ada Pontianak yang bertenggek.
Berbalik pada kisah Pak Kiyai, kami memang tak pasti apa yang dimaksudkan oleh Siti. Siapa Pak Kiyai? Pada anggapan kami, mungkin Siti ni ada berhubung dengan makhluk halus atau penjaga pokok pisang. Makyang aku dalam diam dapatkan nasihat pakar (mungkin ustaz di surau kampung).
Dalam masa terdekat tu juga makyang aku balik rumah terus arahkan Siti kemaskan segala barang khazanah dia dan hantar terus ke airport. Waktu tu tiada dah rasanya nak check beg ada curi barang ke tak. Nak cepat punya pasal. Al-kisah perjumpaan antara makyang aku dan ustaz tu, ustaz ada beritahu bahawa Siti tu sebenarnya dah ‘tiada’. Itu hanyalah jasad Siti, dalam jasad Siti tu dah diisi dengan sesuatu yang lain. Kiranya Siti tu dah mati lah. Dan benda ni terjadi sewaktu Siti balik bercuti di Indonesia. Maka makyang aku pun panik la dan dengan pantasnya terus book tiket flight on the spot. Tak sanggup dia nak tinggal walau semalam pun lagi dengan Siti yang boleh dikatakan dah mati. Sudah la dijaganya Opah. Tapi tu juga rasanya punca Siti tak sempat bawa pulang sekali belaannya.
Kami saudara mara ni pun pulang ke kampung bila diberitahu kisah ni (seingat hakak la tapi takde la macam raya).
Tapi part paling seram bila makyang aku cerita dia pernah terserempak dengan ular tedung hitam di depan pintu dapur beberapa hari selepas dia hantar Siti pulang. Ular ni tegak je kepalanya perhatikan makyang aku. Makyang aku beranikan diri dan berkata “Kalau kau betul ular, kau jangan kacau aku. Kalau kau bukan ular sebenar, kau pergi kembali ke tempat asal kau.” Sebenanrnya dialog ni aku ingat-ingat lupa tapi macam gitu la bunyinya. Dan kisahnya, ular tu terus beredar pergi ke pokok pisang tu yang dikatakan ada Pak Kiyai tu. Jadi kami rasa kemungkinan itu adalah jelmaan Pak Kiyai yang dikatakan telah berbinikan si Siti. Bini dah balik Indonesia, tu mungkinlah satu sebab dia singgah pintu dapur mencari. Mujurlah tiada apa-apa gangguan serius. Tapi yang pasti, kalau tidur temankan Opah di bilik, mesti tak boleh tidur dan rasa macam ada sesuatu yang memerhati dari bawah katil arwah Opah. Aura bilik tu semacam. Kakak aku ada cakap tingkap bilik tu pun semacam mungkin menakutkan seperti diperhatikan.
Tapi Alhamdulillah walaupun opah dah tua, tapi makcik dan ibuku sendiri sering ajak opah solat bersama. Kakak aku ada juga ceritanya. Katanya, semasa arwah pak ngah meninggal, kakak ku merasakan arwah opah ku mulai semacam. Cara pandangan opah pada kakakku pelik dan seperti marah hatta ketika itu kakakku hanya mengajak opahku makan sahaja. Allahualam.
Selepas arwah opah meninggal, ibuku pernah beritahu aku yang di ibu jari kaki arwah opah ada kelihatan seperti luka digigit sesuatu. Aku tak pasti kenapa tapi aku syak ada kaitan dengan Siti atau belaannya yang mungkin mengigit ibu jari kaki arwah opahku ketika tidur. Itu yang sering buat aku seram bila perhati bawah katil Opah. Sebenarnya ada lagi kisah yang ingin aku kongsikan selepas kami kehilangan arwah opah tersayang. Tak pasti berkaitan dengan belaan yang kemungkinan ditinggalkan oleh Siti atau dari rumah kampung tersebut. Tapi ini dialami oleh kakak ku sendiri. Kakakku dan keluarganya ketika itu bermalam di rumah makngah kami yang tidak jauh dari rumah arwah opah. Malam tu, makyang minta kakak untuk balik ke rumah arwah opah untuk mengambil mesin jahit. Hanya Acu sahaja yang berada di rumah. Ketika sampai, pintu papan memang dibiarkan terbuka oleh Acu sebab khuatir jika kakak sampai pakcu tak perasan. Hanya pintu gril sahaja dikunci. Ketika Acu membuka pintu gril, kakak ternampak ada seorang lelaki dewasa, dan seorang budak lelaki melintas dari arah dapur ke bilik depan. Kiranya kakak aku boleh nampak jelas dari pintu rumah dan hall sebab rumah tu tidak la besar mana. Dan dua benda tersebut melintas di belakang Acu. Seram. Gerenti kakak aku ketaq lutut lepas tu.
Ada juga kisah yang terjadi pada sepupu ku sendiri. Nanti ada masa aku akan kongsikan. Sekarang ni aku nak sambung buat kerja di office. Hakak lama sangat mengelat ni. Zohor pun belum lagi. astaghfirullah al azim. Hahaha. Mohon maaf jika tersalah kata, atau mungkin tak seram bagi anda. Tak minta sebarang bintang untuk diberi. Sekadar ingin tahu jika ada pembaca yang tahu siapa atau apakah yang dimaksudkan sebagai Pak Kiyai dalam konteks kisah Siti ini? Assalamualaikum, salam sejahtera dan terima kasih sekali lagi.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
first lalala
Allllaaaa second comment
Huhuhu
third
I like this story. Sya akan belajar lagi dari cara kau mencerita tu.
good story . 10/10
and creepy awesome !
nnti hantar cerita lg best…
Kalau ko sndiri pun tk tau siapa pak kiyai, kitorang lg la tk tau.. ntah fizikal nya mcm mana, hensem ke tk.. snang ckp, pk kiyai tu tk lain dn tk bkn hnyalah jelmaan syaitan atau halusinasi bibik ko semata2.. ke bibik ko saje je temberang nk kasi korang tkut.. aku bknnya nk kutuk org2 dr seberang ni.. maaf ckp, diorang ni kalau kluar merantau, diorang tk ‘kosong’.. mesti ada teman.. aku ckp based on pnglmn aku la.. bila dh tk nk, diorang tnggal jer teman diorang tu kat mana2 yg bersesuaian mngikut sesedap rs..
Pak kiyai tu klau dlm indonesia..itu adalh sseorg yg brilmu… contohnya..di indonesia..ada org yg bnama bmula dr ‘ki’ smuanya pngkat kiyai…slh seorg yg cukul terkenal di indonesia…nama dia ‘Ki prana lewu’ search je utube..jejak paranormal…yg llaki rmbut pnjang tu…kiyai la tu..tetapi kiyai dalam crita ni…tu mngkin satu jelmaan…ntah jin..ntah bunian..sbb kiyai bkn sbrang org..
#peace
Siti > Zombie?
Belaan dia
Pak kiyai mgkin golongan jin…tang siti tu xpasti….peliknyer blh travel dr indo…kelas kau siti…..
Belaan dy tu ape
Story ok,xde laa seram sgt,sbb bnde tu x tukar rupa pelik2..hihi..opah ler kesian,msti jd mgsa belaan siti tu..
And lg satu nk komen, kalau boleh awk jgn ler ltk “Tak suka tak usahlah baca” sbb tanpa pembaca,x ke mana pn cite ni..awk share pn sbb nk suh org baca cite awk kan..huhu
Haha ya betui
Hantu raya ke apa belaan dia ni
Saya bukan org jawa…tp istilah pak kiyai @ kiai bermaksud tok guru atau ustad bg org jawa..mana ada pak kiai jadi jin atau setan..aduhai..mungkin setan menyamar ala2 penampilan kiai utk menggoda siti tu..apapun hati2 la dgn bibik indon..mrk dtg sini x kosong ya..kesian lak opah tu
.patut anak sendiri la teman dia tido jika anak tu dah x de suami
Pak Kiayi tak silap mcm dukun/bomoh
Pak Kiyai bermaksud orang alim / berilmu, tinggi ilmunya. Dalam konteks ini x semestinya kiyai merujuk kepada orang yang alim ilmu akhirat sahaja maybe juga alim dalam ilmu duniawi. Atau untuk lebih bersesuaian dengan cerita Pak Kiyai ini merujuk pada jin yang menyamar……
X seram. Tpi ok